CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: slippergombak

[Jenayah] Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur

 Close [Copy link]
Post time 5-12-2013 01:47 PM | Show all posts
BlueRose99 posted on 5-12-2013 01:40 PM
Closed Group la! Hakak tk bole nengok...

sini noks:

https://www.facebook.com/pages/KUANTAN/111405245561075

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 01:47 PM | Show all posts



Banjir mulai melanda hulu Kelantan

    Dec 04, 2013
    HARAKAHDAILY

KUALA KRAI: Setakat ini sebanyak sembilan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Manek Urai Lama dan Kampung Mesek di Dun Manek Urai.

Paras air Sungai Lebir kini naik memandangkan hujan lebat turun berterusan sejak semalam.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, mangsa di Kampung Manek Urai Lama dipindah ke Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama dan di Mesek di rumah jiran yang lebih tinggi.

“Petugas khas banjir dianggotai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai memantau pangkalan hadapan tersebut dengan menyediakan bantuan kepada mangsa yang berpindah.

“Pihak MTD juga menyediakan bantuan tambahan kepada mereka yang dikendalikan penghulu dan petugas sukarelawan,” katanya dihubungi di sini.

Kampung Manek Urai Lama sering ditenggelami air bah setiap kali musim tengkujuh. Kawasan padang bola awam mudah ditenggelami air memandangkan kedudukan agak rendah.

Turut tenggelam Markas PAS Kampung Manek Urai Lama, pasar lama dan beberapa rumah penduduk yang terletak di sekitar kawasan tersebut.

Mohd Fauzi berkata, pihak MTD Manek Urai dengan diketuai penghulu sentiasa memantau perkembangan banjir bagi memastikan mangsa berpindah ke tempat selamat.

Di Kota Bharu, anggota Exco kerajaan negeri Mumtaz Md Nawi berharap rakyat di kawasan Pantai Timur menunaikan solat hajat supaya banjir besar tidak melanda.

Katanya, keadaan banjir di Pahang dan Terengganu dilaporkan kini semakin buruk di mana bertambah ramai mangsa dipindahkan.

“Allah tempat kita bergantung, Allah juga yang menurunkan segala kejadian sama ada baik atau sebaliknya. Jadi kita perlu memohon pertolongan-Nya bagi meredakan keadaan banjir,” katanya.

Situasi banjir di Kuantan bertambah buruk apabila beberapa laluan utama memasuki bandar tersebut terputus hubungan akibat air pasang besar yang berlaku.

Dilaporkan juga kira-kira jam 10 pagi tadi kawasan perumahan di Tanah Putih, Batu 3, Permatang Badak, Kampung Kurnia dan seluruh kawasan Sungai Isap di Pahang ditenggelami air.

Manakala keadaan banjir di Terengganu juga makin buruk dengan jumlah yang dipindahkan melebihi 4,500 orang. Daerah Kemaman paling teruk terjejas diikuti Dungun dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun keadaan di Kelantan masih terkawal dan di sebelah utara hujan turun lebat sekali sekala.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujurin keadaan kemaman adalah darurat.Buat macai, terima kasih diatas undian anda kepada bn. Inilah harga yang kami terpaksa tanggung. bealan blh disalurkab melalu udara sebetulnya. Heli blh mendarat dikijl yg langsung tidak terjejas untuk salurkan bantuan kepada kemaman namun mereka tidak lakuan begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 01:30 PM
Lipis mula dilanda banjir



Aku tunggu jee air tu bah sampai ke raub... Nak tgk nanti apa idea menteri2 pahang duk ckp psl banjir ni... Dl penah zaman 70 an kot bah sampai ke raub ms tu katanye naga tasik chini bergaduh... Ni apa lak deme nak kata...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:49 PM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 01:45 PM
Jumlah terkini mangsa banjir

Pahang dah 30,000!!! bila nak istihar darurat nie!??
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:49 PM | Show all posts
razhar posted on 5-12-2013 01:34 PM
area balok habis ke kena..aku ada adik disana..senyap je...kawasan gambang water park?

Jalan gambang tutup semalam rasanya.. maknanya naik air lah tu.... Adik ko kat Balok area mana?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2013 01:49 PM | Show all posts
ya Allah

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:50 PM | Show all posts
poyohabis posted on 5-12-2013 01:48 PM
Aku tunggu jee air tu bah sampai ke raub... Nak tgk nanti apa idea menteri2 pahang duk ckp psl ban ...

kat raub pun ada kawasan yg kerap banjir kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 01:50 PM | Show all posts
C.K posted on 5-12-2013 01:48 PM
Jujurin keadaan kemaman adalah darurat.Buat macai, terima kasih diatas undian anda kepada bn. Inilah ...

Semalam sabhery chik mohon darurat kat kemaman,
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:51 PM | Show all posts
chit_ana posted on 5-12-2013 01:49 PM
ya Allah

Dekat mana nie? Sampai dada dah



Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:51 PM | Show all posts
chit_ana posted on 5-12-2013 01:49 PM
ya Allah

Ya Allah... kesiannya... sedih tgkw ajah2 mereka.
Ya Allah...semoga mereka tabah hadapi dugaan ini..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:52 PM | Show all posts
chit_ana posted on 5-12-2013 01:49 PM
ya Allah

ya Allah sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:53 PM | Show all posts
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mana-mana jalan yang ditutup bolehlah menghubungi directori JKR KELANTAN di bawah :

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:53 PM | Show all posts
crossfire posted on 5-12-2013 01:35 PM
aku tgk kat FB KONTAN.....memang teruk betui..
video sepupu wassap rumah dia paras bumbung...bawa ...

Sempat jugak la selamatkan dokumen.. adik member koi siap nangeh lagi masa koi tepon dia nak tanya kabor... sijil dia dari skolah rendah sampai degree sume duk dalam kotak bawah katil... kompom habih jahanam...

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:54 PM | Show all posts
BlueRose99 posted on 5-12-2013 01:40 PM
Closed Group la! Hakak tk bole nengok...

Kena join  group dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:54 PM | Show all posts
chit_ana posted on 5-12-2013 01:49 PM
ya Allah

anak yang bertudung merah tu takut, sejuk dan terpaksa sebab dah tinggi airnya ker... ya allah permudahkan urusan mereka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 01:55 PM | Show all posts
Pekan Rantau Panjang sudah dinaiki air


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sakurahati posted on 5-12-2013 01:00 PM
aku perhatikan najib n kak mah mmg tak pandai langsung nak amik hati rakyat...kalau tg puan pahang p ...

Bukan ke aku dgr citer org pekan mmg x suka kat kak mah coz dia mmg x nak bergaul mesra gan penduduk tempatan... Coz dia kan dr gol elit mn leh campur gan rakyat biasa... Tengku puan pahang mmg bgs tu sebab rakyat pahang sygkan tengku puan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:56 PM | Show all posts
Malaysia pun kalau tak spend million kat rumah terbuka Najib, atau private jet Rosmah atau lembu kondo Ijat atau macam macam lagi la aktiviti celaka, dapat jer sedia kemudahan banjir macam Jepun buat tu.

Apa nak buat, pemimpin lembu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:56 PM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 09:09 AM
tak tau kat mana
jmpa kat fb

adoi boleh senyum lebor lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.450175 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list