|
[Jenayah]
Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur
[Copy link]
|
|
minyak posted on 5-12-2013 12:19 PM
bagi kami org kmpg mkn nasik berlaukkan ikan kering lebih menyelerakan berbanding lauk2 lain ...ka ...
iyerlah kita, aku pun kengkadang makan, kengkadang tidak.
tapi, tak semua org yang dlm penempatan banjir tu org yg macam aku.. jadi aku kesian ler dengan mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk terputus hubungan
PASIR MAS - Permukaan jalan yang rosak dan berlubang mengganggu rutin harian lebih 1,500 penduduk, membabitkan enam kampung di Sungai Keladi di sini, setiap kali menggunakan laluan berkenaan untuk ke jalan utama.
Lebih memburukkan keadaan, setiap kali musim tengkujuh melanda negeri ini, penduduk terbabit terkandas apabila laluan utama yang menghubungkan kawasan berkenaan ditenggelami air kerana kedudukannya yang rendah.
Keadaan bertambah buruk apabila laluan alternatif sejauh 2.5 kilometer turut ditenggelami air sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan untuk keluar dari kampung terbabit iaitu Jelor, Mahligai, Anak Machang, Pintu Besar, Rong Chenok dan Sungai Keladi.
Wakil penduduk, Ismail Awang Kechik,71, berkata, keadaan itu telah dihadapi mereka sejak 80-an lagi apabila laluan sedia ada tidak pernah dibaiki mahupun dinaik taraf oleh pihak berkenaan.
Hubungkan jalan raya utama
“Kami sudah tidak tahu bagaimana untuk meminta bantuan. Setiap kali musim tengkujuh, kami terpaksa berserah kepada takdir kerana tiada tempat untuk mengadu.
“Laluan ini penting kepada kami kerana ia menghubungkan jalan raya utama di cabang tiga Chekok dan klinik serta sekolah serta kemudahan asas lain,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian ke kawasan terbabit mendapati, laluan tersebut dipenuhi lubang dan lopak air yang boleh membahayakan pengguna.
Keadaan lebih berbahaya pada waktu malam kerana laluan berkenaan gelap dan menyukarkan penglihatan pemandu.
Penduduk gadai nyawa
Seorang penduduk, Zainal Abidin Mohd Noor, 53, berkata, keadaan tersebut menyebabkan penduduk terpaksa menggadaikan nyawa untuk ke kampung sebelah dengan melintasi landasan kereta api.
“Hanya melalui laluan tersebut sahaja penduduk yang berjalan kaki dan menunggang motosikal boleh gunakan walaupun ia membahayakan nyawa kerana laluan lain dinaiki air,” katanya.
Menurutnya, selain itu mereka juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi apabila motosikal sering rosak kerana melalui jalan yang berlubang.
Katanya, keadaan itu membebankan penduduk kerana rata-rata mereka hanya bekerja sebagai penoreh getah.
“Kami berharap pihak berkenaan dapat membantu penduduk di sini kerana sudah lama masalah ini membelenggu hidup kami.
“Diharap tahun depan, masalah ini tidak berulang lagi dan penduduk dapat merasai kemudahan jalan raya yang selesa,” katanya.
sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 5-12-2013 01:07 PM
Balok ada gak kwsn yg kena... Perumahan Balok Maju, Balok Permai sume tu kena... cuma kwsn umah ak ...
area balok habis ke kena..aku ada adik disana..senyap je...kawasan gambang water park? |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 5-12-2013 01:32 PM
semoga awak cepat kaya
mekasih miaw... kalau aku kaya, aku tak lupakan kau. Tolong aku carikan sukarelawan naaa.. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Berpantang di pusat pemindahan
Dungun – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan ujian berganda apabila dia bukan sahaja menanggung kesakitan selepas berkhatan, malah terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.
Rumah Mohd Usairi Fazhimi Abdul Razak, 11, dinaiki air sehingga memaksa ahli keluarga mereka berpindah ke pusat pemindahan banjir di Balai Raya Kampung Nyior, dekat sini.
Ibunya, Suzana Sulaiman, 41, berkata, dia sudah enam kali berpindah dan pengalaman ditempatkan di pusat itu perkara rutin dilaluinya hampir setiap tahun.
Namun katanya, berbeza kali ini dia terpaksa menjaga anaknya yang memerlukan perhatian kerana baru selesai berkhatan, 30 Disember lalu.
“Dalam tempoh ini, saya kena beri perhatian sikit. Tinggal di pusat pemindahan agak sukar nak sedia makanan untuknya. Tapi bekalan makanan cukup," katanya.
Suzana antara 33 mangsa daripada tujuh keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir itu selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air jam 5 petang kelmarin.
sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 5-12-2013 01:07 PM
Balok ada gak kwsn yg kena... Perumahan Balok Maju, Balok Permai sume tu kena... cuma kwsn umah ak ...
aku tgk kat FB KONTAN.....memang teruk betui..
video sepupu wassap rumah dia paras bumbung...bawak pakaian dan dokumen, yg lelain tenggelam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemaman bagaikan pulau
KEMAMAN – Keadaan banjir yang semakin buruk menjadikan Kemaman kelihatan bagaikan pulau apabila beberapa kampung di Dun Air Putih dan Dun Chukai 100 peratus ditenggelami air dan pusat bandar di Chukai turut lumpuh.
Bencana banjir kali ini juga disifatkan sebagai banjir yang luar biasa dan paling buruk dalam sejarah kerana kawasan yang tidak pernah tenggelam seperti di Felda Cerul, Bandar Cheneh Baru dan Kampung Mak Chili turut dilimpahi air bah.
Kampung yang paling awal tenggelam secara keseluruhan ialah Kampung Air Putih dan Kampung Teladas di Dun Air Putih iaitu kira-kira jam 10 malam tadi.
Air yang melimpah di Taman Chukai Utama sejak lewat petang kelmarin juga mengakibatkan bekalan elektrik di bandar Chukai dan kawasan kampung sekitar termasuk Kampung Fikri, Dusun Nyior, Pengkalan Pandan dan Kuala Kemaman terpaksa diputuskan secara berperingkat sejak pagi semalam.
Keadaan jalan di Taman Chukai Utama yang menempatkan pelbagai premis bank, pasar raya, kedai dan pejabat yang terpaksa ditutup menjadikan bandar sesak kerana hanya laluan Jalan Sulaimani ke Jalan Jakar boleh digunakan oleh pengguna jalan raya.
Pejabat pasukan penyelamat turut tenggelam
Lebih teruk, Pasukan Bomba dan Penyelamat Chukai yang sibuk dengan kerja membantu mangsa banjir juga berdepan keadaan sukar apabila balai mereka di Taman Chukai Utama turut ditenggelami air.
Situasi sama turut dihadapi Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman apabila pejabat mereka di Kuarters Kerajaan, Jalan Air Putih, turut ditenggelami lebih 1 meter menyebabkan seramai 20 anggotanya yang bertugas terpaksa dipindahkan.
Puluhan kenderaan terapung
Paling menyedihkan, gara-gara air naik dengan cepat ramai penduduk di sekitar Jalan Air Putih, Chukai tidak sempat mengalihkan kenderaan menyebabkan puluhan kenderaan kelihatan terapung dan hanyut ketika tinjauan dilakukan Sinar Harian.
Mangsa banjir dari Jalan Petaling, Kampung Mak Chili, Norzilawati Mansor, 36, berkata, banjir yang melanda daerah ini kali ini sangat luar biasa kerana kawasan penempatannya sebelum ini tidak pernah dinaiki air walaupun pada banjir tahun lalu yang disifatkan sebagai paling buruk dalam tempoh 30 tahun.
“Saya sekeluarga sangat takut apabila lihat air naik dengan cepat. Air mulai naik pada jam 3 pagi tadi (semalam) dan ketika keluar dari rumah tadi air dalam rumah sudah separas betis,” katanya yang dibantu oleh JPAM ketika berpindah keluar dari rumah bersama ibun, lima anak dan adik beradiknya kira-kira jam 2 petang.
Felda Cerul kali pertama kali bah
Sementara itu, ibu Norzilawati, Aishah Mohamad, 53, dari Felda Cerul yang datang membantu anaknya berpindah berkata, tidak pernah dalam sejarah Felda Cerul banjir tetapi semalam tanah rancangan Felda itu turut banjir.
“Makcik datang bantu anak berpindah tapi pada masa sama makcik diberitahu rumah di Felda Cerul juga turut dinaiki air. Semua barang di dalam rumah tidak sempat diselamatkan kerana tak jangka air akan naik di situ,” katanya.
Dalam pada itu, Fatimah Salleh, 45, berkata, kawasan hadapan rumah ibunya di Kampung Mak Chili Paya ditenggelami air separas pinggang.
“Rumah ibu saya yang dihuninya dengan bapa dan tiga ahli keluarga lain adalah rumah papan dan tinggi, tetapi rumah masih dinaiki air separas buku lali. Ia menunjukkan banjir kali ini sangat buruk.
“Sejak duduk di sini pada 1983, banjir tidak pernah masuk ke dalam rumah dan ini merupakan banjir yang sangat luar biasa. Seakan tak percaya banjir buruk sebegini berlaku sekarang,” katanya sambil memberitahu ibunya berpindah di Masjid Batu 2 ½ Kampung Mak Chili.
Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Kemaman merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut meninjau keadaan banjir dan melawat pusat pemindahan sambil menghulurkan bantuan.
sumber sinar harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 5-12-2013 01:27 PM
slamat pagi semua....lapuran dari KB...benteng banjir Nampak nya berfungsi dnengan baik...cuma ...
ayoyo..tu kg aku tu..mmg jln situ mudah naik air..tiap thun tutup musim banjir..telepon kg td pon mmg air dah naik ...
kalo balik kg ni buleh gak snap pic masuk porum..tp aku keje jauh..kebetulan x cuti..
|
|
|
|
|
|
|
|
Update dari kemaman. Air tidak surut walaupun hujan sudah berhenti. Bekalan air dan talian talifon diputuskan. Terpaksa guna data plan yg slow mcm siput babee. Bantuan masih belum smpai. Ramai orang kelaparan. Bekalan makaam dan minuman habis licin di pasaraya termasuk kedai runcit. Yg jadi makin buruk adlah bekalan air yg terputus berikutan loji air kemaman tenggelam di paman. Saya sedang menuju ke paka dan dungun untuk beli stock makanan untuk mangsa banjir. Kami sudah meminta bantuan rakan2 di paka untuk bawa bekalan air. Dlm bandae chukai di sungailimbung ada jalan runtuh. Jalan menghala ke pasar dan bus station. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 5-12-2013 01:11 PM
ada kawan aku, rumahnya baru masuk, baru renovate bagai2
sekarang rumahnya nampak atap je, lain dal ...
sama jugak ngan kwn aku, anak 2 sorg..baru2 nie beli rumah kt kuantan & baru duk 2 minggu, pung pang pung pangg duk citer dlm FB psl rumah baru dia..belagak laa sgt ada rumah sendiri cantik pulak tu..tup tuppp smlm aku nmpak dia post dlm FB, rumahnya tenggelam dek banjir..dan2 tu jugak post kt wall minta bantuan rakan2 sbb duit simpanan dah takde
|
|
|
|
|
|
|
|
crossfire posted on 5-12-2013 01:35 PM
aku tgk kat FB KONTAN.....memang teruk betui..
video sepupu wassap rumah dia paras bumbung...bawa ...
Closed Group la! Hakak tk bole nengok...
|
|
|
|
|
|
|
|
kelantan
Tarikh:05/12/2013 Masa:11:01
Daerah:Tanah Merah(Kelantan)
sg.golok di jenob
Amaran: Air sungai telah melebihi paras amaran. Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga.
Paras Air:23.06 meter
Tarikh:05/12/2013 Masa:11:01
Daerah:Tanah Merah(Kelantan)
sg.kelantan di kusial
Bahaya: Air sungai telah melebihi paras bahaya. Kawasan sekitar dikhuatiri dinaiki air. Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga
Paras Air:17.14 meter
Tarikh:05/12/2013 Masa:11:01
Daerah:Kota Bharu(Kelantan)
sg.kelantan di jeti kastam
Amaran: Air sungai telah melebihi paras amaran. Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga.
Paras Air:4.94 meter
Tarikh:05/12/2013 Masa:11:01
Daerah:Kuala Krai(Kelantan)
sg.kelantan di kuala krai
Bahaya: Air sungai telah melebihi paras bahaya. Kawasan sekitar dikhuatiri dinaiki air. Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga
Paras Air:25.30 meter
Tarikh:05/12/2013 Masa:11:01
Daerahasir Mas(Kelantan)
sg.golok di rantau panjang
Bahaya: Air sungai telah melebihi paras bahaya. Kawasan sekitar dikhuatiri dinaiki air. Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga
Paras Air:10.30 meter
Tarikh:05/12/2013 Masa:11:01
Daerah:Kuala Krai(Kelantan)
sg.lebir di tualang
Bahaya: Air sungai telah melebihi paras bahaya. Kawasan sekitar dikhuatiri dinaiki air. Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga
Paras Air:36.18 meter |
|
|
|
|
|
|
|
tarikh: 5/12/2013
masa; 08:25am
lokasi : bebas cukai pintu 2 parit air
|
|
|
|
|
|
|
|
BlueRose99 posted on 5-12-2013 01:40 PM
Closed Group la! Hakak tk bole nengok...
bukan la fb KUANTAN yg ini.... taip hurup besor
|
|
|
|
|
|
|
|
ilya posted on 5-12-2013 01:30 PM
Kalau aku kaya,
aku support sukarelawan dari pelusuk negeri datang membantu ke Johor, pahang ngan ...
Lori tak cukup beb - kena ada bot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah terkini mangsa banjir
|
|
|
|
|
|
|
|
crossfire posted on 5-12-2013 01:35 PM
aku tgk kat FB KONTAN.....memang teruk betui..
video sepupu wassap rumah dia paras bumbung...bawa ...
Rumah kawan ko tu rumah kayu ke rumah batu? kalau rumah kayu alamat hancur la. Rumah kayu takde piling...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|