CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
 Author| Post time 11-1-2011 10:27 AM | Show all posts
terimakasih semua atas segala doa & ucapan takziah
arwah( hubby punya abang) meninggal kerana sakit jantung
dia buat bypass 2 tahun dulu tp sejak 6 bulan yg lalu jantung dia ada problem balik
doktor nak letak pacemaker tp tak sempat... Allah dah jemput
kesian anak dia baru nak sambut birthday ke 6 besok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply 1741# sang_arjuna


   salam  takziah smiley.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 04:28 PM | Show all posts
akak smiley...takde sambungan lg ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 06:17 PM | Show all posts
Amir memerhati  wanita di hadapannya dengan senyum segaris. Sungguh kecil dunia ini. Tak sangka kakak Aishah Izzati ialah kekasih gelap Farid. Nurul Asyikin menyalakan rokok Salem Lights dan menyedut panjang. Mengandung atau tidak, rokok tak boleh di tinggalkan. Gasaklah apa nak jadi dengan janin dalam perut. Bukannya dia inginkan anak. Lebih lebih lagi anak si Farid dungu itu. Menyusahkan hidup aku.

“ So , macam mana? You setuju?” tanya Amir. Matanya di paku pada meja bersebelahan. Tak sanggup mengadap “buah buahan ranum” Nurul yang melimpah dari tank top sendat.

“ Macam mana I nak tolong you? Dia tak nak jumpa I atau cakap dengan I.” balas Nurul. Memang pun dia berniat untuk mengenakan Farid. Sudah lebih seminggu  dia cuba contact Farid tapi tak berhasil. Dasar lelaki pengecut!

“ I nak you pergi ke kondo dia hari Sabtu ini. Be there before 5 in the evening. That’s all.” Harap harap rancangan aku sukses dan Dahlia bebas dari ikatan pertunangan dengan Farid.

“ You nak perangkap kita orang? Hey.. I ni isteri Tuan Hj Hijaz, mampus I kalau kes ni keluar suratkhabar.” tengking Nurul. Beberapa orang pelanggan berpusing.

“ Sssyyy! Janganlah bagi tahu satu pekan. You jangan risau. Kes ini tak akan keluar atau tersebar di mana mana. I know what to do.” Mata Amir melingas sekeliling. Risau juga kalau ada “pembawa”. Semalam dia sudah di beri amaran oleh Puan Asmidar. Guru Besar sekolahnya mendapat aduan dari Hamba Allah mana entah tentang kelakuan sumbang Cikgu Amir bercanda di taman bersama seorang wanita. Berasap juga telinga mendengar ceramah Puan Asmidar.

“ Apa habuan untuk I? “ Mata Nurul menjalar ke tubuh Amir yang sudah tentu lebih gagah dari Farid. Nasib baik perubahan hormonnya sekarang membantutkan nafsu serakah. Lagipun dia tahu adiknya sendiri menaruh hati pada Amir. Kalau tidak,  dia tak akan lepas peluang untuk menggoda guru sekolah yang sedang duduk di depannya.

Amir mula tak senang duduk bila Nurul memandangnya seperti singa lapar ingin menerkam mangsa. Tapi betul juga kata Nurul. Selain dari melihat Farid di aibkan depan tunang dan keluarga, apa lagi yang Nurul dapat? Minah ni tak boleh di beli dengan wang ringgit, dia isteri kesayangan jutawan. Takkan aku kena gadai body aku kat dia.

“ Hi, kakak! Cikgu Amir! Apa you all buat di sini?” Amir terus berpaling. Aishah Izzati melambai dari jarak beberapa kaki. Nurul memanggilnya.

“ Come and join us”

Parah… parah. Mesti jadi cerita panjang. Aishah mengambil tempat duduk sebelah Amir. Lengan Amir di tampar lembut, lantas membuat Amir menginjak.


“ Naughty! Cikgu Amir ni teruklah. Kenapa tak pergi Bukit Merah masa cuti dulu? We had so much fun tapi lagi best kalau Cikgu ada sama. Seronok tau mandi manda dan naik water slide. Syok sangat!”

“ Saya kena balik kampung. Emak saya sakit tenat”

“ Oh… is she better now? I teringin lah nak jumpa family Cikgu Amir. Cikgu Amir orang mana? Eh… kenapa I masih panggil you Cikgu? I bukan guru pelatih di Sri Kota lagi. I panggil Amir saja lah. Atau you prefer I panggil Abang Amir ?“ Tawa gedik menyusul. Amir mengetap rahang. Kalau bukan sebab perbincangannya dengan Nurul belum mencapai kata putus, dia sudah lama angkat kaki. Horror betul minah dua bersaudara ni. Man eaters!

“ Aishah buat apa di sini? ” tanya Amir

“ Hari ini UPSI cuti jadi I balik KK. Nasib baik kan, dapat jumpa you. Masa hari terakhir I kat Sri Kota, you masih cuti. Tak sempat nak cakap thank you. I belanja dua tiga orang yang rapat dengan I. Kalau you ada, I  ajak you sekali sebab you banyak tolong I. Tak apalah, nanti I belanja you. Amir suka makan apa? Atau kalau you nak tengok wayang pun boleh. Apa apa sajalah, ikut suka you.”

Bla… bla..bla… potpet… potpet.. potpet. Rasa nak gumpal napkin dan sumbat masuk mulut dia. Nasib baiklah Dahlia jenis yang tahu bila masa nak buka mulut dan bila masa nak diam. Amir menala pandang ke ruang sekeliling. Dua orang lelaki berbangsa India cepat melarikan pandangan ketika matanya menyapa mereka. Selepas insiden di mana dia kena belasah, Amir kini lebih berhati hati. Tak mustahil Farid juga mendapat cerita dia berduaan dengan Dahlia.

Nurul senyum lebar. “ Amir, macam ni lah. Why don’t you go out with my sister? You seem to enjoy each other’s company. You bujang, dia pun single.” Matanya di kenyit pada Aishah.

Amir melopong. Inikah harga yang harus di bayar untuk memerangkap Farid? Oh tidak!

“ Kakak ni! Malulah Sha. Kenapa cakap macam tu?” Aishah mencebik manja.

“ Apa nak malu? Amir is a nice guy. I trust him. Pergilah tengok wayang ke, jalan jalan ke. Kakak nak balik dulu. Amir, I’ll be in Ipoh on Saturday as we planned. Jaga adik I baik baik. ” Mata mereka bersabung.

Amir terpaksa mengangguk. Aku terperangkap. KK is a small town. Dahlia akan dengar cerita yang aku keluar dengan Aishah Izzati. Aku harap dia mengerti yang aku buat ini semua untuknya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 06:20 PM | Show all posts
assalamualaikum

maaf... hari ni & beberapa hari selepas ini mungkin takde n3 sbb abang ipar k smi ...
sang_arjuna Post at 6-1-2011 08:48


ampun, tak nampak posting ni, takziah untuk Smiley sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 06:21 PM | Show all posts
terimakasih semua atas segala doa & ucapan takziah
arwah( hubby punya abang) meninggal kerana sakit ...
sang_arjuna Post at 11-1-2011 10:27


anak bongsu ke? berapa umurnya arwah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2011 06:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 11-1-2011 18:26

Peluh merenik di celah anak rambut Amir. Seram sejuk rasanya.Tangan Aishah Izatti sudah berkali di tepis dari lengan dan pehanya. Bukannya takut sangat cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung tapi minah ni sengaja nak menyondol aku. Argghh… aku di cabul!

Sebaik wayang tamat, Amir bergegas keluar dan cuba menghilangkan diri di khalayak ramai yang berpusu pusu meninggalkan pawagam.

“ Amir… tunggu!” Aishah Izzati terkedek kedek di belakang. “ Jom kita minum”

“ I tak dahaga. I kena balik cepat. Housemate I tak bawa kunci rumah” Amir membuat helah

“ Alaa… call lah dia. Suruh dia ambil kunci dari you. Kita pergi dinner kat rest house nak? I belanja”

“ Sekejap lagi dah nak masuk Maghrib. I have to go back”

“ Okay. I tunggu you solat lepas tu kita pergi” Aishah mempercepatkan langkah untuk menyaingi Amir ke tempat parkir. Lengan Amir di tarik. Adoyai, minah ni memang muka tembok. Bukan sebarang tembok tapi Tembok Besar Cina. Tak faham kah yang aku  meluat.

“ Not tonight lah Aishah. I belum habis semak kertas ujian. I hantar you balik sekarang. Kita jumpa lagi lain kali, I janji.” Nada Amir bertukar lembut. Kena jaga hati si adik. Bimbang Nurul mungkir janji kalau aku tak layan Aishah. Nurul adalah pelakun utama dalam OPTF. Peranannya amat penting.

Aishah tak puas hati tapi terpaksa menurut. Serius sangatlah Amir ni. Tak reti nak have fun langsung. Macam tadi, kita dah bagi peluang  tapi sikit pun dia tak nak peluk kita bila scene seram. Baik sangat lah cikgu ni. Benci!

“ Rumah Aishah di mana?” tanya Amir

“ Di Taman Harapan. Tapi I nak beli magazine dulu. Boleh tak singgah kat Nilam sekejap? On the way saja.”

Tak ada kedai lain kah? Kemungkinan besar ada meatball di celah spaghetti. Aishah nak tayang kat Dahlia yang dia bersama aku. Harap harap cuma Atikah yang tinggal di kedai. Kalau tak susah aku nak terangkan pada Dahlia. Cuma beberapa hari lalu aku lamar dia dan hari ni aku keluar dengan Aishah Izzati.

Amir menghentikan kereta di birai jalan. Perasaannya berkocak melihat Myvi Dahlia masih di situ. Aishah terus menanggalkan seatbelt.

“ Aduhhh! “ Tiba tiba Aishah menjerit sambil memegang kaki.

“ Kenapa ni?” Amir hairan.

“ Kaki I cramp. Tolong picit kan. Please” Skirt labuhnya di selakkan ke paras lutut. Laras kerusinya di turunkan. Amir mendengus. Gatal punya perempuan. Tak habis habis lagi nak menggoda aku. Nasib baik iman aku kuat. Perempuan murahan macam Aishah Izzati ni langsung tak buat aku terliur. Aku masih kalis godaan setiap kaum Hawa kecuali Dahlia.

“ Kaki belah mana?” Amir menyengetkan tubuh mengadap Aishah

“ Kaki kiri. Pleease… I sakit ni” Betis gebu Aishah di pandang. Gila haper nak suruh aku picit kaki dia.

“ Takkan you tak boleh picit sendiri? Bukannya tangan you tak sampai”

“ Aduhh… sakitnya. Tolong lah I” Aishah mengerang,  Skirtnya makin tinggi di tarik.
Mata Aishah meliar ke luar. Mana si Dahlia , minah perasan bagus tu? Cepatlah keluar. Ha… itu dia.

Dahlia mengunci kedai sambil berpamitan dengan Atikah. Matanya menangkap kereta Amir dan juga dua lembaga yang sangat di kenali berada di dalam. Tangan Aishah terus merayap ke bahu Amir. Matanya di pejam dengan ekspresi muka macam orang stim.

Malaun punya Amir! Tak ada tempat lain kah nak buat projek? Depan kedai aku juga dia nak buat port merendek dengan minah tu. Saja nak tunjuk kat aku. Suey punya orang! Malaikat semua lari, habis rezeki aku dengan Babah.

“ Dahlia!” Amir melaung sambil bergegas keluar.

Tanpa menoleh Dahlia terus ke keretanya. Lelaki semua tak boleh harap. Sedap mulut saja dia kutuk Farid tapi dia pun lebih kurang juga perangai. Entah berapa orang spare part Amir.  Baru saja aku nak belajar menerimanya, hati aku dah tertutup kembali. Kali ini tiada maaf bagimu. Tiada peluang kedua… eh  ketiga. Selesai saja OPTF, selesailah juga hubungan aku dengan Cikgu Amir. End of Story.

Amir pantas berlari mendapatkannya. “ Dahlia…  Aishah kena cramp. Boleh tak you tolong picit kaki dia?”

“ Eleh… picit lah sendiri. Lebih dari itu pun awak boleh buat.”

“ Dahlia… I tak buat apa apa dengan dia. Dia kata dia nak beli magazine kat kedai you, lepas tu tiba tiba kaki dia cramp masa nak turun.”

Huh… sikit pun aku tak percaya. Tapi aku nak kenakan si Aishah merenyam tu. Dahlia  menuju ke kereta Amir dengan senyum sinis. Aishah tergamam. Cepat cepat dia menutup kaki yang terdedah.

“ Cikgu Amir kata kaki you cramp. Bagi I tengok. Dulu I ahli Bulan Sabit Merah. I pandai picit kaki orang yang kena cramp”

“ Er…dah okay dah. Tadi sakit sekejap saja” Aishah senyum paksa. Samdol punya Cikgu Amir. Ini satu satunya kucing jantan yang tak jamah ikan depan mata. Kucing pondan kah dia?

“ Okay. Kalau macam tu , I balik dulu.” Terlepas peluang aku nak piat kaki betina ni sampai lebam. Tahu pun takut.

Amir masih terkial kial di sisi kereta. Bila Dahlia meloloskan diri ke dalam Myvi dia mengeluh panjang. Terperangkap juga aku.

“  Amir… buat apa kat luar? Kata nak balik cepat. Jomlah.”  Aishah bersuara. Harap plan aku berjaya. Dahlia pasti menjauhkan diri dari Amir. Ha Ha .. padan muka  Amir. Jual mahal dengan aku ya.

Amir membetulkan duduk dan menghidupkan enjin. Kereta Myvi sudah tiada di tempatnya. Nalurinya mengatakan kebarangkaliannya amat tinggi yang Dahlia sudah tidak percaya padanya.  Hatinya sebal. Mahalnya harga yang perlu di bayar untuk memerangkap Farid. Aku kena mandi bunga sebelum melutut dan merayu kembali Cik Pai Ayam. It is going to be tough to convince her.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 06:53 PM | Show all posts
ampun, tak nampak posting ni, takziah untuk Smiley sekeluarga
cmf_blingblings Post at 11-1-2011 18:20

terimakasih blings
anak tunggal... arwah pernah kawin dulu tp tak dapat anak
kesian sgt niece aku tu tp dia tak paham sangat lagi... masa kat kubur dia tanya mak mertua aku " Apa pasal Papa kena mati?"
masa kenduri dia tgk semua cousins & uncles dia ada pastu dia cakap
" kakak Anis ada papa, kak Sarah ada papa, kak Azrah ada papa tapi my papa dah mati"
dia tak nangis tapi anak aku yg nangis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2011 06:55 PM | Show all posts
Reply 1746# cmf_blingblings
umur 54
kisah hidup arwah ni kira boleh buat cerita lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 07:34 PM | Show all posts
sedihnya kak smiley.. semoga anak arwah menjadi manusia hebat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 09:27 PM | Show all posts
yeah....smiley dah muncul jua...
tq for the n3...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 10:47 PM | Show all posts
Aduiya ada je halangan si amir ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 12:31 AM | Show all posts
menyampah betul ngan aishah izzati tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 01:12 AM | Show all posts
Alamak susahlah cikgu Amir pasni mesti cik pai ayam tak percaya lagik kat dia huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 02:28 AM | Show all posts
menyampah betullah..si adik beradik ni..:@
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 07:33 AM | Show all posts
muncul je pompuan gedik ni....
abis lah cikgu amir dan cik pai ayam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 08:44 AM | Show all posts
best..best...tp ada jugak tak bestnya...geram dkt cikgu aisyah tuh...menyampah:@
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 08:58 AM | Show all posts
thanks akak... free2 letak lah lagi N3... hehehe...

aishah tu wajib kena
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 09:14 AM | Show all posts
salam semua

rasanya nanti dahlia terlepas dari fb
tapi cikgu amir kantoi dgn minah gedik tu ha ha h ah ha
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 09:26 AM | Show all posts
Reply 1759# qimi08


berliku sungguh laluan yg dilalui oleh cikgu amir dan dahlia..utk bersama.
ada je halangan.


qimi..happy belated birthday ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.226791 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list