manda
kasut cinderella mu akan bodigad anto dlm minggu ni.. dia tak sure bila.. bz kekdahnye.. smlm dia gi dating .. tak sempat gaks hehe... "hancur hatiku, hancur hatiku, hancur hatiku, "..
manda
smlm dia dating ditemani oleh member mrs bodigad.. minah tu jeles katanya, dia ada gaks keychain camtu tp dia wat sendiri ... wahahah.... pasal kasut tu insya allah akan di hantor secepat mungkin... lupe, soh koboi pangkor upload gambo cepat skit.. keke..
Sabtu
-bangun seawal 5.00 pagi macam bangun sahur rasanya..
-6 lebih ( selepas solat subuh).. bertolak keluar dari rumah..sampai di FRIM dalam kol 7.30 .. sempat melihat kemalangan ngeri di simpang sebelum masuk ke frim..pagi pagi dah ada kemalangan
Antara-FAKTA menarik sepanjang gath yang masih berada dalam kotak memori otak ini adalah seperti di bawah..
-menunggu manda yang tiba lewat di FRIM bersama Hana and the Gang(Hana,Kacut,Bodigad). Barangkali kelewatan itu disebabkan hadiah yang dibawa agak berat
- Kesemua kereta yang pergi adalah kereta nasional berjenama proton dimana kereta yang paling baru adalah kereta Bodigad. malang sekali lampu brek belakang sebelah kiri kereta itu sudah tidak menyala..
- Kedatangan Kacutest kechikest ke pulau pangkor adalah untuk berhibur di malam hari dan berhibernasi di pagi hari
- Daya pecutan kereta yang dipandu oleh tommy adalah sangat pantas sehingga berani memotong lori sewaktu double line, barangkali ada kes kecemasan. ramalanku benar belaka apabila dengan segera semua berhenti singgah di station kerang untuk membuat pelaburan
Far dan manda boleh menjadi jane (pasangan kepada tarzan) jika sequel filem itu akan ditayangkan dalam versi melayu. ini adalah berdasarkan keupayaan mereka berdua bergayut pada tali tali yang diikat di pokok2 di pesisiran pantai itik dan anon boleh menjawat jawatan tarzan jika berminat..
Harga makanan laut di pangkor boleh dikatakan murah.. ini ekoran cas yang dikenakan untuk jamuan makan 14 orang adalah cuma rm200 dengan menu seperti di bawah:
- ikan siakap sweet sour ( 3 ekor - sekor dalam rm30)
- kepelbagaian air minuman yg mostly adalah jus buah( epal, tembikai,carot susu dan lain-lain)
- nasi putih 14 dan sup kosong 14.
- Udang masak sambal ( 500gram ) buat 2 pinggan hidangan)
- Sotong goreng tepung ( 600gram) buat 2 pinggan hidangan)
- Sayur kailan ( 2 pinggan hidangan)
- walaubagimanapun , hidangan tersebut masih belum cukup memuaskan hati 2 orang yang bertindak membeli char kuey tiaw sebagai add-on..
akan tetapi.. sarapan adalah mahal yahamat.. 5 orang punya sarapan adalah berjumlah rm27!! tidak termasuk air ..manakala proses sewaktu mengorder air tidak berjalan dengan lancar..:@ juga kedapatan gerai gerai yang menjual sarapan yang tidak bersikap 'friendly' kepada pengunjung.. "weii orang datang nak bagi wang laa. ko plak buat muka":@
-first time rasanya makan kerang rebus dan tidak diberikan lidi untuk mencucuk kerang bagi memudahkan proses mencicah ke dalam sos. alasan tuan gerai adalah seperti berikut " kami kat sini makan kerang macam tu je.. xde lidi2 ni ".apa punya jawapan daa..
-feri pergi pangkor ( feri buruk berkapasiti bot pancung)cuba mengaut keuntungan dengan seberapa banyak apabil bertindak memasukkan pengunjung ke dalam feri seumpama keadaan dalam bas mini ( bersesak2). Setelah di "sound" oleh seorang penumpang yang tidak berpuas hati, barulah keadan kembali reda di mana penumpang2 yang berdiri telah diarah keluar dari feri"
-Rata-rata harga melambung tinggi ketika pergi ke pangkor pada musim cuti sekolah. Contoh ketara adalah van yang menyonglap rm20 untuk satu perjalanan yang hanya memakan masa kurang dari 10 minit.
cukup dulu fakta untuk kali ini.. kalau ada yang teringat saya sambung lagi..
sori kalau x sedap..kek ari tu bantat sbb drpd kukus terpaksa masuk oven
KIM.mafia Post at 28-12-2010 09:47 AM
kek itu amat sedap.. pernah beli rege sepotong adalah rm2.. hardey makan 2 potong manakala ciki adalah sepotong.. jumlahnya rm6 minta kaka kim halalkan..