|
Nokia 6120 / 6121 Classic - wolf in a sheep clothing
[Copy link]
|
|
nokia 6120
Klasik yang hebat

| Nokia 6120 Classic
|
IA mempunyai rupa paras klasik dan tidak nampak 'mewah' sepertitelefon bimbit Nokia siri N atau E. Sekali imbas, tidak ada apa yangbenar-benar menangkap pandangan mata.
Tetapi, penulis mengklasifikasikan telefon bimbit Nokia 6120 Classic ini sebagai telefon yang hebat dan tidak mengecewakan.
Berbanding dengan telefon siri N yang menyasarkan kepada penggunamultimedia atau E yang menjurus kepada pengguna bisnes, Nokia 6120Classic adalah telefon biasa untuk semua.
Tidak menggunakan material mewah, mahupun dilabel ikon fesyen, iadireka khusus untuk disukai kebanyakan orang. Anda mungkin tidak jatuhcinta pada rupanya, tetapi anda tidak mungkin mengatakan ia 'hodoh'.
Ia masih lagi telefon bimbit Nokia Symbian, sama seperti Nokia siriE dan N, bahkan dengan berat 89 gram sahaja, ia disifatkan sebagaitelefon Symbian paling ringan dan secara praktikalnya juga telefonSymbian terkecil. Di situ, sudah menyerlahkan kelebihannya.
Rekaannya biasa sahaja dan selesa dalam genggaman. Berwarnakombinasi hitam dan perak, ia sedikit sebanyak kelihatan bergaya. Padkekuncinya yang diperbuat daripada plastik selesa untuk ditekan ketikamendail atau menaip mesej.
Skrin LCD TFT dua incinya berwarna dengan piksel 240 x 320 sehingga16 juta warna. Dengan kad slot microSD luaran memorinya boleh ditambahsehingga dua gigabait. Butang power Nokia 6120 Classic terletak di atastelefon. Ia turut boleh mengirim dan menerima emel beserta denganlampiran (attachment).
Beroperasi dengan sistem Symbian S60, antara kelebihan terbesarNokia 6120 Classic juga ialah ia menyokong HSDPA, atau biasanya dirujuksebagai 3.5G. Ini menjadikannya mampu memuat turun dengan lebih cepatdan mengakses internet dengan lebih pantas. Sebuah lagu MP3 (kira-kira5MB) boleh dimuat turun hanya 45 saat dengan Bluetooth. Bahkan, iadikatakan mampu memuat turun 10 kali lebih cepat daripada 3G.
Telefon bimbit ini juga mempunyai pemain muzik dan perakam video.Penulis sukakan sistem bunyinya yang dilengkapi dengan gemaan. Penggunaboleh memilih pelbagai jenis gemaan seakan dalam bilik kecil, biliksederhana kecil, dalam bilik air mahupun di dalam air. Aneh, tapimemang itu antara pilihannya.
Telefon bimbit ini juga dilengkapi kamera dua megapiksel. Walaupunpikselnya tidak begitu besar, namun ia memadai untuk merakamkandetik-detik penting dalam hidup anda. Ia juga menawarkan mode panoramauntuk membolehkan anda mencipta gambar yang lebih kreatif.
Selain itu, telefon berharga sekitar RM1,000 ini turut mempunyairadio, kalendar, kalkulator, nota, penukar unit, perisian Adobe PDF,Quickoffice dan jam penggera.
Bercakap tentang jam penggera, penulis teringat sesuatu mengenainya.Penulis agak terkejut ketika mendapati jam penggeranya yang telahpenulis setkan masih berbunyi walaupun telefon bimbit telah dimatikan.- ADHAM SHADAN
note : bro....thread ni merge dgn thread awal pasal N6120...peace..  
[ Last edited by medangmru at 3-2-2008 08:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke dh ada topik diskus pasal model ni? |
|
|
|
|
|
|
|
err nak bgth twin baru beli phone ni...rupanya dia org baru keluar kaler pink. AP set utk Singtel. Harga dia tak turun byk sangat. Teruja beli phone ni sbb nengok abg ipar (warna itam). Abg ipar beli last year lagi....so since dia beli dgn twin beli harga cuma turun MR60...tu pun kita org memang dpt harga murah (akak kenal tokey kedainya). So far ok jer pakai enpon ni.
Rasa kaler pink nak keluar sempena valentine kot..lawa gak...nanti twin upload lah gambar dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Nokia 6120
aku search kat forum takde plak topic nih...kalau ade mod leh merge k!!!
OK, bini aku plak teruja tengok N95 aku... so dia pon pujuk (dengan bermacam cara) utk belikan hp baru........ ok la..abg beli!!
hari tu aku g survey kedai hp sambil sambar n95 8GB tuh, aku belek 6120 nih... nampak cam ok.. member aku pakai memang nampak ok la... connection dia pon bagus, ade HSDPA, latest symbian OS dan juga s60 FP1 .. harga pon berpatutan for a smart phone....
cuma bini aku masa tu tak setuju pasal rupe dia x nampak cam phone 'bijak'... nampak cam phone biasa..
dia minat kat SE yg kaler2 terang tu...
aku pon explain la 6120 tu smart phone... dia mula2 x makan n after semalam baru la dia rasa 6120 nih ok...
before aku nak beli, nak tanye gak pendapat korang. Member aku sorang je pakai 6120 ni tu pon dia pakai utk data connection kat umah je... dia pon pakai 1300 cam aku utk call..hehe
lagi satu, aku baca ads 6120 Classic ni lain ngan 6120... yg aku refer ni maybe 6120 classic kot... 6120 ni camne plak rupe dia??
ade confused kat sini...............
sila bincang (cam bos aku plak....) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 DewaGanaZ's post
|
|
|
|
|
|
|
la dah ade dalam sub board... patut server forum ni allow search dalam sub board sekali...duh!!!
thanks adik yen...i lap u too |
|
|
|
|
|
|
|
OK......ada dalam phone spec ....xleh nak merge arrr ( outside from current forum )... 
[ Last edited by medangmru at 5-2-2008 03:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
medang, nko move la thread ni kat sub boad tuh, then merge la..
hehehe
wa dulu pon mod jugak
hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ehh bukan camera dia ade AF ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #168 DewaGanaZ's post
camera tak AF dewa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|