CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sueria_azlee

Kasih Ryan - REVISED STORY @ BLOG

 Close [Copy link]
Post time 13-4-2009 10:59 AM | Show all posts
dah berakhir kah kebzeeeian mu? Cepat2 lah sambung wahai SUuuuuuuueeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2009 10:28 AM | Show all posts
bila nak sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:10 PM | Show all posts
CHAPTER 14

Kasih kerling 6280 yang berkelip-kelip sejak tadi.Sengaja diletakkan dalam silent mode supaya deringannya tidak menganggu.

Dan dia sebenarnya juga tidak mahu diganggu oleh sipemanggil.

Berat mata memandang namun berat lagi bahu memikul.Lima tahun hubungan dibina namun tak sampai lima minit ianya berakhir.

Betulkah tindakkan yang aku ambil?Bagaimana kalau Azran benar?Bagaimana kalau Azran benar-benar tiada hubungan dengan Lia?

Macam mana kalau benar hanya Lia yang tergila-gilakan Azran.?

Tapi bagaimana pula kalau benar Azran memang ada hubungan dengan Lia?

“Kay..what ever yang you nampak tu tak benar.I swear to GOD yang I memang tak ada apa-apa hubungan dengan Lia..”ujar Azran bersungguh.

Namun Kasih seolah-olah tak mendengar apa yang dikatakan oleh Azran.Hatinya kosong saat ini.

Sudah tidak ada tempat untuk lelaki bernama Azran lagi.

“Kay,please.Percayalah..”

Kasih cebik.Terlalu sukar nak percaya kata-kata Azran bila mata sendiri melihat kemesraan Lia dan Azran tempoh hari.

“Agaknya lawyer seperti you ni memang pandai bercakap.Cuba untuk meyakinkan orang dengan hujah-hujah you tu sekalipun you tahu semuanya tak benar..”

“Kay,I tahu you marah.Tapi berilah peluang pada I untuk buktikan yang I memang bercakap benar.”

“Look Azran.I see with my own eye.You dengan perempuan tu.Few times.”

“You tahukan,i dengan dia.We work together..”

“Orang lain pun kerja bersama tapi tidaklah setiap kali nampak berdua macam you two.”

“I tak tahu macam mana lagi cara untuk I yakinkan you yang I sememangnya tiada apa-apa hubungan dengan Lia.”

“You tak perlu buat apa-apa untuk yakinkan I lagi,Azran.Sememangnya hati ini dah tertutup untuk you.I don’t think we have future together.”

“Begitu mudah untuk you akhiri cerita cinta kita ni?”

“Ask yourself..”

“I never cheat on you,Kay.”

“Enough Azran.Rasanya tak perlu untuk aku terus menerus percaya kata-kata kau.Sudah cukup rasanya kau perdayakan aku.”

Lamunannya terganggu dengan tangisan nyaring sikecil.Dia bingkas bangun dari sofa dan menuju kebilik along.

“Kuatnya dia nangis..”pipi mongel dicium tak puas..

“Macam mak usu dia juga.Asyik ngangis sejak dua menjak ni..”along mengusik lantas menyuap puting susu kemulut sikecil yang kehausan.

Sebaik mendapat susu,tangisan sikecil segera terhenti.Kasih senyum.Lantas merebahkan diri disebelah sikecil yang begitu asyik menyusu.

“Kay,okay ke.?”

“Kenapa along tanya macam tu.?”

“Along tengok sejak akhir-akhir ni Kay banyak termenung.Kadang tu nangis sorang-sorang.Kenapa.?”

“Mana ada..”Kasih cuba berdalih.

Bila masa pula along nampak aku menangis.Ah sudah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:12 PM | Show all posts
“Dengan along pun nak berahsia.?Hmm bila nak bawa kekasih hati Kay datang rumah.Dah lama sangat kawan kan.Baik kahwin aja.”

Kasih senyum terpaksa.Kalaulah along tahu..

“Kenapa.?”

“Kami tak mungkin akan berkahwin,long.Hubungan Kay dengan dia dah putus..”

“Putus?Kenapa..?”

“Dia ada orang lain.”ujar Kasih perlahan.Wajah along dikerling seketika.

“Mungkin dah ditakdirkan jodoh Kay bukan dengan dia..”

“Lima tahun yang sia-sia..”

“Hmm.Jangan cakap macam tu.Seolah-olah Kay menyesali takdir hidup Kay.Ada orang perlukan bertahun mencari cinta sejati.Tapi ada juga yang hanya jumpa sehari,kemudian jatuh cinta.Kahwin dan bahagia.Ada juga yang tak bercinta,kemudian kahwin dan bahagia..”

“Kay menyesal.?”soal along bila Kasih hanya mendiamkan diri.

Geleng..

“Tak guna kita kesali apa yang telah berlaku kan.Setiap yang berlaku pasti ada sebab.Mana tahu selepas ni Kay akan jumpa lelaki yang lebih baik dari Azran..”Kasih cuba ubati luka sendiri.

“Ya.Lelaki macam Ryan contohnya..”along sengih penuh makna.

“Argh..Ryan lagi.Macam tak ada orang lain..”Kasih mencebik.

Along ketawa melihat reaksi spontan Kasih.Sebut nama Ryan pasti Kay akan mencebik tapi yang hairan boleh pula Kasih keluar makan bersama Ryan.

Tak pula dia mencebik.

“Ryan tu baik orangnya.Kay cubalah..”

“Along ni melampau tahu.Ingat Kay ni desperate sangat ke nak cari boyfriend.”

“Hmm..manalah tahu kalau-kalau Kay dalam proses nak mencari pengganti.Tak payah pergi cari jauh-jauh.Yang depan mata pun dah ada..”along masih tak puas mengusik Kasih.

“Ahh.Tak nak layan alonglah.”


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:16 PM | Show all posts
CHAPTER 15.


“I’m sorry.”

“For what.?”

“Sebab buat kau ponteng kerja hari ni dan drag kau dalam masa'alah aku..”

Kasih kesat airmata lantas alih pandang pada Ryan yang duduk dihadapannya.

Ryan hanya senyum.

“That what friend are for kan.?”

Kasih ketap bibir disertai dengan angguk perlahan.

“That guy,hmm dah lama kau kawan dengan dia.?”

“Hampir lima tahun.Since I was in Aussie.Dia cinta pertama aku.Seorang lelaki yang sangat baik dan manis.Really care about me tapi tak sangka dalam diam-diam dia ada perempuan lain..”ujar Kasih sedikit mengeluh.

“Bukan semua yang baik dan manis itu indah.Dan tak semestinya cinta pertama akan diakhiri dengan perkahwinan..”

Ryan dipandang tidak berkelip.Siap berfalsafah pulak mamat nih.

“Have you been in love,Ryan.?”soal Kasih tiba-tiba.

Pada pandangan matanya,Ryan tak ada yang kurang jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang ada disekelilingnya.

Ryan punya wajah yang tampan,matanya sepet sikit.Kulitnya putih melepak,bersih.

Selain dari aset wajah tampannya,Ryan juga berkerjaya.Dalam usianya,Ryan boleh dianggap berjaya.

Pendek kata Ryan ada segalanya tapi Kasih tak tahu Ryan dah ada girl friend atau tidak.

Ryan hanya senyum membiarkan soalan yang Kasih tanyakan berlalu.

“Atau kau memilih sangat..?”

Senyum Ryan tersungging dihujung bibir.

“Aku pernah jatuh cinta pada seseorang about few years ago..”

“Did she knew..?”

Ryan geleng.

“Where is she now..?”

“Ada..”

“Dia tak tahu yang kau cintakan dia..”soal Kasih penuh minat.

Nak tahu juga,siapa gadis yang berjaya menawan hati Ryan.

Ryan angguk.

“Kenapa kau tak beritau dia..?”

“Aku..aku malu Kay.Siapalah aku jika nak dibandingkan dengan dirinya.Dia cantik.Anak orang kaya.Sedangkan aku.Tak tahu dari mana asal usul aku.Kerana perbezaan itu aku tak sanggup nak berterus terang dengan dia..”

“Sebab dia anak orang kaya,kau tak sanggup nak berterus terang dengan dia.Kau pun bukannya kurang apa-apa.”

“Itu kata kau,Kay.Tapi pada aku,perbezaan kami bagai langit dengan bumi.”

“Kau tak cuba dah nak give up.Give a try first..”

Ryan pandang tepat pada wajah Kasih.Mungkin sudah saatnya dia berterus-terang dengan Kasih.

Biarlah apa pun penerimaan gadis itu kelak,Ryan tidak kisah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:18 PM | Show all posts
Andai Kasih tidak sudi menyambut huluran cintanya,dia tidak kisah berhubung atas dasar sahabat walau hakikat,Ryan mahu lebih dari itu.

“Kay,did you remember,tujuh tahun lepas,when you was 17.?You and your family datang ke majlis konvo aku.Kau cantik sangat masa tu with your pony tail hair.Cute face with cheeky look.Itu kali pertama aku jumpa kau.Terus aku jatuh cinta.Tapi kau memang sombong masa tu.Pandang muka aku pun tak nak..”

“Lepas tu lama kita tak jumpa.Aku dapat tahu dari papa yang kau sambung belajar di Aussie.Kita tak pernah jumpa lagi selepas itu namun aku tak pernah berhenti menyintai kau.Hinggalah kita berjumpa buat pertama kali di Earth Land dimana aku telah menjadi musuh nombor satu kau..”

Kasih bisu.Tada perasaan.Sememangnya apa yang dikatakan Ryan tidak dapat diterima akal warasnya.

Ryan dipandang tidak percaya.

“Aku serius bila aku kata aku nak kahwin dengan kau.”

“Aku tak boleh kahwin dengan kau Ryan.”

“Kenapa.?”

“Sebab aku tak cintakan kau.”

“Aku faham Kay.Siapalah aku untuk kau cintai jika nak dibandingkan dengan lelaki itukan.Dont worry.Aku faham.Aku dah cukup puas hati,dapat beritahu kau apa yang aku pendam selama ini.”


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2009 09:21 PM | Show all posts
CHAPTER 16

Satu family senyum senang bila dia setuju untuk menjadi isteri Ryan.

Begitu mudah dia buat keputusan walau hati berbelah bagi sebenarnya.

Cintakan dia pada Ryan atau hanya simpati pada lelaki itu.?

Tidak dinafikan Ryan seorang lelaki yang baik namun jauh disudut hati dia masih tak dapat lupakan Azran.

Entah bagaimana,begitu mudah dia buat keputusan menerima Ryan sebagai suami.

Jam didinding telah hampir kepukul sepuluh malam namun Kasih masih leka menyiapkan beberapa gubahan yang ditempah pelanggan.

Sehelai kain songket dilipat dan diletakan dialam bekas anyaman dari mengkuang berwarna merah putih.

Bekas itu kemudiannya diletakkan didalam sebuah bakul yang telah siap digubah kuntuman mawar merah.

Tinggal beberapa helai songket lagi yang perlu diletakkan didalam bekas mengkuang dan hanya perlu diletakkan didalam bakul gubahan.

Pelbagai jenis bunga sudah siap digubah Mira.Dia hanya perlu menyiapkan kain songket itu saja.

Tempahan yang diterima dari sebuah badan bukan kerajaan untuk meraikan satu delagasi pelabur dari Jepun dan dia perlu memastikan kesemua tempahan dihantar ke Legacy Hotel sebelum pukul 9 pagi esok.

Semenjak mereka mengiklankan perkhimatan membungkus hadiah,hamper dan juga tempahan untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan sambutan yang diterima amat mengalakkan.

Hingga tak menang tangan dibuatnya.

Tambahan pula setiap keluaran yang dihasilkan oleh syarikat mereka adalah eksklusif dan tidak akan diulang melainkan atas permintaan pelanggan itu sendiri.

“Pukul berapa kau nak balik ni.Dah pukul 10 tau.”kedengaran suara Mira bertanya.

Dia hanya diam.Membiarkan pertanyaan Mira berlalu begitu sahaja.

“Ryan tak bising ke Kay.Kau asyik balik lewat aja.”

“Kenapa pula dia nak bising.”

“Bukan ke kau isteri dia.Hari-hari kau balik lambat.Tentulah dia bising.”

“Aku bekerja.Bukannya kemana.”

“Kay,dah dua bulan kau jadi isteri dia dan aku rasa sepanjang tempoh tu jugalah kau selalu balik lewat.Kenapa.?”

Dia angkat muka dan berbalas pandang dengan Mira.Seketika kemudian dia menunduk semula.Kembali kepada pekerjaannya.

“Kau ada masaalah dengan Ryan..?”soal Mira.

Setahunya Kasih tiada masaalah dengan Ryan.Malah Kasih sendiri yang setuju untuk berkahwin dengan Ryan tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.

Hubungan Kasih dengan Ryan juga baik sebelum mereka berkahwin tapi selepas mendirikan rumah tangga,dia dapat tahu hubungan mereka mula dingin.

Tak tahu dimana silapnya.

“Kay,aku faham perasaan kau.Tak boleh kau lupakan apa yang berlaku dan belajar untuk menerima Ryan.He’s a good guy.And you deserve to get a good guy just like him.”

Dia diam mendengarkan kata-kata Mira.Sedikit pun tidak teringin untuk membalas.

“Your life have to goes on Kay.Dulu kau dengan Ryan tak macam ni.Tak ada paksaan dalam perkahwinan kau kan.Tapi kenapa tiba-tiba kau jadi macam ni..?”

“Aku masih tak dapat lupakan Azran,Mi.”akhirnya meluncur ayat itu dari mulut Kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:25 PM | Show all posts

“Astagafirullahalazim.Kau tahu tak apa yang kau cakap ni.Kay,kau kena hadapi kenyataan yang hubungan kau dengan Azran dah berakhir.Sekarang Ryan adalah suami kau.Kau juga yang setuju untuk kahwin dengan dia dulu.Kalau kau masih tak dapat lupakan Azran,kenapa kau setuju kahwin dengan Ryan..”suara Mira kesal.

“Kau tak patut buat Ryan macam tu..”Mira mengeleng lantas sekali lagi Mira suruh dia balik.

“Dah dekat pukul 11 ni.Nanti apa kata Ryan..Sure dia ingat aku yang dera kau,kerja sampai lewat malam.”

“Alah sikit saja lagi ni.Tingal lagi lima helai songket aja lagi ni.Lagipun esok pagi-pagi nak hantar kan.”

“Lilykan ada.Dia boleh tolong aku.Kita orang ni bujang.Tak ada sesiapa tunggu dekat rumah.Kau tu lain.Dahlah,pergi balik..”

“Kau ni,macam halau aku aja.”

“Memang aku halau kau pun.Kalau aku tak halau kau macam semalam-semalam,kau tak ingat nak balik rumah.Hei kawan,sesekali baliklah awal.Masak untuk suami kau.Makan malam sama-sama.Asyik beli nasi bungkus aja..”

Kasih diam dengan muka cemberut.Geram sungguh mendengar kata-kata Mira.

Namun dia buat-buat pekak.Tangannya lincah melipat helaian songket yang tinggal dan disusun kemas didalam bekas mengkuang..

Lima belas minit berlalu akhirnya dua puluh helai songket didalam bekas mengkuang,berhiaskan gubahan bunga segar yang indah,siap.

Dia mengerling jam dipergelangan tangan.Setengah jam lagi kepukul dua belas malam.

Argghh..dia mengeliat kecil.

“Esok aku dengan Lily akan bawa bunga-bunga ni ke Legacy.Kau buka kedai.Jangan lupa,Lim datang esok.Kau suruh dia tambahkan bunga lily dengan orkid untuk next shipment.Bakul-bakul rotan pun kalau boleh suruh dia bawa.Mmm..saiz yg sedang tau.”

“Yalah-yalah.Aku tahu.Kau dah cakap tadi.Lagipun kau dah tulis kat notice board tu.”

“Aku ingatkan aja.kau tu pelupa.”

“Aku pelupa.?Yalah..”

Mira senyum melihat wajah keruh Kasih..Dilihat Kasih menarik laci dan mengeluarkan beg kulit PRADA hitamnya.

“Kau nak balik.?”sengaja dia bertanya.

Angguk.

“Penatlah..”

“Memanglah.Jangan salahkan aku ya sebab aku tak suruh kau tunggu sampai lewat malam.”

“Yalah-yalah.Aku balik dulu..”

“Drive carefully Kay.”

Daun pintu ditolak perlahan.Dia sampai dirumah tepat-tepat jam 12.30pagi.

Harap-harap Ryan dah tidur.Kalau tidak pasti dia akan menceceh atau berceramah seperti semalam.

Dia membongkok,menanggalkan sepatu NIKE dikaki dan sebaik dia mengangkat badan,serentak lampu terbuka.

Ryan sudah menantinya dikepala tangga.

“Did you know what time is it now.?”

“12.30..”dia menjawap sepatah.

“I tak suka you balik lambat setiap hari.”

“I kerja..”

“Orang lain pun bekerja juga.Tapi tak adalah macam you.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2009 09:27 PM | Show all posts
“I tak pernah suruh you tunggu I.”

“Kalau macam ni keadaannya selalu,you jangan kerja lagi dekat situ.Either you balik awal start from tomorrow or take back your share in Flower Shoppe..”

“You siapa nak arah-arahkan I..”

“I suami you.Sama ada you suka atau tidak..I berhak keatas diri you..”

Kasih hanya membatu.Tanpa mempedulikan renungan Ryan dia atur langkah dan masuk kedalam bilik..

Pintu bilik dihempas perlahan dan dia melompat naik keatas katil.

Airmata mengalir tanpa diundang.Sangkanya dia akan gembira dan bahagia dengan perkahwinan ini tapi rupanya dia silap.

Sedikit pun dia tidak rasa bahagia malah hatinya sentiasa teringat pada Azran.

Azran sentiasa hadir dalam setiap detik hidupnya.

Ya ALLAH.Apa yang harus aku lakukan.Sangat besarnya dosa aku pada Ryan kerana menyiksa hidupnya.

Sangat besarnya dosa aku sebagai isteri yang tidak pernah menunaikan tanggungjawap terhadap suami.

Kasih mula menyesal dengan keputusan yang diambilnya dahulu.

Terdengar ketukkan perlahan dimuka pintu.Dia cepat-cepat kesat airmata.

“You nak apa..”tanyanya dalam sedu yang bersisa.

“Kay..I minta maaf .”

Diam.

“Kay..”

“I akan maafkan you kalau you izinkan I terus kerja dekat Flower Shoppe.”

Giliran Ryan pula membisu.

“I izinkan.”agak lama membuat keputusan,barulah dia bersuara.

Kasih diam.

“Kay..”

“I maafkan you.”

“Thanks Kay.”

Ryan berlalu perlahan meninggalkan Kasih sendirian.Sengaja dia memilih bilik dibawah kerana lebih mudah untuk memantau pergerakkan Kasih.

Sebuah keluhan dilepaskan.Entah bila agaknya Kasih dapat menerima kenyataan.Sudah dua bulan ikatan suami isteri terjalin,namun dia dapat rasakan begitu sukar untuk merapati isterinya.

Sangkanya bila Kasih sendiri bersetuju menjadi isteri segalanya akan indah dan ceria.

Dia impikan kehidupan berkeluarga yang bahagia.Diserikan dengan kehadiran beberapa orang cahaya mata.

Sangkanya juga Kasih telah benar-benar bersedia menerima dirinya tapi Ryan silap perhitungan.

Kasih berubah sebaik mereka diijab kabulkan.Kasih bukan lah seperti gadis yang dikenalinya sebelum ini.

Bukan seperti Kasih yang riang menikmati Lamp Chop di Highway Corner,Kasih yang adventure sewaktu mereka sama-sama menaiki EOM dan Menara Tamingsari,Kasih yang kecoh dan kepoh.Kasih yang banyak cakap,Kasih yang kuat bertekak.

Ryan sendiri seolah-olah tidak mengenali Kasih yang ada dihadapannya.

Bukan dia tak tahu Kasih sengaja pulang lewat malam,itu satu alasan untuk menjauhkan diri.

Dan apabila hujung minggu,dia hanya memerap didalam bilik.Mereka jarang berkomunikasi dan setiap kali dia membuka mulut,Kasih hanya mendiamkan diri.

Jarang sekali dia membalas setiap pertanyaan yang dilemparkan.

“Ya Allah..kau bukakan lah hatinya untuk ku.Sesungguhnya aku amat cintakan dia..melebihi cintaku pada diriku sendiri.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:29 PM | Show all posts
CHAPTER 17

Freekan gear dan break tangan ditarik.Pintu kereta di buka.Dia melangkah masuk.Senyap aja.

Dia nampak kereta papa dan mama digaraj.Begitu juga dengan Sportage milik angah yang tersadai ditepi garaj.

Terdengar suara bergelak ketawa di taman dan pantas saja dia mengatur langkah kesana.

Terdapat seorang lelaki dalam kumpulan keluarganya.Yang pastinya lelaki itu bukan angah mahupun abang Fazree,kerana susuk tubuh lelaki itu lebih tegap.

Kehadirannya disedari angah,lantas mengamitnya supaya datang menghampiri.

“Tak dengar bunyi kereta Kay pun.”

“Habis dah bergelak ketawa sampai habis volume..mana nak dengar.”dia berjenaka.

Angah tergelak kecil lantas mereka bergandingan mendapatkan papa,mama dan tetamu mereka.

“Assalamualaikum papa..mama.”

“Waalaikumsalam..”

Lelaki yang membelakangkannya turut sama menoleh.

Senyum yang menguntum hilang tiba-tiba sebaik mata mereka bertemu.

Begitu juga dengan lelaki itu.Jelas kelihatan air mukanya berubah sebaik sahaja mereka bertemu pandang.

Kasih menelan liur.Cuba berlagak selamba.

Lelaki yang sudah hampir beberapa bulan tidak ditemui,tiba-tiba muncul dirumah orang tuanya.

“Kay tak beritahu nak datang..”mama memberikan kucupan sayang dipipi.

“Takkan nak datang rumah parents sendiri pun nak kena beritahu dulu.”

“Taklah.Sekurang-kurangnya mama boleh suruh Mak Jah masak makanan favourite Kay.Tidur sini ajalah ya malam ni.Lagipun Ryan tak ada kan..”

Dia diam.Papa direnung,meminta penjelasan akan kehadiran pemuda yang sedari tadi tercegat disebelah papa.

“Oh ya.Papa lupa.Mari papa kenalkan Kay dengan Azran.Peguam baru syarikat kita.”

“Peguam..?Uncle Roslan mana.?”

“Uncle Roslan nak menumpukan perhatian pada keluarganya.Kay tentu maklumkan yang untie Ida sakit.Jadi sebab itu uncle Roslan letak jawatan sebagai peguam syarikat.Dia kenalkan papa dengan Azran ni.”

Pandangan serba salah dihalakan kewajah lelaki itu.Azran kelihatan bersahaja.

Dengan senyum manis terukir dibibir dia menghulurkan salam tanda perkenalan.Teragak-agak Kasih menyambut..

“Saya Azran.NorAzran Syamsul..”

“Kasih Ariana..”sempat dia mengerling kearah angah yang sudah diduduk dipergola mengadap kolam ikan yang sederhana besar.

Angah angkat bahu dan dia cepat-cepat mengalihkan pandangan kearah papa.

“Kasih ni anak bongsu uncle.Jassrina anak yang tua dan Jimmy,anak nombor dua.”Kasih dengar papa bercerita dengan Azran.

Tidak berminat mencampuri urusan mereka dan menambahkan sesak didada,dia mohon diri masuk kedalam dengan alasan mahu mencari Mak Jah.

Meminta resepi ikan bakar sumbat kelapa kegemaran Ryan,alasannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:33 PM | Show all posts
“Kasih tak tinggal dengan kami.Dia tinggal dekat Cheng dengan suaminya.Menantu uncle,juga pemilik bersama Earth Land.”

Azran angguk.Kalau Datu Faizal tidak bercerita,dia sudah boleh mengagak siapa suami Kasih namun dia sedikit terkejut bila mendapat tahu Kasih sudah berumah tangga,sedangkan hubungan mereka putus tidak sampai enam bulan yang sudah.

Cepat benar Kasih lupakan kisah cinta lima tahun mereka.

Kasih tarik langsir,menutup jendela kamar setelah puas mengendap papa dan Azran dibawah.

Tak sedar perbuatannya lama diperhatikan oleh Nadzmi.

“Kay intai siapa..?”

“Intai siapa pula?Kay tengok langsir ni ha..warna dia macam dah lusuh.Takut Bibik letak bleach aja.”

Nadzmi tersenyum.Teringat peristiwa beberapa tahun lepas bila pembantu rumah mereka secara tidak sengaja meletakkan peluntur sewaktu mencuci langsir dan akibatnya langsir kuning diraja kesayangan mama menjadi bertompok-tompok dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

“Takkanlah belek macam tu sekali.Kalau letak bleach,dari jauh dah nampak..”

“Angah ni.Merepek betullah.”

“Angah pulak..”

Dia melabuhkan punggung keatas sofa biru bertentangan.Angah masih tersandar dipintu.

“Dah berapa lama papa kenal dia.?”

“I think around 3 to 4 month..”balas Nadzmi perlahan.

Dia faham soalan itu tentunya di tujukan pada Azran yang sedang rancak bersembang dengan papa dilaman.

“You think..?”soalnya seakan tidak percaya.

Angah angguk.Dia tahu papa berurusan dengan Azran sejak beberapa bulan yang lalu namun dia sengaja tidak mahu memberitahu pada Kasih.Tidak ada gunanya.

Lagipun dia tidak rasa adiknya perlu tahu Earth Land berurusan dengan firma guaman milik Azran kerana Kasih tiada kepentingan di EarthLand..

“Bila Ryan balik.?”

“Esok petang.”balasnya pendek.

“Macam mana Kay dengan dia..”

“Okay aja..”


“Baguslah kalau macam tu.Ingat..Kay sekarang ni isteri orang.Bukan anak dara lagi.Tak elok balik lewat malam dan tinggalkan suami sorang-sorang dekat rumah.”

“Mana ada..”dia membalas.

Geram.Tentu Ryan mengadu dengan along.Tak malu betul.

“Ryan tak pernah cerita apa-apa dengan angah.Mira yang beritahu.”seakan tahu apa
yang bersarang dihatinya,angah membuka rahsia.


“Kay makan malam dekat sini yer..”pelawa Mak Jah sebaik melintas dihadapan kedua beradk itu.

“Boleh,tapi mak Jah kena masak ikan bakar favourite Kay tu.”dia merengek manja.

“Kamu suami isteri suka betul ikan bakar tu.Yalah..nanti mak Jah masak.”

“Masak lebih-lebih Mak Jah.Nanti along dengan abang Fazree nak join sekali.”sampuk angah.

Kasih sengih.Hanya memerhatikan mak Jah berlalu kedapur.

“Kay dengan Ryan ni macam ada chemistry.Perasan tak.?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:35 PM | Show all posts
“Apa angah merepek ni..”

“Kay suka makan ikan bakar sumbat kelapa.Ryan pun suka.Kay suka air
kelapa,dia pun sama.Kay banyak baju warna merah,perasan tak Ryan pun sama.Nombor plat kereta pun sama..”


“Angah ni.Cuba jangan merepek..Bencilah.”bantal kecil yang berada disisi dicampakkan geram kearahNadzmi yang sempat mengelak.

Kasih bangun.

“Nak pegi mana tu..?”

“Masuk bilik la..”

“Malas.Bukan nak tolong mak Jah masak..”

“Lain tahun..”

Papa dan Mukreez masuk sebaik Kasih menghilangkan diri.

“Kay mana..?”

“Dalam bilik..”

“Duduk Azran.Malam ni kamu makan malam dekat sini ajalah..”papa mempelawa.

“Eh..menyusahkan uncle ajalah..”

“Apa pulak nak susah.Bukan kena masak pun.”

“Ha’ah.Dinner dekat sini ajalah.Bukan ada sapa-sapa pun..”pelawa angah pula.

Azran angguk dengan senyum dibibir.Matanya tertancap pada satu gambar keluarga yang diletakkan di atas meja tidak jauh dari situ.

“Itu menantu uncle.Ryan namanya..Rasanya Azran belum pernah berjumpa dengan dia.”

“Betul uncle.Belum pernah sekali berjumpa dengan dia.”Azran bohong sunat.Dia pernah sekali bertemu Ryan di Lot 35 satu waktu dulu.

“Dia baik orangnya.Lemah lembut.Segala urusan syarikat dialah yang uruskan.Nanti uncle akan kenalkan Azran dengan dia sebaik dia pulang dari Singapura.”

Azran angguk lagi.Sebenarnya dia lebih berminat melihat gambar wanita disebelah Ryan.

Senyum yang diukir dibibir wanita itu jelas seperti satu lakonan semata-mata.Dan dia yakin sehingga kesaat ini,hati Kasih masih padanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:40 PM | Show all posts
CHAPTER 18


Deringan telefon menyentakkan Kasih dari khayalan.Diletakkan semula tangkai rose merah yang baru dicapai kedalam bekas dan pantas mencapai NOKIA 6280 yang terletak berhampiran.

Melihat gambar pemanggil yang tertera di skrin membuatkan dia sedikit terkejut.

Sudah lama dia tidak menerima panggilan dari yang empunya nombor ini.

Butang hijau ditekan lantas telefon dibawa ketelinga.

“Assalamualaikum.”

“Waaalaikumsalam.”dia menjawap perlahan.Ada getar dihujung suaranya.

“Kay..”

“Saya..”

“It’s me,Azran..”

“Ya,I know..”

“How are you..?”soal Kasih setelah beberapa saat membisu.

“Great.Err..I call nak ajak u lunch hari ni.Itupun kalau you sudi.”

“Err....”

Kasih kehilangan kata.Spontan wajah Azran bermain dimata.Masakan dia boleh terima pelawaan Azran.

Apa kata Ryan,kalau Ryan dapat tahu kelak.Pasti timbul masaalah.

“Please Kay.I nak sangat jumpa you.”

“Apa yang you mahu sebenarnya..?”

“I nak jumpa you.We have lunch..”

“I cant..”

“Why?You takut husband you marah..?”

Kasih diam.

“I isteri orang.Tak elok berjumpa lelaki lain..”

“You pun ada customer dan supplier lelaki.You pun ada jumpa mereka kan..”

“That is different..”

“Then treat me as your customer.I’ll buy anything.You delivered it to me..”rayu Azran.

Kasih hela nafas.Terbit rasa kasihan pada Azran.

“Sorry Azran.I tak boleh jumpa you.I tak mahu Ryan fikir yang bukan-bukan..”

“Please Kay.Lepas ni kalau you tak mahu jumpa I lagipun tak apa.I tak kisah.Tapi I rayu you kali ni..please..”

“Meet me at Windmill JJ.In half an hour..”akhirnya Kasih beri jawapan.

“Thanks Kay.I see you there.Bye..”ujar Azran.

Suaranya jelas ceria dipendengaran Kasih.

Kasih capai semula mawar merah tadi namun dengan fikiran yang sedikit melayang membuatkan dia tersasar.

Gelas berisi fresh orange kelantai.Pecah.Mira angkat muka sambil mengeleng..

“Kau ni..asyik berangan dari tadi.”

“Siapa yang berangan.Aku tak sengajalah.”

Kasih bela diri.Cepat-cepat mengutip kaca yang bersepah dan buang kedalam tong sampah.

“Pukul berapa appointment kau dengan King Hotel tu..?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:43 PM | Show all posts
”Pukul 2.Tapi aku keluar kejab lagi ya.Ada urusan ..”

“Okay.Tapi kau be careful sikit dengan si Amri tu.Dia tu asyik nak minta diskaun aja.Ingat kita ni kedai diskaun ker..?”

Kasih senyum mendengarkan kata-kata Mira.Amri,pengurus hotel King segera menjelma di fikiran.

Berpewatakkan menarik tapi sedikit kelam kabut dan perkataan diskaun tak pernah lekang dari mulutnya.

“Aku tahulah,nak handle dia macam mana..”

“Bagitahu dia.Kalau nak diskaun lebih-lebih,contract tu kena panjangkan lagi.baru boleh bagi diskaun lebih.”

“Yalah..”

Kasih kerling jam dipergelangan tangan.

Rasanya lebih baik dia keluar sekarang,jika tak mahu sangkut dalam kesesakkan lalu lintas.

@@@@@

Dari jauh sudah nampak kelibat Azran menantinya.

“Sorry lambat..”

“It’s okay.I pun baru sampai.”


Mereka mengambil tempat bersebelahan tingkap yang terbuka.

Seorang pelayan datang dan meninggalkan menu,memberi mereka masa untuk memilih hidangan yang mahu dinikmati.

“Selera you masih sama.?”

Kasih angguk perlahan.Lamp chop dan jus nenas.Pilihan wajibnya setiap kali mengunjungi WindMill,sekalipun berpuluh pilihan tertera dimenu.

Menu diserahkan semula kepada pelayan yang sudah mengambil pesanan.

“How’re you doing now.?”soal Azran sebaik pelayan berlalu.

Kasih yang leka menyeka peluh didahi,diperhatikan penuh kerinduan.

“Mmm..okay.Fine.As you see.”

“You bahagia sekarang.?”

Kasih senyum.Mereka berbalas pandang sebelum dia mengangguk perlahan.

“Alhamdulilah.Dia tentunya seorang lelaki yang baik..”

Kasih masih dengan senyum dihujung bibir.

“Macam mana dengan business you sekarang..?”

“Well.Dengan izin Allah,segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.Dah ramai yang tahu dan kenal kedai kami.Agak busy sikit lately..”

“Baguslah macam tu.Tercapai juga hajat you ya..”

“Macam tulah..”

Hidangan yang dipesan tiba seketika kemudian.Masing-masing senyap dan sunyi.Hanya bunyi garfu dan pisau kedengaran dimeja makan.

Terasa janggal untuk berbual selepas apa yan terjadi.Lidah tidak lembut seperti dulu.Otak juga tidak boleh spontan berfikir apa yang mahu dibualkan.

“Dia jaga you dengan baikkan..?”

“Siapa?Maksud you Ryan..?”

“Siapa lagi..”ujar Azran dalam senyum.

“Ya.”

“That’s good..”

“I sentiasa doakan kebahagiaan you,Kay..”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:46 PM | Show all posts
“Terima kasih.You dengan Lia macam mana..?”

“Macam mana apa..?”

“Err..bila nak kahwin..?”

Tercetus tawa Azran membuatkan Kasih sedikit tertanya.

Salahkan soalan aku tadi.?Lawak ke.?

“Lia bukan perempuan yang sesuai untuk I,Kay.Entahlah.Bukan dia tak baik tapi memang dia bukanlah perempuan yang sesuai untuk I..”

“Memang dia suka pada I tapi hati I bukan pada dia.Macam-macam cara Lia buat tapi tak tahulah.Hati ini bukan untuk dia..”

Kasih bisu.Memikirkan kata-kata yang paling sesuai untuk dituturkan namun hampa.

Otaknya masih kosong dan tiada sepatah perkataan pun meluncur keluar.

“Tapi I tak nafikan,Lia memang hebat..”

“Maksud you..?”

“Dia memang hebat sebab berjaya pisahkan kita.Berjaya buat you percaya yang I ada affair dengan dia.Berjaya buat you tak percaya langsung pada I sedangkan you lebih kenal I siapa.Hebatkan dia..?”

“Azran,perkara yang lepas tak usah ungkit semula..”

“I bukan ungkit cuma mengenangkan nasib I yang tak sebegitu baik..”

“Kenapa you buat keputusan terburu-buru Kay.?”

“I..I tak faham..”

“Married that guy.You and I should sit and talk.Tapi you ran away from me.You tak nak jawap my call,tak nak reply my sms.You keep quite.Senyap.I pun tak tahu yang you dah kahwin dengan that guy if your father tak beritahu sebab I tahu you bohong masa you perkenalkan dia sebagai tunang you dulu...”

“Things had happen Azran.I harus bertanggungjawap untuk apa yang telah I lakukan.There is no way turn..”

“Yes,there is.There is always a way,Kay.You told me before.Takkan you dah lupa..”

Kasih pandang pada Azran.Mata Azran bercahaya.Senyum masih dibibir.

“Back to me Kay..”

“You’re crazy..”

“I tak kisah siapa pun you.I love you Kay.You pun tahukan.Leave that man.Kita pergi jauh dari sini.Start new life dekat tempat dimana tak ada orang yang kenal kita..”

“Tak semudah itu..”Kasih geleng perlahan.

“Jangan mengalah sebelum kita cuba Kay.I sanggup berdepan dengan Ryan.I explain to him.He’ll understand...”

“No..”

Kasih geleng.Tidak setuju dengan permintaan Azran.

Ini bukan perkara main-main.Dia tak sanggup melukakan hati papa dan mama.

Lagipun bukan mereka yang suruh dia kahwin dengan Ryan.Dia yang rela sendiri.

Dia pasti dihujani dengan seribu satu soalan sekiranya dia buat kerja gila ini.

“Azran,I tahu you masih sayang dan cinta pada I malah I sendiri mengaku,deep in my heart I masih sayang pada you tapi jangan suruh I tinggalkan Ryan.I tak sanggup..”

“Why.?You don’t love him..”

“Ya,I admit.I did not love him tapi I sendiri yang rela mengahwini dia.My parents never force me.You got what I mean..”

“No,I did not..”

“Forget about me,Azran.There’s a lot of lady yang lebih perfect,lebih bagus dari I untuk you.Pick one dan lupakan I..”

“Talk is easy Kay.Put yourself in my shoes than you akan tahu bagaimana perasaan I..”

“I’m sorry for that Azran..”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:49 PM | Show all posts
CHAPTER 19

Ryan menolak troli yang sudah hampir penuh,perlahan-lahan.Kasih masih mendahului didepan sambil menilik senarai barang-barang dapur yang mama pesan.

Dah hampir penuh satu troli,takkan tak habis-habis lagi..???

“Apa lagi yang kita tertinggal..?”bisiknya pada Kasih yang masih leka dengan list ditangan.

“Hmm..macam dah tak ada lagi.Kejab nak check lagi.Nanti kalau ada yang miss,bising pula orang tua tu..”

“Okay.Err kita tak nak beli barang dapur untuk rumah kita..?”sengaja Ryan bertanya.

Kasih telan liur lantas padang tepat pada Ryan yang masih dibelakang troli.

Cap baseball tertenggek dikepala.Bermuda khakis dengan t-shirt berkolar warna cerah membuatkan Ryan kelihatan seperti seorang pemuda Cina.

Lagi pula kulitnya yang putih melepak.Dia sendiri tidak secerah Ryan.Kadang dia terfikir,mungkin parents Ryan berketurunan Cina.

“Hello..”

Cepat-cepat Kasih kalih pada list ditangan.

“Apa yang tak ada dekat rumah kita..?”soalnya semula pada Ryan.

Sememangnya selama ini Ryan yang beli barang-barang dapur.

Sepanjang perkahwinan mereka,dia tidak pernah sekalipun masak untuk Ryan.

Sekadar diminta menyediakan satu mug nescafe atau kopi,pernahlah.Baju dia,dia sendiri hantar dobi.Begitu juga dengan Ryan.

Masing-masing buat hal sendiri dirumah.Ryan dengan urusannya dan dia buat hal sendiri.

“Hmm..buy nescafe and coffee for me.Also some sugar and creamer.Barang-barang basah tak payahlah.Bukan ada orang nak masak pun..”secara halus Ryan menyindir namun Kasih buat pekak.

Langkahnya panjang menuju ke bahagian minuman.Ryan hanya ikut dari belakang..

“Yang ini..”sebungkus kopi ditunjukkan pada Ryan.

“You know which one I always drink..”

Kasih cebik.Letak semula bungkusan kopi cap Kapal Api dan capai sebungkus kopi Aik Cheong..

Bukan dia tak tahu kopi apa yang menjadi kegemaran Ryan,sengaja saja.Kalau ikutkan dia,semua kopi sama sahaja.Hitam dan pekat.Pahit.

“Kopi ni lebih wangi aromanya..”ujar Ryan,bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran Kasih.

Alah..sama aja..kopi juga.

“Ops sorry..”

“It’s okay..”

“Kasih..?”

Kasih angguk.Macam kenal perempuan ni.Hmm dekat mana ya,dia pernah tengok muka perempuan dihadapnnya ini.

“I Lialah.Colleague Azran..”

“Ooo..”hanya itu yang mampu Kasih ucapkan melihat Lia yang juga sedang menolak troli.

Hampir dia tidak kenal kerana Lia sudah bertudung dan tubuhnya juga sedikit berisi.

Disisi Lia berdiri seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Ini suami saya,Fadil..”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2009 09:51 PM | Show all posts
Kasih hanya mengangguk lantas turut sama memperkenalkan Ryan pada Lia dan Fadil.

“Kasih,saya minta maaf ..”

“Kenapa tiba-tiba minta maaf..?”soal Kasih tidak faham.

“I tak patut ganggu hubungan you dengan Azran.Dia tak pernah layan I walau berbagai cara I lakukan untuk menang hati dia.Mulanya I sangka dia akan tewas juga tapi I was wrong.He love you so much.I get fed up.Bila Fadil datang meminang,I terus terima.I’m so sorry..”

Kasih pandang Lia dengan pandangan tak percaya.Apa jenis perempuan Lia ni..

Amboi,senang betul minta maaf setelah apa yang kau dah buat..Tak guna..tapi bukan itu yang keluar dari mulutnya.

Kasih hanya senyum dan membalas.

“Perkara dah berlaku,sudahlah.Saya pun dah lama lupakan peristiwa tu."

“Rancak you berbual dengan perempuan tu.Bukan dia yang curi boyfriend you dulu..?”soal Ryan sebaik Lia dan Fadil berlalu.

“Bukan urusan you.Dah habis belum..?Kalau dah habis,jom pergi bayar.”

“Lepas ni kita pergi makan okay.I lapar sangat..”

Kasih kerling Ryan,geram.Dahlah hati bernanah dengan penjelasan Lia tadi.Ryan pulak nak mengada-ngada.

“Bolehkan sayang..?”tanya Ryan lagi.

“Boleh..”jawap Kasih sepatah bila cashier dihadapan turut sama tersengih mendengar panggilan sayang Ryan padanya tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:55 PM | Show all posts
CHAPTER 20


“Kay..”

“Hmm..”

“Pandanglah sini..”

Kasih angkat muka dan pandang pada Mira yang duduk dihadapannya.

“Kenapa ..?”

“Dah berapa lama kau kahwin..?”

“Apa punya soalan kau ni..?”

“Aku tanya dah berapa lama kau kahwin..?”

“Entah.Masuk 8 bulan kot.Kenapa.?”

“Kenapa tak besar-besar perut kau..?”soal Mira dengan sengih nakal.

“Kau ni.Melampau tau soalan kau.”

“Melampau ke.?Muda-muda dapat anak bagus tahu.Kalau kau dah tua,anak-anak dah besar.Silap-silap orang ingat kau dengan anak kau macam kakak dengan adik..”

Kasih bisu.Membiarkan Mira berbicara sendirian.Fikirannya jauh mengingati Azran.

Dia terima ajakkan Azran untuk lunch kali kedua beberapa hari yang lepas.Dan dia ajukan soalan pada Azran tentang Lia.

“Buat apa I beritahu you dia dah kahwin.Lainlah kalau I beritahu,you akan kahwin dengan I..”

Dan dia terdiam mendengar jawapan Azran.

“Bukan I dah beritahu you sebelum ini.Antara I dengan Lia,cuma kawan.Tak ada hubungan istimewa.You yang tak nak percaya..”

“I minta maaf sebab tak percayakan you dan terlalu ikut perasaan I.”

“Masih belum terlewat Kay.I want you to come back to me.Please.”

“I tak boleh Azran.I tak sanggup..”

“Kay..Please.Bukan untuk orang lain.Untuk kebahagiaan kita juga..”

“Wei Kay..Kay..”

“Ha..”

“Ya ALLAH.Kau ni..tk habis-habis berangan.Telefonlah..”

Dalam keadaan terpingga,dia sambut juga gagang telefon yang Mira hulurkan.

“Hello,Kasih sini..”

“Kay,why don’t you pick up your handphone..”lembut suara Ryan dihujung sana bertanya sekalipun hatinya sedikit terbakar.

Penat dia mendail tapi panggilannya tidak berjawap membuatkan dia terpaksa menelefon Flower Shoppe.

“Err..handphone dalam beg.Nak apa..?”

“I will go to Singapore tonight.In 2 days will be back..”

“Okay.”

“You take care.I call you when I reach there..”

“Okay..”

Gagang telefon dia letakkan semula.Ryan nak ke Singapore.Dia akan keseorangan malam ini.

Apa nak takut,selama ini pun dia tinggal seorang sebelum pulang semula kerumah orang tuanya.

Mati pun nanti seorang juga.

Kasih sudahkan hiasan bunga segar yang dipesan seorang pelanggan sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 09:56 PM | Show all posts
Jambangan lili digubah untuk pelanggan yang mahu menziarahi seorang kenalan yang baru kehilangan anggota keluarga.

Sementara diluar,Mira dan Lily sibuk memeriksa bunga-bunga segar yang baru tiba dari Cameron Highland.

Jelas kedengaran riuh mulut Mira memarahi pembekal bunga kerana lewat tiba.

Pembekal sepatutnya tiba pagi tadi tapi disebabkan urusan yang tidak dapat dielakkan,hanya baru sebentar tadi mereka tiba.

Ahh..Mira yang sentiasa punctual.

Telinganya menangkap bunyi handphone tanda ada sms diterima.Kasih selongkar beg dan keluarkan 6280.Ada beberapa miss called dan satu sms.

Miss called semuanya dari Ryan dan sms diterima datangnya dari..Azran.

hye sayang.i miss u..hope can see u..can we have dinner 2nite?

Azran..Azran.Why are you doing this to me.?

Sekali lagi handphone berbunyi.Sms dari Azran,again.

please..

Kasih menekan kekunci.

okay..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2009 10:02 PM | Show all posts
minta maaf pada semua yg tunggu entry citer nih..now a bit bz..nak bertenet kat opis pun tak ada masa dah..hanya sempat baca email jer..then nak online kat rumah..mobile broadband celcom sue tu..mcm hampas..kejab2 dc..dc..dc..rasa nak campak aja dlm dust bin..:@ :@ :@

now since sue dah subscribe streamyx..leh la posting after opis hr..

hope u all enjoy n suker citer nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054895 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list