|
Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)
[Copy link]
|
|
Edited by Vellfire at 25-10-2023 02:11 PM
Angkatan emas untuk abang Bryan: Bonnie
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20231025/whatsappimage2023-10-25at135715.jpeg)
Aksi Bonnie semasa acara 72 kilogram (kg) yang dimenanginya pada Sukan Para Asia.
HANGZHOU: Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin mendedikasikan pingat emas acara 72 kilogram (kg) yang dimenanginya pada Sukan Para Asia (APG) 2022 di sini, buat abangnya Bryan Junency Gustin.
Atlet berusia 24 tahun itu berkata kehadiran Bryan, 26, yang turut mewakili negara dalam sukan sama menerusi acara 80kg, menyuntik motivasinya untuk membutirkan pingat emas sulung di temasya itu selain memastikan Negaraku berkumandang.
Badang kerdil dari Serian, Sarawak itu yang membuat penampilan keduanya di temasya APG, cemerlang selepas menyandang gelaran juara bagi acara 72kg dengan melakukan angkatan seberat 230kg yang juga rekod baharu temasya pada aksi di Gimnasium Xiaoshan, di sini.
Rekod itu sebelum ini dipegang atlet powerlifting Iran Roohallah Rostami dengan angkatan seberat 229kg.
"Kehadiran dia mengiringi kejayaan emas ini sangat membantu sebab dia merupakan ahli keluarga. Saya harap emas ini dapat suntik semangat buat dia untuk meraih pingat juga bagi acara dia nanti.
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20231025/whatsappimage2023-10-25at135711.jpeg)
"Apa pun saya cukup gembira dengan kejayaan hari ini kerana turut memperbaharui rekod APG," katanya kepada Bernama.
Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah Hu Peng dengan angkatan seberat 208kg sementara gangsa diraih wakil Uzbekistan Jamilov Bekzod dengan angkatan 204kg.
Kejayaan Bonnie itu merupakan kutipan pingat emas kelima buat negara, selepas renang dan berbasikal trek masing-masing menyumbang satu emas dan olahraga dua emas. - BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 25-10-2023 02:15 PM
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20231025/eng.jpg)
Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Hotspur dan Fulham di Stadium Tottenham Hotspur di London. — Gambar AFP
LONDON: Tottenham Hotspur melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas kapten pasukan, Son Heung-min dan James Maddison memastikan kemenangan 2-0 ke atas Fulham pada Isnin.
Skuad kendalian Ange Postecoglou mengekalkan rekod tanpa kalah untuk sembilan perlawanan liga selepas gol pembukaan Son dan gol pertama Maddison bersama Tottenham sejak perpindahan dari Leicester City pada penutup musim.
Tottenham memintas Manchester City, Arsenal dan Liverpool dan berkelebihan dua mata di singgahsana liga.
Fulham adalah satu-satu pasukan yang menewaskan Tottenham musim ini apabila menyingkirkan kelab jiran mereka di ibu kota London itu menerusi penentuan sepakan penalti dalam pertandingan Piala Liga Inggeris.
Tetapi Spurs menebus kekalahan itu dengan kemenangan liga berturut-turut untuk memperkuatkan lagi peluang tidak terduga untuk mencabar kejuaraan liga.
Memuji Son dan Maddison, Postecoglou berkata: “Mereka adalah pemain berkualiti. Mereka adalah pemimpin dalam kelab.
“Mereka bekerja-keras untuk pasukan dan ia adalah pujian kepada mereka.”
Permulaan cemerlang Spurs dalam musim pertama Postecoglou sebagai pengurus telah membuka impian kejuaraan liga yang pertama Spurs sejak era Bill Nicholson memenangi dua kejuaraan pada 1961.
Ketika ia adalah sasaran yang cukup tinggi yang belum pernah dibayangkan oleh Spurs, yang belum memenangi sebarang kejuaraan besar sejak 2008, Postecoglou sememangnya memberikan impak besar ke atas kelab yang bermasalah apabila dia tiba dari kelab Liga Perdana Scotland, Celtic.
Gabungan keputusan buruk dan aksi hambar di bawah kendalian Antonio Conte musim lepas, dan juga perpindahan kapten pasukan, Harry Kane ke Bayern Munich, menyebabkan ramai memikirkan Spurs akan mengharungi satu lagi musim bermasalah.
Namun Postecoglou berjaya membimbing kelab dengan tenang, memenangi hati mereka yang meraguinya dengan personaliti dan pelan permainan menyerang yang berkesan.
“Ia adalah satu keputusan yang baik menentang lawan yang sukar. Kami mengekalkan kesabaran dan permainan menyerang kami benar-benar kuat,” kata Postecoglou.
“Sejujurnya kedua-dua gol kami datang dari pelan serangan kami. Usaha kami tanpa bola juga hebat. Ia adalah yang terbaik dan apa yang memastikan kami mendapatkan keputusan.”
Kemenangan membolehkan Postecoglou satu rekod mata paling banyak dikutip oleh pengurus baharu dari sembilan perlawanan liga yang pertama, dengan 23 mata mengatasi rekod sebelum ini dicipta Mike Walker dan Guus Hiddink.
Cabaran seterusnya buat Postecoglou ialah untuk memastikan pemainnya bersedia untuk perubahan dengan perlawanan di Crystal Palace pada Jumaat.
Dalam usaha mengekalkan rentak, Tottenham bermula dengan baik dan Son dinafikan gol awal apabila Bernd Leno beraksi tangkas menepis bola dari cubaan jarak dekat.
Menjelang perlawanan ini, tiada pemain yang memberikan lebih banyak umpanan gol berbanding lima oleh Maddison pada musim ini.
Pemain tengah itu hampir menambah koleksi itu dengan satu tendangan percumanya gagal disempurna kemas oleh Micky van de Ven.
Fulham hampir membuka jaringan menerusi Joao Palhinha, di mana tandukannya berjaya diselamatkan Guglielmo Vicario.
Pierre-Emile Hojbjerg menguji Leno dengan satu rembatan kencang sebelum cubaan Richarlison dari hujung kotak penalti sedikit tersasar.
Asakan demi asakan Spurs berhasil apabila Calvin Bassey kehilangan bola, membolehkan Richarlison mengumpan kepada Son di hujung kotak penalti.
Penyerang antarabangsa Korea Selatan itu melepasi dua pemain pertahanan Fulham sebelum merembat ke pintu gol untuk gol ketujuhnya musim ini.
Spurs menambah jaringan sembilan minit selepas rehat apabila Son dan Maddison bergandingan cantik sebelum Son mengumpan kepada Maddison untuk melakukan penyudah kemas. — AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 25-10-2023 02:17 PM
Arteta pertahankan Raya selepas dikecam atas kegagalan jaga gawang dengan kemas
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20231025/raya.jpg)
Gawang Arsenal dibolosi gol bola lambung selepas Raya gagal menanampan percubaan itu pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Arsenal di Stamford Bridge, baru-baru ini. — Gambar AFP
SEVILLE: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mempertahankan penjaga golnya, David Raya menjelang perlawanan lewat Liga Juara-Juara menentang Sevilla.
Jurulatih dari Sepanyol itu memilih Raya dalam kesebelasan utama sejak beberapa minggu dan meletakkan Aaron Ramsdale di bangku simpanan, sesuatu yang menghairankan kepada beberapa penyokong kelab.
Raya gagal menjangka umpanan lambung Mykhailo Mudryk untuk gol kedua Chelsea sebelum mereka bangkit mengikat kedudukan 2-2.
Raya juga melakukan satu lagi kesilapan tetapi Chelsea gagal mengambil sepenuh peluang.
“Kesilapan adalah sebahagian dari lumrah bola sepak, kesilapan berlaku dari pemain pertahanan, penyerang dan penjaga gol,” kata Arteta dalam satu sidang media di Seville.
Arteta berkata dia tidak fikir Raya terkesan dengan perhatian, terutama sekali dengan beberapa penyokong Arsenal bersorak nama Ramsdale semasa perlawanan yang menyaksikan Manchester City memintas Arsenal dengan perbezaan gol untuk berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris.
“Saya tidak melihat dia terkesan, saya tidak melihatnya sama sekali,” kata Arteta, yang sebelum ini mencadangkan dia mungkin menggilirkan tugas dua penjaga golnya itu tetapi hanya menurunkan Raya dalam kesebelasan utama sejak membuat penampilan sulung pada bulan September.
“Ia adalah tekanan bermain untuk kelab besar di mana anda harus menang dan anda harus berada di tahap terbaik dan ada seseorang di sebelah anda yang mencabar anda setiap hari.
“Ia adalah perdebatan dan keindahan sukan bola sepak dan hakikat di mana anda mempunyai pilihan lain akan menjadikan semua ini lebih kerap diperkatakan.”
Arteta mengesahkan Ramsdale dapat diturunkan dan berada dalam skuad menentang Sevilla selepas tidak disenaraikan dalam perlawanan menentang Chelsea kerana bersama isterinya yang melahirkan anak.
Selepas kekalahan 1-2 di Lens, Arsenal cuba untuk mengembalikan saingan dalam Kumpulan B.
Sevilla sudah membuktikan kemampuan mereka dalam bola Sepak Eropah, menewaskan Manchester United dan Juventus di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan ketika memenangi kejuaraan Liga Europa untuk rekod kali ketujuh musim lepas. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/2023/10/25/arteta-pertahankan-raya-selepas-dikecam-atas-kegagalan-jaga-gawang-dengan-kemas
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Vietnam catat kematian pertama akibat cacar monyet
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/KEY_1698226647.jpg)
Hanoi: Vietnam merekodkan kematian pertama akibat cacar monyet, yang merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun dari Wilayah Long An di selatan Vietnam, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Vietnam pada Rabu.
Dia dijangkiti kedua-dua cacar monyet dan HIV/AIDS peringkat akhir.
Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Penyakit Tropika Ho Chi Minh pada 2 Oktober kerana demam dan lepuh.
Dia dijangkiti Candida dan mengalami radang paru-paru, yang kemudiannya berkembang menjadi kejutan septik dan kegagalan pelbagai organ.
Dia meninggal dunia selepas 18 hari rawatan dengan ventilator, penapisan darah dan antibiotik.
Ho Chi Minh telah merekodkan 20 kes cacar monyet sejak awal tahun ini. Antaranya, 18 pesakit, termasuk 17 lelaki dan seorang wanita, didapati positif HIV.
Semua kes sedang dikuarantin dan dirawat di Hospital Penyakit Tropika di bandar ini.
https://www.hmetro.com.my/global ... akibat-cacar-monyet
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Umur bulan 40 juta tahun lebih tua?
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/25102023-41-1-Bulan-usia-tua-pixs-1024x614.jpeg)
ANGKASAWAN Harrison H Schmitt berada di bulan semasa misi Apollo 17 pada tahun 1972. - REUTERS
LONDON: Sepasukan penyelidik mendedahkan bulan adalah 40 juta tahun lebih tua berbanding disangkakan sebelum ini.
Lapor The Guardian, saintis membuat penemuan itu dengan mengkaji kristal dalam debu bulan yang dibawa kembali pada tahun 1972 sebagai sebahagian misi Apollo 17.
Kali terakhir manusia menjejakkan kaki di Bulan adalah menenerusi misi Apollo 17.
“Sungguh mengagumkan dapat membuktikan bahawa sampel batu kami miliki adalah bahagian bulan paling tua yang pernah ditemukan setakat ini.
“Ia adalah maklumat penting untuk banyak persoalan mengenai bumi.
“Apabila dapat tahu usia sesuatu bahan, anda boleh memahami lebih lanjut apa sudah berlaku padanya dalam sejarahnya,” kata pengarang utama kajian, Dr. Jennika Greer dari Universiti Glasgow.
Sebelum ini, beberapa kajian dilakukan pada sampel bahan lunar bersama dengan pemodelan mendapati bulan berusia kira-kira 4.42 bilion tahun.
Namun, kajian terbaharu terhadap kristal menunjukkan sistem bumi itu mungkin lebih tua.
Kini, para penyelidik menyatakan teknik analisis baru mengesahkan kristal itu sudah lama terbentuk.
Pendekatan dikenali sebagai tomografi penyelidikan atom, melibatkan penggunaan laser untuk menyejat atom daripada kristal yang sudah diasah halus membentuk `hujung nano’.
Jisim atom itu kemudian boleh dikesan, selain nisbah pelbagai jenis uranium dan atom plumbum yang dikenali sebagai isotop boleh diukur.
Hasilnya, kristal dan satelit bumi kelihatan berusia sekurang-kurangnya 4.46 bilion tahun.
Laporan kajian pasukan penyelidik itu diterbitkan dalam jurnal Geochemical Perspectives Letters.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... ta-tahun-lebih-tua/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harga beras terus mahal, rakyat Indonesia kurangkan makan nasi
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/09/26092023-41-2-beras-jumaat-pix.jpg)
JAKARTA: Indonesia mengalami lonjakan harga beras mencecah rekod tertinggi pada bulan ini, dengan gerai makanan dan orang ramai terpaksa mengurangkan hidangan nasi dan membeli beras yang lebih murah.
Setakat hari ini, harga beras gred sederhana mencecah paras tertinggi 13,910 rupiah (RM4.16) sekilogram, melonjak 20 peratus berbanding Januari.Kenaikan harga makanan akan menjadi isu utama bakal ditangani calon presiden Indonesia dalam kempen menjelang pilihan raya yang dijangka pada 14 Februari depan.
Kenaikan harga beras berpunca daripada cuaca kering akibat fenomena cuaca El Nino yang mengakibatkan sawah padi kering kontang sejak tiga bulan lalu di negara terbabit.
Negara lain juga juga terjejas akibat cuaca kering itu termasuk di India Julai lalu sehingga memaksa pengeksport beras terbesar dunia itu menyekat eksport beras berikutan kenaikan harga makanan, inflasi tinggi dan kebimbangan kekurangan beras akibat gangguan El Nino.
Seorang aktivis di Kesatuan Peladang Indonesia, Angga Hermanda memberitahu akhbar Straits Times bahawa beberapa wilayah dengan sistem pengairan yang lemah termasuk sebahagian wilayah Banten di Jawa terjejas akibat cuaca kering melampau, mengakibatkan penurunan pengeluaran padi.
Katanya, keadaan itu juga mendorong sebilangan petani di Banten dan Jawa Tengah beralih kepada penanaman jagung untuk menampung kekurangan bekalan air.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... rangkan-makan-nasi/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wanita ketagih makan bedak bayi
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/25102023-41-3-Ketagih-makan-bedak-pixs.jpeg)
DREKA Martin mengakui mampu makan sebotol bedak bayi seberat 623 gram setiap hari. - AGENSI
BATON ROUGE: Seorang wanita mengakui dia gemar makan bedak bayi sehingga mampu menghabiskan sebotol jenama Johnson’s Baby Powder setiap hari.
Tabiat makan bedak bayi itu menyebabkan Dreka Martin sudah berbelanja hampir AS$4,000 (RM19,115) pada tahun ini.
apor Daily Mail, Dreka dari New Orleans berkata, ketika kecil dia hanya suka merasa bedak bayi itu selepas mandi.
Namun, lama-kelamaan, dia mendapati dirinya mula teringin untuk makan bedak tersebut kira-kira 10 tahun lalu.
Wanita berusia 27 tahun itu kini mengakui mampu makan sebotol bedak bayi Johnson’s Aloe & Vitamin E seberat 623 gram setiap hari.
Malah, dia mendakwa tidak boleh menghentikan tabiat tersebut sehingga sanggup menolak makanan biasa.
Katanya, dia gemar makan bedak bayi kerana teksturnya yang cair di dalam mulut selepas mengunyah selama 40 saat sebelum menelannya.
Menurut Dreka, dia sebelum ini pernah menahan ketagihan makan bedak bayi semasa hamil anak lelakinya yang kini berusia tiga tahun.
Tambah wanita itu, dia tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan mahupun penghadaman selama pengambilan bedak bayi itu.
Dreka mendakwa menghidap penyakit Pika yang menyebabkannya ketagih memakan bahan bukan makanan seperti cat atau kapur yang tidak memberi nutrisi kepada badannya.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... h-makan-bedak-bayi/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Springboks nekad ‘ganggu’ pesta perpisahan Foster
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Ragbi-1-9.jpg)
PEMAIN Afrika Selatan menjalani latihan di Paris semalam dalam persiapan menghadapi New Zealand pada perlawanan akhir Ragbi Piala Dunia, Ahad ini. – AFP
PARIS: Afrika Selatan bukan sahaja turun dengan misi mempertahankan kejuaraan Ragbi Piala Dunia apabila berdepan New Zealand dalam final Ahad ini, malah mahu merosakkan majlis perpisahan pengurus All Blacks, Ian Foster.
Penolong jurulatih Springboks, Daan Human berkata, membawa pulang Piala Webb Ellis adalah satu-satunya perkara yang bermain di fikiran pasukan itu, dan sudah meningkat sejak kekalahan terakhir 20-35 kepada All Blacks pada 15 Julai lalu.
Malah pada pertembungan terakhir 25 Ogos lalu, Afrika Selatan tampil dengan sisi berbeza dan membalas dendam dengan membelasah New Zealand 35-7 di Twickenham.
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Ragbi-3-1-600x400.jpg)
“Permulaan baik memang bagus tetapi paling penting adalah bagaimana kami menamatkan permainan.
“Perlawanan ragbi dimenangi dalam 80 minit, dan kami tahu All Blacks selalunya bermula pantas dan akan mencari mata sebanyak mungkin dari awal.
“Dalam perlawanan pertama kami menentang mereka tahun ini, mereka mendahului 17-0 hanya dalam 20 minit pertama tetapi kami berjaya mengubah keadaan pada perlawanan kedua (di London),’’ kata Human.
Perlawanan akhir, Ahad ini akan menjadi aksi terakhir Foster sebagai jurulatih All Blacks sejak mengalas tugas itu pada 2020. Ragbi New Zealand sudah pun melantik Scott Robertson untuk mengambil alih pasukan depan.
Springboks akan memastikan tiada ‘pesta’ buat New Zealand dan Foster, sekali gus merencatkan hasrat mereka untuk melakar sejarah memenangi Piala Dunia buat kali keempat.
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Ragbi-2-6-600x400.jpg)
Sementara itu, jurulatih pertahanan All Blacks, Scott McLeod menegaskan, 20 minit pertama bukan tempoh untuk ‘berlembut’ dan mereka akan bermula agresif sebaik sahaja pengadil dari England, Wayne Barnes meniupkan wisel.
“Bukan rahsia kedua-dua pihak akan memberi tumpuan pada 20 minit pertama, saya boleh bayangkan,” katanya.
Foster dijangka membuat perubahan minimum terhadap All Blacks. Dia mungkin menukar pemain lock, di mana Brodie Retallick kembali diturunkan dan meletakkan Sam Whitelock di bangku simpanan. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -perpisahan-foster/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Polis Israel tutup Masjid Al-Aqsa
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/26102023-40-1-Israel-tutup-masjid-pixs-1-1.jpg)
GAMBAR pemandangan pekarangan Masjid Al-Aqsa. - AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
26 Oktober 2023, 8:30 am
BAITULMUQADDIS: Polis Israel bertindak menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasuki tapak suci itu.
Lapor agensi berita Palestin WAFA, Jabatan Wakaf Islam memaklumkan polis menutup semua pintu masuk yang menuju ke pekarangan masjid.
“Polis menghalang umat Islam daripada memasuki Masjid Al-Aqsa namun membenarkan orang Yahudi melakukan ritual mereka.
“Tindakan itu jelas melanggar status quo masjid tersebut,” jelas laporan itu.
Pihak berkuasa Israel menyekat kemasukan ke Masjid Al-Aqsa sejak awal pagi semalam.
Pada mulanya, polis Israel bertindak memperketat kemasukan dengan hanya membenarkan golongan warga emas masuk ke masjid tersebut.
Dilaporkan, tindakan menutup dan menyekat kemasukan jemaah ke Masjid Al-Aqsa berlaku ketika ketegangan di wilayah itu semakin memuncak akibat konflik antara Israel dengan Hamas.
Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.
Beberapa negara Asia Barat termasuk Mesir, Yaman, Jordan dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sering mengeluarkan kenyataan mengecam keganasan dilakukan oleh kumpulan pelampau Israel di pekarangan al-Aqsa.
Kredit:Utusan Malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AS mahu tubuh pakatan halang pembiayaan Hamas
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/26102023-40-2-AS-pakatan-antarabangsa-pixs-1-1.jpg)
BANGUNAN Jabatan Perbendaharaan AS di Washington. - AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
26 Oktober 2023, 9:30 am
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berhasrat untuk menubuhkan sebuah pakatan antarabangsa bagi menghalang pembiayaan kumpulan Hamas ketika konflik semakin memuncak di Asia Barat.
Kenyataan itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Perbendaharaan, Wally Adeyemo selepas AS melancarkan sekatan terbaharu ke atas anggota Hamas dan fasilitator kewangan kumpulan pejuang itu.
“Matlamat kami adalah mewujudkan pakatan dengan negara di rantau ini dan seluruh dunia untuk menyekat pembiayaan kumpulan pejuang tersebut,” katanya dalam satu majlis di Washington.
Dilaporkan, beribu-ribu orang awam terbunuh di Gaza dan Israel sejak konflik antara Palestin dan rejim zionis itu mula tercetus pada 7 Oktober lalu.
Sementara itu, Adeyemo berkata, beliau merancang untuk bertemu dengan negara sekutu dan rakan kongsi bagi membincangkan mengenai kerjasama boleh dilakukan untuk menyekat rangkaian kewangan Hamas.
Meskipun AS sebelum ini sudah mengenakan beberapa sekatan terhadap Hamas, Adeyemo berkata, kumpulan pejuang itu berusaha mencari jalan untuk mengatasi sekatan termasuk menggunakan mata wang kripto dan fasilitator baharu.
Selain itu, Adeyemo berkata, Setiausaha Perbendaharaan untuk risikan kewangan dan keganasan, Brian Nelson akan turut mengunjungi Qatar dan Arab Saudi pada minggu ini.
Katanya, Nelson pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa negara Teluk yang membincangkan cara untuk meningkatkan langkah memerangi keganasan.
“Kami berharap dapat mengambil tindakan tambahan apabila melibatkan sekatan, selain menggunakan beberapa kaedah lain terhadap Hamas,” katanya. – AFP
Kredit: Utusan Malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bank, syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
Oktober 26, 2023 @ 8:18am
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bank_1698279521.jpg)
MAS dan IMDA semalam menerbitkan kertas rundingan bersama yang mencadangkan Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama (SRF) untuk penipuan pancingan data. - Foto REUTERS
SINGAPURA: Monetary Authority of Singapore (MAS) dan Infocomm Media Development Authority (IMDA) semalam menerbitkan kertas rundingan bersama yang mencadangkan Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama (SRF) untuk penipuan pancingan data.
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data dan perlu membayar kepada mangsa penipuan yang terjejas apabila tanggungjawab ini tidak dipenuhi.
"SRF memberikan tanggungjawab bersama dengan menetapkan tindakan anti-penipuan huluan yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi. Pelanggaran kewajipan akan mengakibatkan pembayaran kepada mangsa penipuan yang terjejas.
"Ini untuk mendorong semua pihak agar sentiasa berwaspada dalam ekosistem bagi menjaga keselamatan dalam e-pembayaran," kata Timbalan Pengarah Urusan (Penyeliaan Kewangan) MAS, Ho Hern Shin, dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif (Kesalinghubungan, Pembangunan & Kawal Selia) IMDA, Aileen Chia berkata badan itu bekerjasama rapat dengan syarikat telekomunikasi untuk melaksanakan pendekatan pelbagai lapisan bagi mengelakkan penipuan dilakukan melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS).
"Langkah-langkah seperti Pendaftaran ID Pengirim SMS mandatori yang diperkenalkan pada Januari 2023 telah mengurangkan dengan ketara bilangan kes penipuan SMS sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga bulan sejak pelancarannya.
"Kemasukan syarikat telekomunikasi dalam SRF sebagai penyedia infrastruktur sokongan berfungsi untuk mengukuhkan ekosistem daripada penipuan," kata Chia.
MAS dan IMDA mempelawa pihak yang berminat untuk mengemukakan pandangan mereka mengenai cadangan itu pada 20 Disember 2023. - BERNAMA
Kredit: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
India teruskan pengeluaran visa kepada warga Kanada selepas menghentikannya
Oktober 26, 2023 @ 9:47am
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/visa_1698284828.jpg)
Perdana Menteri India, Narendra Modi menyambut Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau ketika tiba di pusat konvensyen Bharat untuk Sidang Kemuncak G20 di New Delhi pada 9 September lalu. - Foto REUTERS
OTTAWA: India akan membuka semula perkhidmatan visa untuk warga Kanada sebagai usaha meredakan ketegangan dalam pertikaian berprofil tinggi berhubung pembunuhan seorang pemisah Sikh di Kanada.
Sebelum ini, hubungan antara India dan Kanada tegang selepas Perdana Menteri, Justin Trudeau bulan lalu secara terbuka mengaitkan perisikan India dengan pembunuhan warga Kanada, Hardeep Singh Nijjar pada Jun lalu.
Namun, New Delhi menolak dakwaan itu sebagai tidak masuk akal.
Nijjar, yang menyokong penciptaan negara Sikh berasingan dari India, dikehendaki oleh pihak berkuasa India atas tuduhan keganasan dan konspirasi melakukan pembunuhan.
Susulan itu, Kanada menggesa India untuk bekerjasama dalam siasatan kes kematian Nijjar dan mengusir seorang diplomat India.
Berikutan tindakan itu, New Delhi bertindak balas dengan menutup perkhidmatan visa untuk warga Kanada.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Tinggi India dalam satu kenyataan, berkata selepas meninjau semula keadaan keselamatan dan mengambil kira beberapa langkah diambil Kanada baru-baru ini dalam hal itu, India memutuskan untuk menyambung semula perkhidmatan visa berkenaan.
Pada masa sama, Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar, tetap menegaskan untuk meningkatkan keselamatan bagi misi India di Kanada.
Beliau dipetik oleh Times of India sebagai berkata, keselamatan menjadi keutamaan dan jika melihat kemajuan di sana, beliau ingin menyambung semula perkhidmatan visa terbabit.
Perkara itu disambut baik oleh Menteri Kesiapsiagaan Kecemasan Kanada, Harjit Sajjan yang mengalu-alukan penyambungan semula dan menganggap ia sebagai berita baik untuk warga Kanada.
Katanya, kedua-dua negara mempunyai hubungan yang kuat dengan rakyat dan penting bagi orang ramai untuk dapat berulang-alik memandangkan penduduk Kanada mempunyai 1.4 juta orang berasal dari India.
Susulan penyambungan visa itu, Kanada mengumumkan menarik balik 41 diplomat dari India akibat perbalahan berkenaan. - AGENSI
Kredit: Berita harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Newcastle sukarkan diri sendiri - Howe
Oktober 26, 2023 @ 9:46am
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/newca2610a_1698284714.jpg)
Pemain tengah Borussia Dortmund, Felix Nmecha (dua dari kiri) memerhatikan percubaannya menerjah jaring Newcastle pada aksi Liga Juara-Juara di St James' Park, Newcastle awal pagi tadi. – Foto REUTERS
NEWCASTLE, England: Pengurus Newcastle, Eddie Howe berkata pasukannya menyukarkan diri sendiri dalam usaha layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas kalah 1-0 di laman sendiri kepada Borussia Dortmund awal pagi tadi sekali gus membuka luas saingan dalam Kumpulan F.
Felix Nmecha menjaringkan gol tunggal pada minit ke-45 dan Newcastle kecewa apabila palang gol menafikan mereka dua kali ketika bekerja keras untuk mencari gol penyamaan pada hujung permainan.
Kemenangan pertama kelab gergasi Jerman itu dalam kumpulan yang dianggap paling sukar melonjakkan Dortmund di atas Newcastle menerusi rekod pertembungan sesama sendiri dengan kedua-dua pasukan terikat empat mata.
Paris Saint-Germain (PSG) mendahului kumpulan itu apabila mengumpul enam mata dengan AC Milan yang layak ke separuh akhir musim lalu di tangga tercorot dengan dua mata.
Newcastle meraikan kembalinya mereka ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam 20 tahun dengan bergaya apabila membenam PSG 4-1 tiga minggu lalu.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/newca2610b_1698284719.jpg)
Nasib Eddie Howe dan Newcastle lebih buruk apabila penyerang utama Alexander Isak terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan menentang Borussia Dortmund pada aksi Liga Juara-Juara di St James' Park, Newcastle awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Namun The Magpies disedarkan daripada mimpi selepas satu persembahan mendatar.
"Secara taktikal mereka bagus dan mencetus masalah kepada kami di bahagian tengah. Pada babak kedua kami beraksi lebih bagus dan malangnya bola tidak masuk," kata Howe kepada TNT Sports.
"Palang gol menafikan kami tetapi kami perlu mencermin diri sendiri, menerima kekalahan ini dan perlu berdepan jalan sukar di peringkat kumpulan." – AFP
Kredit: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sasaran 35 pingat semakin hampir
Oktober 26, 2023 @ 9:03am
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/para2610a_1698282219.jpg)
Atlet olahraga negara, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi (kanan) memenangi perlumbaan akhir 400m lelaki T20 pada Sukan Para Asia Hangzou 2022 semalam. – Foto BERNAMA
HANGZHOU: Kontinjen negara pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022 semakin menghampiri sasaran 35 pingat apabila membolot tiga emas, lima perak dan empat gangsa selepas berakhirnya saingan hari ketiga temasya itu semalam.
Pencapaian itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pungutan pingat kontinjen negara kepada tujuh emas, 11 perak dan 11 gangsa, untuk membolehkan mereka kekal menghuni kedudukan kelapan selain memerlukan hanya enam lagi pingat bagi mencapai sasaran.
Pingat emas kelima semalam disumbang atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram selepas melakukan angkatan seberat 230kg yang juga rekod baharu temasya.
Kem olahraga turut tidak mengecewakan selepas menyumbang satu emas dan satu gangsa di Stadium Pusat Sukan Huang Long.
Emas keenam kontinjen disumbang atlet olahraga Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi dalam acara 400 meter lelaki T20 (kecacatan intelektual) sementara gangsa menerusi Ahmad Fizzi Rosni dalam acara 400m lelaki T36 (kecacatan fizikal).
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/para2610b_1698282221.jpg)
Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menyumbang emas kelima buat Malaysia dalam acara 72kg pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022 semalam. – Foto BERNAMA
Kem boccia pula menyumbang satu emas dan dua perak, menerusi Noor Askuzaimey Mat Salim dalam acara individu wanita BC4 serta masing-masing Angeline Melissa Lawas dalam acara individu wanita BC1 dan Lee Chee Hoong dalam acara individu lelaki BC2.
Sukan berbasikal trek tidak ketinggalan menghadirkan satu perak dan satu gangsa masing-masing menerusi Muhammad Adi Raimie Amizazahan dalam acara 3,000m kejar mengejar individu lelaki C3 dan Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dalam acara 3,000m kejar mengejar individu lelaki C1 di Velodrom Chun' An Jieshou.
Di Arena Sukan Akuatik, atlet renang negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli gagal menukar warna pingat perak acara 100m gaya bebas S5 (kecacatan fizikal) pada edisi lalu apabila sekadar meraih gangsa.
Sementara di Hangzhou Wenhui School Lawn Bowl Green, dua perak dan satu gangsa diraih kem boling padang masing-masing menerusi Muhamad Ayub Mohd dalam acara perseorangan lelaki B2 dan Haszelly Elias dalam acara perseorangan lelaki B7 serta Jariah Zakaria menerusi acara perseorangan wanita B7.
Tuan rumah China kekal mendahului carta pungutan pingat dengan 118 emas, 96 perak dan 86 gangsa diikuti Iran (24-30-19) dan Jepun (20-21-28). – BERNAMA
Kredit: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Australia hantar lebih banyak pesawat, tentera ke Asia Barat
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/26102023-40-3-Australia-hantar-pesawat-pixs-1.jpg)
RICHARD MARLES
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
26 Oktober 2023, 10:00 am
SYDNEY: Kerajaan Australia memaklumkan negaranya mengerahkan dua lagi pesawat tentera dan sejumlah anggota pertahanan ke Asia Barat untuk membantu rakyatnya di sana sekiranya konflik berterusan antara Israel dan Hamas semakin memburuk.
Menteri Pertahanan Richard Marles berkata, negaranya sudah menghantar pesawat Boeing C-17 dan pesawat mengisi bahan api yang mempunyai kapasiti untuk membawa penumpang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada tiga.
Beliau tidak mendedahkan jumlah anggota pertahanan yang dikerahkan dan lokasi pesawat itu akan ditempatkan atas sebab keselamatan.
Bagaimanapun, Marles berkata, aset berkenaan tidak akan ditempatkan di Israel.
“Jumlah anggota dikerahkan itu amat besar dan mereka berada di sana untuk menyokong apa yang perlu dilakukan menggunakan pesawat itu.
“Semua ini adalah langkah kecemasan dan tujuannya untuk membantu penduduk Australia yang berada di Asia Barat.
“Situasi ketika ini sangat tidak menentu dan kami tidak tahu apa kesudahannya,” katanya.
Sejak konflik bermula, kerajaan Australia membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Israel menerusi beberapa penerbangan.
Australia juga cuba membawa 79 rakyatnya dari Semenanjung Gaza dan 51 lagi warganya di Tebing Barat.
Sementara itu, Marles menasihati rakyat Australia di Gaza untuk melakukan pergerakan ke arah sempadan Rafah dengan Mesir. – REUTERS
Kredit: Utusan Malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|