CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
Post time 10-12-2013 11:57 AM | Show all posts


kita sama-sama doakan keselamatan untuk mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2013 11:58 AM | Show all posts
kg bkt Catak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2013 12:00 PM | Show all posts
depan hospital dungun terkini


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 12:07 PM | Show all posts
dah berapa jam dah hujan kat Dungun / Paka, etc?


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 12:13 PM | Show all posts
bianglala posted on 10-12-2013 04:07 AM
dah berapa jam dah hujan kat Dungun / Paka, etc?

kat tempat iols dah berenti..tapi rintik2 hujan sesekali..tapi yang sangat lebat tu dari tengah malam sampai kul 8pg tadi..itu yang tahap lebat macam tuhan tuang air kat langit punye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2013 12:14 PM | Show all posts
Tiang telefon telah dialih..dan wakil jabatan kejuruteraan telah memantau keadaan hakisa..terima kasih telekom dan mpd Sura Hujung Dungun


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-12-2013 12:14 PM | Show all posts
Dungun Ops Banjir

Untuk Pagi Tadi
Kami Di Dungun Ops Banjir Berehat Satu Jam..Terima Kasih Atas Maklumat Anda..


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 12:15 PM | Show all posts
miawpink posted on 10-12-2013 11:56 AM
Khairul Akmal Jaapar

budok2 nim kalu kat umoh kemain malas
kat ni jadi sukarelawang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2013 12:16 PM | Show all posts


pergerakan awan monsun timur laut ke pantai negeri2 pantai timur.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2013 12:16 PM | Show all posts
Orang setiu jaga jaga..


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 12:16 PM | Show all posts
kecian budak ofis aku kt paka..
majoriti tak dpt g ofis..
ramai dok dungun, kertih & kemaman
kt g ofis, sangkut lak nak balik nanti..

setakat ofismate aku bgtau kt paka belum banjir lg..
sesetengah tempat baru naik air sikit2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2013 12:19 PM | Show all posts
Terkini, kg sungai binjai, jerangau
air naik semakin deras



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2013 12:23 PM | Show all posts


betoi ka









Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 12:25 PM | Show all posts
STONER posted on 10-12-2013 12:10 PM
pahang dah tak banjir ke?

masih banjir di tempat2 yg pedalaman.. kuala triang, bera, pekan....

di kuantan mmg dah reda.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2013 12:26 PM | Show all posts
Pemuda UMNO Negeri Sembilan bantu mangsa banjir di Kuantan

SEREMBAN: Konvoi lebih 100 orang sukarelawan Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sembilan bergerak ke Kuantan, Pahang pagi ini dalam misi membantu mangsa banjir.

Konvoi 26 buah kenderaan itu turut disertai tiga lori yang membawa muatan 600 kotak air botol minuman sumbangan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS).


Majlis pelepasan konvoi sukarelawan itu dilakukan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri di sini.

Bercakap kepada pemberita, Mohamad berkata tenaga sukarelawan itu diperlukan untuk membersihkan rumah mangsa banjir.

"Hasrat kami ialah membantu membersihkan rumah penduduk yang teruk dipenuhi lumpur akibat banjir yang melanda. Setelah air mulai surut, rumah mangsa banjir ini dan kawasan sekitarnya perlu dibersihkan dan pasukan ini membawa peralatan pembersihan sendiri.

"Aktiviti gotong royong tersebut diharap akan meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir. Mereka akan ditugaskan ke kawasan yang dikenal pasti untuk kerja pembersihan rumah mangsa banjir berkenaan," katanya.

Mohamad yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan berkata pasukan sukarelawan ini juga akan mengagihkan air botol minuman dan barang makanan kepada mangsa banjir.
Katanya walaupun program hari ini berjalan sehari namun program itu disusun atur untuk dibuat secara berperingkat mengikut keperluan.

"Sebenarnya pasukan sukarelawan dari negeri ini yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bergerak dua tiga hari lepas dan pergerakan mereka disusun atur untuk melaksanakan tugas secara berperingkat," katanya. - BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 12:26 PM | Show all posts
mycute posted on 10-12-2013 12:16 PM
kecian budak ofis aku kt paka..
majoriti tak dpt g ofis..
ramai dok dungun, kertih & kemaman

Office saya di paka...dr hari ahad lagi udah tutup.....ramai jua yang tinggal di kemaman...warehouse baharu hari ini ditutup....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2013 12:26 PM | Show all posts
Penduduk Kemaman sifatkan banjir kali ini `bagai tsunami kecil'

KEMAMAN: `Bagai tsunami kecil', itu anggapan penduduk Kemaman yang teruk dilanda banjir kali ini, ketika menghadapi saat air banjir yang naik begitu cepat dan mengalir deras melanda kediaman mereka beberapa hari lalu.

Penduduk di Kampung Air Putih dan Kampung Telandas, kawasan paling teruk terjejas banjir, masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka, terutama ketika hujan lebat turun mencurah.


Rohana Bakar, 52, dari Kampung Air Putih menyifatkan kejadian banjir tahun ini amat dahsyat kerana arus deras meranapkan beberapa buah rumah dan kedai di kampungnya.

"Saya lihat sendiri air banjir yang mengalir deras melanda Kampung Air Putih ini, tidak ubah seperti tsunami yang pernah melanda negara suatu masa lalu, cuma kecil sedikit.

"Sebahagian dinding warung milik saya antara yang hilang dibawa arus deras," katanya ketika ditemui Bernama di warungnya yang hampir roboh di sini.

Rohana berkata ketika meredah air banjir perasaan takut masih menyelubunginya setelah melihat kereta serta beberapa peralatan lain terapung dihanyutkan air yang hampir menenggelamkan kampung mereka ketika bencana berlaku.

Beliau sudah lebih 23 tahun berniaga di kawasan itu dan ketika berusaha menyelamatkan diri bersama cucu lelakinya yang berusia 11 bulan, mereka nyaris lemas dibawa arus namun berjaya diselamatkan anggota keluarga yang lain.
"Masa itu jam 1 pagi, makcik dan keluarga mula pindah ke pejabat pos berhampiran rumah. Disebabkan air naik cepat dan arus deras, makcik guna tali dibawa ahli keluarga dan tersadung jatuh ke dalam arus," katanya.

Seorang lagi mangsa banjir Syukri Ahmad, 40, berkata rumahnya musnah dihanyutkan arus deras banjir.

Tetapi beliau lebih risaukan keselamatan isterinya yang mengandung lima bulan dan tiga anaknya yang berumur 3 hingga 11 tahun, dan sebab itu beliau segera memindahkan mereka ke kawasan selamat ketika air dilihat naik mendadak.

"Lepas hantar isteri dan anak, saya pulang sendiri mahu mengemas barang. Masa sampai ke rumah, air sudah kira-kira setengah meter naik dan saya hanya kemas mana yang patut seperti dokumen penting sebelum bergegas meninggalkan kediaman ketika air naik ke paras dada.

"Namun keesokan harinya ketika mahu meninjau keadaan rumah, rakan-rakan saya kata rumah pusaka yang saya duduki itu musnah dihanyutkan air dan saya betul-betul terkejut," kata Syukri.

Beliau berkata kampung itu sering dilanda banjir namun tidaklah pernah seteruk kali ini sehingga beberapa buah rumah penduduk kampung lesap dibawa arus.

Sementara itu, Norhayati Jusoh, 38, berkata beliau terpaksa memecah masuk Pejabat Pos dan tinggal di tingkat atas bangunan itu kerana tidak sempat untuk pergi ke pusat pemindahan banjir yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

"Semua barang rosak dan wang tunai lebih RM10,000 hasil perniagaan jualan langsung turut hilang," katanya.

Menurutnya, suasana di pejabat pos itu sangat menakutkan ketika itu, namun mereka terpaksa bertahan semalaman, sebelum air surut keesokannya. - BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 12:29 PM | Show all posts
miawpink posted on 10-12-2013 12:23 PM
betoi ka

Astaghfirulahal 'azim.

Knowing Msia... mmg betul mcm tu... apa2 benda semua nak berucap, nak dirasmikan dulu.. traffic light pun nak dirasmikan..

Membazir segala2 nya.

miawpink tidak lihat ke photo saya tepek hari Ahad yg miaw berehat sehari dari porem... dlm pada darurat masih lagi nak ada protokol segala utk MB Pahang menyerahkan bantuan pada mangsa banjir di Ktn??? masih duduk di kerusi, meja masih beralas berjambangan bunga segala?





Last edited by Mulan on 10-12-2013 12:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 12:30 PM | Show all posts


1203hrs.. kelompok awan membawa hujan lebat masih kelihatan diantara 2 negeri Kelantan dan Terengganu
penduduk2 sekitar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan dungun, supaya sentiasa bersedia

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 12:30 PM | Show all posts
miawpink posted on 10-12-2013 12:23 PM
betoi ka

Betul dan saksi kejadian Mereka kumpul belakang bangunan MPK...guest house MPK ga silap saya...yang kamu nampak shabery cheek dgn matsaid bahagi bekalan itu...mereka bahagi sikit jah itu pun pada pusat geliga...ada sikit2 iklan yang pergi dari rumah kerumah...ga shilap saya dr group puteri umno..bekalan xbanyak mana....kepada volunteer yang masuk kemaman...serah jah ke PAS....bekalan sudah dipindahkan ke sekolah...berikutan ada orang komplen jalan dlm bandar jem...so pas ubah lokasi kepada sesiapa mahu loading bantuan supaya jln ga sesak untuk orang ramai dapatkan bantuan...unit amal pas pun ga putus2 hantar door to door..bkn mahu bahagi kredi tke pas jah..namun realitinya segitu...takkan saya mahu menipu pula bukan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.180061 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list