CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alifinara

ORCHIDS III

 Close [Copy link]
Post time 30-4-2008 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by alifinara at 30-4-2008 08:42 AM
Kenapa ye pokok harimau saya ni daunnya jadi kuning pulak ekk...




tak pasti pasal apa, cuma boleh tolong tgk kalau-kalau akar dia basah atau ada serangga serang akar dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 11:09 AM | Show all posts

Reply #155 alifinara's post

hhhmmm.... orkid pun mkn belacan jgk ya...
mcm2 petua sy dengar, ada yg siram ngan air basuh beras, ada yg siram ngan air cuci ikan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:27 AM | Show all posts

Pengetahuan Am

Memang mcm2 cara ada, semuanya dari pengalaman para penggemar orkid itu sendiri. Tetapi tahukah kawan2 semua, apakah bahan yg terkandung dlm belacan, air beras, air ikan dll dari segi sainstifik?

Mungkin masing2 kaya dgn bahan2 kimia seperti Kalsium, Nitrogen, Zink dll lagi.
Elimen2 ini memang penting bagi tumbesaran pokok2 terutama sekali orkid.

saya ambil contoh orkid Phalaenopsis, Kalsium perlu dibekalkan padanya setiap sebulan sekali.

sekian dulu pengetahuan am dari saya.

[ Last edited by  S_Anuar at 30-4-2008 01:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by S_Anuar at 29-4-2008 11:39 AM



Ambil la gambar, senang nak bercerita....
Mungkin ada kutu kat tangkai bunga tu, semut jadi pengawal peribadi kutu tu.
Mcm ner leh jadi mcm ni? Kutu tu hisap air pokok tu lalu mengeluarka ...


Alamak lupa amik gambo..nnt mlm karang saya amik yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 11:40 AM | Show all posts

Reply #161 S_Anuar's post

Ok, nanti balik saya cek mediumnya. Kalau basah, nak kena keringkan dulu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:46 AM | Show all posts

Reply #151 Paradox11's post

para,
samalah.. saya pun berkenan yg tu... xpe, nanti usha-usaha kat abg saiful
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2008 11:48 AM | Show all posts

Reply #155 alifinara's post

alamak, alycia ekkk yg bagi petua air belacan tu dulu...
lupalah.. dah lama pun tak letak air belacan ni..
sejak guna baja seaweed

tapi rasanya mcm nak letak balik lah.. nak bagi kalsium kat orkid-orkid ni.. thanks ye kepada yang sudi mengingatkan balik pasal air belacan ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:49 AM | Show all posts
Huhu geramnyer tgk vanda tuh...mahal gak yer so kalau dalam RM35 tuh murahlah yer..isk..isk last time saya jumpa yg biru purple tuh kat manjung dgn rega RM35...harus ajak suami g manjung beli nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 11:49 AM | Show all posts

Reply #160 haniman's post

it's ok kak hanim...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 12:11 PM | Show all posts
Ahad lepas alycia pergi kenduri kahwin rumah sedara di Batu Arang, Rawang.... on da way balik tu, singgah United Malaysian Orchid.. nursery ni memang besar giler.... kepada peminat Dendro, vanda dan Arachnis, memang sesuai pergi ke nursery ni .... cuma tak dapat nak ambik gambar sebanya camera pada hubby... kalau alycia pergi nursery ambik gambar orkid banyak2... kalau bawak hubby pergi nursery pulak, dia ambik gambar wife dia memilih orkid ...
dah jadi macam model orkid pulak ...







ni orkid yang alycia beli... dekat sini tertarik dengan collection of oncidium..
yang ni macam oncidium 'Dancing Lady'.. cuma color purple...


yang ni pun macam Dancing Lady.. tapi bunga lebih besar...
saiz duit 50 sen....


cattleya merah... tak dapat beli yang besar ni, bajet tak cukup...
cuma beli cutting ajer....


ada dua lagi...
satu macam Miltonia.. satu lagie vanda color purple yang bau wangi tu... tak sempat nak snap gambar.... mungkin ada yang tau ID nya kan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 12:18 PM | Show all posts

Cara Tanam Catasetum Dari Keratan Batang.

Bahan-bahan ;

1. Pokok sasaran (Catasetum)
2. Gunting dahan
3. Pasu 3 inchi
4. Spagnum Moss

Cara-caranya (Bergambar) ;


1. Pokok orkid Catasetum digunting batangnya sehingga ke akar2
sekali.


2. Dengan menggunakan bahan-bahan asas penanaman orkid
seperti Pasu 3 in. Sedikit Spagnum Moss yang dilembapkan.
Tanam keratan batang Catasetum tersebut. (Jika tiada
Spagnum Moss boleh guna Perlite)


3. Siram air mengikut tahap kelembapan Spagnum Moss.
Semburan baja dalam seminggu sekali dan hasilnya dapat
dilihat dalam sebulan dua. keratan batang tersebut akan
mengeluarkan keiki baru. Jika perlu, boleh ditukar ke pasu
yang lebih besar. Dinasihatkan menggunakan pasu yang berlubang
-lubang. (Lihat gambar dibawah Orkid Catasetum callosum)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #170 alycia's post

Alycia, akak pernah pegi nursery ni, akak beli cutting jer sbb nak jimat, tapi rupanya abis RM100 lebey jugak dlm nak berjimat tuu....dendro dia murah,kan....geram nengoknya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 12:39 PM | Show all posts
Ya Allah...bikin ngences betul la korang ni...syok nye klu ada nursey cmtu kt
melaka, hari2 mau pegi....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by S_Anuar at 30-4-2008 11:27 AM
Memang mcm2 cara ada, semuanya dari pengalaman para penggemar orkid itu sendiri. Tetapi tahukah kawan2 semua, apakah bahan yg terkandung dlm belacan, air beras, air ikan dll dari segi sainstifik? ...


Terdapat kira-kira 20 elimen mineral yang diperlukan dan berfaedah bagi tumbesaran pokok2
terutama sekali orkid.

1. Carbon (C), hydrogen (H) dan oxygen (O) dibekalkan oleh air dan udara.
2. 6 macronutrient amat diperlukan oleh pokok dalam jumlah yang banyak seperti
    nittrogen (N), phosphorus (P), potassium (K), calcium (Ca), magnesium (Mg) & sulfur (S)
3. 9 micronutrient elimen yang sangat diperlu seperti boron (B), chlorine (Cl), copper (Cu),
    iron (Fe), manganese (Mn), sodium (Na), zinc (Zn), mplybdenum (Mo), and nickel (Ni).
4. Mineral elimen yang berfaedah termasuk silicon (Si) dan cobalt (Co).

saya ambil contoh orkid Phalaenopsis, Kalsium perlu dibekalkan padanya setiap sebulan sekali.
Saya mengguna caBoron bagi menggantikan Belacan, air beras & air ikan.

** BAGI MEREKA YANG MENGGUNAKAN BAJA PRODUK BGREEN**
Ada terdapat elimen2 berfaedah yang tersedia ada didalam baja tersebut.:victory:

[ Last edited by  S_Anuar at 30-4-2008 12:58 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 12:57 PM | Show all posts

Reply #173 bungazaleha's post

Bila kau free nanti aku bwk jalan ke nursery yg berdekatan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 01:32 PM | Show all posts


Ini pokok orkid saya kasa baru beli kira2 2 tahun dulu.

Sekarang ni dah hampir 2 tahun tak berbunga.  Daunnya tu nampak bertambahlah.  Macamana nak buat supaya dia subur dan terus berbunga.  Dulu saya gantung pokok ni, sekarang saya letak kat bawah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 01:57 PM | Show all posts
NUTRIEN  DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TANAMANJenis dan fungsi nutrien tanaman


Tanaman memerlukan sumber makanan (nutrien)
untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti.
Nutrien tanaman terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu;
  • Makronutrien
  • Mikronutrien
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by mYa at 30-4-2008 10:27 AM


afja
terror jaga baby phal ye..dah berapa lama tu.??


beli ogos...
kat floria... 8 bulan dh....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 02:06 PM | Show all posts
MAKRONUTRIEN

Ia merupakan unsur yang amat diperlukan oleh tanaman di dalam kuantiti yang banyak. Terbahagi kepada 2 unsur iaitu unsur utama dan unsur sekunder. Elemen makronutrien yang tergolong di dalam unsur utama ialah Karbon (C), Hidrogen (H) , Oksigen (O) ,Nitrogen (N) , Fosforus(P) dan Kalium(K).Unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen amat mudah diperolehi oleh tanaman melalui udara dan air. Unsur-unsur nitrogen, fosforus dan kalium adalah biasanya diberikan kepada tanaman melalui PEMBAJAAN. Setiap unsur ini mempunyai peranan tersendiri di dalam memberi sokongan terhadap kitar hidup sesuatu tanaman. NITROGEN (N) Kepentingan
  • Memberikan warna 'hijau' kepada tumbuhan melalui pembentukan klorofil.
  • Membantu dalam pembentukan asid amino(protein) dan enzim-enzim di dalam sel-sel tumbuhan
  • Pertumbuhan tanaman
Kesan kekurangan
Daun akan menjadi kuningDaun di bawah akan gugur. Pertumbuhan pokok menjadi lambat Nitrogen amat mudah larut di dalam air. Oleh itu penyiraman yang melampau akan memudahkan unsur ini hilang dengan cepat daripada capaian akar tumbuhan atau penyerapan melalui daun. Pemberian baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi akan meyebabkan kesan terbakar pada pokok dan pokok tidak akan mengeluarkan hasil  (bunga atau buah).

FOSFORUS (P) Kepentingan
  • Merangsang pertumbuhan akar
  • Merangsang pengeluaran bunga
  • Membantu di dalam  menguatkan sistem pertahanan pokok
Kesan kekurangan
  • Pertumbuhan terbantut
  • Warna daun  menjadi hijau tua
  • Akar pokok terbantut dan menjadi kecil
  • Buah menjadi lambat untuk matang dan masak
KALIUM (K)

Kepentingan
  • Untuk pembungaan dan pembuahan
  • Sistem pertahanan tanaman
  • Membantu di dalam proses kimia dalaman pokok  seperti proses pengeluaran karbohidrat, gula, protein dan enzim enzim yang diperlukan oleh pokok untuk hidup dengan subur.
  • Mengatur kadar penggunaan air oleh pokok
Kesan kekurangan
  • Proses sintesis protein terjejas
  • Daun menguning dan tisu di hujung dan di tepi daun layu dan mati
  • Pertumbuhan terbantut
KALSIUM (Ca)

Kepentingan
  • Amat diperlukan untuk pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar
  • Penting di dalam pembentukan dinding sel tumbuhan
  • Perlu di dalam proses fotosintesis
  • Aktifkan enzim di dalam metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino
  • Berperanan di dalam pembahagian sel dan pertumbuhan tanman dengan membantu di dalam penyerakan gula di antara komponen komponen tanaman.
  • Membantu di dalam proses mematangkan stem
  • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit
  • Mengatur di dalam penutupan dan pembukaan liang stomata
  • Memperbaiki tekstur buah.
Kesan kekurangan
  • Pertumbuhan terbantut
  • Bentuk daun muda tidak sekata dan tidak subur


[ Last edited by  S_Anuar at 30-4-2008 02:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 02:07 PM | Show all posts

Reply #179 S_Anuar's post

MAGNESIUM (Mg)
Kepentingan
  • Penting di dalam pembentukan klorofil
  • Komponen penting di dalam protoplasma tanaman
Kesan kekurangan
  • Klorosis berlaku iaitu  daun-daun menguning
  • Sebahagian daun atau keseluruhan daun mati
SULFUR (S)Kepentingan
  • Membantu di dalam pembahagian sel
  • Mempercepatkan perkembangan buah

  • Komponen penting di dalam protoplasma
Kesan kekurangan
  • Daun muda menguning
  • Pertumbuhan lambat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.094727 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list