Edited by laksmanabentan at 24-4-2019 03:10 PM
ooo... terus aku cari ni sis...
mungkin boleh kalau ada yang buat laporan ke polis...
Undang-undang: Seksyen 294(b) Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan rasmi) – Nyanyian lucah: Siapa-siapa yang mengganggu orang lain dengan –
(a) berkelakuan lucah di tempat umum; atau
(b) bernyanyi, berkata-kata atau berbicara apa-apa nyanyian atau kata-kata yang mempunyai unsur lucah di tempat umum, maka akan dikenakan penjara selama 3 bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.
Hukuman: Penjara maksimum selama 3 bulan, denda, atau kedua-duanya. Seksyen 294(b) Kanun Keseksaan menyatakan bahawa adalah salah jika menyanyikan lagu yang mempunyai unsur lucah di tempat awam. Kelakuan sedemikan sama seperti melakukan aksi lucah di depan orang ramai.
Akta berkenaan itu sendiri tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan “lucah”, jadi ia adalah bersifat subjektif berdasarkan interpretasi pihak berkuasa dan/atau orang lain yang mendengarnya (dan melaporkannya). Undang-undang ini sudah lama tidak dipakai oleh sebab belum ada orang yang dikenakan tindakan baru-baru ini (yang kita dapat cari).
|