CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iamashe

Hat Yai & Songkhla, Thailand

 Close [Copy link]
Post time 29-10-2013 06:27 PM | Show all posts
LAWATAN KE THAILAND MELALUI SEMPADAN DARAT

Tak pasti samada telah diterangkan sebelum ini pintu-pintu sempadan Malaysia Thai. Bagi yang berkereta dan sukakan pelancongan berbentuk adventure dengan kereta terdapat beberapa pintu sempadan ke Thailand. Dengan memandu anda akan meyaksi perbezaan landscape bumi dan budaya negeri orang walaupun majority selatan Thai adalah orang Melayu dan beragama islam. Panduan ini setelah diambilkira segala keperluan seperti insuran/arrival card telah tersedia.

1. Kelantan
a. Pengalan Kubor- Tak Bai Thailand - daripada Pengkalan Kubor untuk ke Tak Bai menggunakan feri yang boleh mengangkut kereta sekali. tetapi bagi sapa-sapa yang gayat jangan cuba-cuba kerana ferinya bukanlah seperti feri PPinang.Ianya terbuka dan dikendalikan oleh JKR.Jadi faham-faham sajalah mutunya.Ada dua feri tapi kadang kala hanya satu beroperasi menyebabkan masa menunggu agak lama. Apabila sampai di tebing pekan Tak Bai terus berurusn dengan kastam sana yang pejabatnya macam pondok saja. dari Tak Bai pandu terus ke narathiwat-Patani-Hat yai atau Songkhla.

b. Rantau Panjang-Sungai Golok/Sg Kolok.
Popular bagi rakyat kelantan atau pelancong yang lain. Selepas imigresen Malaysia dan melepasi jambatan  sg kolok terus ke komplek kastam dan imigresen Thai.Prosidur macam biasa. Pandu kereta untuk terus ke Narathiwat-Patani-Hat yai atau melalui jalan utama terus ke Yala-Hat Yai.

c. Bukit Bunga Jeli-Buketa Thailand-Jambatan Muhibbah.
Baru di buka semasa Pak lah masih jadi PM.Prosidur imigresen malaysia Thai adalah sama, cuma di sebelah Thailand adalah merupakan kawasan kampung dan anda perlu ke Pekan Sungai Golok dahulu untuk destiansi seterusnya. Boleh juga kalau tk nak ke pekan Golok tetapi melaui daerah Weng dan terus ke Yala.

Pesanan: Wilayah Thai yang bersempadan dengan Kelantan khusunya Narathiwat dan Pattani adalah merupakan kawasan yang bergolak(insurrgent) Pihak berkuasa Thai memanggil kawasan ini sebagai "Deep South".Jadi kalau melalui kawasan ini di nasihatkan supaya melalui jalanraya utama dan elakkan menggunakan jalan pintas melalui kampung-kampung. kalau tidak bernasib baik "kabooom" tayar kereta terbang silap-silap jadi arwah de negara orang.

PERAK

Sempadan di Perak adalah Pengkalan Hulu (dahulunya Kroh) - Betong Thailand.
Dari Pengkalan Hulu jarak ke sempada adalah 7 km ke pekan Betong yang terkenal dengan terowong komunis Chin Peng masa darurat. Pekannya kecil sahaja dan bandar ini berhubung dengan bandar Yala di Thailand. Boleh terus ke hat yai.

KEDAH....nanti sambung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2013 10:19 PM | Show all posts
KEDAH-CIQ Durian Burung

Selain Bukit Kayu Hitam-Danok yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia, satu lagi post sempadan adalah CIQ Durian Burung, Kuala Nerang Daerah Padang Terap-Ban Prakop Thailand. untuk ke sini ianya terkeluar dari laluan utama highway plus iaitu melalui Alor Setar-Pokok Sena-Kuala Nerang barulah sampai ke Durian Burung. Kawasan ini agak lenggang dan menjadi pujaan kepada penyanggak dan penyeludup diesel Malaysia ke Thailand. Kg sebelah Thai adalah Ban Prakop yang boleh terus ke hat yai melalui NaThawi yang berhubung dengan jalan utama Sadao-Hat yai.

PERLIS
1. Padang Besar Perlis-Padang Basa(Besar) Thailand-Pekan yang amat popular sebelum ada Bukit kayu Hitam. Daripada Padang Besar Perlis boleh juga ke hat yai terus melalui jalan kampung sebelah Thailand tetapi ramai yang mengikuti jalan utama yang menghubungkan Padang Besar ke Sadao untuk ke Hat yai kerana jalan yang lebih selesa.

2, Wang Kelian Perlis-Wang Prachan Satun Thailand - paling ke utara perlis. Dibuka hanya untuk generate ekonomi penduduk sempadan dengan pasar minggu atau hari Nat.Dibenarkan masuk sehingga 1km tanpa cop passport.kalau dah berada di kawasan ini paling dekat untuk ke Thailand terutama jika ingin melawat  daerah Satun, Trang dan terus ke Krabi(wilayah barat thailand).

Selamat berholiday ke Thailand sempena cuti sekolah yang akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 08:28 AM | Show all posts
Odyman posted on 29-10-2013 05:49 PM
Tak semua hotel participate samada dengan agoda, asiaroom atau hotel.com. Boleh beli baucer dengan a ...

maksudnya agen2 masa kita nk bt insurans kereta ke?
kalau beli hari masa kita nak pegi boleh ke?
takut full cuti skolah weekend.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 11:08 AM | Show all posts
miss_darling posted on 30-10-2013 08:28 AM
maksudnya agen2 masa kita nk bt insurans kereta ke?
kalau beli hari masa kita nak pegi boleh ke?
...

Di kedai yang jual insuran tu pun ada list hotel-hotel siap dengan harga sekali, pilih saja. Ambo rasa  dia communicate dengan travel agency kat sana.Jadi dia boleh tahu mana hotel yang masih ada bilik kosong. Satu lagi boleh beli dengan travel agency kat hat yai. Last, walk in.kalau nak stay kat Grand Plaza, sampai saja area Lee Garden, sebelah dia saja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 11:21 AM | Show all posts
Odyman posted on 29-10-2013 06:27 PM
LAWATAN KE THAILAND MELALUI SEMPADAN DARAT

Tak pasti samada telah diterangkan sebelum ini pintu-p ...

klw nk masuk melalui Tak Bai, insuran abik kt mna?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2013 09:11 AM | Show all posts
informasi tambahan..
untuk borang import kenderaan memasuki Thailand .. perlu ada salinan geran pemilik kenderaan.. (tak perlu sah kan kat balai polis pun..)
selepas tu bila nak masuk Malaysia semula perlu diserahkan kembali borang import kenderaan tersebut kepada imigresen siam.. (jangan tak serah nanti kena denda,, imigresen dia tak minta pun..)
untuk no plat tulisan siam nie pun (imigresen dia tak minta pun) tapi kalau ada road block sepanjang perjalanan kita di Negara thai.. akan timbul masalah..
lagi pun kalau kita nak pergi Negara orang.. ikut lah undang undang Negara tersebut.. bagi memudah kan kita untuk pergi bercuti dengan rasa tenang dan gembira..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2013 05:05 PM | Show all posts
rindusangbulan posted on 29-10-2013 09:20 AM
saya dah pegi songkla & hatyai dari 7-11 oct ritu..
kat songkla saya stay kat BP Samila Beach Hotel ...

uols book V.L hatyai tu kat mana?

brapa semalam??
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 05:06 PM | Show all posts
saper pernah stay kat hatyai greenview hotel?

i baca kat agoda mcm best..tapi bila i kol lovely tour, dia kata tak bagus hotel tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 05:13 PM | Show all posts
Odyman posted on 30-10-2013 11:08 AM
Di kedai yang jual insuran tu pun ada list hotel-hotel siap dengan harga sekali, pilih saja. Ambo  ...

i tertarik dgn hotel hatyai greenview, tapi agent tour belah hatyai tu kata hotel tu tak bagus..

tapi i tgk dalam agoda mcm best jer review org diam kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 10:44 PM | Show all posts
leylapple posted on 7-11-2013 05:13 PM
i tertarik dgn hotel hatyai greenview, tapi agent tour belah hatyai tu kata hotel tu tak bagus..
...

VL Hotel ada dalam list Agoda. rate dia dalam range RM 80-100. Tapi tengok tarikhlah, beli ikut agoda macam beli tiket tambang murah, lagi dekat dengan tarikh nak pergi lagi mahal. Kalau dengan kereta, parkingnya senang(kat luar hotel tapi ada guard) tak sampai 10 minit jalan kaki ke kawasan Lee garden.Hatyai Greenview pun ok jugak dengan harganya dalam range RM50-70 tu. kalau ada agen yang tak rekomen, biasalah agen disana.mana hotel yang bagi komisen lebih yang tu lah dia orang promote lebih, mana yang kurang tu tak bagus sajalah. Kalau nak lebih selesa dok lah kat Centara(tak silap dulunya Novatel) rate dia tiga ratus lebih. Kalau nak hotel yang ada in house massage centre, boleh dok kat Kosit hotel atau grand plaza.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 08:45 AM | Show all posts
Odyman posted on 7-11-2013 10:44 PM
VL Hotel ada dalam list Agoda. rate dia dalam range RM 80-100. Tapi tengok tarikhlah, beli ikut ag ...

ic...

i bawak rombongan kak kiah nie.. ramai...

jadi nak pegi hotel mahal2 pun mcm bazir jer (pssstt, sebenarnya iols yang kene bayar, jadi nak save bajet sikit)

border thai- malaysia tutup kol brapa?1 bertolak dari kl maybe dalam kol 2pm..sempat tak nak masuk thailand?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 01:17 PM | Show all posts
Odyman posted on 7-11-2013 10:44 PM
VL Hotel ada dalam list Agoda. rate dia dalam range RM 80-100. Tapi tengok tarikhlah, beli ikut ag ...

er..

sambung lah apa do and dont kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:06 PM | Show all posts
dudu_pudu posted on 28-10-2013 02:09 PM
tq atas balasan, dah boook tune hotel, utk weekend mahal skit, tapi ok la, sebab nak transit je, e ...

sama la..kita pun transit hat yai sbb esok tu nk gerak krabi..then balik krabi tansit hatyai lagik sblm balik kl
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 04:38 PM | Show all posts
hotel hatyai ade yang berhantu tak? sebab penah baca dalam blog ngan review yang certain2 hotel ada gangguan.. seriau jugak kalau bawak family ni, kalau pegi ngan kawan-kawan lelaki lain cerita la
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 02:49 PM | Show all posts
up thread nih  aku nk g 31st Jan (CNY)
maybe touch down je sebelum naik tren ke bangkok lak
setakat  ni  nk g Floating Market je
kalo nk mandi je ,  kene booked bilik x ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 10:55 AM | Show all posts
Tumpang tanya, klu g Chinese New Year bnyk x kedai tutup?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 12:54 PM | Show all posts
agak2 kalau aku ni solo traveller pompuan, safe x pegi hatyai ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 11:20 AM | Show all posts
salam....

apple sabtu nie bertolak dari kch ke klia..sampai dalam tghari...

pastu bertolak terus ke utara...harap2 sempat la masuk border...

kalo tak sempat, kami akan 'merempat dan menerjah' mana2 hotel sebelum masuk ke thailand...

btw, RnR gurun nie, kan ada tempat jual insuran thai, tutup pukul brapa yer??

banjir tak kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 09:30 AM | Show all posts
salam...

dah balik pun dari hatyai...

oklah sebab byk makanan muslim.... nak kata murah taklah sangat...

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 10:36 AM | Show all posts
leylapple posted on 16-12-2013 09:30 AM
salam...

dah balik pun dari hatyai...

skrg esp ms cuti skolah/cuti umum malaysia hatyai mmg dah tak de nyer murah... hotel diaorg siap charge surcharge kl long weekend dek public holiday malaysia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.585357 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list