|
Saya pakai duit sendiri, bukan duit Nedim – Nora Danish pg 92
[Copy link]
|
|
comel_manja posted on 11-10-2013 12:27 PM
ye... kalau tak solat x sah sbb dahi x sentuh tmpt sujud
hehe..tau takpe!
|
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 posted on 8-10-2013 12:51 PM
my sister dapat cium pipi dia yg gebu..masa dia ada buat penampilan kat johor baru..dia kata in pe ...
elehhhh ... pipi i pun lembut dan wangi ...
tak payah la nak puji sgt
dia kan manusia biasa jer ... |
|
|
|
|
|
|
|
datang dah! datang dah!! |
|
|
|
|
|
|
|
adelea posted on 11-10-2013 05:05 PM
elehhhh ... pipi i pun lembut dan wangi ...
tak payah la nak puji sgt
eh ko tengah period ker? ada aku kesah ko punya pipi lembut ke keras..siapa tanya??? suka hati aku nak puja puji dia yg ko jeley apa hal..
aku nasihatkan ko makan bitamin banyak2 jangan banyak meroyan tak baik utk kesihatan..nnti pipi cepat kendur..
Last edited by ira_229 on 11-10-2013 05:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kerekarlu posted on 11-10-2013 11:03 AM
dari gambar2 PS, skang ni rayqal dah jarang ada kat rumah PS macam dedulu. Lebih banyak habiskan m ...
atas kegigihan haters yg meratib siang malam ttg nora n family gunakan alasan rayqal semata2 hendak menempel dgn family prominent..nora da dengar ratib korang wahai haters sekarang masih tak pueh hati lagi??
Last edited by ira_229 on 11-10-2013 05:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 posted on 11-10-2013 05:23 PM
atas kegigihan haters yg meratib siang malam ttg nora n family gunakan alasan rayqal semata2 henda ...
ate tak denye diorang tu puas hati kalau nora buat macam tu.. diorang kalau boleh nak nora jadi macam diana johar tu. hilang dari muka bumi.. busuk hati punya olang!!
|
|
|
|
|
|
|
|
klu masuk sini tak meroyan tak sah... |
|
|
|
|
|
|
|
sejuk hati tengok rayqal ni...dari gambar sangat lovingggg dgn semua orang |
|
|
|
|
|
|
|
Dia datang, dgn lengang lenggoknya
Dia datang, dgn royanannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Makhluk dua alam dah mai dahhh, haha............ |
|
|
|
|
|
|
|
leotazz818 posted on 9-10-2013 10:18 PM
Nanti bila budak2 ni da besar.. Diorg mesti akan sentiasa teringat nyamannya halaman rumah nenek... ^^ .. Oopss opah heehe |
|
|
|
|
|
|
|
noradanish Catch us @umieaida818 @errafazira at Istana Budaya 20 - 31 DEC 30min
|
|
|
|
|
|
|
|
Cute nya dre.... N qal yg behave n polite. |
|
|
|
|
|
|
|
Dre is sooo cute. X padan dgn umur tp nampak sgt cerdik. Suka tgk vid dre yg buat bunyi haiwan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan memilih
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
Bukan mahu menunjuk, jauh sekali bermegah. Niatnya cuma mahu memaklumkan yang dia kini rapat dengan ‘seseorang’ dan tidak perlu dikaitkan lagi dengan mana-mana pelakon lelaki.
Itulah jawapan jujur Nora Danish apabila ditanya mengapa kebelakangan ini kerap memuat naik gambarnya bersama Nadeem Nazri, anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz menerusi laman sosial Instagram.
Kata Nora, tujuan dia membuka akaun Instagram untuk berkongsi aktiviti terbarunya dengan peminat yang banyak menyokong kerjayanya selama ini.
Baginya, tidak salah andai dia bersikap jujur dengan mendedahkan sisi peribadi selain memperkatakan perihal kerjaya.
Bagaimanapun, tindakannya mengundang pelbagai reaksi mereka yang melihat. Ada yang suka dan mendoakan hubungan pasangan ini kekal hingga ke jenjang pelamin, tidak kurang juga mengkritik pedas berikutan gambar ‘sosial’ Nadeem di Internet sebelum ini.
Apapun pandangan masyarakat, Nora tahu apa yang terbaik buat dirinya, malah sedikit pun tidak goyang dengan kata-kata dilemparkan. Yang pasti, dia mengenali keperibadian sebenar Nadeem dan senang berkawan dengannya.
“Ada yang tuduh Nadeem liar tetapi bagi saya, dia lelaki baik dan sangat bertanggungjawab. Kami kenal sejak tujuh tahun lalu, tetapi rapat kebelakangan ini.
“Dengan memuat naik gambarnya di Instagram, saya harap cerita kononnya saya bercinta dengan pelakon itu dan pelakon ini dapat dihentikan.
“Dan terbukti tindakan itu betul apabila saya tidak lagi dikaitkan dengan pelakon lelaki yang pernah bekerja dengan saya dan juga bekas suami,” katanya.
Nora yang tampil manis dalam busana rekaan Adila Long akui selesa dengan Nadeem, tetapi belum ada perancangan untuk menempuh alam perkahwinan. Pengalaman lalu mengajarnya berhati-hati dalam membuat keputusan, begitu juga Nadeem.
“Kami sama-sama pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Saya dikurniakan seorang cahaya mata, begitu juga dia. Andai mahu berumah tangga, kami perlu fikir masak-masak.
“Bagi saya, dalam memilih pasangan, biarlah orang itu ‘soulmate’ kita kerana persefahaman itu penting. Kami pernah berbincang apa perkara yang perlu dielakkan supaya kesilapan lama tidak berulang lagi.
“Kami pun bukan sempurna, ada kekurangan yang perlu diperbaiki jika mahu pastikan hari-hari mendatang lebih bahagia,” katanya tenang.
Tambah Nora, antara kriteria yang perlu ada jika mahu hidup bersamanya, insan itu mestilah meletakkan keluarga sebagai keutamaan, menyayangi anak, ibu serta kakaknya. Selain itu, bakal suaminya mesti bekerjaya serta rajin berusaha.
“Anak adalah segala-galanya bagi saya dan saya perlu utamakan dia. Andai Rayqal suka, baru saya akan melangkah ke fasa lebih serius. ‘Dia’ juga mestilah boleh terima ibu dan kakak saya,” katanya.
Mengenai kata-kata orang mengatakan dia hanya memilih anak menteri, Nora tenang menjelaskan, bukan itu pintanya, tetapi itulah yang datang. Soal takdir tidak perlu dipertikai kerana semua itu ketetapan Allah SWT.
Tegasnya, selepas kembali hidup solo, dia pernah bercinta dengan orang kebanyakan, tetapi hubungan itu tidak berpanjangan.
“Saya tidak pernah menetapkan bakal suami mesti anak menteri atau datang dari golongan VIP. Orang tidak tahu saya pernah berkawan dengan orang biasa kerana ketika itu media sosial belum popular. Berbeza dengan Nad (Nadeem), orang tahu sebab saya muat naik gambarnya dalam Instagram.
“Saya bersyukur kerana sering dipertemukan dengan lelaki baik. Bekas kekasih saya sebelum ini pun baik orangnya tetapi apa boleh buat, sudah tertulis kami tidak ada jodoh.
“Kita tengoklah percaturan takdir selepas ini. Saya tidak boleh ramal siapa bakal suami saya. Ia rahsia Allah SWT dan saya serahkan 100 peratus kepada-Nya,” katanya.
Mengulas Nadeem ada dalam gambar percutiannya di beberapa negara, tegas Nora, tiada apa yang perlu dirahsiakan.
Ketika ke Surabaya, Indonesia bagi menjayakan penggambaran lagu runut bunyi filem Suami Aku Ustaz lakonannya, Nadeem turut serta kerana mahu melihat tempat cantik di sana.
Katanya, pemergian mereka ditemani ibunya Salimah Talib. Begitu juga ketika ke Thailand dan Bali, di mana ahli keluarganya turut ada. Malah, Nadeem turut ditemani rakan ketika ke Bali.
“Ketika pulang ke kampung halaman mak di Myanmar, Nadeem ada sama. Memandangkan kami rapat, saya minta dia temankan saya dan keluarga atas faktor keselamatan.
“Kami memang mahu ke Myanmar ketika hayatnya kerana moyang selalu sebut mahu jumpa mak. Bagaimanapun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa tangguhkan hasrat itu dan moyang menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat bertemu mak.
“Jadi saya dan kakak temankan mak pulang bertemu keluarga di sana. Nadeem juga bawa saudaranya. Jadi, tidak timbul isu kerana kami tidak pernah bercuti sendirian,” katanya.
Mengenai lakonan, Nora yang mendapat pujian kerana lakonannya sebagai isteri yang bangkit daripada penderaan suami dalam filem Bencinta, kini terikat dengan penggambaran filem seram Pengantin Malam. Dia sekali lagi digandingkan dengan Farid Kamil selepas Cuti-cuti Cinta dan Bencinta.
Karya arahan Eyra Rahman itu memulakan penggambaran pada 18 September lalu di sekitar Kuala Lumpur serta Kuang, Selangor dan dijangka tamat 18 Oktober ini.
Menerusi filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) yang turut dijayakan Nina Iskandar dan Ellie Suriaty ini, si cantik ini memegang watak Maya yang hilang ingatan selepas terbabit kemalangan jalan raya.
Dalam kejadian itu, dia melanggar Laila dan gadis itu maut. Selepas sedar daripada koma, dia berusaha mengembalikan ingatannya. Nora akui watak kali ini juga berat sebagaimana Bencinta.
“Meskipun penat, saya puas. Menerusi gandingan kali ini, Farid bawa watak Razif, suami Maya. Razif tidak mahu insiden ngeri itu kembali menghantui Maya dan membawa isterinya ke villa untuk tenangkan diri.
“Dalam perjalanan ke villa, Maya seakan-akan pernah melalui jalan itu dan merasakan ada perkara buruk pernah berlaku. Di villa, dia dihantui bayangan seorang wanita berpakaian pengantin dan berkaki ayam. Wanita itu mengekori ke mana saja Maya pergi.
“Projek kali ini menuntut saya banyak bermain dengan emosi dan sentiasa dalam ketakutan. Memang penat hidupkan watak sebegini, tetapi saya puas.
"Saya berterima kasih kepada Eyra kerana percaya bakat saya dan berusaha mencungkil sisi yang belum pernah saya tonjolkan sebelum ini,” katanya.
Credits: hmetro.com.my Last edited by achik2009 on 13-10-2013 09:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 13-10-2013 09:05 AM
Bukan memilih
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
apa nak buat nora mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia tak boleh di kontrol lagi..dah diterangkn nnti ada je yg nak belokkan cerita ke kiri/kanan.Sabo ajer! |
|
|
|
|
|
|
| |
|