TIME'S UP!!!
Yang paling unlikely ialah C) ie dibawa ke mata.
Bila ''bacteraemia'' disusuli dgn pembiakan bacteria tadi dalam darah, dan ter-release nya toxin etc dari bacteria tadi, maka kini ianya di panggil ''septicaemia'', dan ini adalah serious dan boleh menjadi fatal.
Jika bacteria dibawa ke otak lalu berjaya melepasi dura, maka terjadilah ''brain abscess''. Jika dibawa ke tulang, maka didalam celahan structures yg membentuk tulang tadi akan dijangkiti bacteria tadi..juga dalam sum sum yg berdekatan dengan area tadi, lalu terjadilah ''osteomyelitis''. ''Pyelonephritis'' adalah jangkitan buah pinggang yang agak serious yang kebanyakannya adalah berpunca dari jangkitan kuman yg masuk melalui pundi kencing, especially wanita, lalu naik melalui ureter; sebahagian kecilnya pula datang dari darah yg membawa bacteria ke buah pinggang.
Jangkitan didalam mata (globe nya), adalah amat jarang. Globe mata sangat terasing dari tisu tisu lain dari segi immunity, systemic reaction dan blood supply. Jika ada jangkitan pun, hanya boleh terjadi jika serpihan dari eg batu, besi atau kaca atau kayu yg masuk dgn velocity laju menembusi sclera mata (eg org yg potong rumput tak pakai goggles). Juga, jika trauma semacam ini berlaku, mata boleh melalui suatu penyakit yang agak unik; ini dipanggil Sympathetic Ophthalmia (SO). Ini ialah trauma dan kerosakan globe satu mata, diikuti oleh kerosakan yg tak semena mena pada mata yg sebelah lagi, beberapa hari hingga beberapa tahun selepas itu, tanpa trauma. Inilah yang berlaku pada Braille (dikata org lah)
|