|
Edisi Timur: Yakin anak masih hidup
Oleh Ramli Ibrahim
[email protected]
GUA MUSANG: 揝aya yakin dia masih hidup dan berada di tempat kejadian...saya akan tunggu sehingga dia keluar dari hutan itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Nasional: 165,000 buta huruf
Oleh Manan Samad
[email protected]
PUTRAJAYA: Seramai 165,000 pelajar sekolah di negara ini belum boleh membaca dan menulis berdasarkan kajian Kementerian Pelajaran tahun lalu.
Daripada jumlah itu, 125,000 membabitkan murid sekolah rendah, manakala sekolah menengah, 42,000 pelajar.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, berkata jumlah itu tidak besar, hanya merangkumi 2.2 peratus bagi murid sekolah rendah, dan 0.8 peratus bagi sekolah menengah.
Bagi mengatasi masalah itu, kata beliau, kementeriannya memperkenalkan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA 2M) membabitkan semua murid tahun satu bermula tahun ini.
揗elalui pendekatan itu, kita dah adakan peperiksaan pada April lalu, dan daripada situ guru akan lihat kemampuan pelajar. Pelajar tidak berkemampuan dalam membaca dan menulis akan dimasukkan dalam kelas khas, kemudian selepas tiga bulan kita akan adakan penilaian lain.
揔alau ada kemajuan, kita akan masukkan semula pelajar itu dalam kelas biasa, yang masih tiada pencapaian, kita kekalkan dalam kelas khas. Kalau tak boleh ikut juga, murid itu akan dihantar ke kelas pemulihan.
揃agi murid lemah kerana menghadapi masalah cacat tak ketara yang tidak disedari ibu bapa, kita akan hantar ke kelas pendidikan khas, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Pengemis jual tubuh
Oleh Rahmat Othman
[email protected]
ALOR STAR: Ada pengemis wanita turut menjual tubuh secara sambilan di beberapa hotel murah sekitar bandar raya ini selepas rezeki yang diperoleh menerusi kegiatan mengemis tidak dapat menampung hidup mereka.
Difahamkan, pengemis terbabit melakukan perbuatan itu pada masa tertentu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau kegiatan tidak bermoral itu sebelum mengambil tindakan lanjut.
Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Kota Star, Wan Jahara Wan Husin, berkata pengemis terbabit dikatakan sanggup bertindak demikian bagi mendapatkan wang secara mudah.
Menurutnya, pihaknya ada mengesan beberapa kes kegiatan tidak bermoral itu yang dilakukan pengemis wanita yang lanjut usia.
揝aya sedih dengan keadaan yang berlaku, lebih-lebih lagi dilakukan pengemis yang sudah lanjut usia. Sepatutnya dalam keadaan begitu, mereka bertaubat dan melakukan amal ibadat, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Bawa senapang 'lawat' menantu
Oleh Omar Osman
[email protected]
SUNGAI PETANI: Seorang pengawal keselamatan yang naik angin dengan tindakan seorang lelaki mengahwini anak perempuannya tanpa persetujuan, mencari menantunya itu sambil membawa selaras senapang milik syarikat kawalan keselamatan tempatnya bekerja, kelmarin.
Pesara tentera berusia 48 tahun itu dikatakan berang selepas menantu berusia 30-an itu melarikan anak perempuannya untuk berkahwin di Thailand tanpa kebenarannya sedangkan lelaki itu sudah beristeri.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku sebaik pengawal keselamatan itu tamat bertugas di sebuah bank di sini, kira-kira jam 5.45 petang kelmarin.
Katanya, lelaki itu kemudian terus membawa senjata menuju rumah menantunya yang terletak di Kampung Raja, dekat sini, tanpa menyerahkan senjata itu di pejabat kawalan keselamatan terlebih dahulu.
Katanya, apabila sampai di rumah berkenaan, menantu serta anak perempuannya tiada di rumah, hanya isteri pertama menantunya berada di rumah ketika itu.
揝elepas gagal menemui menantu dan anak perempuannya itu, pengawal terbabit pulang ke pejabatnya untuk menyerahkan senjata yang dibawanya sebelum pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Pasir, di sini.
揑steri pertama menantunya yang bimbang melihat bapa madunya datang ke rumah mereka dalam keadaan marah serta membawa selaras senapang membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.
揌asil laporan itu, polis menahan pengawal keselamatan berkenaan di rumahnya kira-kira jam 9.30 malam tadi (kelmarin).
揚olis kemudian membawa pengawal keselamatan itu ke pejabatnya di Jalan Kampung Baru dan merampas senjata dan peluru yang dibawanya ketika ke rumah menantunya kira-kira jam 10.45 malam, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: Plaza Mahkota lokasi hidu gam, bohsia
MELAKA: Deretan pusat perniagaan di Plaza Mahkota, di sini, yang kosong sejak beberapa tahun lalu kerana tiada penyewa kini menjadi lokasi bohsia dan pelajar menghidu gam dan melakukan maksiat.
Tinjauan Harian Metro ke kawasan itu mendapati tingkat tiga deretan bangunan perniagaan itu turut dijadikan tempat tinggal sementara bagi pelajar yang melarikan diri dari rumah.
Kebanyakan bohsia dan kaki gam ini hanya ke deretan bangunan itu selepas tengah malam untuk tidur manakala pada waktu siangnya dihabiskan dengan bersiar-siar atau melepak di pusat beli belah.
Seorang daripada mereka yang ditemui di kawasan itu mengakui lokasi berkenaan adalah tempat yang selamat daripada gangguan pihak berkuasa atau pencegah maksiat.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, keadaan deretan bangunan itu yang banyak kosong memudahkan mereka melarikan diri atau berpindah jika dirasakan kawasan itu tidak selamat untuk didiami.
揟empat ini baik kerana berdekatan dengan pusat beli belah dan pada masa sama bebas untuk melakukan apa saja, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: Tiga laluan hitam
Oleh Kalam Hadi
JOHOR BAHRU: Tiga jalan di Taman Molek, di sini dikenal pasti sebagai kawasan hitam kerana banyak kes jenayah terutama ragut didakwa berlaku di situ, terutama selepas waktu tengah malam.
Tiga jalan berkenaan ialah Jalan Molek 2, Jalan Molek 3/19 serta Jalan Persiaran Bumi Hijau dan penduduk dinasihatkan tidak melalui jalan itu selepas jam 12 tengah malam.
Penolong Setiausaha Jawatankuasa Penduduk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Taman Molek, Hussein Othman, mengingatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Menurutnya, Jalan Molek 3/19 kerap dilaporkan berlaku kejadian peras ugut tidak kira pada waktu malam mahupun siang, selain kejadian pecah cermin kereta dilaporkan kerap berlaku di kawasan itu.
揔ami mahu mengingatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika melalui ketiga-tiga jalan berkenaan ataupun berjalan dalam kumplan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
揑ni penting kerana sebelum ini kami menerima banyak aduan mengenai kejadian ragut dan kecurian di ketiga-tiga jalan kerkenaan. Aduan pula bukan sahaja diterima di kalangan ibu bapa atau pelajar malah daripada orang awam, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Dakwa tiada musuh
Oleh Zulfa Mohamad
[email protected]
BUTTERWORTH: Pemilik syarikat menjual kereta terpakai Shyong Auto di Bagan Ajam, di sini, Low Choong Shyong, 48, mendakwa tidak mempunyai musuh dan sedia bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan kes penemuan bom tangan di perkarangan kedainya, kelmarin.
Low berkata, dia sendiri masih tertanya-tanya mengenai penemuan bom berkenaan dan hairan mengapa kedainya menjadi sasaran walaupun tidak pernah bermusuh.
揝aya tidak takut sebab saya tidak pernah mengganggu orang. Perniagaan saya bukannya dapat keuntungan besar dan hanya mampu menjual sebuah kereta sebulan.
揕agipun saya tidak berhutang dengan sesiapa menyebabkan saya hairan kenapa saya yang menjadi sasaran, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan : 450 murid dalam bahaya
Oleh Ibrahim Isa
JOHOR BAHRU: Selepas 18 hari 11 kabel tembaga penebat petir di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Skudai Baru, Taman Ungku Tun Aminah di sini dicuri, tiada tindakan segera diambil untuk menggantikannya, sekali gus menjadikan nyawa 450 murid sekolah itu dalam bahaya.
Ini kerana pihak yang berkaitan saling tolak menolak antara satu sama lain, siapa yang bertanggungjawab untuk memasang semula kabel sepanjang 12 meter berkenaan yang dianggarkan kira-kira RM30,000.
Sehingga kini keselamatan murid serta 32 kakitangan sekolah itu terancam lebih-lebih lagi ketika musim hujan dan ribut petir sekarang.
Ibu bapa kesal dan bimbang kerana tiada inisiatif segera yang diambil untuk memastikan keselamatan murid di sekolah itu terjamin daripada kejadian disambar petir.
Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Pandak Ahmad berkata, sehari selepas laporan mengenai kehilangan kabel tembaga penebat petir disiarkan di Harian Metro (18 Mei lalu), beberapa kakitangan jabatan berkaitan ada datang ke sekolah.
揔ehadiran mereka bertujuan memantau dan melakukan pemeriksaan namun hingga kini, tiada sebarang tindakan menggantikan kabel tembaga penebat petir itu dilakukan.
揔etika itu, apabila ditanya pegawai terbabit mengatakan pihaknya hanya akan menggantikan kabel tembaga penebat petir itu selepas polis menjalankan siasatan termasuk laporan syarikat keselamatan yang dilantik bagi menjaga bangunan berkenaan.
揃eberapa hari selepas itu, kami (PIBG) ada menghubungi kakitangan terbabit dan menanya mengenai kabel tembaga penebat petir itu, malangnya dia memberikan alasan sama, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara : Lelaki kurang siuman pecah cermin kereta
Oleh Rahmat Othman
ALOR STAR: Penduduk di rumah pangsa Simpang Kuala, dekat sini, gempar apabila seorang lelaki berusia 30-an dipercayai kurang siuman bertindak ganas memecahkan cermin tiga kereta yang diletak di tempat letak kereta Blok E rumah pangsa itu, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Tiga kereta itu iaitu Toyota DX, Perodua Kancil dan Proton Wira dipercayai dipecahkan dengan batu dan kayu oleh lelaki terbabit yang juga penduduk di rumah pangsa berkenaan.
Rosdi Ahmad, 46, yang tinggal di tingkat dua berkata, dia dikejutkan anaknya kira-kira jam 2.30 pagi selepas seorang jiran menelefon anaknya memberitahu cermin keretanya dipecahkan.
揝aya bergegas turun dan terkejut apabila mendapati cermin depan kereta saya pecah manakala dua lagi kereta milik jiran yang diletak bersebelahan turut dipecahkan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur : Pekerja TNB kena tumbuk
Oleh Rosliza Mohamed
KOTA BHARU: Seorang lelaki menumbuk kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mahu membuat pemotongan bekalan elektrik di sebuah gerai memproses ayam di Kampung Kelewek, Tanah Merah, kelmarin.
Akibat kejadian itu, mangsa berusia 52 tahun bengkak dan lebam di muka serta menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanah Merah (HTM).
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Anuar Muhamad, berkata kejadian berlaku ketika kakitangan terbabit bersama rakan ke gerai berkenaan, kira-kira jam 9.15 pagi.
Menurutnya, kakitangan itu diarah berbuat demikian selepas pemilik kedai terbabit gagal menjelaskan tunggakan bil elektrik.
揚ada masa sama, pekerja di kedai berkenaan memaklumkan kepada pemiliknya berhubung perkara itu.
揃erikutan itu, datang seorang pemuda berusia lingkungan 20-an dipercayai anak tauke ayam berkenaan terus menumbuk kakitangan TNB terbabit dua kali, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur : Temberang jurujual SMS
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
KUANTAN: Seorang lelaki kerugian RM1,800 selepas telefon bimbit murah yang dijual menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) rupa-rupanya temberang apabila 慗urujual SMS |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan : Pencuri masuk jerat sendiri
Oleh Ibrahim Isa
JOHOR BAHRU: Kebodohan seorang lelaki menjual semula barang curi kepada mangsanya sendiri membawa padah apabila dia ditahan polis.
Berikutan penahanan itu polis percaya dapat menyelesaikan ratusan kes dilakukan lelaki terbabit sejak 1967.
Lelaki berusia 55 tahun yang tidak pernah serik walaupun sudah beberapa kali ditahan sejak berusia 16 tahun, menggunakan taktik sama menyamar sebagai jurutenik penghawa dingin untuk melakukan rompakan.
Harian Metro difahamkan lelaki itu berhijrah dari Pulau Pinang ke negeri ini untuk melakukan kegiatannnya selepas gagal `mencari makan |
|
|
|
|
|
|
|
salam
Bagus juga thread ini utk kita mengetahui ttg isu semasa terutama yg berkaitan dgn umat Islam.
Sometimes membaca senyap adalah lebih baik utk menghayati dan memahami kehidupan kita sbg hamba Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Tanda tanya sekolah dipecah masuk pencuri
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Nur Farhana Abdul Manan
[email protected]
SUBANG JAYA: Kehilangan sejumlah wang tunai, komputer riba dan paparan cecair kristal (LCD) di sebuah sekolah menengah di sini kelmarin, menimbulkan tanda tanya berikutan dua pengawal keselamatan ditugaskan berkawal 24 jam di sekolah itu.
Bagaimanapun, persoalan yang timbul ialah bagaimana kejadian pecah masuk itu tidak disedari pengawal keselamatan berkenaan.
Kehilangan peralatan dan wang tunai itu disedari seorang guru yang hendak memulakan tugas kira-kira jam 7.15 pagi apabila mendapati pintu diumpil dan barang berselerak seperti digeledah di bilik pengetua, pejabat serta bilik guru.
Pencuri dikatakan melarikan sejumlah wang tunai, 10 komputer riba dan LCD yang semuanya dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 6 petang Isnin hingga 5 pagi Selasa iaitu selepas tamat waktu persekolahan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pencuri mengumpil pintu bilik pengetua, pejabat dan bilik guru sebelum melarikan barang berkenaan.
Difahamkan, kejadian itu disedari guru kanan hal ehwal akademik sekolah berkenaan yang kemudian memaklumkannya kepada pengetua dan membuat laporan polis.
揚olis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan ia akan dilakukan dari semua sudut.
揝etakat ini belum dapat dipastikan berapa ramai penjenayah terbabit dalam kejadian pecah masuk itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Buru Pok Nik, John Manaf
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
[email protected]
KUALA TERENGGANU: Empat lelaki yang dikenali sebagai Pok Nik, Kudin, Azaman dan John Manaf kini menjadi buruan polis kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menjaja nama Ahli Parlimen Kuala Nerus, sebelum 憁enggelapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: Lanun curi bot nelayan
Oleh Nor Aziah Othman
[email protected]
PORT DICKSON: Nelayan di kawasan ini dilanda kebimbangan berikutan beberapa kejadian kehilangan bot dan jaring dipercayai dilakukan geng lanun sejak tiga tahun lalu.
Kumpulan lanun itu didakwa semakin berani menceroboh kawasan jeti pada awal pagi dan akibat kejadian rompakan itu nelayan dikatakan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.
Antara jeti yang didakwa menjadi sasaran lanun itu adalah di Teluk Kemang, Kampung Sungai Sekawang, Kampung Pengkalan Balak, Kuala Lukut dan Chua.
Malah ada antara nelayan mendakwa lanun terbabit bersenjata dan pernah melepaskan tembakan ke udara bagi menakutkan mangsa.
Difahamkan, sejak 2003 sebanyak 30 bot bernilai kira-kira RM120,000 hilang dipercayai dilarikan lanun terbabit manakala jaring yang keseluruhannya mencecah RM100,000 turut lesap.
Kehilangan jaring selepas diturunkan ke laut juga dipercayai ada kaitan dengan kegiatan lanun.
Ini berikutan ada nelayan mendakwa, mereka menurunkan jaring kira-kira jam 7 malam hilang apabila kembali semula antara tiga hingga empat jam kemudian.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson (PNKPD), Abu Bakar Che Mat, berkata nelayan kini dilanda kebimbangan kerana bukan saja rezeki mereka terjejas malah kegiatan lanun turut membahayakan nyawa mereka.
揝aya menerima maklumat lanun kini sudah berani naik ke jeti kira-kira jam 3 pagi untuk merompak.
揗alah sebuah gerai makanan di jeti turut menjadi mangsa rompakan lanun yang dipercayai didalangi rakyat asing itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: Kilang tinggal markas sindiket curi lori
Oleh Ibrahim Isa
[email protected]
KULAI: Kelicikan sindiket mencuri lori yang menjadikan sebuah kilang tinggal di Sengkang, dekat sini sebagai tempat meleraikan komponen kenderaan itu hanya bertahan tiga bulan apabila kegiatan mereka dikesan polis.
Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan sebuah lori tiga tan yang membawa kepala lori dan enjin kenderaan berat dipercayai dicuri, di Jalan Sengkang, kira-kira jam 3 petang, kelmarin
Ketua Balai Polis Kulai, Inspektor Champin Piuh, berkata hasil maklumat orang ramai, sepasukan 10 anggota polis yang diketuainya memintas lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 50-an.
揂pabila diperiksa lori yang bertutup kanvas itu didapati membawa kepala lori dan enjin kenderaan berat yang dipercayai cuba dijual.
揌asil siasatan lelaki itu mengaku memperoleh barangan yang dibawanya dari sebuah kilang lama yang tidak lagi beroperasi di kawasan Sengkang, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan : Bagai diseret atas jalan
Oleh Zalifah Mohd Yatim
KULAI: 揝ekali sebatan kesakitannya umpama terjatuh dari motosikal sebelum diseret diatas jalan raya dan itu tidak termasuk kehilangan kehidupan di penjara apabila diasingkan daripada masyarakat, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur : Perkosa anak ketika isteri tiada
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
KUANTAN: Seorang bapa dipercayai mengambil kesempatan memperkosa anak kandung ketika isterinya tiada di rumah mereka, di Kuala Sat, Hulu Tembeling, dekat Jerantut sehingga gadis berusia 14 tahun itu melahirkan seorang bayi perempuan, Selasa lalu.
Kejadian terbabit berlaku antara 2005 hingga 2006 sebelum perbuatan itu terbongkar disebabkan mangsa mengalami masalah ketika hendak melahirkan bayi berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (I), Superintendan Nordin Mustapa, berkata bagaimanapun, mangsa kemudian selamat melahirkan bayi perempuan.
揘amun, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Jerantut (HJ) untuk menerima rawatan lanjut sebelum menceritakan kejadian malang itu kepada jururawat HJ.
揚erkara itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum mangsa membuat laporan mengenai kejadian terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Jerantut, |
|
|
|
|
|
|
| |
|