|
KEDAH 0
AL MUHARRAQ 5
( mohammed Salmen 70" , Khalid Salmin 73'' , Reco 85" , Fahad Yousif 88", Mahmoud Abdurahman 90 '' )
** Hanya selepas minit ke 70 baru gol Kedah bocor... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1761 rambutan\ catat
amboi aih..
sian kat mie yeh woo hang bg dia 9..
takpe2..
kalah dlm jangkaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedey....tp dh jangka dh....
ni suma gara2 fam bodooo |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tgk laa... sampai minit 70 team kedah bertahan...
kira ok la kan... dalam bulan puasa lak nie...
cayalah |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah dan Perak terima kesan awal ketiadaan pemain import
KUALA LUMPUR: Seperti diduga, kesan awal pengharaman pemain import oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mula kelihatan apabila dua pasukan negara, Kedah dan Perak tewas pada saingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) malam tadi.
Juara tiga piala musim ini |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1763 tulip.purple\ catat
bukan haku yg boh...... haku mimpi... heran lak tetiba leh mimpi bola kedah main... |
|
|
|
|
|
|
|
kena 5 bijik.....
import tadak weiii....
tukaq defend ja kena teruih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1758 Bung_Parjo\ catat
victor andrag mana?
tak soq sekali ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1768 mirage_46\ catat
dorang bolehler ader import... tak payah posa..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa kalau xda import tp men ngan team m'sia je ok la..
ni nak bersaing ngan org2 yg lagi besar, lagi macam2 la..
mana nak buleh..
hadoi laa  |
|
|
|
|
|
|
|
Keletihan punca Kedah tewas

VICTOR (kanan) bersaing dengan Mohammed Jaffer Ali dari Al-Muharraq pada perlawanan suku akhir pertama Piala AFC di Bahrain kelmarin.
PERBEZAAN masa dan suasana bermain pada bulan puasa menjadi antara alasan kegagalan pasukan Kedah apabila dibelasah 0-5 oleh kelab Al-Muharraq dari Bahrain pada saingan suku akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFC di Stadium Nasional, Bahrain kelmarin.
Namun aksi anak didik Mohd. Azraai Khor Abdullah itu juga patut dipuji kerana kesebelasan yang tempang tanpa pemain import mampu bertahan hingga minit ke-60 sebelum tewas akibat keletihan.
Menurut Azraai, perubahan masa di Bahrain yang lewat lima jam belum dapat disesuaikan pemainnya yang hanya mempunyai masa sehari untuk menyesuaikan diri sebelum perlawanan bermula.
"Mereka (pemain) bermain pada pukul 2.15 pagi waktu Malaysia dan 10.15 malam waktu Bahrain dan keadaan itu sebenarnya belum dapat disesuaikan lagi oleh pemain Kedah.
"Selain itu, faktor bermain di bulan puasa juga telah membuat pemain menjadi cepat letih sekali gus memberi ruang kepada lawan untuk mengusai perlawanan pada penghujung perlawanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jelasnya, dia melihat barisan pemain tempatan pasukan Hijau Kuning adalah setanding dengan pemain Al-Muharraq yang dibarisi pemain import dan kebangsaan kerana kesebelasan utamanya masih mampu mengekang asakan lawan.
Menurutnya, kesebelasan yang diturunkan telah berusaha bermati-matian untuk membawa pulang kemenangan tetapi keletihan ternyata tidak dapat disembunyikan apabila gawang Kedah dibocor lima kali bermula pada minit ke-65.
Azraai berkata, masalah perbezaan masa dan suasana yang menghantui anak buahnya itu bakal dilalui pemain lawan apabila mereka bertandang ke Stadium Darulaman, Alor Star pada 23 September ini.
Katanya lagi, walaupun ruang untuk Kedah mara ke separuh akhir semakin sukar namun dia masih menaruh harapan untuk pemainnya bangkit menebus kekalahan itu.
Tambahnya, pasukannya pernah bangkit dalam perlawanan sukar sebelum ini dan tidak mustahil juga jika Kedah dapat melangkah ke separuh Piala AFC selepas ini.
Antara pemain yang menguatkan pasukan Kedah pada perlawanan itu ialah Saramsak Kram, Khyril Muhymeen, Fadzly Baharom, Badrol Bakhtiar, Fauzi Shaari, Mohd. Sabree Abu, Victor Andrag, Fazliata Taib, V. Thirumurugan, Shafizan hashim dan penjaga gol, Helmi Eliza Elias.
- Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
FAM memang bangang or jeles dekat kedah coz tuu lah harakam pemain import, yang semau main kat afc kelab tuu semua ada awang import.
haku tak paham lah dengan FAM niii, dulu buat dah tuupp tuuuppp penonton dekat stadium dan susut n laaa nii buat pulak, depa nii ikut kepala otak depa jaa n tak amek or suara ramai kot, |
|
|
|
|
|
|
|
semoga kedah menang 6-0 kat sini....aku harap geng2 muda tu mampu bangkit.... |
|
|
|
|
|
|
|
betul la kedah kuat sbb awang import je?  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1776 nazrey11's post and #1777 mirage_46's post
aik..
mentaliti manusia..
team lain tader pemain import ka?
ka team len x pandai cari import yg berkualiti??  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kedah kuat pasal import... so nak antar team mana yang kuat tanpa import..? ganu? selangor? sabah?  |
|
|
|
|
|
|
|
PERLAWANAN KEDUA SUKU AKHIR PIALA AFC 2008
KEDAH DARULAMAN
MELAWAN
AL-MUHARRAQ
MASA: 1015 MALAM
TEMPAT: STADIUM DARULAMAN
HARI: SELASA
TARIKH: 23 SEPTEMBER 2008
"BANGUN LANTAS SEMULA GAGAH!!!" |
|
|
|
|
|
|
| |
|