voley tk meols nak calonkan ZEHRA ZAMBRI ???
sheols neh dulu dah nyaris2 jadi pelapis kak ani sbg ratu tradisional, vokal mantap, tarian mantap, lagu best
tapi sheols muncul in the wrong place and the wrong time
masa tuh bebudak AF tengah meletup2, dan orang dah start gila pop ballad - zaman etnik baru je pupus
1. Ramziela(sangat seksi dahulu.....vokal husky)
2. Tila( pernah popular dengan lagu rela...sedap lah jua)
3. Haslina kamsan(diva lagu keronchong.....mampoo?)
4. Shereen(ntah apa lagunya....sedap gak...kena tangkap sbb dadah kan bbrp thn lps)
5. Kumpulan XPOSE(Julia hana, Amy leela dgn 2 org lagi )
6. Fauziah nawi( pernah record full English album, bley?)
7. Ayati tasrip( lagu popular khazanah Dari Malaya)
8. Leina hangat( debut album dia byk lagu best OK....ceria dalam gundah dan lagu ballad tajuk hangat)
9. Sandy Suzuki( wakil Japan)
10. Rohayu majid selendang rindu.....yg kau beri padaku....tanda perpisahan kau dan aku
Penyertaan artis-artis senior menerusi program baharu Astro Ria iaitu Gegar Vaganza bukan mahu merendah-rendahkan kredibiliti mereka sebaliknya bertujuan mengembalikan kegemilangan masing-masing.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, perkara itu tidak seharusnya dibangkitkan apatah lagi juri-juri yang mengadili penyanyi-penyanyi senior yang bertanding adalah daripada kalangan profesional.
"Memang ada yang berpendapat program ini seperti ingin merendahkan bakat artis-artis senior.
"Bukan itu tujuan kami sebaliknya ia adalah platform untuk kembali menghangatkan nama mereka yang pernah menjadi fenomena sebelum ini,"
Turut hadir pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Vida.
Seramai 12 penyanyi menyertai Gegar Vaganza iaitu Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.
Raqim menambah, pemilihan penyanyi-penyanyi tersebut adalah berdasarkan kemampuan mereka yang masih lagi hebat dalam persembahan nyanyian.
"Kami juga perlu mengikut masa mereka yang kebanyakannya sudah mempunyai kerjaya masing-masing.
"Tetapi jangan terkejut apabila menyaksikan program ini kerana mereka masih lagi menyengat," ujarnya.
Juri tetap yang terlibat ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selain tiga juri jemputan iaitu Mamat Khalid, Salih Yaacob dan Nash (Lefthanded).
Para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri.
Juara Gegar Vaganza akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan naib juara akan menerima RM30,000.
Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM15,000 dan RM5,000.
Gegar Vaganza akan bersiaran bermula 16 November ini setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Program ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Last edited by qqOfficial on 10-11-2014 11:10 AM
Cadangan untuk Next Season:
1. abang si anis suraya yg ala2 ricky martin tu. Shawn ke hape nama dia. Lagu dia yg "walaupon berjumpa hanyalah sekali namun dihatiku engkaulah bidadari"
2. Hairie COOL - Pastu suruh heouls jemput Riot menari skali
3. Amir Ukays - Sodap suaranya.
4. AC Mizal - Jgn bagi dia nyanyi lagu album baru. Suroh je nyanyi lagi FIONA including drama pre-verse "Hello, boleh cakap dengan fiona?... Fiona xde..."
5. Tok Ki
6. Kumpulan Feminin - Kalau masih mau menyanyi ala chipmunk kpop
EXTRA Calon X dapek den nak tolong: Ameng Spring, kalau ade boleh la nyanyi lagu bougenvila ke hapa.