CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: slippergombak

[Jenayah] Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur

 Close [Copy link]
Post time 5-12-2013 12:51 PM | Show all posts
asrisha posted on 5-12-2013 12:50 PM
najib ni silap nya satu jer...
at least tweet la sikit keprihatinan pasal banjir walaupon ...

Sejak bila dia pandai??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 12:52 PM | Show all posts
menteri mana ntah yg kata malaysia terbaik dlm pengurusan..kipas lebih jer.mulut tu klu besederhana kan bagus.
  1. contoh perbandingan 2 kerajaan dalam menyediakan penempatan sementara mangsa2 bencana alam, sepatutnya kita yg beragama islam perlu lebih peka terhadap privisi begini, dalam keadaan darurat seperti banjir rakyat perlulah diutamakan, tetapi malang sekali saban tahun apabila berlakunya situasi begini rakyat dihimpunkan didewan2 dimana lelaki & perempuan bersama tanpa batasan, mahal sgt ke nak sediakan partition2 khemah plastik mengikut keluarga mangsa camni ?peruntukan juta2 kemana? berjuta2 hasil cukai & hasil negara kemana ? sampaikan ada mangsa yg terpaksa berteduh dibawah tangga sekolah !!!

  2. -buletin pakatan rakyat-
Copy the Code
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:52 PM | Show all posts

Pengurusan Air Pahang Berhad PAIP

GANGGUAN BEKALAN TIDAK BERJADUAL
PAIP Berhad Daerah Jerantut
Tarikh : 05.12.2013
Masa : Sepanjang masa
Kawasan Gangguan :
1.Loji Air Kuala Tahan - seluruh kawasan Kuala Tahan, Kg. Sg. Tiang, Kg. Gol, Padang Belebar, Kawsan Felcra dan sekitarnya (Jumlah akaun : 322)
2.Loji Air Kg. Bantal - Kg. Bantal, Kg. Manggo, Kg Gusai, Kg. Seberang Bantal, Kg. Membatu, Kg. Terus, Kg. Semena dan Kg. Mat Daling (Jumlah akauan : 226)
3.Loji Air Jengka 8 - Jengka 8, Felda kota Gelanggi 1 & 3, Sg. Salan, Kg. Bukit Rang, Kg. Bukit Nikmat, Kg. Durian Hijau, Kg. Pulau Tawar dan kawasan sekitarnya. (Jumlah akaun : 1641)
Punca Gangguan : Loji tidak dapat beroperasi akibat tiada bekalan TNB.

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:54 PM | Show all posts
Kesian dekat sedare mare yang kat Kemaman...
Kesian untuk semua mangsa (walaunpun our holiday house dekat Kuantan) tu terlibat sama..
Sedih sangat tengok gambar2 ni... Risau dekat sedare2 kat Kemaman.. Sebab nak contact diorg tak dapat.. huhuu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:54 PM | Show all posts
blackred99 posted on 5-12-2013 12:48 PM
btol, mangsa ramai, penyelamat tak ramai, even tambah sukarelawan pun tak seramai mangsa, camne nk ...

takyah nak sibuk politik sgt.... dok gaduh politik sampai terlupa menda lain yg lebih penting

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:56 PM | Show all posts
dino posted on 5-12-2013 12:54 PM
takyah nak sibuk politik sgt.... dok gaduh politik sampai terlupa menda lain yg lebih penting

btol, nyawa tu paling penting, politik tolak tepi ye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2013 12:57 PM | Show all posts
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Jailani Johari Melawat ke pusat pemindahan banjir dewan sivik Kampung Batu 24 Kuala Berang dan memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir di kawasan tersebut. TAHNIAH YB kerana menyelami pahit jerih rakyat.




Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:57 PM | Show all posts
BANJIR (Rangkuman): Banjir Di Pahang Meragut Mangsa Pertama, Dua Hilang Dihanyut Arus

KUANTAN, 5 Dis (Bernama) -- Banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.

Dua beranak, Jamali Jani, 45, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya Megat Mohd Nazli Jamli, 17, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap di sini kira-kira 7.30 malam tadi.

Kejadian berlaku dalam keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan negeri- negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kini mencecah 38,323 orang dari 9,153 keluarga.

Mereka ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga pukul 8 pagi tadi.

Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa tertinggi iaitu seramai 30,307 orang dari 1,561 keluarga yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,289 mangsa ditempatkan di 15 pusat pemindahan dan di Pekan, 3,037 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan. Di Maran, 637 mangsa ditempat di enam pusat pemindahan dan Jerantut, 25 mangsa ditempatkan dua pusat pemindahan.

Di Lipis seramai 21 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan dan di Temerloh, tujuh mangsa ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa yang dipindahkan ke 101 buah pusat pemindahan meningkat kepada 7,780 orang pada sebelah pagi berbanding 5,393 orang malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keadaan banjir semakin kritikal dengan Besut merupakan daerah terbaharu yang dilanda, dengan 102 orang daripada 24 keluarga dipindah ke enam pusat pemindahan sejak 4 pagi tadi.

Pusat pemindahan itu merupakan Balairaya Kampung Renek, Dewan Serbaguna Kampung Padang Bual, Dewan Sivik Pasir Akar, SK LKTP Tenang, Surau Kayu Kelat dan Surau Kampung Bukit Mali.

Kemaman masih merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan seramai 3,840 orang dari 916 keluarga dipindahkan.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini berkenan melawat pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Di Dungun, jumlah mangsa yang dicatat sehingga pukul 9 pagi ini ialah seramai 2,130 orang daripada 527 keluarga, di Hulu Terenganu seramai 1,654 orang (472 keluarga) dan Marang seramai 54 orang (14 keluarga).

Sementara itu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri melaporkan paras air sungai di kebanyakan sungai utama berada pada paras bahaya.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir bertambah pagi ini dengan jumlah yang dipindahkan ialah seramai 986 orang berbanding 538 orang malam tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah adalah antara jajahan terbaharu yang dilanda banjir.

Di Kuala Krai, seramai 646 orang daripada 149 buah keluarga ditempatkan di enam buah pusat pemindahan, manakala di Machang, seramai 71 orang dari 19 keluarga dipindahkan ke empat buah pusat pemindahan.

Di Pasir Mas, hanya 24 orang dari sebuah keluarga dipindahkan berikutan air Sungai Golok di Rantau Panjang yang dilaporkan melimpah.

Manakala di Pasir Puteh, seramai 109 orang dari 29 keluarga dipindahkan di tiga tempat pemindahan sementara di Tanah Merah, seramai 136 orang dari 38 keluarga berpindah ke tujuh pusat pemindahan.

Ketika ini bacaan paras air di Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok di Rantau Panjang telah melepasi paras bahaya manakala paras air di sungai-sungai lain dilapor terus meningkat.

Sehingga pukul 10 pagi, bacaan di Tualang, Sungai Lebir ialah pada paras 36.19 meter (bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai 25.35 meter (bahaya 25 meter) dan Jambatan Guillemard 17.15 meter (bahaya 16 meter).

Sungai Golok di Rantau Panjang pula kini mencatat bacaan 10.21 meter melepasi tahap bahaya sembilan meter dan dijangkakan jika paras air terus meningkat, lebih ramai mangsa di Pasir Mas akan berpindah.

Keadaan cuaca pagi ini terus mendung dengan sesekali hujan lebat di kawasan pedalaman.

Di MELAKA, Seramai 25 mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin dipindahkan ke pusat pemindahan.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata kesemua mangsa daripada lima keluarga itu dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu sejak petang semalam setelah air Sungai Kesang melimpah ke kawasan rumah mereka.

"Walaupun hujan di negeri ini tidak lebat dan cuaca hari ini cerah, tetapi air sungai melimpah kesan aliran air sungai di beberapa kawasan di Johor yang mengalami hujan lebat," katanya.

Paras air Sungai Kesang kini pada tahap berjaga-jaga iaitu 3.12 meter.

Di JOHOR, cuaca cerah dilapor di daerah yang teruk dilanda banjir iaitu Mersing pada sebelah pagi, namun belum terdapat tanda banjir telah reda.

Jabatan Meteorologi melaporkan kawasan pantai Johor Timur masih terdedah kepada kenaikan paras air laut dan dijangka berterusan sehingga Isnin ini.

Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua berikutan angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak setinggi 4.5 meter di kawasan perairan Pahang dan Johor Timur.

Sementara itu portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 11 pagi, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 8,793 orang berbanding 8,705 malam tadi.

Mereka ditempatkan di 62 buah pusat pemindahan di daerah yang terkesan oleh banjir tersebut.

Mersing masih mencatat jumlah mangsa teramai yang dipindahkan iaitu 5,716 orang, diikuti Segamat (1,052); Kluang (1005); Pontian (409); Muar (217); Kota Tinggi (212); Batu Pahat (175); dan Ledang (tujuh).
-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 12:58 PM | Show all posts
peachRose posted on 5-12-2013 11:19 AM
kak melah..saya ada kawan pensyarah kat UMPahang..tadi ada bg sikit kat dia..ptg ni dia nak pergi  ...

kawan ko dok mana, nak jugak bagi barang sikit ni
aku dah bagi duit merata-rata hahaha
harap2 mereka ni ikhlas jgn sebat sorang2 kehkehkeh

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:59 PM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 12:47 PM
Rafiq RifaieKUANTAN

miaw, kasi link facebook kuantan. Kita masuk, tgk takde apa-apa pun pasal banjir. fb kuantan yg mana satu!??

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:00 PM | Show all posts
aku perhatikan najib n kak mah mmg tak pandai langsung nak amik hati rakyat...kalau tg puan pahang pn boleh turun padang masak utk mangsa banjir, nape kak mah tak boleh buat camtu..contohnya kak mah agihkan makanan, selimut dan bantal ke semua pusat pemindahan...mmglah yg buat kerja tu agensi2 yg lain..tapi at least tunjuklah sikit simpati n empati tu..bagi sokongan moral..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:00 PM | Show all posts
Pickaboo Cak Pasukan sukarelawan MERCY Malaysia ke Kuantan bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Esok para sukarelawan MERCY Malaysia juga akan ke Johor.

Anda yang ingin membantu, boleh salurkan derma anda ke akaun berikut: -

1. CIMB: MERCY Malaysia. Akaun No: 14240006561053
2. Maybank: MERCY Humanitarian Fund: Akaun No 562179504126



p/s : cek betul2 dulu, pastikan bukan akaun palsu sebelum bank in duit ke mana2 akaun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:00 PM | Show all posts
ada kereta tengah jalan di letak double triple parking katanya
so susah bantaun kerajaan nak masuk
lahai..sempoi sangat masalah sampai org tak makan 24 jam
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:00 PM | Show all posts
elnor_81 posted on 5-12-2013 10:30 AM
sme cm laki aku ckp je..laki aku siap ckp sok arak piala tu kehulu ke hilir.cm agung sgt..

Nak sambut, nak arak piala no problem tp jgn sampai tinggal solat..

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:01 PM | Show all posts
Bell posted on 5-12-2013 12:59 PM
miaw, kasi link facebook kuantan. Kita masuk, tgk takde apa-apa pun pasal banjir. fb kuantan yg ma ...

KUANTAN

gambo dp


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:05 PM | Show all posts


Sian budak debab ni.. dah la comey..

Sumber : Astro Awani Webpage Last edited by ANNDHIA85 on 5-12-2013 01:10 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 01:07 PM | Show all posts
Permatang badak


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:07 PM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 01:01 PM
KUANTAN

gambo dp

Kuantan huruf besar rupanya!!!! chisssss hampeh punya facebook!!! tak payah la case sensitif. penat aku cari!!!! gamPANGG!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:07 PM | Show all posts
crossfire posted on 5-12-2013 11:25 AM
org Balok legalah yerk.......
perparitan kat KONTAN nie teruk terutama kat terminal, kawasan rend ...

Balok ada gak kwsn yg kena... Perumahan Balok Maju, Balok Permai sume tu kena... cuma kwsn umah aku ni tnah tinggi skit... Alhamdulilah x kena...

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:09 PM | Show all posts
dino posted on 5-12-2013 12:54 PM
takyah nak sibuk politik sgt.... dok gaduh politik sampai terlupa menda lain yg lebih penting

biasa lah penganut ugama politik ini kak.
bagi mereka seluruh kehidupan ini harus lah berkaitan dengan tuhan politik mereka masing2.

elohim hanya picisan sahaja bagi penganut ugama politik ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.817496 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list