Salam....Pls note kita tak dibenarkan buat hukum sendiri
Rushrush Post at 13-2-2012 15:17
Terdapat beberapa pengusaha pusat penyembelihan kaum Ahli Kitab masa kini yang menyembelih binatang-binatang mereka dengan menggunakan kaedah kejutan elektrik, iaitu selepas binatang itu dibaringkan terlebih dahulu dengan ubat tidur. Perubahan teknologi sembelihan ini membawa ahli fiqh kita kepada topik perbincangan yang baru, iaitu adakah sembelihan kaum Ahli Kitab boleh kita terima dengan cara kejutan elektrik atau adakah kita hanya boleh menerima sembelihan yang dilakukan mengikut syari'at asal mereka, iaitu memotong di leher binatang dengan pisau tajam ?Dalam menganalisa persoalan ini penulis mengutip penerangan Prof. Dr. Yusuf Qardhawi yang telah berkata: Apa sahaja kaedah sembelihan yang dikatakan sebagai halal oleh kaum Ahli Kitab adalah juga halal bagi kita sekalipun kaedah sembelihan mereka berlainan dengan kaedah sembelihan kita. Dan apa sahaja kaedah sembelihan yang dikatakan haram oleh mereka maka kita juga menerima keharamannya (iaitu dengan tidak memakannya). Apabila mereka kaum Ahli Kitab melakukan penyembelihan, mereka menyembelih dengan tujuan agar sembelihan mereka itu adalah halal dijadikan sebagai makanan mengikut syarat-syarat agama mereka. Ini adalah merupakan hujah pendapat sebahagian dari para fuqaha Mazhab Maliki. Dari keterangan ini, maka dapat kita yakini bahawa daging-daging yang dimpot dari negara-negara Ahli Kitab seperti ayam dan lembu adalah halal untuk kita makan sekalipun ada kemungkinan bahawa ia telah disembelih dengan menggunakan kejutan elektrik atau apa-apa yang seumpama. Asalkan sahaja mereka kaum Ahli Kitab berpendapat bahawa kaedah ini adalah halal menurut syari'at agama mereka maka ia juga adalah halal untuk kita. Inilah sebenarnya maksud tujuan surah al-Maidah yang telah menghalalkan sembelihan mereka.[21] Penerangan Prof. Dr. Yusuf Qardhawi di atas bermaksud bahawa kita telahpun dihalalkan untuk memakan sembelihan kaum Ahli Kitab apabila mereka menyembelih binatang-binatang mereka menurut ketentuan syari'at mereka. Apa sahaja yang dipandang halal oleh mereka dari sudut kaedah sembelihan, maka ia juga adalah halal bagi mereka. Ini adalah kerana kita dihalalkan untuk menerima sembelihan mereka tanpa dibebani dengan syarat penyelidikan ke atas cara-cara sembelihan mereka. Tambahan lagi apabila Islam mensyari'atkan kebolehan memakan hasil sembelihan kaum Ahli Kitab, telah sedia diketahui bahawa kaum Ahli Kitab ini melakukan berbagai-bagai perubahan dalam syari'at-syari'at agama mereka. Maka tidaklah menjadi satu keasingan jikalau mereka masa kini juga melakukan perubahan-perubahan yang seumpama dan akan terus melakukannya pada masa-masa akan datang. Justeru perubahan kaedah sembelihan adalah sesuatu yang sudah sedia dijangkakan sejak dari awal lagi dan ia tidak menjadi penghalang pada masa lalu, maka dengan itu ia juga tidak sepatutnya menjadi faktor penghalang pada masa kini. Walaubagaimanapun kebanyakkan pusat-pusat penyembelihan kaum Ahli Kitab masa kini masih menggunakan teknik sembelihan dengan pisau tajam di leher binatang tersebut.[22] Teknik ini masih menjadi pilihan mereka kerana daging yang disembelih sebegini lebih baik mutu dan kualitinya daripada daging yang 'dikejut' dengan sambaran elektrik. Lebih dari itu sembelihan dengan kaedah potongan di leher juga menjadi pengesyoran pakar-pakar kesihatan kerana darah yang memancut-mancut keluar dari leher binatang yang disembelih itu dipersetujui sebagai bermanfaat dari sudut kesihatan manusia. |