|
Aku percaya Raja yang adil memang ada Daulat. Tapi Raja sekarang aku tak pikir ada daulat lagi, sebab kuasa pun dah tak ada nak dolat ape lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidie27 at 16-2-2007 10:44 AM
Saye mengaitkan daulat ini kepada yg HAQ. Cube kite fikirkan, jikalau seseorang raja/sultan itu dr keturunan Rasulullah, dan die cukup beriman kepada Allah, tidakkah Allah beri keistimewaan kepad ...
Jikalau tuh masih belum dibuktikan. Bagaimana kita boleh kata seseorang Raja tuh keturunan Rasullulah SAW bukan keturunan lanun atau penyangak contohnya? Itu semua hanya mental restriction yang dikenakan ke atas org Melayu agar tidak mempersoalkan kedudukan mereka itu saja, tak lebih tak kurang.
Pada saya tak salah kalau kita mempersoal seseorang Guru, bukan mencaci beliau tapi sekadar bertanya untuk minta penjelasan. Kalau saya secara peribadi saya akan menghormati semua guru-guru dan tak akan memaki mereka walau tak setuju camner pun...tapi tak taulah org lain kan?
Jangan kita terlalu mudah percaya pada daulat diraja nie seolah-olah hidup kita dilingkungi oleh aura-aura diraja dan jika menderhaka padahlah jawabnya. Saya setuju dengan Thamrong dimana kenapa samseng2 inggeris dan Cina tak kena Tulah tapi bila org Melayu sendiri mempersoalkan tindakan raja pada masa itu dikatakan akan terkena Tulah. Kenapa kita seolah-olah vulnerable pada Daulat Di Raja tapi bangsa asing tidak? Adakah ia sejenis sumpahan yang mengikuti semua orang Melayu dan keturunan mereka atau ini sebenarnya satu mindset yang telah ditanam dalam diri setiap orang Melayu oleh pembesar-pembesar pada masa lampau? Kalau kita lihat Bendahara Tun Perak juga menderhaka kerana tak bunuh Hang Tuah tapi beliau tak kena Tulah, malah mendapat sanjungan dan pujian Sultan lagi. Adakah bila sesuatu pelakuan itu mengikut kehendak Sultan walaupun dengan jelas melanggar peraturan dan undang-undang akan dianggap sebagai kesetiaan?
Down with the monarch!
[ Last edited by rurouni_khairul at 16-2-2007 11:11 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu saye kate tak semua raja ada daulat. Tak semua raja adalah dr keturunan rasulullah. Ada raja yg adil, saat taat beragama, ada raja yg zalim. Daulat bg saye adalah drpd Allah, allah akan memberikannya kepada siape yg dia mahu. Mungkin saye terkasar sikit mengenai mencaci guru, bukan itu maksud saye. Maksud saye apabila seorang raja itu sgt taat dan beriman kepada Allah, mustahilkah daulat itu ada padanye? Saya tak membangkang pendapat saudara org melayu ini telah dimindsetkan begitu tp bg saye takde salahnye kalo raja itu seorang yg beriman. kite bukanlah hanya mengikut sume raja membute tuli. Raja yg adil disanjung raja yg kejam disanggah.
saye setuju pendapat saudara bahawa raja skang ramai yg tiada daulat tp saye membincangkan wujud atau tidak daulat itu. Saye setuju pendapat saudara bahawa kadangkala cerita daulat ni diperbesar2kan untuk rakyat takut kepada raja tp saya tak menolak daulat ini ada pada raja yg beriman yg HAQ.
sy harap saudara faham maksud saya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #163 shidie27's post
Yup..camtuh la point saya..saya juga tak nafikan kewujudan Daulat tapi ape yang saye bangkang ialah penggunaan Daulat sebagai senjata bagi mengawal pemikiran rakyat.
Ape-ape pun, saya nie hanya manusia yang lemah...maybe ade silap. Ape-ape pun kita biarkan majoriti pikir dengan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
'Tulah' Sultan Mahmud
'Tulah' Sultan Mahmud
Oleh Ahmad Bahri Mardi
Tindakan berani hulubalang Johor diakhiri sumpahan terhadap keturunan Bentan.
DERETAN makam termasuk Makam Sultam Mahmud (Mangkat Dijulang)
di Kampung Makam tidak dinaiki air
ADAKAH kejadian banjir besar yang berlaku di Kota Tinggi pada Disember dan Januari lalu mempunyai kaitan dengan sumpahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang terhadap Laksamana Bentan?
Persoalan ini timbul apabila makam Sultan Mahmud Shah II di Kampung Makam, tidak dijejaki air seinci pun, sedangkan bandar Kota Tinggi dan pusara Laksamana Bentan di Kampung Kelantan tenggelam dalam kejadian banjir besar itu.
Kini punca banjir besar itu terus menjadi tanda tanya. Ada yang mendakwa ia berpunca daripada hujan luar biasa, pembangunan di hulu Sungai Johor yang tidak terancang dan yang terbaru dikaitkan dengan penambakan Pulau Tekong, Singapura.
Ketika pelbagai pihak menunggu jawapan konkrit punca utama kejadian banjir besar itu, tiba-tiba nama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang terus bermain di bibir di kalangan penduduk Kota Tinggi.
Mereka bertanya sesama sendiri adakah benar Sultan Mahmud Shah II sebelum menghembuskan nafas terakhirnya melafazkan sumpah kepada keturunan Bentan di bumi Kota Tinggi, atau ia hanya cerita mitos orang terdahulu.
Adakah banjir besar yang melanda Kota Tinggi itu sebagai simbol membersihkan bandar berkenaan daripada segala kekotoran dan kezaliman sultan sebaik saja sumpahan itu berakhir sehingga generasi ketujuh Laksamana Bentan?
Selepas beberapa ratus tahun kemangkatan baginda, masih ramai yang tidak putus-putus bercerita kisah individu tertentu yang seolah-olah terkena 憈ulah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #164 rurouni_khairul's post
saya setuju pendapat saudara. Saye tak kate membangkang atau setuju tentang daulat ni. Kite ikut ape yg kite percaya. Bg saye semua itu ade maksudnye dan Allah lebih mengetahui. bg saye kite harus menghormati daulat ini, itu sahaje.
Kite hanya berbincang saudara, yg lain terpulangla kepada rakan2 yg lain pikirkan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #165 yipun78's post
Aku punya kampung kat Kota Tinggi. Memang banyak sangat la citer aku dengar pasal sumpahan Sultan Mahmud nie..aku tak penah nampak depan mata tapi arwah atuk aku penah nampak depan mata..kawan die ASP dari Johor Bahru nak masuk Kota tapi kat atas jambatan tuh muntah darah..keta polis tuh terus patah balik dan seberang ajer ke sg kat belah-belah Kg Tembioh tuh die dah ok balik..siasat punya siasat rupenye die keturunan Bentan. Nie serba skit citer arwah atuk aku dulu...Walahualam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
emm... skang pun masih ade ke sumpahan Sultan Mahmud ni?
Ape2 pun hanya Allah lebih mengetahui.. |
|
|
|
|
|
|
|
veru interesting topics.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidie27 at 16-2-2007 01:26 PM
saya setuju pendapat saudara. Saye tak kate membangkang atau setuju tentang daulat ni. Kite ikut ape yg kite percaya. Bg saye semua itu ade maksudnye dan Allah lebih mengetahui. bg saye kite haru ...
Daulat as in sovereignty memang Hami akui juga. Yang menjadi masaalah apabila dikaitkan dgn perkara2 mistik, tulah dll h............
Bagi sambungan dari post Hami yang lepas, selepas kedatangan kebudayaan Islam ke Indonesia, sungguhpun budaya mereka mula mengambil ideologi dari Quran dan Hadith......akan tetapi dalam segi rupa bentuk fizikalnya masih lagi menunjukkan kesinambungan dengan sifat2 pra-Islam. Yang terutama sekali berkenaan gulungan elit dan Istana. Bentuk Islam yang sedia diterima pakai mempunyai kecenderungan terhadap falsafah sufi. Tak hairanlah ada puak2 atau golongan2 Dervish masih lagi terdapat disana. Kebanyakan Sultan2 menganggap diri mereka "leader of the Muslims" atau "the shadow of God on earth".
"The introduction of Islami elements intocourtly ritual enhanced rather than supplanted customary practice."
(Rujukan: Indonesian Heritage Series - Early Modern History)
Sebab itulah Hami berpendirian bahawa soal daulat yang mengambil maksud mistikal adalah kesinambungan dari zaman Hindu.
(Rujukan: Indonesian Heritage Series - Early Modern History)
[ Last edited by hamizao at 18-2-2007 04:13 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mase zaman dulu, Raja/sultan juga dipanggil Khalifah. Dari Istanalah datangnye penyebaran Islam. Di istana jugalah tempat berkumpulnye para ulama, mengkaji dan berbincang. Bg saye, tidak salah dikatekan sultan itu leader of the muslim.. pade zaman itula.. zaman skang ni tak taula.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #171 shidie27's post
Maaf my friend dear shidie don't be so naive. Istana tu kan tempat larangan bagi rayaat jelata. Apa yag berlaku di rahsiakan oleh raja dan sultan. Kalau ada polimik agama atau gerakan dawah cuma di Masjid dan madrasah saja.
Raja dan kerabat melakukan bebagai-bagai maksiat saperti saperti menyimpan dayang-dayang yang di persembahkan, bermacam-macam judi dan ada klub hisap candu. Kena baca dan selidik betul-betul ( Allahyarham Tengku Abdul Rahman sendiri pernah menulis tentang perkara ini). Ada sultan yang membuka perkarangan istana semasa harijadi beliau untuk berjudi dan berpesta. Lain-lain hari close shop.
Saya bukan hendak mencemar tetapi sebagai warga Malaysia saya mencari dan menerima perkara yang benar saja. Kalau tidak membazir aje kerajaan memberi kita pelajaran tapi tidak berupaya berfikir. The unnexamined life is not worth living- Socrates
Anyway thanks for the comment and welcome to the history forum. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
bujanglapok This user has been deleted
|
Thanks for the new info for me Thamrong. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #172 thamrong's post
Penah dengar pasal fenomena nie..dengar kat Istana Bukit Serene pun ade private club utk putera mahkota...club tuh kat underground level. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidie27 at 16-2-2007 10:44 AM
Saye mengaitkan daulat ini kepada yg HAQ. Cube kite fikirkan, jikalau seseorang raja/sultan itu dr keturunan Rasulullah, dan die cukup beriman kepada Allah, tidakkah Allah beri keistimewaan kepad ...
An interesting comment shidie27.....namun sejarah raja2 Melayu penuh dengan pengkhianatan, pembunuhan saudara(fraticide) dan perbuatan2 keterlaluan sehingga isu HAQ jika dilihat dari pandangan holistik, sudah menjadi kabur....blur...:hmm: .
Misalnya...tak payah pergi jauh2 sangat. Sultan Mahmud, dikisahkan oleh "Sejarah Melayu " dan juga dalam rekod Peringgi sebagai seorang yang lemah, bakhil, banyak berkhayal, sadist...seorang Nero Melayu. "Sejarah Melayu" juga ada memberi beberapa gambaran tentangnya; "sakit" semasa kecil, diasuh oleh pembesar2, nakal & tak bertanggungjawab semasa remaja dan berpoya2 di malam hari dengan isteri2 rakyat jelata, sebagal penuntut mistik Islam mengutarakan masaalah theologi buat Pasai, sebagai penghayal yang romantis ia ingin berkahwin dgn putri bunian dari Gunung Ledang......
Komentar lain menyatakan bahawa ia juga seorang yang sombong dan angkuh....biasa bertelingkah dgn ayahandanya kerana keinginan ayahandanya ke Mekah tetapi Mahmud menganggap Melakalah Mekah yang sebenar: mencurigai abangnya, Sultan Sulaiman, dia telah membunuhnya dgn keris ......juga 17 orang pembesar2 lagi tanpa sebab,semuanya saudara mara sendiri....... juga anaknya sendiri kerana meminta wang belanja. Kerana inginkan Tun Fatimah, ataupun untuk menyelamatkan takhtanya,dia telah membunuh Bendahara Tun Mutahir............"Sejarah Melayu" hanya menceritakan yang anak dia Sultan Ahmad dibunuh di Bintan kerana engkar kepada penasihat2 (REALLY!) kerana , mengikut Ruy de Brito, Sultan Mahmud yang bertabiat menghisap candu, telah tidak dipersetujui oleh Sultan Ahmad untuk berdamai...... dgn Peringgi.
Sungguhpun demikian, orang2 Melayu masih menganggap Sultan Mahmud sebagai "berdarah putih" yang biasanya dikaitkan dgn Siva, kerabat diraja, dan wali dalam tempoh perjalanan sejarah mereka dan dik kerana darah itulah rakyat tunduk dan takut kpdnya. Perhatikan kesinambungan anggapan ini dari zaman Hindu .............Kekadang macam "the devil reincarnated" ada juga!
Ttg Sultan Mahmud Johor Lama yang banyak di war2kan ttg sumpah, tulah ...kerana daulatnya.. kerana keturunan tertentu(??)..benarkan Hami bercerita sikit. Sultan Mahmud dibunuh oleh Megat Sri Rama dengan pertolongan/pakatan anak2 Tun Habib 'Abdul Majid. Salah seorang dari anaknya menjadi raja selepas itu sebagai Sultan 'Abdu'l-Jalil Shah. Dikataka "Habib" adalah gelaran Acheh kepada keturunan Nabi Muhamad AS. Nah siapa pula yang sebenarnya berketurunan Nabi ?? Malangnya Sultan 'Abdu'l-Jalil Shah lebih mendekati para2 ulama dan telah meninggalkan adiknya selaku Raja Muda mentadbir negeri dengan amat kejam.
Tun Habib yang disebut diatas dikatakan berketurunan seorang Sayid dari Hadramaut yg bernama 'Aidarus. Mengapa mereka telah tidak menggunakan nama Sayid...ada kemungkinan hendak memutuskan apa2 hubungan dgn Acheh pada masa itu ataupun keraguan Johor atas tuntutan 'Aidarus selaku Sayid yang sebenar. Nah, bagaimanakah kedudukan lain2 tuntutan keturunan Sayid2 di Johor dan Naning (Rembau) sekarang? Just a thought...:hmm:
[ Last edited by hamizao at 20-2-2007 03:27 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saye mengaitkan daulat ini kepada yg HAQ. Cube kite fikirkan, jikalau seseorang raja/sultan itu dr keturunan Rasulullah,
lol, kebaikan bapa tak dibawa anak, concept bapak baik anak baik, bapak jahat anak tanggung dosa tak terbawa dalam Islam .. |
|
|
|
|
|
|
|
Adduuuuh...
Terus2lah meng agong2kn sultan kesayangan u all...
Di Akhirat kelak mereka takkan dipanggil menggunakn pangkat & darjat mereka semasa amalan mereka dihisab nnti...
|
|
|
|
|
|
|
|
Daulat macam manapun kalau jumpa tuhan duit, terus lemah, kedaulatan terpelanting jauh.
Pesuruh tuhan duit yang membawa khabar gembira ada di Genting Highland.
'Mari,mari, kalau mau cepat kaya! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #175 hamizao's post
I am not offering any answer . It is bloody obvious isn't it? Jelas pemikiran orthodoxy lambat laun akan membelengu kebebasan mental kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #178 satellite88's post
Capitalist freak! hahaha joke aje bang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|