CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chami

LOFA & STUFF in a Positive Environment

[Copy link]
Post time 1-3-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
A good article by Abd Jalil Ali dalam Sinar Harian. Tapi macam biasa lah, ramai pembaca tak hadam betul2 isi yang nak disampaikan. Main komen je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 12:23 AM | Show all posts
Edited by washere2 at 2-3-2018 12:26 AM




IGS ZA





@neelofa (@get_repost) ・・・ You might win some, you might lose some. But you go in, you challenge yourself, you become a better man, a better individual, a better fighter.

Igs Zul Ariffin


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 11:11 PM | Show all posts

teruskan melangkah Noor Neelofa. Moga Allah melindungi mu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 2-3-2018 11:11 PM
teruskan melangkah Noor Neelofa. Moga Allah melindungi mu

Ameen!! Fly high Loffff..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2018 08:43 PM | Show all posts
washere2 replied at 2-3-2018 11:11 PM
teruskan melangkah Noor Neelofa. Moga Allah melindungi mu

aameen....

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 10:34 PM | Show all posts
Edited by washere2 at 3-3-2018 10:39 PM


@tengkukhalidah_tengkubidin . SEMALAM lama kami bersembang. Saya pun antara yang mengkritik dia, depan-depan dan dia sangat berlapang dada. Pun, saya ambil semangat baik dan positif dia. Saya tanya, "Orang kata Lofa macam nak ajak perempuan bertudung ke disco...". Pantas dia jawab "Demi Allah kak, takda sikitpun ke arah tu, jangan pergi sampai ke situ, jauh sangat tu...." Ya, memang manusia ada buat silap. Apatah lagi dia yang baru dalam dunia bisnes, baru beberapa tahun berhijrah. Saya tak nak mengata orang lebih lebih sebab kita pun hambaNya, iman kita sering berbolak-balik, naik dan turun. Kita lapangkan dada, beri doa yang baik baik. Doa baik untuk orang lain akan berpulang kebaikannya kepada kita juga. Seharusnya begitulah. Dengan apa yang dia ada, saya saksikan banyak sudah dia bantu orang,buat benda baik, bagi semangat kepada anak-anak muda untuk tidak takut bermimpi. Dalam sembang lima jam kami, saya kata kepada Lofa - Hajjah Lofa diberi macam-macam rezeki Allah, umur muda lagi sudah kaya raya. Awak i san terpilih dan percayalah ujian besar ini sesuai dengan tahap Hajjah. Semoga kekal istikomah..." Tunggu Mingguan Malaysia esok, banyak dia bercerita dari hati ke hati. Hari ini pula, kalian boleh buka @Utusan Online, video curahan hati dia kami paparkan. #regran  IG Kak Tengku




https://www.instagram.com/p/Bf3FzvHhEZb/?taken-by=jemimarsya




I admit I cried; betapa tabahnya Lofa...seperti teguran Ustaz Bakhtiar kpd kecaman melampau terhadap Lofa; sesungguhnya besar pahala yg Lofa dpt...ujian ini bkn pada Lofa shj, tp kpd semua...Allah menguji akhlak dan hati semua orang...maka beringatlah  


tgk tulisan/interview Lofa dgn  Tg Khalidah dlm utusan esok, seorang wartawan yg berhemah



  • tunku_idrisLadies, if you’re wearing tudung please behave like how you’re supposed to. Don’t come on my instagram page and write perverted comments. It is not flattering at all. It’s disrespectful and insulting to other women who actually wears tudung for the right reasons. It seems like tudung is nothing more than a fashion trend in this country. These are probably the same kind of people who praises and forgave someone who was arrested for illegal substances and bash someone who mistakenly chosen a venue for a product launch.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2018 11:13 PM | Show all posts

On a lighter note, it is a wrap for TiAmosweetheart100 hari today

sempat bergurau pasal ...bawang




Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
She did not lost 100k followers maybe about 40k since she just reached 5.5k. But today there was 5k increase from yesterday. It is ok that this incident exposed true fans or friends
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca comments dekat post Tunku Idris, nampak ada yang tak paham. Ada yang pikir post tu kecam Lofa padahal it's the other way around.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 03:15 PM | Show all posts
Manjee62 replied at 4-3-2018 12:29 PM
Bila baca comments dekat post Tunku Idris, nampak ada yang tak paham. Ada yang pikir post tu kecam L ...

kalau caption sesimple tu pun tak faham mmg sesuai taraf duduk depan keyboard je; nak capai taraf lofa lagi jauh

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 03:22 PM | Show all posts




Ahad, 4 March 2018 | 7:40am
Neelofa dan pak cik bawangOleh Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim

KENDURI kahwin dahulu kala ketika zaman sebelum wujud dewan serbaguna, 'ballroom' hotel lima bintang serta katering dan tema perkahwinan, majlis kahwin yang diadakan di kampung biasanya dianjurkan dalam bentuk gotong-royong.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, budaya gotong-royong bagi mempersiapkan sesuatu majlis yang biasanya majlis perkahwinan dipanggil rewang.
Kegiatan rewang ialah apabila seluruh kampung, jiran tetangga, rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara datang membantu untuk menyediakan masakan, juadah serta persiapan kenduri kahwin bagi membantu keluarga mempelai.
Antara aktiviti yang seringkali menjadi tumpuan dalam rewang ini adalah operasi memotong dan mengupas bawang, bukan sahaja kerana bawang itu ramuan penting dalam masakan Melayu dan ia memerlukan kemahiran dan kecekapan, aktiviti yang selalunya dikendalikan oleh gerombolan sukarelawan wanita atau lebih dikenali sebagai mak cik ini memberikan masa untuk pemotong bawang sama-sama berborak dan bertukar pendapat.
Khabar berita hangat terkini di kampung yang disulami gosip, umpatan dan sekali-sekala diselitkan juga sedikit cercaan seringkali dikongsi dalam aktiviti memotong bawang rewangan, maka hasil daripada perilaku sosial masyarakat Melayu ini timbullah kata simpulan 'mak cik bawang', satu nama samaran yang diberikan kepada seseorang wanita yang suka mengumpat dan mengutuk.
Memang menjadi stereoptaip di kalangan masyarakat Melayu bahawa golongan wanita ini dikatakan gemar umpatan, khabar angin dan gosip, diperkukuhkan lagi dengan melalui bacaan majalah URTV, blog sensasi selebriti dan apa-apa media yang berkaitan sewaktu dengannya rata-rata dikunjungi, digemari dan dihadam oleh wanita.
Tidak mengejutkan sesiapa apabila timbul satu kontroversi hangat baru-baru ini, sewaktu orang ramai sedang berdebar menyaksikan majlis perkahwinan #fattzura, tingkah laku selebriti sensasi tanah air Neelofa pula yang mencuri tumpuan.
Neelofa yang menganjurkan majlis pelancaran tudung baharunya di sebuah kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur dikatakan kurang peka akan penjenamaan tudungnya, agak janggal untuk tudung diperkenalkan dalam sebuah kelab malam yang mempunyai reputasi yang tidak sinonim dengan pemakaian hijab. Hasilnya muncullah golongan mak cik bawang yang datang berduyun-duyun di internet, berkongsi pendapat mereka melalui twitter, instagram hinggalah ke paparan Facebook
Pelbagai bentuk pandangan
Pelbagai bentuk pandangan, komentar dan tidak kurang juga cerita konspirasi yang timbul akibat tindakan Neelofa ini. Sememangnya ia tidaklah mengejutkan, apabila seseorang itu diklasifikasikan sebagai seorang selebriti sudah pasti gerak-geri mereka akan diperhatikan oleh masyarakat. Saya bukanlah hendak memberi komen terhadap Neelofa mahupun membuat komentar akan tindak balas dan kritikan netizen.
Apa yang menarik minat saya ialah kemunculan satu kumpulan baharu selain dari mak cik bawang, yang tidak kurang pedasnya dalam nista dan cercaan mereka serta cukup meriah disulami perasaan kemuliaan dalam darjat yang tinggi apabila mengkritik yang kadang-kadang melebihi dari golongan mak cik bawang. Golongan yang saya maksudkan ini adalah kemunculan kumpulan 'pak cik bawang'.
Mungkin kerana penggunaan media sosial semakin meluas ataupun mungkin masyarakat kita semakin maju dan progresif sudah mula keluar daripada kepompong stereotaip jantina, kini lelaki juga seiring sejalan dengan wanita dalam memberi komentar panas terhadap isu-isu semasa khususnya berkenaan selebriti sensasi tanah air.
Walaupun ia tidaklah asing bagi golongan lelaki untuk menulis dan mengambil berat mengenai isu gosip dan berita hangat dunia hiburan, malah kebanyakan penulis dan wartawan media hiburan yang tersohor terdiri daripada kaum Adam, apa yang berlainan pada kali ini ialah golongan lelaki biasa seperti suami, bapa dan profesional turut serta dalam aktiviti gosip ala memotong bawang rewang.
Banyak kita lihat di twitter, instagram dan facebook golongan lelaki yang meninggalkan komentar mengenai isu sosial terkini, dari pengeluaran fatwa ala ustaz segera, cercaan terhadap wanita yang berbaur seksis dan menghina hinggalah kepada nasihat tanpa tauliah kepada individu yang mereka tidak pernah jumpa mahupun kenal.
Ini membuatkan saya terfikir adakah fenomena pak cik bawang ini sesuatu yang baharu ataupun adakah ia memang wujud di kalangan masyarakat kita sejak dahulu tetapi baru kini kita mula perasan.
Mungkin kalau komentar ke atas berita selebriti atau hiburan kita kekok melihat lelaki biasa untuk menjadikan topik perbualan di kedai makan, tetapi ia tidak menjadi asing untuk kita melihat gerombolan lelaki di kedai kopi berbicara dengan penuh perasaan sampai menimbulkan pergaduhan kalau ia melibatkan isu politik.
Politik, hiburan tak lari jauh
Kalau kita fikir semula, bukankah hiburan dan politik itu tidak lari jauh dari segi ciri-ciri dan topik perbualan? Daripada kritikan golongan yang rasa mereka lebih mulia daripada golongan lagi satu, cercaan dan umpatan yang dengan mudahnya disemburkan hinggalah kepada penceritaan dan penyebaran khabar angin dan berita palsu.
Apabila kita melihat dari sudut bahawa politik itu tidak lari jauh daripada dunia hiburan, maka tidak menghairankanlah bahawa sebenarnya pak cik bawang ini sudah lama wujud di kalangan masyarakat kita, cuma kini mereka sudah mula menceburi bidang baru.
Dengan penggunaan media sosial dan penyebaran berita dan media melalui aplikasi whatsApp, berita dan isu terkini tidak lagi diasingkan mengikut topik tetapi ia disebarkan mengikut kehangatan berita itu dan sambutan orang ramai terhadapnya.
Walaupun kita mungkin tidak meminati sukan bola sepak, namun sekiranya berlaku apa-apa kontroversi yang membabitkan sukan berkenaan, sudah pasti ada sahaja insan yang akan mengirimkan atau berkongsi berita dan khabar itu melalui kumpulan whatsApp, bukan?
Mungkin atas sebab inilah pak cik bawang ini yang dahulunya hanya terperangkap dalam kepompong politik dan berita sukan, sudah mula mengorak langkah ke isu-isu hiburan dan kisah sosial masyarakat, daripada berbual mengenai apa yang dikatakan menteri kini ia telah bercambah pula kepada topik apa yang dikatakan oleh isteri menteri yang sedang hangat bergaduh secara terbuka di media sosial.
Malah dalam sesetengah kes, dari sudut pandangan peribadi saya, golongan pak cik bawang ini lebih pantas dalam menyebarkan dan menerima maklumat mengenai gosip-gosip terkini, jauh meninggalkan geng mak cik bawang.
Jangkaan dan spekulasi saya mengenai mengapa perkara ini berlaku ialah kerana tidak seperti mak cik bawang yang sememangnya mempunyai banyak kerja rumah untuk disiapkan (seperti memotong bawang) golongan pakcik bawang ini banyak masa terluang untuk melepak di kedai kopi sehingga larut malam, maka mereka ini lebih tertumpu kepada telefon pintar mereka dan pantas menjejak berita sensasi terkini di ceruk media sosial dan seluruh pelosok internet.
Apa pun tidak kisahlah sama ada kita ini pak cik ataupun mak cik bawang, akhir kata kita ini semua manusia biasa dan manusia yang biasa itu sudah tentu tidak lari daripada kesilapan. Tidak salah untuk kita memberi pandangan dan komentar mengenai satu-satu perkara dan isu, cuma kadang-kadang berpada-padalah dalam menyemburkan kata-kata.
Jangan lupa untuk cermin diri sendiri sebelum kita mengata seseorang itu kerana takut-takut ia akan terpalit pada diri kita jua, ibarat sepotong nasihat yang pernah dikongsikan oleh Ustaz Kazim Elias mengenai netizen "seolah-olah mereka yang komen di Facebook ini sudah pasti menjadi ahli syurga, dan yang mereka kutuk dan hina itu sah-sah akan menjadi ahli neraka" fikir-fikirkanlah.

Penulis adalah bekas personaliti TV



Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 10:52 PM | Show all posts
Edited by washere2 at 4-3-2018 11:13 PM



  https://www.instagram.com/p/Bf4z ... aken-by=zulofatiamo

Lofa ni relax je walau dlm org kutuk2, kecam dia; siap ketawa berdekah dgn Zul membahan si Mike psl Mike kan sebut that day...tu tempat je, kalau dia sewa buat tahlil pun boleh, bila org kutuk statement dia tu, dah pegi minta maaf pulak kat kaki2 kutuk buat pe

Lofa : psl apa you pegi ckp psl tahlil Michael Anggg
Zul : bodohlah..org balik rumah nak relax, dia balik rumah buat life minta maaf...baik tak pyh ckp, balik rumah boleh tgk tv...ni minta maaf atas katil

kelakar pulak diorg ni

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 4-3-2018 10:52 PM
https://www.instagram.com/p/Bf4z ... aken-by=zulofatiamo

Lofa ni relax je walau dlm org kut ...

Thank you. I jenuh la nk dgr apa yg depa sembang psl tahlil tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 10:41 PM | Show all posts
Edited by washere2 at 5-3-2018 10:44 PM


HIBURAN»Selebriti
Isnin, 5 March 2018 | 6:40pm

Neelofa profesional di lokasi - Pengarah
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]

KUALA LUMPUR: Kontroversi hebat melanda pelakon yang juga pengacara sensasi, Neelofa, tidak menghalang beliau melunaskan baki penggambaran drama bersiri, Ti Amo Sweetheart 100 Hari, dengan baik.

Perkara itu diakui sendiri oleh pengarahnya, Michael Ang, yang sebelum ini sudah beberapa kali bekerja dengan wanita turut bergelar usahawan terkenal itu.

Menurut Michael, Neelofa memberikan kerjasama terbaik dalam melangsaikan penggambaran naskhah yang diangkat daripada novel tulisan Suri Ryana terbabit.

"Neelofa seorang yang sangat profesional dan masih boleh bekerja macam biasa. Bahkan, dia kelihatan ceria saja di lokasi penggambaran.

"Dia sememangnya seorang pelakon yang tahu apa boleh ditunjukkan di lokasi dan sebaliknya," kata pengarah terbabit kepada BH Online.

Cuma kata Michael, ketika berborak kosong di belakang kamera, Neelofa mengaku terkilan dengan kontroversi yang berlaku.

Baru-baru ini, Neelofa menjadi bualan hangat kalangan netizen termasuk golongan agama apabila bertindak melancarkan koleksi tudungnya di sebuah pusat hiburan terkemuka di ibu kota.

"Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Begitu juga dengan Neelofa," katanya yang sebelum ini bekerjasama dengan pelakon itu menerusi Suri Hati Mr Pilot.

Bercerita lanjut mengenai drama lima episod yang julung kali menggandingkan Neelofa dan Zul Ariffin itu, Michael mengakui, kedua-duanya dengan mudah mencipta keserasian.

Dalam drama terbabit, kedua-duanya berlakon sebagai pasangan suami isteri yang terpisah, selain berdepan konflik kehilangan anak yang diculik.

"Memang kebanyakan pelakon akan mengambil sedikit masa untuk mencipta keserasian. Ia bukanlah perkara asing dalam lakonan.

"Seperti juga Zul dan Neelofa, mereka agak janggal untuk beraksi di depan kamera pada hari pertama penggambaran diadakan. Apatah lagi tidak banyak babak membabitkan mereka berdua ketika itu. Namun, masuk saja hari kedua dan seterusnya, mereka mula mendapat rentak dan selesa berlakon bersama," katanya.

Enggan komen jumpa Mufti
"SAYA tidak mahu lagi memanjangkan isu ini. Saya juga sudah tutup buku," kata pelakon dan pengacara popular, Neelofa.
Menurut pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, dia tidak mahu mengulas mengenai berita yang mendakwa dia dan kedua ibu bapanya merancang untuk bertemu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, minggu ini.
"Saya tidak mahu cakap sama ada betul atau salah, jadi atau tidak saya berjumpa dengan Mufti seperti yang tersebar itu kerana ingin meletakkan titik noktah pada semua ini.

"Saya mahu fokus ke depan dan mahu mengakhiri semua kontroversi ini. Apapun, keadaan saya okay sekarang," katanya.
Pada masa sama, kata Neelofa, dia akan berlepas ke Taiwan untuk urusan kerja, minggu ini.
"Saya akan terbabit dengan penggambaran sebuah jenama telefon selama empat hari di sana," katanya.

Ditanya mengenai babak mesra lakonannya bersama pelakon Zul Ariffin ketika penggambaran drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari yang tular dan mendapat komen negatif netizen, Neelofa juga enggan mengulas.

Penggambaran drama itu sudah selesai Ahad lalu.

"Namun, saya tidak mahu cakap lagi pasal isu itu. Saya mahu bernafas kejap. Harap semua memahami situasi saya sekarang," katanya.
Terdahulu, majlis sambutan hari jadi Neelofa dan pelancaran koleksi terbaru Naelofar Hijab, Be Lofa di pusat hiburan di Kuala Lumpur, minggu lalu dikecam netizen kerana dikatakan tidak sesuai dengan imejnya.
Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk beberapa Mufti dan pertubuhan Islam menyuarakan pandangan dan nasihat kepada pelakon terbabit termasuk memintanya bertaubat.





P/S : lepas ni mohon media2 tulis hal2 artis lain pulak ye, tak kan lah lofa sorang yg ada nilai berita tinggi dlm Malaysia ni

to haters, lepas bank rakyat dan ikon wanita ni, boleh try swarowski, lancome atau air asia pulak ye, tidak pun jenama phone yg lofa nak shoot di taiwan tu ...kalau gagal juga mungkin boleh cuba lagi lain kali














Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 5-3-2018 10:41 PM
HIBURANSelebriti
Isnin, 5 March 2018 | 6:40pm


Trying hard sweetie H ni nmpknya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
U have my back lofa..penat la layan sorg2 punye hentaman..yes, she was wrong tp tade la sampai tak layak nk berpijak di bumi lagi..haih

Seminggu tak brenti lg memasing membawang mengunyit..ewww sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2018 04:14 PM | Show all posts
tq for keep posting @washere2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2018 04:16 PM | Show all posts
pada chami..yes,,,she didwrong...tapi lofa dah sedar apa yg tersilap...dan dah minta maaf...
x sukasikap netizen yg provoke dan jadikan hal ni isu lawak....

yg baik tak di gembargemburkan..so tipikal malaysian....sad

keep flying high lofa.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 11:46 PM | Show all posts

Repost neelofa: Pok Ya, Pok Ya .. wait for the 2nd part soon#AME2018

https://www.instagram.com/p/Bf-_ ... ken-by=demuremusing


@womenoffuture - Noor @neelofa Mohd Noor - shortlisted candidate for #WOFSouthEastAsia  Awards 2018 Arts & Culture category. Neelofa is a successful actress, host and entrepreneur. She has starred in TV shows, films and produced her own reality TV series. She started her business empire with Lofa Shoes, and then moved to BellaVita in 2012 before setting up Naelofar Hijab (NH Prima International Sdn Bhd) in 2014. She has been listed in the Forbes Asia Under 30 List. - #regrann







Tahniah Lofa Top 5 AME
- Pelakon Meletop
- Fesyen Maletop
- Drama Meletop - Red Velvet

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
What I adore psl Lofa ialah dia tak sempurna, sejak zaman free hair pun dia dikecam teruk. Till now berhijrah, hajah semua, ramai yg suka dan idolakan dia & expect dia sempurna. Yg benci & dengki tak perlu ckp sentiasa mencari ruang silap. Tp setiap kali dikecam, dia tenang, tabah & nampak keikhlasan dia hadapi tohmahan, kecaman, sentap org2 yg dulu katanya fans etc. Siapalah kita utk jadi hakim dia didunia ni. Cukup tegur dgn ikhlas kalau rasa perlu & bertanggungjwb sgt. Selebihnya antara dia dgn Allah. Nak kecewa, tak minat dah apa buatlah. Tak perlu meroyan apa. Supportlah pulak sesiapa yg kita rasa layak jd idola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.329107 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list