CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] KEK

 Close [Copy link]
Post time 14-9-2007 08:23 AM | Show all posts
KEK COKLAT MOIST MYRA [BeeComel]

A
2 cwn tepong gandum
1 cwn koko
2 cwn gula
2 s/t soda bikarbonat
1 s/t baking powder

B
1 1/2 cwn air sejuk (dari peti ais)
2 s/t nescafe (dilarutkan dlm sedikit air panas)
1 s/t esen vanila


C
1 cwn butter cair (250gm butter dicairkan)
2 biji telor (slighly beaten)
1 cwn susu cair


Cara:
1. Adunan A di ayak 3 kali.
2. Campurkan adunan B & C.
3. Masukkan bhn basah kedlm adunan bahan A. Sebatikan adunan.
4. Masukkan adunan tepung sedikit2 dlm bhn basah sambil kacau. (FYI-adunan kek ini cair dan agak berbintil jika tdk disebatikan dengan betol)
5. Tuangkan sebatian adunan kedalam bekas cupcake 3/4 bekas.
6. Kukus selama lebih kurang 15min @ sampai cucuk lidi tak melekat lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 08:19 AM | Show all posts
DARK FRUIT CAKE [DARSITA]

1 cup currants
1 cup raisins
2/3 cup golden raisins
1/4 cup candied cherries  

3 table spoon Madeira or sherry wine
*(tak perlu sbb tak halal)

3/4 cup (1 1/2 sticks) butter =169 gm
1 cup brown sugar
2 extra large eggs. Room temperature
1 2/3 cup flour
2 teaspoons baking powder
2 teaspoon each ground ginger, allspice and cinnamon
1 tablespoon  dark corn syrup
1 tablespoon milk

Kalau rajin boleh tambah
1/4 mixed candied fruit
1 cup walnuts or pecan, chopped

For Decoration
-------------------
1 cup sugar
1/2 cup water
1 lemon thinly sliced
1/2 orange thinly sliced
1/2 cup marmalade
candied cherries

1. One day before preparing, combine the currants, both raisins and the cherries in a bowl. Stir in Madeira or sherry (kita orang Islam guna fresh orange dah cukup). Cover and let stand overnight to macerate.

2. Preheat the oven to 300F. Line a 9 x 3-inch springform pan with was paper and grease. Place a tray of hot water on the bottom of the oven.

3. With electric mixer, cream the butter and sugar until light and fluffy. Beat the eggs, 1 at a time.

4. Sift the flour, baking powder and spice together 3 times.

5. Fold into the butter mixture in 3 batches. Fold in the corn syrup, milk, dried fruit and liquid, candied fruit and nuts.

6. Spoon into the pan, spreading out so there is a slight depression in the center of the butter.

7. Bake until  a cake teste inserted in the center comes out clean, 2 1/2 - 3 hours. Cover with foil when the topi is golden to prevent overbrowning. Cool in the pan on a rack
* Sejam lepas bakar, saya buka oven dan letakkan foil tak perlu tutup pembakar ketat ketat just letakkan foil menutup pembakar sbb kalau tutup ketat ketat mcm tutup buat kek Choc kukus, ada steam air bertakung dkt foil.

8. For the decoration, combine the sugar and water in saucepan and bring to a boil. Add the lemon and orange slices and cook until candied, abt 20 min. Work in batches if necessary. Remove the fruit with slotted spoon. Pour the remaining syrup over the cake and let cool. Melt the marmalade over low heat, then brush over the top of the cake. Decorate with the candied citrus slices and cherries.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 08:27 AM | Show all posts
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH [DianA]
Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)

2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas kuih
aluminium foil

Cara-caranya
1.  Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.  Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan.  Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2.  Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak.  Ketepikan.
3.  Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.  
4.  Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.  Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering.  Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5.  Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur.  Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6.  Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih.  Hati-hati gula hangus ni panas.  Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati.  Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.  
7.  Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata.  Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.  
8.  Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung.  Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam.  Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 08:30 AM | Show all posts
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB [DianA]
Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1.  Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.  Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan.  Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2.  Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak.  Ketepikan.
3.  Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.  
4.  Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.  Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering.  Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5.  Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur.  Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6.  Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih.  Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut.  Hati-hati gula hangus ni panas.  Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati.  Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.  
7.  Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata.  Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.  
8.  Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung.  Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam.  Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 09:01 AM | Show all posts
KEK BUAH [magnolia]

(a)
250gm butter
240gm gula perang
4 biji telur
1sdt esen vanilla

(b)
400gm buah campuran                                    
50 gm ceri merah                                               
50gm ceri hijau                                                   
1 cwn air                                                            
2sdb madu                                                         
2sdb black treacle                                             
1 biji oren-->sagat kulit n perah ambek jus

(c)
250 gm tepung gandum
2sdt baking powder
50gm susu tepung

badam cincang


cara:-

bahan (b) dicampur kesemuanyer dan dimasak ngan api sederhana sampai cecair tinggal separuh then sejukkan.
(a)plak (buter n gula) beat sampei fluffy then add eggs sebijik2..mix well..then boh esen vanilla
pastu campur ngan tepung yg telah diayak bersama baking powder, susu tepung..berselang seli dgn buah2an campur td..kacau kasi sebati..
tuang dlm acuan yg telah disapu butter n tabur tepung sket..tabur badam cincang atas adunan kek tu

bakar 180 lebih kurang sejam...cucuk arr tgk masak ke dak..kalu tak... tambah masa sket lagik..

note:- kek neh sedap dimakan pas sehari dua dibakar...sebaek masak..sejukkan then wrap ngan aluminium foil..simpan lam fridge..nk mkn kuar sejam dulu...br potong..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 09:02 AM | Show all posts
KEK BUAH [magnolia]

(a)
250gm butter
240gm gula perang
4 biji telur
1sdt esen vanilla

(b)
400gm buah campuran                                    
50 gm ceri merah                                               
50gm ceri hijau                                                   
1 cwn air                                                            
2sdb madu                                                         
2sdb black treacle                                             
1 biji oren-->sagat kulit n perah ambek jus

(c)
250 gm tepung gandum
2sdt baking powder
50gm susu tepung

badam cincang


cara:-

bahan (b) dicampur kesemuanyer dan dimasak ngan api sederhana sampai cecair tinggal separuh then sejukkan.
(a)plak (buter n gula) beat sampei fluffy then add eggs sebijik2..mix well..then boh esen vanilla
pastu campur ngan tepung yg telah diayak bersama baking powder, susu tepung..berselang seli dgn buah2an campur td..kacau kasi sebati..
tuang dlm acuan yg telah disapu butter n tabur tepung sket..tabur badam cincang atas adunan kek tu

bakar 180 lebih kurang sejam...cucuk arr tgk masak ke dak..kalu tak... tambah masa sket lagik..

note:- kek neh sedap dimakan pas sehari dua dibakar...sebaek masak..sejukkan then wrap ngan aluminium foil..simpan lam fridge..nk mkn kuar sejam dulu...br potong..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2007 09:12 AM | Show all posts
KEK BUAH REBUS [hanis00]
Source : Buku Sajian di Perantaun



250gm butter
2 cawan air
2 cawan mix fruit
2 cawan gula
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu baking powder
1 sudu teh cream tartar ----- tak letak pun, gantikan dengan jus lemon.

Cara

1. Buttter, air, mix fruit, gula dan soda bikarbonat dimasak hingga pekat dan kembang, sejukkan.
2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan buah tadi.
3. Masukkan (yang telah diayak dengan baking powder) kacau dan akhir sekali masukkan cream of tar tar (hanis gantikan dengan jus lemon).
4. Bakar selama 1 jam dengan suhu 170.

[ Last edited by  nhuda at 5-10-2007 02:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 09:40 AM | Show all posts
KEK BUAH MUDAH [sitislam]



BAHAN-BAHANNYA:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 cawan air sejuk
2 biji telur
250 gm mentega (BUTTERCUP)
2 cawam mixed fruit
2 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil cream of tartar
sedikit garam

CARANYA:

1.  Ayak tepung dan ambil segenggam dan gaul bersama buah dan letak tepi.
2.  Ambil 3 sudu gula (dari 1 1/2 cawan) dan bakar dalam periuk untuk jadikan gula hangus dan masukkan air dan kacau.
3.  Kemudian masukkan mentega, gula, garam dan mix fruit ke dlm periuk.Bila gula dan mentega cair, masukkan soda bicarbonate dan cream of tartar. Kacau sebab ia akan meruap bila kita masukkan bicarbonate. Gunakan periuk yang tinggi.
4.  Kemudian tutup api dan buarkan sebentar (10 - 15 minit)
5.  Masukkan tepung dan kacau sebati. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau. Masukkan ke dalam adunan dan kacau sebati. Kalau adunan terlembik sangat tambah tepung, kalau terkeras, tambah air. Adunan ni tak boleh cair nanti buah mendap ke bawah. Kena pandai-pandai agak.
6.  Panaskan oven 170 C. Masukkan dalam acuan yang disapu dengan mentega dan sedikit tepung. Bakar sehingga masak

NOTA:  KEK BUAH NI KENA BIAR 1 HARI BARU SEDAP DIMAKAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2007 02:13 PM | Show all posts
KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL [hanieliza]



Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonat ]

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel

Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 02:18 PM | Show all posts
KEK COKLAT KUKUS [anasaze]

Adunan A (diayak):
2 cawan tepung gandum
1 tin coklat serbuk van hounten ( tin color putih)
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu the baking powder

Adunan B  :
1
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 02:55 PM | Show all posts
KEK COKLAT KUKUS [hadifaa]

10 biji telur
1cawan horlicks
1 tin Nestle Cream
1/2 cawan gula castor
1 sudu teh baking powder
450 gram mentega
1 tin susu manis
1 cawan milo
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 tin kecil kaya

Cara2:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan susu,kaya,Nestle cream,baking powder dan esen vanila,gaul rata.
4. Masukkan milo dan horlicks,kacau hingga rata.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan kukus selama 2 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 03:09 PM | Show all posts
KEK COKLAT KUKUS [harleena]



1 1/2 cawan tepung gandum
1sb soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
(ketiga-tiga bahan ni diayak)

1 cawan gula
2 biji telur
1 tin kecil susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
1.  telur dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2.  Masukkan susu, minyak masak dan air suam. Pukul hingga sebati.
3.  masukkan campuran tepung ngan koko sedikit-demi sedikit sambil terus dipukul sebati.
4.  Tuangkan dalam loyang 9" dan kukus selama lebih kurang sejam.

[ Last edited by  nhuda at 5-10-2007 03:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 03:37 PM | Show all posts
KEK COKLAT LEMBAP [Cintamanis]



Bahan2nya:

Bahan A
2 cawan tepung gandum - diayak
2 cawan gula icing
1 Buku butter
6 biji telur - asingkan putih dan kuning
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak bersama tepung gandum
1 sudu teh vanilla essence

Bahan B
1/4 cawan gula kasar
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan air

Cara2nya:

1. Campurkan kesemua bahan B dalam periuk dan masak sehingga gula hancur dan sejukkan
2.  Pukul telur putih sehingga ringgan dan gebu
3.  Di dalam bekas lain, pukul butter dan gula sampai kembang
4.  Masukkan telur kuning, sebiji, demi sebiji.
5.  Masukkan vanilla assence
6.  Masukkan bahan B, pukul adunan hingga sebati
7.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau dengan spatula tak perlu pakai mixer
8.  Masukkan telur putih dan kacau sebati
9.  Masukkan dalam bekas@loyang
10.Kukus sehingga masak (45minit - 1 jam)
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 03:50 PM | Show all posts
KEK HITAM MANIS [zaizaa]

Bhn A
11/2 cawan tepung gamdum
3/4 cawan serbuk koko
2 cwn gula castor
1 sk baking powder
1 sk sod bikarbonat

Bhn B
2 biji telor (gred A)
1/2 cwn susu segar
1 cawan minyak
secubit garam
1 sk esen vanilla

1 cawan air panas

Cara:
1. Campurkan kesemua bhn2 A, gaul rata kemudian ayak 2-3 kali.
2. buat lubang di tgh2, masukkan semua bhn B kacau2 biar sebati lepas tu baru dikacau bsama bhn2 A
3. kacau perlahan sehingga tiada ketul2an tepung tertinggal, akhir skali masukkan air panas n kacau sebentar saja.
4. bakar/ kukus kek selama 30-45 minit/ sehinnga masak.

saya dah cuba versi bakar dan kukus, dan saya suka yg kukus sebab kek nampak lebih  hitam & berkilat.. xpayah letak topping pun dah lawa kek tu. tekstur kek ni licin, xmlekat kat tekak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 09:09 AM | Show all posts
KEK COKLAT KUKUS [anasue]

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula - gula pasir dikisar halus
1 cawan serbuk koko - boleh kurangkan kalau tak suka pahit
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 tin kecil susu pekat / kalau krimer pakai setengah tin saja
1 cawan air mendidih
5 biji telur
1 cawan minyak masak

Panaskan kukusan, ayak tepung, baking powder, soda dan serbuk koko. Campurkan
dengan gula, minyak, susu pekat, air panas dan telur, kacau dengan senduk saja
hingga semua sebati, tuang dalam loyang yang dialas dan dilengser dengan butter,
kukus selama 1-1 1/2 jam atau bila bilah penguji kek keluar bersih. Semasa
mengukus pastikan air kukusan ditambah dng air panas. actually waktu kukusan
bergantung kepada saiz loyang, sebab loyang azian kecil,so masa kukusan dalam 30
ke 40 minit saja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 10:17 AM | Show all posts
KEK COKLAT SIMPLE TANPA TELUR [maisya]
Source : [email protected]



Bahan-bahan ( 1 biji sederhana untuk 8-10 orang )
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula (castor sugar)
2 sudu teh baking powder
(Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)

2 cawan air
2/3 cawan minyak masak
2 sudu makan cuka
1 sudu teh esen vanilla
(Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)

Cokelat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih)
Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2007 10:28 AM | Show all posts
KEK COKLAT [hanieliza]



Bahan A
250 gm butter
250 gm gula perang atau kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
290 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil necafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Cara
1. Butter dan gula dipukuls ehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.  Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan ekrtas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehinggan masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping coklat.


Coklat Topping
1 cawan susu pekat
60 gm butter
50 gm serbuk koko

2. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.
1. Tuangkan atas kek dan hias mengikut kretibiti sendiri.

[ Last edited by  nhuda at 8-10-2007 10:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 10:39 AM | Show all posts
HERSHEY'S BLACK MAGIC CAKE [mom66]
PG Tested



2 cups sugar
1 3/4 cups all-purpose flour
3/4 cup Hershey's cocoa
2 teaspoons baking soda
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon salt
2 eggs
1 cup buttermilk or sour milk
1 cup strong black coffee OR 2 teaspoons powdered instant coffee plus 1 cup boiling water
1/2 cup vegetable oil
1 teaspoon vanilla extract

1. Heat oven to 350 degrees. Grease and flour two 9-inch round baking pans or one 13- by 9- by 2-inch baking pan.
2. Stir together sugar, flour, cocoa, baking soda, baking powder and salt in large bowl.
3. Add eggs, buttermilk, coffee, oil and vanilla; beat on medium speed of mixer 2 minutes (batter will be thin).
4. Pour batter evenly into prepared pans. Bake 30 to 35 minutes for round pans, 35 to 40 minutes for rectangular pan or until wooden pick inserted in center comes out clean. Cool 10 minutes; remove from pans to wire racks. Cool completely. Frost as desired.
Yields 10 to 12 servings. To sour milk: Use 1 tablespoon white vinegar plus milk to equal 1 cup.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 11:04 AM | Show all posts
KEK COKLAT LEMBAP [kacang^soya]



Bahan2 :
250 gm mentega sejuk
190 gm tepung naik sendiri (ayak 2 x)
30 gm serbuk koko
30 gm serbuk badam (ground almond)
100 gm gula caster
100 gm gula perang
100 gm gula icing
8 biji telur
1 sd kecil esen vanilla
1 sd kecil butter vanilla
1/2 sd teh choc emulco
2 sd besar membumbung ovalette/Sponge Cake Stabiliser
1 sd besar susu cair penuh krim (Ideal)  
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 11:13 AM | Show all posts
KEK COKLAT [dilaOHdila]



Bahan-Bahan

375gm mentega (dilla guna Lepa susu buttercup dalam tin panjang) Rm8.40 1 KG
500 gm gula
4 biji telur
200 gm tepung
125 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik

CARA:-

1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telor sebiji demi sebiji dan gaul hingga sebati.
3) Masukan tepung dan serbuk penaik. Gaul sebati.
4) Masukkan pula serbuk koko. Gaul sebati.
5) Masukkan adunan tadi dalam acuan. Bakar dengan suhu 160C selama 40 minit atau sehingga masak. Biarkan kek sejuk sebelum disapu topping coklat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.207056 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list