|
Kenapa susah sangat bini nak layan seks bila suami mintak?
[Copy link]
|
|
cuba check isteri buat apa dari pagi? bekerja atau tak? tanya dia apa dia sedang fikir. ada x benda yg belum settle. biasa klu ister bekerja dia byk fikir pasal hal kerja yg memeningkan. mmg xde nafsu mcmni. bg dia urutan supaya dia boleh rilex. otak boleh kosong.
klu surirumah penat badan wlu kerja dlm rumah je, pening dgn anak anak. geram dgn anak. isteri yg xcukup bercakap dgn suami mmg xde hati nk layan nafsu suami. nafsu isteri nk meluahkan apa dalam hati ni, rasa letih rasa tak puas hati, nk dipujuk dgn kata kata positif baru dia boleh fokus pada hal atas katil.
sy berckp atas dasar pengalaman sndiri dan kawan kawan. geng geng sy rata rata mengaku klu xcukup bercakap, rasa xlepas nk layan suami. sbb byk terbuku dlm hati.
Isteri yg penat gila pun macamana la nk layan laki, laki beza dgn perempuan. patut dah lama kawen kena tau. laki paling bernafsu bila penat. perempuan bila penat paling xde nafsu. buat pg pg, masa tu badan perempaun fresh lagi batu di charge. ni dah guna bateri sampai kong malam malam suami minta dilayan pulak. allah. penatnya.
klu kami, suami paham sgt, sy minta urut kaki yg lenguh sgt sgt ni, kemudian tidur sejam dua. baby bangun pun suami tolong pujuk. kemudian suami kejut utk ml. rasa fresh masa tu xmampu nk tolong malam isteri pun teruja. begitulah.
lg satu isteri bernafsu bila rasa dia cantik seksi kurus. galakan dia cantikkan diri. bila dia sayang body sndiri.
mudah dia nk menyerah diri pada suami. klu gemuk gedempol, tgk badan sndiri pun xlalu, mcmne nk konfiden depan suami. suami main peranan bab ni. perempuan ni dia suka makan bila dia stress. ajar
dia cari hobi lain bila stress. dah la tu je kot
klu tanya lg baru iolss jawab. |
|
|
|
|
|
|
|
"Dia kasar!"kata seorang lelaki menceritakan tentang isterinya.
"Dah lama saya dok tahan. Bukan setakat kasar je, hatinya pun keras. Susah nak dinasihat."
.
Saya tarik nafas dalam-dalam.
Selalu dengar keluhan begini.
.
Sebelum saya teruskan, perlu saya maklumkan bahawa tujuan saya menulis ni bukanlah untuk back up, apalagi nak menghalalkan perbuatan kasar seorang isteri kepada suami.
Saya akui, isteri seharusnya menjadi wanita yang paling lembut dan lunak buat suaminya.
Tulisan saya ini adalah dengan niat untuk memberi kefahaman.
.
Dalam kursus saya, saya ada bergurau, "Tuan-tuan ingat tak kenapa tuan-tuan pilih dia sebagai isteri dulu? Sebab masa tu dia ibarat seekor anak kucing yang sangat manja dan comel. Ntah bila dia bertukar menjadi singa peliharaan dalam rumah kita!"
Berderai tawa para peserta.
Sebenarnya dalam gurauan itu ada mesej yang nak saya sampaikan.
Itulah kelemahan seorang wanita.
Bila dia sayang, dia terlalu mengharap kepada yang dia sayang.
Dia sangka bahawa dia akan dibelai, dimanja sepanjang hidupnya.
Rajuknya dan marahnya akan dipujuk.
Seperti yang selalu terpapar dalam Slot Akasia, Drama Sangat dan novel-novel cinta.
Malangnya, suami dia tak tengok drama dan tak baca pun novel tu.
Jadi silibus tak sama.
Pernah jadi, seorang isteri menghubungi saya menangis meraung beritahu saya suaminya dah tak sayang kan dia.
Saya tanya apa yang jadi.
Dia jawab dia lari daripada rumah dengan harapan suami dia akan datang cari dia.
Saya tanya, puan bagitau tak puan ada di mana supaya dia boleh datang?
Dia jawab, sepatutnya dia boleh je datang cari sebab dia ada kat Cherating tempat diorang honeymoon dulu.
Saya jadi kelu.
Saya tanya dia puan rasa dia tahu tak puan dah lari?
Dia cakap dia ada tinggalkan nota kepada suaminya.
Saya tanya puan tulis apa?
Dia jawab dia tulis 'Jangan cari saya lagi.'
Saya cakap, puan kena bagitau dia puan ada di situ dan minta dia datang dan bincang dengan cara baik, cara dewasa.
Dia jawab, kalau dia sayang saya dia akan datang sendiri. Ada orang lain lari sampai Australia pun suami dia boleh cari.
Ermmm...teringat cerita Jangan Benci Cintaku.
Kena fahami bahawa suami-suami dalam drama tu dapat silibus dalam skrip. Hakikatnya, hero-hero dalam drama tu kalau isteri diorang lari pun diorang tak cari!
Jadi, marilah kita berhenti berdrama wahai isteri sekalian.
.
Wahai suami,
Sebenarnya, betul apa yang dikata.
Mereka kasar sebab hati mereka dah keras.
Mereka dah mengeraskan hati lagi dan lagi dengan macam-macam hal yang perlu mereka lalui.
Dia balik daripada kerja, dia memasak. Letih masak ni.
Lepas masak, kemaskan dapur.
Habis kemas tengok suaminya sibuk dengan handphone atau tidur.
Anak-anak belum mandi.
Terus dijerit kepada anak-anak.
Sebenarnya dia nak luahkan rasa kecewa dia.
Kadang-kadang makan di kedai.
Suami boleh makan dengan relaks sambil cek phone.
Sedangkan dia suapkan anak-anak makan, sambil pegang baby.
Dah habis suapkan anak-anak makan, baru dia nak makan.
Terkocoh-kocoh dia makan sebab tak mahu suami dan ank-anak tertunggu-tunggu dia.
Kadang tu makan pun tak sempat kunyah, telan terus.
Apalagi bila anak jatuh sakit. Malam dia berjaga menjaga anak.
Bagi peluang suami tidur.
Esoknya dia juga yang kena siapkan anak yang lain ke sekolah.
Hantar anak ke sekolah macam biasa. Baru dia ke tempat kerja.
Suami terus ke tempat kerja.
Walaupun dia bekerja, urusan rumahtangga dia perlu siapkan seperti suri lain.
Lagi pedih bila ada suami yang suka komplen bila lantai tak bersapu, cermin berhabuk, atas meja tiada hidangan, bilik air tak dicuci.
Masa masih berdua, boleh jadi masih manis.
Banyak masa boleh diluang bersama.
Bila dah ada anak, tugas dan peranan makin bertambah.
Masa bersama makin kurang.
Nak bermanja dah makin jarang.
Tenaga makin banyak diguna.
Lama-lama dia rasa letih.
Ada isteri yang suarakan dia letih.
Ada suami yang empati dan membantu, alhamdulillah.
Ada juga suami yang toksik.
Dah tidak membantu ditokok dengan dalil "Sebab tu syurga di bawah tapak kaki ibu." Wah!
Isteri sebal.
Dia marah. Dia kecewa. Dia sedih. Dia letih.
Dia tak suka pun nak tinggalkan anak kecilnya kepada pengasuh,
Tapi dia terpaksa untuk bantu suami mencari nafkah buat keluarga.
Dia keraskan hati.
Dia letih balik kerja.
Tapi dia sayangkan anaknya yang dah seharian ditinggal dengan pengasuh.
Dia keraskan hati.
Dia penat bekerja.
Tapi setiap bulan, gaji yang dia dapat diguna untuk membantu belanja keluarganya yang sepatutnya menjadi tugas suaminya.
Dia keraskan hati.
Dia kasihan dengan anak yang sakit.
Tapi sebab cuti makin sikit. Terpaksa hantar juga kepada pengasuh walau berat hati.
Dia keraskan hati.
Dia solat. Dah lewat. Sebab uruskan macam-macam hal rumahtangga dan anak.
Allahu akbar. Itulah masa dia nak jadi paling tenang. Namun solatnya diganggu oleh anak kecil. Tiada yang tolong tengokkan si kecil saat dia ingin Me-Time dengan Tuhannya.
Dia keraskan hati.
Paling mengecewakan, bila melihat pasangan yang berjanji sehidup semati berehat sedangkan dia yang keletihan bertungkus-lumus mengurus rumah dan anak-anak.
Dia keraskan hati.
Punya banyak hal nak diurus di rumah, tiba-tiba suaminya boleh ambil kunci kereta dan beritahu nak keluar jumpa kawan-kawan.
Tinggalkan dia melakukan semuanya sendirian.
Dia keraskan hati.
Berulangkali, dia keraskan hati.
Tanpa dia sedar, hati dia dah bertukar menjadi keras.
Tanpa dia sedar, keras hati mengubah sikap dia menjadi kasar.
Tak semua wanita pandai mengurus emosinya sendiri.
Bila hati dia tak tenteram, dia zahirkan melalui amarah yang meletus.
Amarahnya tidak disejukkan. Bahkan ditambahkan api dengan kata-kata yang kasar (sudah tentu sekasar kata-kata yang dia sendiri keluarkan sebelumnya).
Bahkan adakala dengan carut, makian dan hinaan.
Maka jadilah dia 'singa' yang ada sekarang.
.
Ada seorang ustaz bercerita tentang isterinya yang kasar kepada seorang ustaz lain yang dah ceraikan isteri lamanya kerana kasar dan bernikah isteri baru yang lemah-lembut.
"Ana ni dok sabaq lagi!"
Ya! Sabar. Itu satu cara.
Tapi takkan selesaikan 'kasar' tu.
Satu lagi yang perlu dilakukan ialah jadilah lelaki budiman yang diinginkan isteri.
Peluk dia.
Belai dia.
Pujuk rajuknya.
Bantu kerjanya di rumah seperti dia meringankan kerja suaminya mencari nafkah.
Peduli tentang perasaannya.
Dengar luahannya sebelum segalanya sarat dan bertukar menjadi taufan.
Hargai pengorbanannya.
Setiap kali kita keluar tanpa anak-anak, rekodkan.
Bagi peluang yang sama untuk dia keluar tanpa anak-anak.
Dia takkan mahu lama, percayalah!
Kalau taknak jadi budiman, terpaksalah guna 'sabar' tu sampai bila-bila.
Teringat satu kata-kata dalam drama Warkah Cinta.
"Selama-lamanya kelembutan takkan tewas dengan kekerasan."
Berlembutlah.
Pandang dia dengan belas kasihan.
.
Pergelutan dalam diam dalam rumahtangga.
Batin keduanya menjerit.
Satu ingin dihormati.
Satu ingin dihargai.
Inilah yang selalu saya jumpa.
Bila ada yang mengadu bergaduh suami isteri,
Saya tak nampak dua pihak yang bertelagah.
Tapi saya nampak dua pihak yang sedang bergelut untuk mencintai dan dicintai.
Dua pihak yang saling menyintai, bukan membenci.
.
Tulisan saya ini dari sudut pandang seorang isteri yang dituduh kasar.
Sekali lagi saya tidak sekali menyokong dan menghalalkan perbuatan berkasar dengan suami dalam apa cara dan sebab sekalipun.
Bahkan, saya pernah melaluinya.
Kini saya hanya ingin menjadi isteri yang lebih baik berbanding diri saya yang dulu.
Isteri kepada dia yang bersusah-payah mengutip setiap cebisan yang pecah untuk dicantum kembali.
Walau saya tahu, bagi sesetengah orang saya tetap kasar yang dulu.
Saya tulis di sini semoga anda memahami.
Bukan menghukumi.
Saya suka melihat anda bahagia.
Saya ingin kalian tetap bersama.
Loving you as always~
Dyna Ahmad Al-Idrisiy???? |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 23-7-2022 12:12 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Terima kasih SayaSayangMama atas tulisan anda iru.. Cukup berinformasi kpd sy mahupun pembaca forum yg lain. Sy juga cuba untuk memahami apa sebenarnya masalah isteri sy terhadap sy hingga susah diajak ML. |
|
|
|
|
|
|
|
Nizam_76 replied at 23-7-2022 12:12 AM
Terima kasih SayaSayangMama atas tulisan anda iru.. Cukup berinformasi kpd sy mahupun pembaca forum ...
Aku dah lama baca cerita kau TT @Nizam_76
Dari thn lepas kan
Ni aku masuk blk benang ni aku teringat kau 
Apa kesudahan korang
Ada perubahan ke idokk bini kau TT? |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 18-8-2022 09:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
libra_gurlz replied at 18-7-2022 11:09 AM
sori tt baru baca kisah ko.. kena bykkan bersabar yek..
kesian kat tt.. tak guna gak beli mcm2 suppl ...
Baguslah libra_gurlz dapat fikir mcm tu... x tahu lama mana aku mampu bersabar... |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 18-8-2022 09:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mawardia replied at 25-7-2022 12:51 PM
Aku dah lama baca cerita kau TT @Nizam_76
Dari thn lepas kan
Ni aku masuk blk benang ni aku tering ...
Lebih kurang sama ja mawardia... bukan senang nk ubah perangai / sikap orang ni kalau kesedaran tu x hadir dlm diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 26-8-2022 05:24 PM
Kalau dah bincang dah usaha tp binik tetap xleh atau xmau layan maka kahwin je lain. Cerai kalau xmampu kahwin 2. Hidup ni sekali je. Xkan sbb org lain kau nak sia2kan hidup dlm kekecewaan dn xgembira? |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 21-8-2022 01:39 PM
Kalau dah bincang dah udaha tp binik tetap xleh atau xmau layan maka kahwin je lain. Cerai kalau xma ...
Life is too short. Syg lah nak bazirkan hayat dgn org yg tak hargai kita. Cenggitu madah ku. |
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 26-8-2022 03:10 PM
Life is too short. Syg lah nak bazirkan hayat dgn org yg tak hargai kita. Cenggitu madah ku.
Kdg bukan dia xhargai tp vibes xmatch pemikiran lain itu ini. Kalau hidup nak susah hati kecewa merana makan hati buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
nizam, awak tak cuba cari skendel di luar ke utk mententeramkan jiwa anda pabila frust dgn wife? |
|
|
|
|
|
|
|
Dea_Nell80 replied at 2-9-2022 02:56 PM
betul la tu.. buat ape nak sakit kan hati sendiri... sekaligus buat dia tambah dosa dia sendiri se ...
Biar sakit sekali sentap lepss tu move on samada sendirian atau kalau ada jodoh kahwin lain tp check bebetul laaaaa |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 5-9-2022 04:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
eiman replied at 30-8-2022 11:21 AM
nizam, awak tak cuba cari skendel di luar ke utk mententeramkan jiwa anda pabila frust dgn wife?
Bila kerap kena reject tu mmg pernah terfikir yg ni... tapi entahlah eiman... mcm xde ja yg nk skandal dgn aku ni... atau aku yg x pandai cari.. atau kedua-duanya.... mmmmm |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 5-9-2022 04:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dea_Nell80 replied at 2-9-2022 03:56 PM
betul la tu.. buat ape nak sakit kan hati sendiri... sekaligus buat dia tambah dosa dia sendiri se ...
Ya la Dea_Nell80... hidup hanya sekali... mmg kena fikir pjg sebelum buat sesuatu keputusan... thanks sudi bg nasihat... |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 5-9-2022 04:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
LadyCarefree replied at 2-9-2022 05:07 PM
Biar sakit sekali sentap lepss tu move on samada sendirian atau kalau ada jodoh kahwin lain tp che ...
Ya LadyCarefree... nk pilih calon pengganti kena pilih betul2 supaya pisang x berbuah 2x.. kalau tidak tambah haru biru ja kan .. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-9-2022 10:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Macam mana nak cari skandal? Any tips.... |
|
|
|
|
|
|
|
maybe u can start posting new thread. cari skandal..
and please people.. no judging here...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nizam_76 replied at 14-9-2022 10:03 PM
Macam mana nak cari skandal? Any tips....
Tt dah nekad ke? Xnak bincang elok2 dulu ke? |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 16-9-2022 07:48 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Entahlah... rasa dh usaha mcm2... tp xder perubahan jgk... dah mula rasa mcm x dihargai dan disayangi la plk... |
|
|
|
|
|
|
|
so kes tt ni xdak solution ke?
hmmm meh nk citer dr perspektif pompuan 40an mcm wife tt ni..
aku rasa aku pun sekapal dgn wife tt..
alasan penat tu memang alasan kukuh yg kami akan bagi bila nk tolak 
bukan main2 tau tp mmg penat kalau pompuan yg bekerja + low sex libido..
salah satu sbb ambik perancang..
mmg down terus kecuali lepas period..
tambah kepala pulak tgh serabut dgn masalah kerja lagi la rasa nk mengamuk je bila laki mintak…
so tt boleh try mcm ni;
1) ambik masa utk slow talk tp bukan atas katil lepas you dh kena reject..cari masa yg sesuai..
tanya dia betul2 apa masalah sebenar, apa yg wife you nak & keadaan yg mcm mana paling sesuai..
tak semestinya dh kawin lama you tau kehendak dia..mgkin ada yg dia rasa x puas ati dgn you..so ambik hati dia dulu
2) weekends kan ada 2 hari..
so 1st day weekends tu bagi dia rehat betol2..
dia pun nk rehat tanpa diganggu, dh keja 5 hari berhempas pulas, nk la 1 hari rehat..
so hari kedua tu try la mintak
3) biasa kan balik rumah sembang2 tanya mcm mana kerja dia hari tu..ambik tau sikit pasal keadaan dia..
pompuan ni dia nk tempat utk meluahkan masalah dia..dah luah tu lega la..
you nk something dr dia, you pun kena bg something jgk..yg penting ambik hati dia dulu..ambil berat pasal keadaan dia
tht’s all what we need..we need to talk 
sorry terpanjang pulak..just sharing apa yg aku lalui |
|
|
|
|
|
|
|
SayaSayangMama replied at 20-7-2022 10:31 AM
cuba check isteri buat apa dari pagi? bekerja atau tak? tanya dia apa dia sedang fikir. ada x benda ...
baru beklog komen2 blkg..
i setuju sgt dgn you sis..
mcm ni la apa yg pompuan rasa..
laki saja2 buat x nk paham atau mmg jenis tak memahami, tau nk puaskan nafsu depa je..
depa x tau ke yg pompuan ni penuh dgn emosi..
dah tua2 ni blajar la ambik ati bini, lebihkan luahan hati ke hati bkn semata ml je atas katil tu..
satu je yg pompuan nk, komunikasi & ambil berat pasal dia..
mesti dia x berkiranya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|