|
LESTARY : Vanilla Coklat [SETIAP SELASA, 9 PM, TV3]
[Copy link]
|
|
Izara, Aiman kamceng
SEWAKTU jurufoto Hits sibuk merakam foto Aiman Hakim Ridza Abdoh di satu sudut dalam kedai Candylicious, datang seorang kanak-kanak perempuan ke arah Izara Aishah yang leka melihat pelbagai bentuk dan warna gula-gula yang dipamerkan di situ.
Dengan gaya malu-malu kanak-kanak itu bersalam dengan Izara setelah disuruh oleh ibunya. Apabila Hits bertanya kepadanya, "Adik kenalkah kakak ini?.
"Kenal... kakak ni berlakon dalam Vanila Coklat," katanya lancar.
Menurut si ibu, setiap hari anaknya akan bertanya, sudah hari Selasa atau belum kerana si anak tidak sabar untuk menonton drama bersiri romantik komedi itu yang bersiaran pada pukul 9 malam setiap Selasa di TV3 menerusi slot Lestary.
Jika seorang kanak-kanak tidak sabar untuk menonton Vanila Coklat setiap minggu, Hits dapat membuat kesimpulan bahawa drama arahan Emi Suffian Sabhe yang diterbitkan oleh Asia Media Content itu mampu meraih rating tinggi seperti Cinta Elysa.
Izara yang lasak
Mengikut skrip Vanila Coklat, watak Zara lakonan Izara, 20, dan Aamir yang dilakonkan oleh Aiman, 23, pantang bertemu kerana mereka pasti bertelagah seperti anjing dan kucing.
Bagaimanapun, perasaan saling membenci itu hanya dalam drama sahaja. Di luar Izara dan Aiman adalah teman baik biarpun Vanila Coklat merupakan destinasi pertama pertemuan mereka.
"Kami kenal pun dalam waktu singkat tapi tidak ada masalah berlakon bersama sebab masing-masing tahu kerja. Lagipun kami 'satu kepala', saya boleh kutuk dia dan dia boleh kutuk saya.
"Bukan setakat Aiman sahaja, dengan Iqram Dinzly pun pertama kali saya bergandingan dengannya. Setakat ini, saya tidak ada masalah bekerjasama dengan semua pelakon dan krew Vanila Coklat," katanya terus terang.
Izara berkata, wataknya dalam Vanila Coklat tidaklah begitu mencabar berbanding peranan Fiona yang dibawanya menerusi drama bersiri Soffiya.
Katanya, watak Zara dalam Vanila Coklat, sedikit sebanyak berkaitan dengan dirinya iaitu tidak suka ambil kisah hal orang lain dan elak bercinta ketika ini.
"Watak Zara yang brutal itu adalah sikit macam perangai saya yang agresif. Saya ini tak pandailah nak buat manja-manja. Mungkin saya terpengaruh dengan persekitaran adik-beradik lelaki.
"Begitu juga bab lelaki, kalau Zara buat tidak kisah dan marah bila dipaksa berkahwin dengan Aamir, saya pun sama. Buat masa sekarang, saya lebih senang menumpukan perhatian pada kerjaya yang baru dibina. Bab cinta ini tolak tepi dulu," katanya yang pernah muncul dalam drama bersiri Keranamu Laila.
Pemenang tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu berkata, pengalaman menarik sewaktu berlakon Vanila Coklat adalah ketika penggambaran di Cameron Highlands.
Kata gadis kacukan Melayu-Pakistan itu, ketika penggambaran di sana, keadaan cuaca amat sejuk namun para pelakon perlu menunjukkan wajah tenang seolah-olah tidak diganggu dek persekitaran.
"Kena tunjuk muka cool walhal waktu itu teramatlah sejuk. Ia pengalaman indah bagi saya sebab itulah pertama kali saya menjalani penggambaran di luar ibu kota," katanya turut berlakon dalam telefilem Hantu Gigi.
Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik yang dilahirkan di Johor Bahru itu berkata, walaupun masih baru dalam bidang seni namun dia cukup serius dengan tanggungjawab yang digalas.
Menurut Izara, dia lebih senang jika masyarakat melihat kehadirannya dalam bidang seni berdasarkan bakat dan bukan paras rupa atau cerita-cerita sensasi.
Dia yang menjadikan pertandingan Dewi Remaja sebagai platform untuk menembusi dunia seni berharap di masa depan berpeluang melakonkan watak penari.
"Selain berlakon, saya minat menari sejak dulu lagi. Itulah kalau dapat lakonkan watak sebagai penari macam dalam filem Step Up itu kan best.
"Dulu saya memang ada kumpulan menari tapi sekarang kawan-kawan sudah bawa hal masing-masing. Saya boleh menari tarian tradisional, hip hop dan gelek. Selain watak penari, saya juga suka watak pengintip macam Angelina Jolie dalam filem Salt dan cerita Ong Bak," katanya.
Menurut gadis jelita itu, dia mengidam melakonkan watak pertarungan seperti dalam filem Ong Bak kerana tidak ada masalah untuknya melakonkan adegan sebegitu.
Kata Izara, membesar di kalangan adik beradik lelaki mendorongnya untuk turut serta belajar seni mempertahankan diri.
"Saya rapat dengan adik beradik lelaki dan sebab itu jugalah saya belajar seni mempertahankan diri seperti mereka. Saya pilih muay thai," dedahnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 161# saaya
wah dh ade yg tepek...
baru baca td kt fb...
scene kt cameron highland..sure la scene honeymoon zaramir |
|
|
|
|
|
|
|
Reply saaya
wah dh ade yg tepek...
baru baca td kt fb...
scene kt cameron highland..sur ...
sakura2503 Post at 9-1-2012 11:14
heheee...iols pun baru bace kt FB td. ...of coz la kan.xsabar nak tgk nih.lame dah xmoyan drama melayu cmnih.heheee |
|
|
|
|
|
|
|
boleh laaa, boleh laaa
eddlisa_uyuk Post at 6-1-2012 20:05
Rasanya masa kat cameron mesti diorg gaduh2...tp dlm pada tuh dlm hati masing2 ada taman bunga...cuma ego kot...huhu...comey lak aku nengok couple nih...kalu dlm nora-seth nmpk couple yg matang...tp zaramir couple cute jek...huhu...
tak sabar nak tunggu part amir ngan zara sebilik lepas kawin tuh...terus zara meroyan "kau nak rogol aku ke?"...amir lak kata "mana ada...aku nak tukar baju je ler.."...huhu...sweet sgt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sakura2503 at 9-1-2012 11:51
Reply 163# saaya
tu la...sedangkan budak kecik pon tertunggu2 cite ni every tuesday nite...
ni plak kita, meroyan x hingat..
jatuh cinta dgn series ni coz manis mcm aiskrim vanilla & coklat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 165# sakura2503
tau xpe...iols suke citer nih sbb relax n fun. xperlu nk sakit otak sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa.....mesti tonton esok ni...hmmmm....
huhu..bicara hati pun esok malam juga...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 167# cmf_lemontea
sama waktu siaran ke? tak pernah tgk bicara hati lagi.. tgk vanila coklat je.. citer ni best utk tengok sambil senyum2.. haha.. tak payah letih pikir sape jahat sape baik.. apa next episod akan jadi bagai.. citer santai... zaramir yg comels... |
|
|
|
|
|
|
|
ade lokasi kat cameron....tetibe terbayang lakonan abg seth & nora..
salah tpt lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya masa kat cameron mesti diorg gaduh2...tp dlm pada tuh dlm hati masing2 ada taman bunga.. ...
sellie003 Post at 9-1-2012 11:39 AM
hahahhha lawak tuh
amir hari tuh pun dah terpegun masa tgk gmbr zara
ala2 cam dah suka je |
|
|
|
|
|
|
|
ade lokasi kat cameron....tetibe terbayang lakonan abg seth & nora..
salah tpt lah....
adifrs Post at 9-1-2012 05:22 PM
lisa pun, terus ingat SETH & NORA |
|
|
|
|
|
|
|
Betui betui cerita ni rilex n hepi2 jer tgk...yeay esok mlm ada. Lagipun mmg sukalah tgk izara sweet sgt |
|
|
|
|
|
|
|
dari sinopsis dan promo jadi tak minat nak tengok..
macam sepesyen je cerita ni...
sama dengan cerita lisa surihani dgn seth dulu...
pas tu cerita indon kawin muda...
mula-mula tak suka pas tu jatuh cinta...
takde idea lain ke???? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahhha lawak tuh
amir hari tuh pun dah terpegun masa tgk gmbr zara
ala2 cam dah suka je
eddlisa_uyuk Post at 9-1-2012 19:28
Hari2 jumpa sangkut juga ler masing2...cuma sapa suka dulu ler....tp bila dah suka tuh masing2 ego lak nak ngaku...pastu masing2 lg tak nak heboh2 kat umum diorg dah kawin...nnt kalu masing2 lg dan lg tgh date ngan pasangan dah pulak masing2 sekali lg start jeles menjeles...sweetnya...citer ni mmg relax dan cute.... |
|
|
|
|
|
|
|
sinopsis episod mlm ni:-
Zara tidak sampai hati memberitahu Kamal tentang rancangan keluarga mereka. Zara hanya memberitahu Kamal bahawa Aamir ialah anak kawan baik bapanya. Itu sahaja. Kamal cuba memburuk-burukkan Aamir agar Zara tidak rapat atau jatuh hati dengan Aamir. Saksikan VANILA COKLAT malam besok ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
sinopsis episod mlm ni:-
Zara tidak sampai hati memberitahu Kamal tentang rancangan keluarga mereka ...
sakura2503 Post at 10-1-2012 08:47
Aik, kamal tu ada niat jahat ler ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ai suke gak ngan lakonan ixara citer nie, ringan and menghiburkan, x tension tgk citer nie macam tgk drama 2 lain, |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar nak tunggu malam ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|