CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

anything pasal HOUSING

[Copy link]
Post time 26-6-2004 03:48 AM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 25-6-2004 02:08 PM:


Yipppeeee....kalau betul lah cakap ko Deaf, Alhamdulillah....



baik keep track chic, maybe bila ko pegi appointment,

ko just mintak update dari staff yang attend kat ko, sama ada semua process penjualan berjalan lancar ke tak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2004 03:49 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 25-6-2004 08:16 PM:
kalau siapa nak kasi sewa bilik becareful ok.my friend dia sewakan bilik to one couple sekali dia kena main.they got seliseh faham,so the tenant sengajakan
bukak piap kasi ayer jalan.just imagine  ...


kalo ni yang sewa ni orang melayu, sedih ye....

bukak paip membazirkan air pasal marah ngan tuan rumah...


kat afrika orang takde air nak minum pun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2004 03:53 AM | Show all posts
ni pun ceta pasal sewa sewa rumah jugak...

masuk sokkabar melayu - berita HAIRAN!







Singapura : 25 Jun 2004   
  Mudah cetak  | E-mel

TAKUT HENDAK BALIK KE FLAT SENDIRI

Suami isteri tidur di kolong kerana diganggu sekumpulan lelaki selepas pasangan batal kontrak sewakan rumah


Oleh
Nadzri Eunos

SEJAK beberapa minggu lalu, Encik Ismail (bukan nama sebenar) dan isteri tidur bertilamkan lantai simen di kolong-kolong blok sekitar kawasan Jalan Sultan.

Pasangan berusia 50-an tahun itu mempunyai sebuah flat yang selesa di Hougang tetapi takut untuk tinggal di situ.

Sebabnya - mereka diganggu sekumpulan lelaki yang cuba menghalang mereka tinggal di flat itu.

Dalam dua kejadian akhir bulan lalu, lelaki-lelaki itu menyumbat lidi ke dalam lubang mangga pintu besi flat Encik Ismail dan memasang rantai dan mangga pada pintu itu.

Akibatnya, Encik Ismail dan isterinya tidak dapat masuk ke dalam flat mereka.

Ketika ditemui di Jalan Sultan baru-baru ini, Encik Ismail, yang tidak bekerja, berkata dalam insiden pertama pada 24 Mei lalu beliau terpaksa meminjam wang untuk memanggil tukang kunci memecahkan mangganya yang berharga $400.

Dalam kejadian kedua pada 26 Mei pula, beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketiadaan wang.

Rantai dan mangga itu masih terpasang pada pintu flat mereka.

Mereka telah melaporkan kedua-dua kejadian kepada polis.

Jurucakap polis yang dihubungi Berita Harian mengesahkan dua laporan itu dan berkata polis sedang menyiasat.

Menurut Encik Ismail, masalahnya bermula sejurus setelah beliau membatalkan kontrak untuk menyewakan flat empat bilik di Hougang Street 9 itu.

'Sebelum ini ejen yang kami dapatkan melalui iklan di akhbar bersetuju kontrak dibatalkan. Kami hanya perlu mengembalikan wang pendahuluan sekitar $1,300 dan membayar penalti $1,000.

'Tetapi bila saya batalkan kontrak, ejen itu naik berang dan mula memaki hamun. Sejak itulah gangguan berlaku,' kata Encik Ismail.

Ejen rumah itu enggan melayan panggilan walaupun telah beberapa kali dihubungi Berita Harian.

Encik Ismail sedang dibantu Persatuan Pengguna Singapura (Case) untuk cuba menyelesaikan masalahnya.

'Kalau boleh saya nak balik. Siapa yang nak hidup macam ini, macam gelandangan. Tetapi saya takutkan keselamatan saya suami isteri,' kata Encik Ismail dengan linangan air mata.

Kini, pasangan itu terpaksa bekerja sambilan dan mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk makan minum mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2004 03:54 AM | Show all posts
Singapura : 25 Jun 2004   
  Mudah cetak  | E-mel

POLIS NASIHAT PEMILIK BUAT ADUAN MAJISTRET

POLIS telah menasihatkan Encik Ismail (bukan nama sebenar) supaya membuat aduan majistret mengenai gangguan yang dialami olehnya.

Demikian menurut seorang jurucakap polis kepada Berita Harian apabila ditanya tentang kes Encik Ismail, yang mengadu diganggu selepas membatalkan kontrak untuk menyewakan flat empat biliknya di Hougang Street 9.

Jurucakap itu menjelaskan pihaknya telah menutup kes tersebut setelah mendapati tidak ada sebarang perbuatan jenayah dilakukan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Pengguna Singapura (Case), Encik Seah Seng Choon, menasihatkan pemilik flat yang ingin menyewakan flat mereka supaya mendapatkan nasihat peguam sebelum menandatangani sebarang kontrak.

Pemilik flat perlu memastikan kontrak itu mengandungi syarat-syarat yang telah dipersetujui, kata beliau.

'Jika ada masalah selepas kontrak ditandatangani, pemilik flat boleh mendapatkan nasihat peguam atau menuntut pampasan jika ejen terbabit cuai dalam tugasnya.

'Pemilik juga boleh membuat aduan kepada kami,' kata Encik Seah.

Menurut perangkaan Case, 447 kes sedemikian dilaporkan sepanjang tahun lalu berbanding 379 pada 2002.

Sepanjang empat bulan pertama tahun ini pula, 98 aduan diterima.

Dalam pada itu, seorang jurucakap HDB dalam e-melnya sebagai menjawab pertanyaan Berita Harian berkata:

'Jika berlaku sebarang pertelingkahan, HDB tidak boleh membantu, kerana kami tidak terlibat dalam kontrak privet seperti itu.'
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 26-6-2004 06:25 AM | Show all posts
terbaca some where this guy sewakan bilik to chinese lady from china,dia kata kalau lady ni keluar bilik mandi ...dia berkembang dengan twala aja......dia jalan across the hall macam tak ada benda.....dia kata nose bleed....makna nya,tak tahan in their lingo.
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 26-6-2004 07:52 PM | Show all posts
in new paper today.......price of 5 room and exec flats will go up.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2004 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 26-6-2004 06:25:
terbaca some where this guy sewakan bilik to chinese lady from china,dia kata kalau lady ni keluar bilik mandi ...dia berkembang dengan twala aja......dia jalan across the hall macam tak ada benda. ...


U mean... berkemban eh? Takkan kembang pulak... :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2004 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 26-6-2004 07:52 PM:
in new paper today.......price of 5 room and exec flats will go up.


Alamak ya ke Matz? Ish....lambat setapak  lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 27-6-2004 09:30 PM | Show all posts
my parents punya neighbour....

they sell low but buy high ... they don't make much.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2004 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 27-6-2004 09:30 PM:
my parents punya neighbour....

they sell low but buy high ... they don't make much.



dis morning on the way to work wif my mom, kitorang citer2 balik la pasal rumah kita kat bedok tu..before kita pindah bedok south, kitorang tinggal tampines, dekat dgn afghanistan..pas tu baru pindah bedok sth.

i tanya my mom, kenapa rumah bagus2 punya location pegi jual (masa jual tu I was 17 yrs)...rumah dah abis bayar, masa beli baru $33K..kita dah tinggal situ dlm doblas tahun..tak sayang ke nak jual? walaupun cuma 3 bilik..

then my mom cakap, dia sebenarnya tak nak jual..my father yang arrange semua..koling agent (sedara my father jugak), sampai agent tu dah bawak buyer datang rumah nak view..baru my mom tahu..abis nak cakap apa? orang dah dtg rumah takkan nak halau..nak tak nak terpaksa jual gak..

rumah bedok tu masa beli $278K..kita pindah Mac 1997..bulan June, start property price crash...we really made a loss..dah lah upgrade 4 room tapi kena top up...kalau kita tunggu a few more months maybe we didnt have to fork out so much..my father la..kata tampines jauh dari tempat keje (dulu dia keje alexandra), bedok dekat sikit..so my mom ikutkan aje la..yang beshnya 3 tahun after pindah, he got retrenched. so rumah my mom sorang yang bayar..sebulan dlm $900+..kesian tengokkan.

Setahun dua after I started working I called HDB to enquire pasal nak tukar nama, sebab thot nak tolong my mom bayar rumah..HDB said boleh, tapi pakai $$ lar..tukar nama kena bayar dalam ratus2 gak..pas tu after 6 months baru boleh take effect...betul ke?

[ Last edited by LoLiPoP on 5-7-2004 at 08:46 AM ]
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 28-6-2004 10:40 AM | Show all posts
ko kalau nak jual rumah,make sure you ask for $5k deposit.....jadi siapa yang dah commit to buy your house won't back out easily.kalau sikit sangat,nanti they are willing to forgo their deposit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2004 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 28-6-2004 10:40 AM:
ko kalau nak jual rumah,make sure you ask for $5k deposit.....jadi siapa yang dah commit to buy your house won't back out easily.kalau sikit sangat,nanti they are willing to forgo their deposit.


Tapi sekarang banyak dah willing to tutup sebelah mata Matz, about the deposit. Kalau tidak orang tak nak. So kena gamble lah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2004 03:44 PM | Show all posts
so.. chic...., bila chic akan pindah rumah baru?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2004 03:45 PM | Show all posts
memandangkan bod ni pasal housing.... sut nak tanya.. ada sesapa tak kat sini ada beli rumah kat seberang tambak???
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2004 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by LoLiPoP at 28-6-2004 09:30 AM:



dis morning on the way to work wif my mom, kitorang citer2 balik la pasal rumah kita kat bedok tu..before kita pindah bedok south, kitorang tinggal tampines, dekat dgn afghanistan..pas tu bar ...


Loli cakap pasal ni, teingat Chic pat case kawan Chic. Baru 2 minggu lepas dia citer. Dia ni sebelum kawin, apply rumah ngan mak bapak dia. Tapi mak bapak dia duduk Johor. Sekarang dah kawin, wife dia pun ada rumah dengan mak dia, so they decided to move into the wife's house and he contribute to that house. They called HDB to ask if there's a penalty involved if he sold the house under 5 years. His case kira considered lain sikit lah so HDB kata no penalty involved. They will only lose the money they've spent on renovations. So the house jual balik pat HDB.

Sekali after everything settled, he printed his CPF statement, dia terperanjat beruk. Supposed to have 88K, cuma ada 44K. Mak bapak dia supposed to have 44K each only have 22K each. He called HDB and they said 50% penalty for all owners. He was so mad, he went to HDB and screamed his head off. Now tengah in the process of mintak tolong MP.

So we have to becareful. This kinda thing, must make sure you get the info correct. Kenkadang kena orang yang nak senangkan keje, nak lepas tangan. Always take down the name of the person you spoke to. Kalau boleh telefon 2,3 kali and speak to different pple to make sure the info you got is correct. Bukan apa lah, tapi you all imagine, all in all 88K hilang macam gitu aje....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2004 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 28-6-2004 03:44 PM:
so.. chic...., bila chic akan pindah rumah baru?


Not so soon lah Sut. Mungkin pertengahan atau akhir bulan Ogos....insyaAllah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2004 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 28-6-2004 03:50 PM:


Loli cakap pasal ni, teingat Chic pat case kawan Chic. Baru 2 minggu lepas dia citer. Dia ni sebelum kawin, apply rumah ngan mak bapak dia. Tapi mak bapak dia duduk Johor. Sekarang dah kawin, w ...



Chic , biar betul kawan kau?

Adakah dia ambil keputusan besar ni hanya ngan satu panggilan telepon je?

patut dia ulang alik HDB , mintak black and white rules and regulations dan tengok sendiri dan pahamkan...

kesian la.....  duit banyak tu.... Kalo orang lemah semangat, bleh jatuh sakit tau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2004 04:30 PM | Show all posts
cam cerita chic tadi kan,

baik semua ambik sebagai pengajaran...

kalo ada hal2 cam gini, pegi sendiri dan tanya sendiri... tengok black and white, kalo paham baru proceed.

Jangan harap kat info telepon atau orang tengah cam agen ke apa ke, bukan aku cakap jangan percaya agen la, tapi kadang2 ada agen punya agenda tersembunyi.



Lagi satu korang kalo ada sapa2 makcik2 nenek2 dah tua, tak tahu cakap omputeh, bilang ngan dorang , kalo sapa2 suruh sign apa2, tanda tangan cap jari, jangan buat...sampai betul2 paham...
even kalo yang suruh sign tu ipar ke, sedara ke,  paham2 je la pasal duit , ada orang bleh buat apa2 muslihat pun. Even to siblings..

Ni termasuk bab2 CPF, contoh kalo dorang ni tinggal kawasan Bishan, mungkin staff kat Bishan CPF tak ramai tahu cakap melayu,
so suruh dorang pergi Tampines CPF, kena travel penat sikit takpe, tapi kat Tampines CPF lagi ramai staff melayu yang boleh layan makcik2 ni dan jawab soalan sampai makcik2 ni paham...


ni semua dari pengalaman keliling aku sendiri la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2004 04:33 PM | Show all posts
hmmm seram gak dengar citer Chics ni...44K ilang gitu ajer saper tak mengamuk?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2004 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 28-6-2004 03:45 PM:
memandangkan bod ni pasal housing.... sut nak tanya.. ada sesapa tak kat sini ada beli rumah kat seberang tambak???



sut, undang2 yang cakap foreigners cuma bleh beli yang harga 250K rm tu masih berkuat kuasa ke?

kalo rumah teres yang dah lama2 kat taman2 JB tu sporean tak bleh beli eh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.075163 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list