CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: salmon

Dialog sunah-syiah

[Copy link]
salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:02 AM | Show all posts
KEADAAN ALI SAMA SEPERTI HARUN.

Maka menurut dari al-Quran Harun tidak mengeluarkan pedang menentang manusia. Dia berdiam diri apabila mereka menerima anak lembu emas Samiri sebagai objek sembahan kerana dia [Harun] sedar bahawa dia telah dikalahkan. Begitu juga, Ali, yang mana nabi telah menyatakan sebagai Harun [sebagaimana kami telah bincangkan secara mendalam dahulu], telah juga berdiam diri bersabar dan menanggong, apabila ditinggalkan sendirian. Imam yang suci telah dibawa ke masjid dengan paksa dan pedang yang tidak bersarung diletakkan dikepalanya, dan dipaksa memberikan bai抋h. Kemudian dia pergi kepusara nabi dan mengulangi kata-kata sama yang Allah telah sampaikan melalui lidah Harun. Harun telah berkata kepada Musa, 慡esungguhnya manusia telah menganggap saya lemah dan hampir sahaja membunuh saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:02 AM | Show all posts
SYARAHAN AMIRUL-MUKMININ SETELAH SYAHIDNYA MUHAMMAD BIN ABU BAKR.
Ibn Abi抣-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju抣-Balagha, jilid II, ms 35, menyampaikan dari Kitabu抣-Gharat oleh Ibrahim Ibn Sa抎 Bin Hilal Saqafi, yang menyampaikan dari Abdu抮-Rahman Bin Jundab, yang menyampaikan dari bapanya bahawa apabila pihak musuh menduduki Mesir dan Muhammad bin Abu Bakr telah syahid, Amirul-Mukminin memberi syarahan yang mana dia menyatakan perasaan keciwanya terhadap atitiut manusia muslim setelah wafatnya nabi. Dia menuliskan catitan itu di dalam suratnya kepada penduduk Mesir. Imam suci berkata, 慡eorang berkata kepada saya Wahai anak Abu Talib! Bagaimana tamaknya kamu terhadap kedudukan khalifa.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:02 AM | Show all posts
SYARAHAN SHIQSHIQAYYA TELAH DIRAKAMKAN LAMA SEBELUM SEYYED RAZI DILAHIRKAN.
Mengenepikan semua aspek yang lain pada persoalan, ramai ilmuan, ahli hadith dan ahli sejarah [keduanya sunni dan shia] telah merakamkan adanya syarah ini sebelum lahirnya ilmuan yang agung Seyyed Razi dan juga bapanya Abu Ahmad Naqibu抰-Talibin.
Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh-e Nahjul-Balagha menulis bahawa dia dapati syarah ini di dalam buku Sheikhnya, Abu抣-Qasim Balkhi Imam-e-Mu抰azila, yang hidup dimasa Muqtadir B抜llah Abbasi. Yang pastinya Seyyed Razi telah dilahirkan lama selepasnya. Dia juga menulis bahawa dia melihat syarah ini di dalam Kitabul-Insaf, dari seorang guru yang terkenal, Abu Ja抐ar Bin Qubba, seorang dari anak murid Sheikh Abu抣-Qasim Balkhi, yang telah meninggal dunia sebelum kelahiran Seyyed Razi.
Juga Sheikh Abu Abdullah Bin Ahmad, yang dikenali sebagai Ibn Khashshab, dikatakan sebagai berkata, 慡aya telah melihat syarah ini di dalam buku yang ditulis 200 tahun sebelum lahirnya Seyyed Razi. Saya juga telah lihat syarah ini di dalam kerja-kerja penulis ilmuan yang telah menulisnya sebelum kelahiran bapa Seyyed Razi, Abu Ahmad Naqibu抰-Talibin.
Dan kamu katakan bahawa Ali merasa senang dengan penentangnya. Ini pastinya telah mengabaikan kenyataan yang tidak terkira banyaknya dari ulama kamu, yang telah saya nyatakan terdahulu. Saya akan mengatakan satu contoh lagi.
Ibn Abi抣-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju抣-Balagha, jilid II, ms 561, merakamkan Ali sebagai berkata, 慡aya tinggal bersama nabi dari mula sehingga wafatnya. Nabi menghembuskan nafasnya yang terakhir di dada saya. Adalah saya yang memandikan badannya dengan pertolongan malaikat, melakukan solat jenazah, dan kebumikan baginda. Maka tidak ada sesiapa yang lebih dekat, atau yang yang lebih berhak kepada penggantnya selain saya.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:03 AM | Show all posts
SESSI 10
Sabtu Malam, 3hb Sha抌an 1345 Hijrah

PENILAIAN TERHADAP PENGETAHUAN UMAR MENGENAI PERUNDANGAN ISLAM
Nawab:                Pagi ini anak saya, Abdul-Aziz, seorang pelajar di kolej Islamiyya, mengatakan kepada kami bahawa gurunya memberitahu semua murid dikelas bahawa khalifa Umar bin Khattab adalah seorang ahli perundangan yang agung pada masanya di Madina. Dia mempunyai pengetahuan mengenai ayat-ayat al-Quran dan penghuraiannya yang cukup. Dia lebih terbilang dari semua para ahli perundangan, seperti Ali Ibn Abi Talib, Abdullah Ibn Mas抲d, Abdullah Ibn Abbas, Akrama dan Zaid Ibn Thabit. Bahkan Ali Ibn Abi Talib, dengan pengetahuan ilmu fiqhnya yang luas, apabila dia bertemu dengan masalah yang susah, merujuk kepada Umar mengenai hak bagi orang islam. Khalifa selalu menyelesaikan masalah yang susah untuk Ali. Semua dari kami mengakui fakta ini kerana ulama kami berkata bahawa khalifa Umar menduduki tempat yang unik di dalam pembelajaran dan pengetahuan. Saya meminta kamu menerangkan maksud ini supaya kita semua, termasuk anak saya boleh memahami fakta yang sebenar.

Shirazi:                Adalah aneh seorang guru berkata yang sedemikian. Bahkan ulama kamu tidak mengatakan begitu. Jika beberapa orang yang fanatik seperti Ibn Hazm Zahiri, mengatakan begitu, mereka tentunya telah ditentang dengan keras oleh ulama kamu. Lebih-lebih lagi kebijaksanaan sebegini tidak dituntut sendiri oleh khalifa Umar. Tidak ada seorang pun ulama kamu telah merakamkan fakta ini di dalam buku mereka.
Ahli sejarah yang ada menulis apa-apa mengenai khalifa Umar bin Khattab telah memberikan ulasan terhadap keperibadiannya yang licik [pintar belit], hati batunya, dan tipu daya politiknya; tetapi mereka tidak mengulas diatas pembelajarannya.

PENGETAHUAN UMAR MENGENAI PERUNDANGAN ISLAM ADALAH LEMAH.
Fakta sebenar, buku dari kedua golongan penuh dengan peristiwa yang jelas menunjukkan bahawa Umar tidak cukup pengetahuan di dalam pembelajaran dan juga perundangan. Apabila dia menghadapi masalah yang susah, dia akan merujuk kepada Amirul-Mukminin Ali, Abdullah bin Mas抲d dan ahli perundangan lain di Madina.
Ibn Abil-Hadid menyebut nama Abdullah bin Mas抲d secara khususnya, diantara ahli perundangan Madina dan berkata bahawa Umar menekan bahawa Abdullah hendaklah sentiasa berada dengannya supaya apabila ada masalah kepadanya akan dirujuk di dalam perkara perundangan.

Sheikh:                [Dengan marah] Dimana ada ditulis bahawa Umar adalah jahil mengenai masalah agama dan juga perundangan?

Shirazi:                Saya tidak mengatakan bahawa khalifa Umar benar-benar jahil. Saya katakan dia tidak begitu pandai di dalam masalah perundangan dan pembelajaran. Saya boleh bukti apa yang saya katakan.

Sheikh:                Bagaimana kamu membuktikan bahawa khalifa Umar mempunyai pengetahuan yang lemah di dalam perkara fiqh dan perundangan agama?

Shirazi:                Terdapat banyak hadithdi dalam buku sahih kamu. Selain dari itu, terdapat pengakuan Umar sendiri yang dibuatnya di beberapa keadaan.

SEORANG WANITA MEMBUAT UMAR TERDIAM PADA MAKSUD PERUNDANGAN AGAMA.
Jalalu抎-din Suyuti di dalam Tafsir-e-Durru抣-Mansur, jilid II, ms 133; Ibn Kathir di dalam Ulasan, jilid I, ms 468; Jarullah Zamakhshari di dalam Tafsir-e-Kashshaf, jilid I, ms 357; Fazil Nishapuri di dalam Tafsir-Gharibu抣 Qur抋n, jilid I, dengan berkaitan Surah an-Nisa (wanita) dari al-Quran; Qartabi di dalam Tafsir, jilid V, ms 99; Ibn Maja
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:04 AM | Show all posts
PENAFIAN UMAR TERHADAP WAFATNYA NABI MEMBUKTIKAN BAHAWA DIA JAHIL PADA BEBERAPA AYAT DARI AL-QURAN.
Malangnya Umar mempunyai tabiat cepat marah, dan dengan itu dapat dia menakutkan manusia dengan berkata, 慡aya akan menghukum kamu!
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:04 AM | Show all posts
PENGETAHUAN ALI DAN KEMULIAANNYA.
Nuru抎-din Bin Sabbagh Malaki di dalam Fusulu抣-Muhimma, chapter 3, ms 17, menulis mengenai Ali berkata, 態ab ini mengandungi perkara berkaitan dengan pengetahuan Ali. Satu dari aspeknya adalah pengetahuan perundangan fiqh yang mana telah diasaskan amalan halal dan haram manusia. Ali memahami perundangannya dengan mendalam. Masalahnya yang komplek, adalah mudah bagi Ali, dan dia benar-benar faham akan interpretasinya. Atas sebab inilah nabi berkata bahawa Ali adalah orang yang paling berhak di dalam ummah pada menghuraikan persoalan perundangan.
Imam Abu Muhammad Husain bin Mas抲d Baghawi di dalam bukunya Masabih mengatakan dari Anas bahawa apabila nabi melantik setiap orang dari sahabat kepada satu-satu kedudukan, baginda melantik Ali kepada kedudukan hakim dan berkata, 慉li adalah hakim yang terbaik diantara kamu semua [sahabat dan juga ummah]
Sudah pasti jika kamu bendingkan kata-kata guru kolej yang jahil dengan hadith dari ulama kamu, kamu akan dapati apa yang dia katakan tidaklah berasas. Guru ini mengatakan lebih dari apa yang dilakukan oleh pemimpin. Umar sendiri mengakui kelemahannya dari Ali.
Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Imamu抣-Haram Ahmad Makki Shafi抜 di dalam Dhakha抜ru抣-Uqba, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu抣-Mawadda, chapter 56, dan Muhibu抎-din Tabari di dalam Riyazu抧-Nazara, jilid II, ms 195, mengatakan bahawa Muawiya sebagai berkata, 慉pabila Umar bin Khattab menghadapi masalah yang susah, dia meminta pertolongan Ali,
Reply

Use magic Report

Follow Us
salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:04 AM | Show all posts
MUAWIYA MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN ALI.
Saya baru teringat satu hadith. Saya sampaikan kepada kamu sebagai bukti tambahan pada maksud kami. Ibn Hajar Makki, seorang ilmuan yang fanatik telah menulis di dalam bukunya Sawa抜q-e-Muhriqa, bab II, Maqsad V, ms 110, dibawah ayat 14, bahawa Imam Ahmad Bin Hanbal telah menyampaikan dan juga Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam Mawaddatu抣-Qurba dan Ibn Abi抣-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju抣-Balagha, mereka telah merakamkan bahawa seorang Arab bertanya kepada Muawiya. Muawiya berkata, 慣anyalah kepada Ali mengenainya, oleh kerana dialah yang paling bijak.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:05 AM | Show all posts
BAI扐H ALI KEPADA KHALIFA TELAH DIPAKSAKAN.
Shirazi:                Pertama kamu katakan Amirul-Mukminin secara suka rela memberikan bai抋h kepada ketiga-tiga khalifa. Saya teringat satu cerita yang wajar pada perbincangan ini. Pada masa dahulu jalan raya Iran amat merbahaya, dan jamaah ke tempat suci menhadapi kesukaran di dalam perjalanan mereka. Satu khafilah telah jatuh ketangan perompak yang mencuri barangan mereka. Apabila mereka sedang membahagikan barangan tersebut diantara mereka, pakaian kafan telah jatuh ketangan seorang perompak tua. Dia berkata, 慣uan-tuan jamaah! Kain kafan siapakah ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:05 AM | Show all posts
TIDAK PERLUNYA ADA IKUTAN YANG MEMBUTA TULI DI DALAM BERAGAMA.
Kedua, saya telah katakan dahulu kita tidak perlu ada ikutan yang membuta tuli di dalam beragama. Kamu katakan, oleh kerana sejarah telah mengatakan empat khalifa telah menjadi pemerintah, kita hendaklah mengikuti jejak orang yang terdahulu dari kita di dalam keimanan mereka. Tetapi akal fikiran [minda] dan hadith memberitahu kita bahawa keimanan hendaklah berasaskan pada keterangan.
Saya ulangkan sekali lagi bahawa ahli sejarah kamu dan juga kami telah menulis, selepas wafatnya nabi, ummah telah berpecah kepada dua golongan. Satu golongan mengatakan bahawa Abu Bakr hendaklah diikuti dan satu golongan lagi percaya bahawa Ali lah yang perlu diikuti. Nabi berkata, 慞atuh kepada Ali adalah patuh kepada saya; dan melawan kepada Ali bererti melawan kepada saya.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:06 AM | Show all posts
SUJUD PADA DEBU OLEH SHIA DIBANTAH OLEH YANG LAIN TANPA SEBAB.
Ambil sebagai contoh, kami sujud pada debu. Betapa kecuhnya kamu buat mengenai debu dan turba, tanah liat yang kecil dari tanah Karbala. Yang mana kami letakkan dahi apabila bersujud. Kamu menekankan bahawa itu adalah berhala dan mengatakan kami menyembah berhala, walaupun kami sujud pada debu dengan keizinan Allah dan nabiNya. Ayat al-Quran menyuruh kita melakukan sujud, dan sujud bererti meletakkan dahi pada bumi. Ya pastinya terdapat perbezaan diantara kamu dan kami terhadap benda dimana kita sujud.

Sheikh:                Jadi mengapa kamu tidak lakukan sujud sebagaimana semua muslim yang lain lakukan supaya tidak ada perbezaan dan salah faham ini boleh dihapuskan.

Shirazi:                Pertama, sila terangkan kepada kami mengapa Shafii berbeza dengan banyaknya dari Maliki dan Hanbali, mengenai perkara amalan dan asas keimanan. Kadang kala mereka mengatakan bahawa yang lainnya berdosa atau kafir. Bukankah lebih baik untuk mereka jika mereka duduk bersama dan mencapai kepada satu kepercayaan bersama, supaya tidak akan ada lagi perbezaan.

Sheikh:                Tedapat perbezaan pada ahli perundangan, tetapi sesiapa sahaja dari kami yang mengikuti mana-mana ahli perundangan
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:06 AM | Show all posts
KEPUTUSAN ABU HANIFA BAHAWA JIKA TIADA AIR KITA BOLEH LAKUKAN MANDI DAN WUDU DENGAN NABIZ [SYRAP KURMA]

Tetapi Imam agung kamu, Abu Hanifa [yang mana kebanyakkan dari keputusannya bergantung pada pendapat, ijtihad] menekankan bahawa sedang kita di dalam perjalanan dan jika kita tidak menjumpai air; kita hendaklah melakukan mandi dan wudu dengan nabiz. Tetapi semua orang tahu bahawa nabiz adalah sirap kurma, dan adalah haram melakukan wudu dengan air yang telah bertukar.
Arahan al-Quran bahawa perlu untuk melakukan wudu untuk solat dengan air bersih. Jika air tidak boleh di dapati, kita hendaklah lakukan Tayammum. Imam Azam Abu Hanifa berkata kita boleh lakukan mandi dan wudu dengan menggunakan nabiz. Ini dengan nyata telah melanggar arahan Quran. Sebaliknya Bukhari di dalam sahihnya telah menulis, 慉dalah haram untuk melakukan wudu dengan nabiz atau benda yang memabukkan.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:07 AM | Show all posts
MEMBASUH KAKI DI DALAM WUDU ADALAH BERTENTANGAN DENGAN ARAHAN AL-QURAN.
Selain dari menerima perundangan wudu yang dinyatakan diatas, selepas membasuh muka dan tangan, sebahagian kepala dan kaki sampai kebuku lali hendaklah disapu. Ayat al-Quran dengan jelas mengatakan, 慏an sapulah sebahagian dari kepala dan sebahagian dari kaki hingga kebuku lali.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:07 AM | Show all posts
MENGAPA KAMI SUJUD DIATAS TANAH KARBALA.
Shirazi:                Adalah benar kami sujud diatas tanah karbala, tetapi kami tidak menganggapnya sebagai wajib. Menurut dari arahan yang terdapat di dalam buku kami, kami menganggap sujud perlu pada bumi yang bersih. Bagaimana pun menurut dari ahli bayt, sujud pada tanah karbala yang suci adalah digalakkan.
Adalah amat sedih sebahagian menusia secara keji mengatakan shia menyembah Husain. Mereka menyokong pandangan mereka dengan mununjukkan bahawa shia sujud pada tanah karbala. Yang sebenarnya kami tidak pernah menyembah Husain, Ali atau Muhammad. Kami menyembah Allah, dan dengan mengikut perintah Allah kami sujud pada bumi yang bersih. Sujud kami bukan untuk Husain. Tetapi mengikut dari arahan Imam yang ma抯um dari keturunan nabi, sujud pada tanah suci karbala mendapat ganjaran yang lebih, tetapi ianya bukanlah wajib.

Sheikh:                Bagaimana kamu boleh mengatakan tanah karbala mempunyai kualiti berbeza yang mana ia dapat keutamaan dari tanah yang lain.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:08 AM | Show all posts
CIRI-CIRI TANAH KARBALA.
Shirazi:                Pertama, fakta sebenar bahawa lain kawasan mempunyai ciri-ciri tanah yang berlainan. Setiap bahagian bumi mempunyai kualitinya tersendiri yang hanya diketahui oleh pakar tanah. Bukan ahli tidak tahu perkara ini.
Kedua, ciri utama tanah karbala telah diketahui sebelum masa para Imam. Ianya adalah satu objek yang menarik perhatian pada masa hayat nabi, sebagaimana telah dirakamkan di dalam buku sahih ulama kamu.
Di dalam Khasa抜su抣-Kubra, oleh Jalalu抎-din Suyuti, beberapa hadith dari Ummu抣-Mu抦inin Ummi Salma, Ummu抣-Mu抦inin A抷esha, Ummu抣-Fazl, Ibn Abbas, dan Anas Bin Malik dsb mengenai tanah karbala telah disampaikan oleh ulama danj uga penyampai kamu yang terkenal dan dipercayai, seperti Abu Nu抋im Ispahani, Baihaqi, dan Hakim.
Satu laporan mengatakan: Saya melihat Husain dipangkuan nabi, datuknya, yang mempunyai sekeping tanah merah ditangannya. Nabi sedang mencium tanah itu dan menangis. Saya tanyakan apakah tanah itu. Nabi berkata: Jibril telah memberitahu saya bahawa anak saya, Husain ini akan dibunuh di Iraq. Dia telah bawakan tanah ini padaku dari tempatnya. Saya sedang tangisi penderitaan yang akan ditanggong oleh Husain
Kemudian nabi menyerahkan tanah itu kepada Umme Salma dan berkata kepadanya, 慉pabila kamu lihat tanah ini bertukar menjadi darah, kamu tahu bahawa Husain saya ini telah dibunuh.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:09 AM | Show all posts
SEBAB PADA PERLANTIKKAN ALI.
Seyyed Abdul-Hayy:        Mengapa nabi, yang tindakkannya adalah dari Allah, tidak menberikan kepada Ali dari mula lagi?

Shirazi:                        Oleh kerana tidak ada sebab pada fakta itu telah dirakamkan, kami tidak tahu. Tetapi pada pendapat saya adalah, petukaran tersebut bertujuan untuk menunjukkan betapa utamanya Ali. Jika umur Abu Bakr dan kebolehannya di dalam politik telah membuktikan keutamaannya, dia tidak akan dipanggil balik dari missi tersebut. Tetapi fakta telah menunjukkan bahawa untuk menyampaikan pengkhabaran nabi adalah kerja nabi atau khalifanya.

IKUT BERSAMA MELAPORKAN DENGAN ABU BAKR.
Seyyed:                Menurut dari sebahagian laporan, Abu Huraira berkata bahawa Ali telah diarahkan untuk pergi ke Makah bersama dengan Abu Bakr untu mengajar manusia cara mengerjakan haji. Ali yang akan membacakan ayat Bara抋 kepada manusia. Menyampaikan pengkhabaran nabi dengan cara ini menunjukkan mereka dikedudukan yang sama.

Shirazi:                        Pertama itu adalah laporan palsu yang disampaikan oleh pengikut Abu Bakr. Yang lain tidak ada yang menyampaikannya. Kedua, seluruh ummah bersetuju bahawa Abu Bakr dipanggil balik dan digantikkan dengan Ali. Fakta ini telah disampaikan secara turutan di dalam buku sahih dari kedua golongan.
Pastinya, ijma dari seluruh ummah adalah kita patut bergantung pada yang kerap disampaikan, dan hadith yang sahih. Jika terdapat berlain langsung dari dari hadith yang sahih, kita hendaklah menolaknya. Pandangan ini dipersetujui oleh mereka yang berprinsip dan juga ahli penyampai hadith. Perlantikkan Ali, kepulangan Abu Bakr adalah suatu keadaan yang memilukan, nabi menenteramkannya dan memuaskannya dengan menyatakan itu adalah kehendak Allah
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:09 AM | Show all posts
AISHA YANG BERTANGGONG JAWAB SEPENUHNYA TERHADAP PEMBERONTAKKAN MENENTANG ALI
Ketiga, sejarah telah memberitahu kita siapa penghasut sebenar yang menyebabkan kekacauan berlaku dari permulaan khalifa. Adakah dia selain dari Ummul-Mukminin Aisha? Tidakkah Aisha yang, menurut kenyataan hadith dari kedua golongan sunni dan shia, menunggang unta [menentang perintah Allah dan nabi, supaya tinggal di dalam rumah] sampai ke Basra dan menghasut kepada peperangan yang besar?
Kamu mengatakan bahawa peperangan yang membawa padah kepada kedua-dua pihak adalah disebabkan oleh kurang pengalaman politik. Itu adalah kenyataan yang benar-benar telah terpesong. Jika Aisha tidak memberontak menentang Ali tiada siapa yang berani bangun menentang Ali, lagi pun nabi telah berkata: 揗enentang Ali adalah sama seperti menentang saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:10 AM | Show all posts
ADAKAH PENGETAHUAN PADA YANG GHAIB TERHAD KEPADA ALLAH?
Sheikh:                Al-Quran bertentangan dengan kenyataan kamu.

Shirazi:                Boleh kamu bacakan ayat yang bertentangan dengan kenyataan saya?

Sheikh:                Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyokong pandangan saya. Sebagai contoh, al-Quran berkata: 慏an bersamaNya adalah kunci khazanah ghaib
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:11 AM | Show all posts
PEMBUKTIAN AL-QURAN BAHAWA NABI MEMPUNYAI PENGETAHUAN PADA YANG GHAIB.

Sheikh:                Itu adalah pelik. Kamu katakan terdapat keterangan yang positi di dalam al-Quran bahawa nabi mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Sila sebutkan ayat tersebut.

Shirazi:                Janganlah merasa terperanjat. Kamu telah mengetahuinya.
Allah berkata: 慪ang mengetahui pada yang ghaib! Maka Dia tidak mendedahkan rahsiaNya kepada sesiapa melainkan kepada orang yang Dia telah pilih sebagai rasul; sesungguhnya dia telah menjadikan pemelihara berbaris dihadapan dan dibelakangnya, supaya Dia boleh mengetahui bahawa mereka sebenarnya telah menyampaikan pengkhabaran tuhanNya, dan Dia meliputi apa yang bersama mereka, dan Dia merakamkan jumlah tiap-tiap sesuatu.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:12 AM | Show all posts
KENYATAAN PADA PENGETAHUAN YANG GHAIB MELALUI CARA YANG LAIN ADALAH PENIPU.
Shirazi:                Kepercayaan kepada kebenaran tidak membawa kepada yang buruk. Adalah kejahilan manusia yang menjadikan mereka mangsa. Jika muslim mengikuti yang mempunyai pengetahuan, menurut arahan yang diberikan nabi, secara khusus, jika mereka tidak meninggalkan pintu pengetahuan semenjak mula lagi, mereka tentu tidak akan menjadi mangsa kepada manusia durjana. Al-Quran dengan jelas telah mengatakan: 慡esiapa yang Dia pilih dari para nabi.
Reply

Use magic Report

salmon This user has been deleted
 Author| Post time 25-5-2005 10:13 AM | Show all posts
PINTU PADA PENGETAHUAN.
Ketiga, kamu tanyakan hadith apa yang membuktikan bahawa Amirul-Mukminin, Ali mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Yang sebenarnya terdapat banyak hadith yang menyokong fakta ini. Satu darinya dipanggil 慔adith Madina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066959 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list