CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iamashe

Hat Yai & Songkhla, Thailand

 Close [Copy link]
Post time 27-9-2013 04:53 PM | Show all posts
rindusangbulan posted on 5-9-2013 02:34 PM
@adnil..

nak tanya...kalau dari hatyai nak ke songkhla mcm mana?


Ada travel agent yg sya regular. Malaysian Chinese lady.. lupa dh nama..
sewa kereta with driver RM70/day.

Kalau fly dari KL via Air Asia, airport HatYai ke town about 30 minutes drive.
selalu saya pergi naik KTM 9pm dr KL smpai HatYai 10am esoknya. Hotel regular - HatYai Central Hotel rate
dlm RM70 utk standard room (katil queen)

Makan, try SKY Buffet di Lee Garden Hotel. top floor (33rd floor rasanya) untuk lunch, price dlm RM20/pax
Travel mode. HatYai ke Krabi kongsi mini van dlm RM50/pax 1 way dalm masa 3-4 jam drive. smpai Krabi
stay di Ao Nang, try tgk Tipa Resort..memang berbaloi..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 09:49 AM | Show all posts
happywater posted on 27-9-2013 04:53 PM
Ada travel agent yg sya regular. Malaysian Chinese lady.. lupa dh nama..
sewa kereta with drive ...

hari tu saya turun kat airport hatyai. kat wikitravel kata ada songthaew biru ke town. tambang dlm 40-60 baht.
saya naik songthaew tu and guess what? tambang just 20baht je. saya tanya kat local and dia ckp 20baht je so i pun bayar 20baht je. hehe

rasanya mmg standard kot naik van ke krabi dlm 3-4 jam.
saya naik van bayar 300baht je one way.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 10:04 AM | Show all posts
iyela kot. last pergi tu 2007 dah xde trip pergi sana since then
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 05:55 PM | Show all posts
Macam mana hatyai ekk skang ni.. banjir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 01:06 PM | Show all posts
ada sesiapa yang penah try bawak keta sewa pegi hatyai?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 04:58 PM | Show all posts
leylapple posted on 14-10-2013 01:06 PM
ada sesiapa yang penah try bawak keta sewa pegi hatyai?

kalau nak masuk thailand bawa kereta sendiri/sewa kena ada geran kereta tersebut ori/salinan..
pemilik kereta kena ikut sama atau kena ada surat kebenaran dari pemilik tersebut membawa kereta tersebut untuk keluar malaysia..
first kena beli insuran kereta thailand .. RM15 untuk seminggu.. RM30 untuk sebulan..
lepas tu masa kat imigresen thai kena istihar borang import kereta masuk thailand dari malaysia..
nak istihar nie kena ada dua benda.. salinan geran dan insuran kenderaan thailand..
(syarat tambahan no plat tulisan siam juga perlu ada di pamerkan di hadapan dan belakang kenderaan)..
.. nampak macam agak susah.. tapi sebenarnya senang.. kalau semua lengkap memang mudah ja na cross sempadan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2013 05:22 PM | Show all posts
labu0202 posted on 16-10-2013 04:58 PM
kalau nak masuk thailand bawa kereta sendiri/sewa kena ada geran kereta tersebut ori/salinan..
pe ...

alamak...

kalo nak plat dalam bahasa thailand mungkin ada susah sikit sebab keta sewa kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2013 04:25 PM | Show all posts
antara tempat yang menarik nak melawat kat hat yai adalah
floating market.. (jumaat sabtu ahad jer buka)..
ice dome (rumah salji)
songkla zoo (ada water park skali)
tempat shooping (bazar dan night market)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 08:13 AM | Show all posts
labu0202 posted on 16-10-2013 04:58 PM
kalau nak masuk thailand bawa kereta sendiri/sewa kena ada geran kereta tersebut ori/salinan..
pe ...

kalo keta yg didaftarkan atas nama syarikat milik saya sendiri & hubby camne pulak yek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 08:54 AM | Show all posts
labu0202 posted on 16-10-2013 04:58 PM
kalau nak masuk thailand bawa kereta sendiri/sewa kena ada geran kereta tersebut ori/salinan..
pe ...

labu nak tanya sikit.. kalo geran kete tu, kat belakang dia psl insurans details tu kena up to date tak? sbb sejak dua menjak ni saya buat sendiri dgn myeg, so takde le updated.. tp dlm system mmg updated le kata dok bayo segala insurans dgn road tax tu yearly..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 12:44 PM | Show all posts
boleh bagi idea tak hotel ape yang ok sekitar hatyai central, yang walking distance antara stesen keretapi dan jugak area lee gardens tu, bajet taknak lebih 100 per night kalau boleh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 04:15 PM | Show all posts
saya plan nk pg hatyai cuti sekolah ni tp ada org cakap tk sesuai bawak budak2 masuk sana.. sapa tau kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
chupachups posted on 23-10-2013 08:13 AM
kalo keta yg didaftarkan atas nama syarikat milik saya sendiri & hubby camne pulak yek?

Tak pasti pulak kalau kereta syarikat macamana proses nya..
Setahu saya kalau bukan pemilik nak bawa kenderan tsbt melepasi sempadan kena bawa Surat kenenaran pemilik asal..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nieta78 posted on 25-10-2013 04:15 PM
saya plan nk pg hatyai cuti sekolah ni tp ada org cakap tk sesuai bawak budak2 masuk sana.. sapa tau ...

Kanak kanak seronok kalau dpt bawa ke zoo songkhla .. water park .. ice dome nie macam rumah salji..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dudu_pudu posted on 23-10-2013 12:44 PM
boleh bagi idea tak hotel ape yang ok sekitar hatyai central, yang walking distance antara stesen ke ...

Kalau area lee garden tu Ada banyak hotel.
Antaranya.. regency .. rm80 pernite..
Pink lady .. murah skit .. tp kurang sesuai utk family..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2013 02:09 PM | Show all posts
labu0202 posted on 25-10-2013 11:33 PM
Kalau area lee garden tu Ada banyak hotel.
Antaranya.. regency .. rm80 pernite..
Pink lady .. m ...

tq atas balasan, dah boook tune hotel, utk weekend mahal skit, tapi ok la, sebab nak transit je, esoknye nak ke krabi pulak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2013 09:20 AM | Show all posts
saya dah pegi songkla & hatyai dari 7-11 oct ritu..
kat songkla saya stay kat BP Samila Beach Hotel..
hotelnye biasa2 je..
bilik besar...siap dpt view pantai lagi..
petang2 pegi mkn tomyam kat tepi pantai..
sedappppp yg amat mkn tomyam kat situ..
dan 1st time jugak try mkn belangkas..

dari songkla gerak ke hatyai..
songkla-hatyai dlm 30 min je..
1 je saya perati...org thai ni bwk keta laju2..
mcm nak luluh jantung dok dlm van tu..dah mcm kl drift plak..

kat hatyai stay kat VL Hotel..
selesa sgt hotel ni..hotel ni betul2 dpn simpang traffic light..
kalau tak salah 1 baris dgn santisuk..
esok pagi nya bfast kat restaurant sulaiman..
ade roti canai..nasi dagang pon ade..ok la mkn kat sini..

sempat shopping baju2, blouse, baju budak2..
memang best shopping kat sini..
mcm biasa nak balik beg dah beranak pinak..
nasib baik dah beli siap2 20kg airasia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:46 PM | Show all posts
Meh aku cerita pasal nak masuk Thailand khasnya ke Hatyai dengan kereta melalui Bukit kayu Hitam:

1. Kena ada geran kereta ori, kalau salinan nak kena dapat cop salinan disahkan dari Balai polis(ni leceh sikit).kalau kereta nama orang lain kena buat surat kebenaran oleh tuan punya kereta. Taip saja dalam bahasa english dan ringkas(I, xxx , authorised Mr xxx to drive my car Reg no. from xxx to xxx )...kastam depa bukan nak paham pun dan owner sign surat tu.
2. Mulakan perjalanan....tak kira mana ada berada, sila timing yang anda akan berada di sempadan selewat-lewatnya pukul 7.00 pagi terutama kalau cuti umum, dua-dua imigresen akan jem gila dan kadang-kadang boarder clearance boleh ambil masa lebih 2 jam.
3. Tapi sebelum itu, singgah dulu di pekan Changloon untuk beli insuran Thai kat kedai tepi-tepi jalan.RM16 untuk 9 hari. Insuran ni third party untuk cover kenderaan thai sahaja jika berlaku kemalangan, kerosakan kereta anda tanggung sendiri.Disini juga boleh isi arrival card/white card, dia caj RM1 satu passport.
3. Drive ke sempadan-selepas imigresen Malaysia, bolehlah singgah di Duty free zone untuk beli apa-apa yang bebas cukai seperti coklat atau rokok atau beer(kalau kaki beer le).
4. Apabila melepasi gate boarder Thai, turn ke kiri dan park kereta anda di kawasan parking komplek kastam Thai.
5. Turun kereta dan jalan terus ke booth imigresen. Kalau ramai yang lain tu pegi cop passport dan driver lepas cop passport terus ke booth kastam untuk pengisytiharan bawa masuk kenderaan.Ini di panggil import.kalau time tak sibuk borang declaration tu dia bagi pada masa tu juga tapi kalau sesak dia suruh ambil kereta dulu dan semasa melalui lorong kastam dia orang akan bagi. jangan lupa sediakan RM1 semasa cop passport(kadang-kadang kalau yang baru masuk shift tu dia minta RM2).
6. Tak pernah pula kastam Thai suruh aku  pasang nombor plet translet Thai kat kereta, bagi aku orang yang lekatkan no. plet Thai kat kereta mereka tu hanya nak menunjuk-nunjuk bahawa mereka pernah pegi Siam saja.
7. Drive terus melalui pekan Danok dalam District Sadao. jarak Danok ke Hat Yai adalah 60km. Jalannya luas dan bertaraf highway tapi tidak ada tol.
8.Dekat-dekat nak sampai tu anda akan nampak signboard Big C, disini anda boleh berkira-kira untuk masuk mana-mana simpang ke Hatyai Pusat.
9. Penginapan-lebih mudah jika anda telah book secara online.Boleh juga boleh beli voucher bilik dengan travel agensi mana-mana hotel(misanya depan Lee Garden tempat bas konsortium) . walk in nak cari bilik leceh sikit jika musim cuti, lagi pun harga agak mahal.
10. Pengunjung dari Malaysia lebih suka tinggal di sekitar Lee garden kerana berdekatan dengan shopping complek Central,Odeon, Sim Ki Yong. Kat sini ada dua restoren muslim iaitu Hamid dan Salma-dua-dua mahal nak mampos dan cekik darah orang Malaysia.
11. Kalau sesiapa yang tinggal di VL Hotel, lintas je traffic light boleh jalan kaki ke Hat Yai Plaza yang mana ada tempat makan orang Islam di atasnya dan di bawahnya jual pelbagai pakaian kasut dsb..Kalau malam pula bagi bagi yang ada kenderaan boleh ikut jalan berkenaan-Phet Kassem road dan selepas water fountain round about, ada orang islam yang buka gerai makan sebelah malam, banyak juga gerai di kawasan tersebut di tepi jalan.
12. Perlu diingatkan juga peniaga di Hatyai khususnya Hotel akan mengambil kira Public Holiday Malaysia, dimana pada masa ini ramai orang Malaysia ke sana maka caj juga dianggap sebagai peak season.
13. tempat-tempat menarik rasanya telah banyak dikongsi oleh forummer kat sini.
14. Nanti sambung terutama do's and dont semasa di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 05:09 PM | Show all posts
cemana nk book hotel grand plaza eh?
takde dlm agoda

kalau walk in time cuti sekolah agak2 full tak?
atau boleh beli voucher masa otw ke sana? changlun maybe?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 05:49 PM | Show all posts
Tak semua hotel participate samada dengan agoda, asiaroom atau hotel.com. Boleh beli baucer dengan agen-agen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.290487 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list