SOALAN BERBENTUK KARANGAN...(14/6/14 - 20/6/14[ 5pm]
Perhatikan gambar di bawah...sila buat karangan berdasarkan gambar tersebut...
Karangan berbentuk bebas...boleh bercerita apa saja...paling kurang pun mestilah dlm 50 patah perkataan
Kredit bergantung pada kreativiti karangan anda...max 50k min terpulang pada mod yg online
(Hanya ada 1 gambar sahaja)
Hari jadi Qhalif tak lama lagi. Maryam masih belum ada sebarang perancangan untuk meraikan ulangtahun kelahiran Qhalif yang ke-10. Masih terngiang-ngiang lagi suara Qhalif di kotak fikirannya.
"Abang tak mau kek hari jadi tahun ni. Abang nak buat sesuatu yang berlainan. Boleh tak mama?"
Sesuatu yang berlainan, tapi apa ye? Lamunan Maryam terhenti apabila disapa suaminya Umar.
"Papa tengok termenung jauh mama ni, fikir apa?"
"Mama tengah fikirkan permintaan abang tu, katanya tahun ni tak mau kek untuk sambut hari jadi dia. Dia nak buat sesuatu yang berbeza, tapi mama tak tau la papa nak buat apa."
"Tapi tahun ni hari jadi abang jatuh masa bulan puasa kan? 29.6.2014, kalau tak ada aral melintang, InSya Allah kita akan mula berpuasa. Nantilah papa tolong fikirkan, mama jangan risau sangat ye."
..............................................................................................................................................................
Keesokan harinya, di ruang tamu.
"Mama, papa ada idea. Pasal hari jadi abang."
"Apa dia papa?"
"Semalam tiba-tiba papa teringatkan kawan papa Ustaz Muiz. Dia salah seorang guru dan warden di Rumah Anak Yatim Ar-Raihan. Abang kata nak buat sesuatu yang berbeza kan? Apa kata kita buat pulut kuning dan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim. Dapatlah kita buat amal jariah sikit untuk anak-anak kurang bernasib baik tu."
Maryam terdiam seketika sebelum menyatakan persetujuan.
"Baiklah, nanti papa telefon Ustaz Muiz dan beritahu hajat kita. Kalau dia setuju, baru kita uruskan hal katering."
..............................................................................................................................................................
Di Rumah Anak Yatim Ar-Raihan.
"Assalamualaikum anak-anak sekalian. Seperti yang kita sedia maklum, tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan Al-Mubarak. Sempena kedatangan Ramadan ini, hendaklah kita meningkatkan amal ibadat. Selain itu, jangan lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia."
Usrah yang diberikan oleh Ustaz Muiz didengari dengan begitu khusyuk sekali oleh para penghuni Rumah Ar-Raihan. Selesai sesi soal jawab, Ustaz Muiz memberitahu bahawa pada 1 Ramadan nanti akan majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh seorang hamba Allah.
Bukan main gembira lagi mereka mendengar perkhabaran dari ustaz. Selalunya pada musim Ramadan, rezeki mereka murah sekali. Ada sahaja badan-badan bukan kerajaan, swasta malah orang persendirian datang menghulurkan sumbangan. Tetapi mereka sentiasa diingatkan oleh Ustaz Muiz, agar tidak mengharapkan sebarang sumbangan dan tidak juga membazirkan pemberian yang diterima mereka.
..............................................................................................................................................................
"Anak-anak sekalian, kenalkan ini En. Umar, isterinya Puan Maryam dan anak-anak mereka, Qhalif dan Puteri Balqis. Hari ni hari jadi Qhalif yang kesepuluh. Dia nak meraikan bersama-sama anak-anak semua. Juadah berbuka puasa hari ini semuanya adalah atas ihsan dari En. Umar sekeluarga."
Anak-anak ini mengangguk tanda faham. Setelah mengambil juadah masing-masing, mereka duduk di meja sementara menunggu waktu berbuka puasa. Azan yang berkumandang menandakan waktu berbuka puasa dan mereka membaca doa berbuka dan makan buah kurma dan meneguk air. Kemudian mereka beramai-ramai mengerjakan solat fardhu Maghrib.
Ramadan pertama merupakan hari yang sangat menggembirakan. Kerana mereka masih dipanjangkan umur untuk bertemu kembali dengan Ramadan, dapat meraikan hari lahir Qhalif di samping dapat menambah kenalan baru. Usai solat Isyak, Qhalif memotong pulut kuning dan memberikan kepada penghuni Rumah Ar-Raihan.
Hari yang penuh bermakna, kepada anak-anak yatim itu dan juga kepada Qhalif. Semasa di dalam kereta, Qhalif sempat berkata.
"Mama, papa, terima kasih. Sambutan hari jadi paling bermakna. Nanti kalau ada masa boleh tak kita datang jenguk mereka di sini?"
Maryam memandang suaminya.
"Boleh abang, InSya Allah ada masa kita datang melawat mereka lagi", jawab Umar.
|