|
Gracias Nelson....
[ Last edited by Bung_Parjo at 8-9-2008 02:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
apa crita kedah kat dubai? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1742 Bung_Parjo's post
hak oloohh........ sedeynyaaa............ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1744 rambutan\ catat
|
|
|
|
|
|
|
apasai aku nampak bini nelson lagi tggi dari dia?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1747 nagasuria's post
kasut tinggi dia hang nmpk dak? |
|
|
|
|
|
|
|
dr berita harian..
Aksi Liga Malaysia bermula 3 Januari
Pasukan Kedah, Selangor buka tirai
SAINGAN Liga Malaysia musim 2009 akan bermula pada 3 Januari depan dengan perlawanan pembukaan Liga Super, sekali gus perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia 2008, Kedah menentang naib juara Piala FA 2008, Selangor di Stadium Darulaman.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Che Mat Jusoh berkata saingan Liga Perdana pula akan bermula pada 9 Januari manakala Piala FA bermula pada 3 Februari.
Perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung pada 25 April manakala perlawanan terakhir Liga Super pada 21 Julai dan Liga Perdana 24 Julai.
"Jadual itu bagaimanapun dijangka mengalami perubahan kecil. Secara keseluruhan, jadual berkenaan dibuat dengan mengambil kira tugasan skuad kebangsaan, bulan puasa serta pelbagai kejohanan lain dalam dan luar negara yang mungkin bertindan dengan Liga Malaysia," katanya.
Che Mat berkata bagi saingan Liga Malaysia, undian untuk menentukan kumpulan akan diadakan pada 25 Julai sebelum perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos dan perlawanan akhir pada 7 November.
Mengenai perubahan peraturan bagi Piala Malaysia musim 2009, beliau berkata hanya pemain daripada pasukan yang tidak layak beraksi pada peringkat suku akhir boleh dipinjam.
Sebelum ini, katanya, pemain dari pasukan yang layak bersaing ke suku akhir boleh meminjam pemain daripada pasukan lain yang juga layak ke suku akhir.
"Tetapi didapati amalan itu menyusahkan kedua-dua pasukan yang layak ke suku akhir dan ke atas. Jadi pinjaman hanya bagi pemain yang pasukannya tidak layak ke suku akhir," katanya.
Che Mat berkata beliau juga mendapati isu pengharaman pemain import bagi musim hadapan diterima baik oleh pasukan Liga Malaysia serta peminat bola sepak tempatan.
"Berilah peluang kepada pemain tempatan untuk menyinar. Kalau mereka beraksi baik, peminat pasti datang ke stadium," katanya. - Bernama
**nak bg can S'gor dpt pela gak atau nak bagi can Kedah kalahkan S'gor lagik?
***ekceli, Piala Sumbangsih ni sebenar2 nya bukan game antara juara liga super ngan juara liga perdana ke? (mintak ampun, beta tatau tu sbb bertanya)
[ Last edited by tulip.purple at 10-9-2008 08:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bgi terus ja la tayah lawan
sedekah |
|
|
|
|
|
|
|
Perlawanan Persahabatan - Persiapan Piala AFC
Kedah (Super League) vs Kedah (Piala Emas Raja-Raja)
Tarikh: 10 September 2008 (Rabu)
Jam: 10 mlm
Tempat: Stadium Darulaman |
|
|
|
|
|
|
|
taun depan sapa main..sapa berhijrah? ada dapat info ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
dengar kata adil dengan zakuan, tapi tak sure lagi, bulan december nii baru kontark dia orang abis dengan NS,
dengar cakap bapa depa nak balik kedah n depa pun mau join kedah gakk so tunggu jaa lah lawal tahun depan baru taw camna tapi secara lisan depa setuju dah
info dari orang dalam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1753 purbez's post
aik,
gosip yg ku baca (GOSSIP ye)
kekdahnya, dua orang ni nak ada MoU ngan mytim..
personally, aku tak rasa kedatangan 2 org ni kompetitif..
sebabnya, satgi bila ada national duty, silap2 lebih dr separuh team kena panggil..
**my 2 cents |
|
|
|
|
|
|
|
PERLAWANAN AFC CUP 2008
SUKU AKHIR ( 1 )
MUHARRAQ
melawan
KEDAH DARUL AMAN
MASA: 0915 MALAM
TEMPAT: STADIUM NASIONAL, MANAMA
HARI: SELASA
TARIKH: 16 SEPT 2008
"MISI GEGAR ASIA !!!" |
|
|
|
|
|
|
|
Singgah Sahur TV3 Bersama Hijau Kuning
[ Last edited by Bung_Parjo at 15-9-2008 04:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1758 Bung_Parjo's post
Mie Yeh!!!  |
|
|
|
|
|
|
|
Ujian getir berganda Hijau Kuning
ANDAI Ramadan dikaitkan dengan bulan penuh ujian, maka skuad 'double treble' Kedah sedang berdepan dengan situasi ini.
Mereka tiba di Manama, Bahrain kelmarin untuk menyambung cabaran di pentas antarabangsa - disambut dengan ujian awal sebelum turun ke Stadium Nasional Bahrain, hari ini untuk berdepan kelab Liga Perdana negara Teluk itu, Al-Muharraq dalam saingan Piala AFC.
Di atas kertas, pasukan tuan rumah tidak akan berdepan masalah besar untuk menewaskan wakil Malaysia ini. Lebih menggembirakan mereka, skuad Kedah tampil tanpa seorang pun pemain import, sedangkan mereka mempunyai tiga pemain import dari Brazil dan Nigeria.
Reputasi Al-Muharraq selaku juara 30 kali liga tempatan Bahrain di samping pernah muncul Naib Juara Piala Kelab-Kelab Asia 2006 serta penampilan 5 kali dalam Kejohanan Kelab-kelab Asia adalah pengukur dan isyarat awal kepada penyokong Kedah agar jangan bermimpi yang indah-indah kali ini.
Apapun, jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah enggan ‘mengibar bendera putih’ sebelum berjuang.
“Memang peluang kita amat sukar di suku akhir ini. Walaupun tidak mengetahui kekuatan sebenar Al-Muharraq, tetapi melalui internet, saya mendapat maklumat pasukan ini mempunyai barisan pemain bertaraf Asia,’’ kata Azraai selepas solat Tarawih malam tadi.
Azraai sedar skuadnya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang dari Bahrain. Keutuhan pasukannya yang ditunjangi trio import - Marlon Alex James, Bernard Hugging dan Nelson Sam Martin - sehingga berjaya menjulang tiga gelaran liga tempatan musim ini - kini hanya tinggal kenangan.
Jadi perhitungan hari ini - tarikh yang dicanang di tanah air dengan mimpi dongeng untuk mengubah senario politik negara - akan dipergunakan oleh Kedah untuk cuba memberi perkhabaran lebih gembira kepada penyokong Hijau Kuning di tanah air. |
|
|
|
|
|
|
| |
|