CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chami

LOFA & STUFF in a Positive Environment

[Copy link]
Post time 7-3-2018 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah..ada jer dikalangan my family yg bash or komen yg bukan2 org yg tak tutup aurat ni. Then I smashed balik, diri sendiri tu perfect sgt ke? Terus diam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 7-3-2018 09:46 AM
What I adore psl Lofa ialah dia tak sempurna, sejak zaman free hair pun dia dikecam teruk. Till now  ...

I pn tak berapa suka Lofa diawal kemunculan dia sbb for me too sexy. Tp xde la smp nk kecam kat socmed. I just tak bother pn psl dia. Bila dia berhijrah ni slowly suka apa yg dia buat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 12:27 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

LOOFA patot boleh elak kontroversi ZOUK dia dengang segera mintak maaf jer haritu... Silap dia berkeras pada awalnya... Tu jer...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengajaran pd dia. Dia pun dah teruskan hidup dia. Buat yg lain2 pun maybe boleh teruskan hidup. Tak perlu tunjuk video bakar tudung nak sedekah pun jijik sbb persenda agama; muka lofa tak ikhlas katanya walau dah minta maaf (judge dari airmuka masa meletop kot; which I don't know how) masuk metro segala; moga puas hati la kakak ni lepaskan amarah walau dia tahu lofa tak heran katanya. It is how org2 kita jd fanatik yg tak ada siapa suruh pun. Bila kecewa tindakan over pun agama tak suruh..keji juga. Kecam org lebih2 pun keji juga
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 10:41 PM | Show all posts




Kuasa retorik selebritiAnekdot
[size=0.9]10 Mac 2018 3:00 AM
[size=0.9]

[size=0.9]

[size=0.9]
Mendukung predikat sebagai selebriti, seseorang yang terjun masuk dalam dunia glamor atau terus-menerus diperhatikan telah sangat mafhum bahawa perlakuan atau perbuatan yang dilakukan menjadi sorotan masyarakat.

Meletak nama anak sebagai Stormi (anak Kylie Jenner) sahaja sudah menjadi perdebatan, apa lagi jika melakukan hal-hal konyol yang dianggap keterlaluan.

Siapa selebriti dalam kelompok masyarakat? Mereka adalah bintang dalam kehidupan masyarakat. Hebatnya kuasa selebriti setaraf dengan tokoh-tokoh terkenal. Ada individu yang memulakan kariernya sebagai selebriti sempat diiktiraf menjadi orang penting dalam masyarakat. Hal itu yang berlaku terhadap Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin apabila beliau dilantik sebagai Senator pada 13 Oktober 2004.

Justeru, sebagai sumber ‘bintang’ atau ‘nafas’ dalam masyarakat, perilaku atau etika kehidupan mereka duduk dalam hierarki paling tinggi. Semuanya perlu sempurna dan betul pada mata masyarakat.

Mereka sedar selebriti mempunyai piawaian yang besar dan mampu menjadi suri teladan yang baik dalam mempengaruhi masyarakat.

Tentu sahaja sebagai manusia biasa atau diri sendiri, ada kekhilafan yang tetap akan terjadi. Sama ada berlaku secara tercuai atau sebaliknya, ia telah menuai polemik atau kacau bilau dalam masyarakat.  

Ajaib



Melakukan beberapa siri kekhilafan, satu-satunya sakti yang terdapat dalam tangan selebriti adalah kuasa retorik mereka. Retorik bermaksud seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual mahupun tulisan. Kuasa retorik cukup berkait rapat bukan sahaja dengan selebriti tetapi juga individu biasa. Namun di atas tiket selebriti, kuasa retorik lebih mudah diguna pakai.

Malah sejarah peradaban manusia juga membuktikan empat aksara yang berbunyi ‘maaf’punya kuasa sakti bukan kepalang. Perkataan tersebut adalah jalan selamat bagi apa juga yang dinamakan perseteruan, persengketaan atau kesilapan dan malapetaka yang telah dilakukan.

Ada yang kata penggunaan kata ‘maaf’ sebagai retorik. Ada juga yang kata ia tuntutan agama serta meletakkannya sebagai tatasusila, budaya dan adat resam. Jika seseorang selebriti atau individu biasa telah meminta maaf, kenapa masyarakat pula memandang serong akan akhlak maaf memaafkan ini? Bukankah memaafkan itu perbuatan yang mulia dan bersifat manusiawi.

Bercakap tentang retorik dan etika hidup selebriti, banyak sejarah merapu, mengejutkan dan memalukan sudah menjadi sahabat sejati bagi kebanyakan selebriti di seluruh dunia.

Mengambil contoh sejarah seleberiti dari Indonesia ialah Kris Dayanti. Pada tahun 2011, bintang terkenal republik tersebut berkahwin dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos.

Bukan sahaja dilaporkan berselingkuh dengan lelaki itu sewaktu dia masih bergelar isteri kepada Anang Hermansyah, Kris Dayanti dengan berani mendedahkan dirinya hamil sebelum berkahwin.

Usia kandungannya sudah mencecah empat bulan sewaktu dia dan Raul bernikah.

Heboh isu tersebut, penyanyi itu dikecam, namun ajaibnya masyarakat memaafkan perbuatan tersebut dan sehingga kini Kris Dayanti merupakan antara penya nyi yang menerima bayaran paling mahal dalam kalangan anak seni Indonesia.
Tabu

Pada 26 Februari 2018, satu sejarah baharu tercipta dalam peta hiburan tempatan. Pelakon, hos dan usahawan yang sedang ‘naik daun’, Neelofa menganjurkan majlis ulang tahun ke-29 serta pelancaran koleksi terkini jenama tudungnya, Nealofar Hijab di Zouk, sebuah kelab malam yang mahsyur di ibu kota.

Neelofa telah ‘melompat tembok’ tabu apabila memperkenalkan produk terkininya yang berupa turban dan shawl di bawah koleksi Be Lofa dengan membelakangkan sensitivi agama. Impak daripada keberanian tersebut, wanita itu dihujani pelbagai respons.

Berdiri atas panji Islam yang bukan liberal, perbuatan Neelofa dianggap terkutuk. Dia melancarkan hijab, pelengkap aurat yang memuliakan wanita Islam di kelab malam yang dilabelkan sebagai penyumbang maksiat terbesar.

Para mufti termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan cendekiawan agama malah persatuan seperti Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia menegur wanita muda itu.

Publisiti yang buruk tetap publisiti. Dari segi pemasaran, strategi Neelofa berjaya. Tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar iklan, jenama itu telah berjaya diceritakandalam hampir kesemua media massa termasuk platform digital. Koleksi tudung terbaharu iaitu Be Lofa Turban yang dijual pada harga RM73 dan RM75 dalam 45 warna licin disapu dalam tempoh dua minit selepas dijual secara online.

Pada saat amarah khalayak begitu menggelegak, Neelofa hanya memerlukan satu kata. Dia cuma perlu meminta maaf sebagai kuasa retorik seorang selebriti dan isu itu telah masuk dalam kategori tutup buku. Masyarakat menyambut baik permohonan maaf tersebut.

Menyifatkan seseorang selebriti mempunyai aura atau roh tersendiri, Imam Muda Asyraf berpendapat meminta maaf dan memaafi adalah satu perbuatan yang mulia.
Masyarakat

Bagaimanapun setiap selebriti perlu bertanggungjawab, lebih sensitif dan mengambil pengajaran terhadap sesuatu kesalahan yang telah dilakukan walaupun telah dimaafkan serta diterima masyarakat.

“Selebriti juga manusia biasa yang berbuat silap. Namun, jika kita silap jangan tegakkan benang yang basah dan peminat pula harus menilai sebelum menyokong iaitu sokonglah tindakan yang betul, bukannya sokong kerana mereka selebriti kesayangan anda,” ujarnya yang juga memberitahu cara respons dan karakter seseorang selebriti banyak memainkan peranan terhadap sesuatu isu yang timbul.

Menurut pengasas Bait al Rizai pula, Hassan Hayastani, masyarakat mudah menerima selebriti meski selepas situasi-situasi atau kejadian yang diherdik, dikecam dan dicemuh masyarakat kerana sedikit kesilapan mereka sebab masyarakat juga tahu bahawa sebagai seorang selebriti tetap mereka adalah manusia biasa yang bukan maksum daripada berbuat kesilapan.

“Selebriti memohon maaf atas berbuat kesilapan dan memaafkan masyarakat yang mengadu domba serta berseteru dengannya kerana sedikit kesilapan itu adalah teladan terbaik merupakan sikap budiman mereka,” ujarnya.

Tambah Hassan lagi, secermat manapun seseorang selebriti itu menjalani kehidupannya, pasti ia tidak mampu menyenangkan hati semua orang.

Justeru, hanya anak seni yang benar-benar kental  mampu bergelumang dan berhadapan dengan setiap sepak terajang dunia hiburan.


Seperti kata penerbit, pengarah, pelakon dan usahawan berjaya, Datuk Rosyam Nor: “Jika terjadi sesuatu isu, jangan dilayan berlebihan. Perkara itu akan hilang bila kita senyap.

“Dan jangan ego untuk mohon maaf.”

Maaf, retorik atau tidak, hakikatnya itulah perkataan yang mampu mendamaikan dunia.








Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 11:09 PM | Show all posts
  • shals.klAh! We just couldn’t look away from Malaysia’s sweetheart, @neelofa 🤩 Her take on our soft Powder Blue Poppy Top matched with a fun rainbow pants gives a hint of comfortable loungy wear with a street vibe added to it 🌈 All we can say is LOVE 🙌🏻
    -
    Oh just so you know, Poppy top as seen on @neelofa is sold out. But worry not, we still have it in other colours! 😊 #shals #shalsootd#poppytop #lofalookbook#tiamosweetheart100hari









Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2018 11:09 PM | Show all posts
Edited by washere2 at 11-3-2018 11:12 PM



Buku ini jadi viral dan sold out hanya sbb lofa baca dan share dlm Igs dia




#repost @official_estrellas She might have made a bad decision. But it doesn't make us any better by judging & bullying her. ❤ @neelofa
#belofa #lofafans #neelofa #naelofarhijab

Part 1 - HLive . . "Mudah Cipta Kimia Dengan Zul"


https://www.instagram.com/p/BgEL-q2n-oy/?hl=en&taken-by=demuremusing


Part 2 - HLive Terima kasih cikgu @fatimahabukar yang banyak memberi jiwa "Malissa" kpd @neelofa

https://www.instagram.com/p/BgEL7b6H1WT/?hl=en&taken-by=demuremusing





Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa saja yg related dgn Lofa, mmg viral. Thats why Sweetie H, kena kaitkan nama Lofa dalam apa bentuk sekalipun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2018 04:36 PM | Show all posts
ShiLiu replied at 12-3-2018 07:51 AM
Apa saja yg related dgn Lofa, mmg viral. Thats why Sweetie H, kena kaitkan nama Lofa dalam apa bentu ...


yg ni pun sold out

sayangnya mereka yang mengeji dan membenci ni tetap stalk religiously apa yg lofa buat utk dijadikan bahan kutukan, fitnah..tapi tiru tetap tiru
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 12-3-2018 04:36 PM
yg ni pun sold out

sayangnya mereka yang mengeji dan membenci ni tetap stalk religiously apa  ...

Kannnn..tu namanya kegigihan tahap 7 petala langit. I, kalau tak suka mmg tak follow & siap block lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 03:57 PM | Show all posts

Igs Dd

Igs Ricorinaldi
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 01:28 AM | Show all posts

Oh!

Manjee62 replied at 4-3-2018 12:29 PM
Bila baca comments dekat post Tunku Idris, nampak ada yang tak paham. Ada yang pikir post tu kecam L ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Gitu eh...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Been away...lama tak post. Lofa currently in Singapore reception Women in Future South East Asia Award as she is shortlisted. Moga kejayaan milik Lofa though she is already a winner in her fans' heart
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
washere2 replied at 20-3-2018 09:53 AM
Been away...lama tak post. Lofa currently in Singapore reception Women in Future South East Asia Awa ...

Yeahh..Go girl !!! So proud of her. Kalau tak menang pn Xpe.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 01:03 AM | Show all posts

Hmmm...

ShiLiu replied at 20-3-2018 05:40 PM
Yeahh..Go girl !!! So proud of her. Kalau tak menang pn Xpe.

[AceHand SPECTaceLAR]

Bila anugerah tu...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2018 03:17 PM | Show all posts
washere2 replied at 10-3-2018 11:09 PM
  • shals.klAh! We just couldn’t look away from Malaysia’s sweetheart, @neelofa 🤩 Her tak ...

  • tk banyak share
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 26-3-2018 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
    chami replied at 26-3-2018 03:17 PM
    tk banyak share

    A lot of great things happening to Lofa these few days tak sempat share lagi
    Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 27-3-2018 04:50 PM | Show all posts
    appy when see she happy
    Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 27-3-2018 04:51 PM | Show all posts
    sweet as always
    Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 27-3-2018 04:52 PM | Show all posts

    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    Category: Lawak & Santai


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    14-12-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.359790 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list