ok.. nie edisi petang ok.. mood ting tong sikit.. sebab kepala ting tong.. enjoy k.. sila tinggal sebarang komen yerr macam biasa..
******************************************************************************
“Auna tahu, Auna salah sebab salah sangka dengan Khaleel sebelum ni Auna minta maaf..”
“Kalau saya tak nak maafkan?”
Auna Aulia tercengang, aduhh… tak nak maafkan pulak. Abis tu macam mana?
“alaaa..tak nak maafkan ker?” Tanya Auna Aulia. Macam budak kecik lah pulak cara dia bertanyakan soalan.
“errmmm..kalau saya tak nak maafkan jugak..”
“Janganlah macam tu, Auna rasa bersalah. Sebab salah sangka. Tapi salah Khaleel jugakkenapa tak nak bagi tahu.. biarkan Auna macam ni fikir yang bukan-bukan.”
“apa yang yang difikirkan?”
Karang kalau aku hangin kang. Mesti nak leser aku bukan-bukan. Aku dah insaf lahh nak minta maaf ni. Auna Aulia mengomel dalam hati.
“Hatitu jangan nak kutuk-kutuk saya yer. Saya boleh dengar awak tengah berbakul kutuk saya..” tegur Khaleel Zachry.
Auna Aulia tergamam, macam mana mamat ni tahu aku kutuk dia. Dia dengar ker apa?
“Okey..sorry, tapi kenapa awak tak nak berterus terang dengan Auna. Mana awak menghilang saat Auna perlukan awak.” Tanya Auna bertalu-talu.
“Awak perlukan saya ke?” Tanya Khaleel Zachry dia melemparkan pandangan ke arah laut.
Auna Aulia menghebuskan nafas halus. Dia mula sebak. Ditahannya supaya air mata itu tidak mengalir. “Yaa.. saya perlukan awak. But you are not there for me. Adura pun tak ada. Tak ada sesiapa pun ada dekat dengan saya saat mereka mencaci maruah saya. Saya keseorangan masa tu. Siapa yang nak percayakan saya?” luahAuna Aulia. Airmatanya mula mengalir.
“Siapa cakap tak ada orang percayakan awak? Siapa cakap awak tiada sesiapa? Awaksilap. Awak ada keluarga awak yang sentiasa ada dibelakang awak. Awak ada Allah untuk mengadu. Kita tak pernah keseorangan Auna.”
“Tapi siapa nak percaya saya masa tu..” sangkal Auna Aulia.
“Kepercayaan siapa yang lagi penting? Kepercayaan orangkah atau kepercayaan keluarga awak pada awak. Biar seluruh dunia berpaling kearah lain dan mencaci kita tapi jangan keluarga membuang kita Auna. Bila keluarga membuang kita, kita adalah orang yang paling miskin di dunia ini walaupun pada zahirnya kita kaya”
“Sayasedih. Saya bila semua orang bercerita dibelakang saya.”
“Awaktahukan cerita itu tak betul?”
“Tapi,kenapa awak tak ada masa tu..”
“Allahada untuk awak.”
“Kenapa selama ini awak diamkan? Kenapa semua orang tak bagi tahu saya?”
“Apa perlunya semua orang bagi tahu awak Auna? Selepas kejadian tu, saya ada jumpa dengan family awak bagi tahu kedudukan sebenar. Saya ada jumpa dengan Adam membetulkan keadaan. Saya tak nampak kenapa perlunya saya bari tahu awak apayang saya telah lakukan. Awak tak fikirkah saya perlu berhadapan dengankeluarga saya untuk menerangkan benda yang sama. Awak tak tahu kah saya juga terlibat sama dengan cerita tak betul tu. Saya juga ada mak dan ayah yang perlusaya jaga hatinya Auna”
AunaAulia terdiam dia terlupa akan itu. Adoi.. rasa nak ketuk kepala sendiri lahpulak.
“saya mintak maaf..saya betul-betul minta maaf..” minta Auna Aulia lagi.
“Awak larikan diri awak ke Dubai. Tinggalkan mama dengan abah awak disini. Awak takfikir ke apa perasaan mereka. Bertahun mereka pujuk awak. Awak tak kesian ke?Kenapa awak tak mahu terima sesuatu itu dengan tangan terbuka. Menerima takdiri tu dengan hati yang tenang. Allah menguji kita kerana kemampuan kita.”
“saya tak larikan dirilah.. saya ikut abang kerja kat sana..” jawab Auna Aulia.
Khaleel Zachry tersenyum sinis. Menjeling ke arah kanan. “Yer ker tak larikan diri?Abis tu bertahun baru balik?”
“Mana ada.. tak lari mana-mana pun” jawab Auna Aulia.
“Macam saya tak tahu awak frust dengan Adam kan?”
“hello,sekarang ni kita cakap pasal awak dan saya tak ada kene mengena dengan Adamlah..” sangkah Auna Aulia.
“yerker tak ada kene mengena. Bukan awak frust dengan Adam yang awak lari sampai keDubai..”
Ishhhdia ni. Sekeh kepala tu karang baru tahu. Auna Aulia menjeling kearah KhaleelZachry.
“mana ada.. tak ada kene mengena pun..” sangkal Auna Aulia. Walaupun itulah salahsatu sebab kenapa dia membawa diri kesana.
“saya dengar abang awak cakap awak dah nak kawin..” tanya Khaleel Zachry tiba-tiba.
“errmm..betul lah tu…” jawab Auna Aulia
“Siapa orang tu..?”
“Entah..”Auna Aulia mengjongkitkan bahu.
“aikk awak nak kawin tapi awak tak tahu siapa yang akan berkahwin dengan awak?Pelik..”
“Tak berminat nak tahu. Lagupun I trust my family choice..”
“Awak tak takut ke dia cacat ke? Senget sebelah ke? Hodoh dan tak hensome macam sayake? Awak tak takut..”
Auna Aulia cuak. Ya lah. Tapi takkan family dia pilih orang yang bukan-bukan. Takmungkin tak mungkin.
“haaa…hahaa…muka dah cuak.. tahu takut..”
“Khaleel…awak jahat… saya benci awak.. awak jahat…” jerit Auna Aulia. Dia baru tersedar yang Khaleel Zachry provoke dia.
“Jangan senang cakap benci.. nanti awak jatuh sayang dengan saya susah…”
“huhhuu..perasan tak hingat..”
“Awaktak takut ke?” Tanya Khaleel Zachry lagi.
“Ntah..”
“Awak ikhlas terima dia?”
“Saya cuba ikhlaskan hati saya.”
“Awak cintakan dia?”
“Saya akan mencintai dia bila dia sah menjadi suami saya. Tak salahkan kalau dia buatsaya jatuh cinta pada dia.”
“memang tak salah lebih afdal sebenar bercinta lepas kahwin benda yang berdosa ni memang sedap tapi lagi sedap dan nikmat kalau lepas kahwin..”
“apa maksud awak?” Tanya Auna Aulia pelik. Apa maksud dia ni. Macam ke arah songsangdah ni.
Khaleel Zachry tergelak cara berhemah dulu sebelum menjawab. “Maksud saya bercinta nilah sebelum kahwin.. pegang tangan semua tu. Bagi saya kalau betul dah pekenan baik jumpa parent dia pinang terus. Dari keluar berdua banyak buruk dari baik.”
“emmm..betul lah tu..”
“awak nak honeymoon dekat mana bila dah kahwin?”
Eh..ehh..mamat ni ada ke tanya soalan macam ni dekat aku. Tak ada kesopanan langsung.“Ntah… tak fikir pun.. kalau dekat sini pun okey. Dekat jerk tak payah pergi jauh.”
“aikktadi kata tak fikir..” kata Khaleel Zachry.
Hantulahh mamat ni. Sekeh laju-laju karang ni. Tadi dia yang tanya bila aku jawab pandang aku macam lah aku ni gatal sangat kan..
“Janganlah marah. Bakal pengantin tak elok masam-masam..”
AunaAulia menjeling geram. Sangat-sangat geram.
“Haaa dah berdamai dah yer..” tegur satu suara.
Auna Aulia melihat Aazad Aakif dan Aazad Aamir berjalan kearah mereka.
“Dah jom balik. Dah nak magrib.” Kata Aazad Aamir.
“Errmm..bakal pengantin darah manis mana boleh duduk sini lama-lama” usik Syafiqah.
Auna Aulia tarik muka. “Habis tu.. Khaleel awak maafkan saya tak?” tanya Auna Aulia geram. Sebab Khaleel Zachry tidak menyatakan kemaafan pada dia.
“Nantilah saya fikirkan..”jawab Khaleel Zachry berlalu.
“Khaleel awak jahat…….” Jerit Auna Aulia. Khaleel Zachry dah melangkah jauh. Hanya kedengaran suara gelaknya saja. Berpadu dengan bunyi deruan ombak.
Akhirnya Auna Aulia melangkah meninggalkan pantai. Menuju kebilik. Sampai di bilik kelihatan Syafiqah dan Zahra tengah bersiap untuk solat. Auna Aulia terus masuk kedalam bilik air. Dia ingin beremdam dalam bath tab. Kegemaran dia. Kalau marah remdam badan dalam air kasi sejuk sikit.
*********************************************
cukup panjang dah rasanya niee... jgn merusuh yaaa..
Last edited by mrsT on 5-7-2013 02:21 PM
|