CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chami

LOFA & STUFF in a Positive Environment

[Copy link]
Post time 10-4-2018 09:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2018 12:37 PM | Show all posts
Kosmo Online

Neelofa, Khai Bahar pilihan peminat



                                           HARYATI KARIM
             10 April 2018 3:00 AM

BIARPUN sering dilanda kontroversi dan menjadi mangsa kritikan khalayak, si jelitawan bernama Neelofa berjaya membuktikan portfolionya kekal utuh apabila memenangi anugerah utama pada acara tahunan Anugerah MeleTOP Era (AME2018) iaitu Top Top MeleTOP bagi kategori wanita buat kali kedua.

                              
Tahun lalu, Neelofa pernah memenangi kategori sama sewaktu fenomena drama Suri Hati Mr. Pilot sedang melanda peminat drama tempatan.


  
Ditemui usai AME2018 melabuhkan tirai, Neelofa yang turut pulang dengan trofi kategori Fesyen MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP, langsung tidak menjangka kemenangannya merangkul hadiah utama pada tahun ini.
“Tidak jangka langsung untuk menang kerana saya telah bersedia untuk katakan yang tahun ini bukan milik saya. Ditambah dengan kontroversi dan kecaman yang diterima, saya memang tidak sangka peminat akan menunjukkan kesetiaan mereka dengan undian. Ini merupakan hadiah paling berharga buat saya,” ujar Neelofa.
Menang bergaya dengan tiga buah trofi pada malam tersebut, Neelofa bagaimanapun tidak dapat mengelak daripada kata-kata kurang manis yang mendakwanya membeli undi untuk menang.
Tidak melatah, pelakon berusia 29 tahun yang juga seorang usahawan berjaya itu menjelaskan, spekulasi sebegitu adalah normal dalam sesebuah anugerah berasaskan undian 100 peratus.
“Itu persoalan biasa untuk sesebuah anugerah berasaskan undian. Perkara paling penting, tidak kiralah berapa banyak wang yang dilaburkan dan askar yang dikumpul untuk mengundi online, akhirnya semua rezeki ditentukan Allah.
Saya tidak perlu longgokkan sejumlah wang untuk menang kerana tahu ada peminat sebagai tulang belakang. Mereka akan terus memberi sokongan walaupun saban hari saya menerima kecaman dan kritikan yang teruk. Namun, saya pasti kemenangan ini tidak akan menutup mulut orang.
“Sebabnya mereka akan terus bercakap dan saya tidak boleh puaskan hati semua orang,” jelas Neelofa yang menyifatkan pelakon Fazura dan Farah Nabilah sebagai pesaing terdekatnya.
Sungguhpun memenangi kategori Fesyen MeleTOP tahun ini, Neelofa juga menyedari busana yang disarung dalam AME2018 tidak akan terlepas daripada menjadi mangsa kecaman netizen.
Tahun ini gaun kembang berwarna merah jambu gelap bertatah ribuan batu swarovski yang dipakainya disamakan dengan watak Cheshire Cat daripada animasi Alice In Wonderland.
Sementara itu, sepasang lagi busana rekaan Fiziwoo dinamakan The Painting Dress yang digayakan dengan tudung kain net telah disamakan seperti kelambu katil dan bunga telur oleh netizen.
Sudah lima tahun saya menjadi pengacara MeleTOP. Setiap tahun juga fesyen saya akan dikritik. Sudah terbiasa dan paling penting saya berpuas hati dengan pakaian yang disifatkan seperti sebuah hasil seni. Terpulanglah apa orang hendak katakan, saya tidak kisah.
“Saya tidak memberikan perhatian terhadap kecaman mengenai pakaian kerana tugas utama adalah sebagai pengacara. Alhamdulillah, saya telah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Tahun ini juga, saya lebih bersedia,” ujar Neelofa yang turut menyanyi lirik lagu dikir barat bersama Sabri Yunus di atas pentas semasa pertengahan acara.



Kelebihan tersendiri 2 bintang
Memenangi hati peminat tentunya menjadi modal utama setiap artis selain meraih perhatian menerusi bakat.
Dua bintang popular, Khai Bahar dan Neelofa, berjaya mencuri perhatian ramai peminat malah mereka ada sokongan yang kuat dalam bidang masing-masing.
Disebabkan itu jugalah dua permata ini dijulang sebagai penerima anugerah Top Top Meletop kategori lelaki dan wanita di Anugerah Meletop Era 2018 (AME2018) yang berlangsung, kelmarin.

Bagi Neelofa pula, ini bukanlah kali pertama dia menggenggam trofi anugerah itu. Namun, dia sendiri mengakui kehadiran artis baru tidak boleh dipandang remeh.
Pengacara dan pelakon berusia 29 tahun itu juga menganggap peminatnya sangat kuat dan tidak pernah berhenti menyokongnya walaupun berdepan pelbagai kecaman.
“Saya sentiasa menerima pelbagai kecaman dan kritikan daripada masyarakat. Namun, terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong dan selalu berada di belakang saya.
“Saya sudah lima tahun bersama Meletop dan ini kemenangan kedua. Namun, saya tidak memandang rendah artis baru memandangkan mereka punya ramai peminat,” katanya.
Ditanya bagaimana dia berdepan semua kecaman dan terus kuat, Neelofa mendedahkan dia pernah menangis namun cuba untuk tidak berputus asa.
“Tentunya sebagai manusia, saya pernah menangis apabila dihentam dari semua arah. Kalau tak kuat, mungkin dah tinggalkan semuanya dan abaikan diri saya.
“Tapi, saya fikir dan lihat banyak aspek. Saya fikir mengenai mereka yang sentiasa menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan saya,” katanya.
Apa yang pasti, dua bintang ini berbakat dan mempunyai kelebihan tersendiri dalam cabang seni yang diceburi.
Mereka juga mahu menjadi inspirasi buat peminat, sekali gus mengalirkan aura positif kepada semua yang melihat mereka sebagai ikon.
  Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 April 2018 @ 5:56 AM


         
        

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2018 03:01 PM | Show all posts




'Pemilihan Lofa bukan menangguk di air keruh'  
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Rico Rinaldi, menepis tanggapan kononnya beliau cuba menangguk di air keruh apabila memilih bintang sensasi, Neelofa, sebagai 'muse' atau wajah mewakili koleksi Summeraya 2018.
Katanya, kerjasama bersama pelakon dan pengacara terkenal yang hebat dilanda kontroversi, baru-baru ini, juga bukanlah strategi jalan pintas beliau dalam memperkenalkan koleksi terbabit.
Tegas Rico, usaha untuk menyunting Neelofa sudah pun dilakukan sebelum Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu terpalit dengan kontroversi pelancaran koleksi tudung terbarunya di sebuah kelab malam di ibu kota, Februari lalu.
"Saya bekerjasama dengan Neelofa sebelum munculnya kontroversi itu. Sejak awal lagi pelbagai perancangan sudah dibuat, termasuk fotografi dan kempen raya ini. Cuma, apabila koleksi itu dilancarkan, baru-baru ini, ia kebetulan hampir dengan tempoh kontroversi terbabit.
"Ia memang bukan strategi pemasaran atau kami cuba mengambil kesempatan ke atas apa yang terjadi pada Neelofa," katanya yang menjadi pereka tempatan pertama berjaya menyunting bintang jelita itu sebagai wajah rasmi jenama fesyen.
Rico mempunyai alasan tersendiri memperkenalkan Neelofa, atau lebih mesra disapa Lofa, sebagai Face of Summeraya 2018.
"Bukan hanya popular, malah beliau berjaya dalam pelbagai lapangan diceburi, terutama lakonan dan pengacaraan. Sumbangannya kepada negara juga sangat membanggakan.
"Saya mahu mencari selebriti yang boleh melambangkan koleksi tersendiri, berbeza, unik dan berketerampilan. Pemilihan Neelofa juga berdasarkan penghijrahan beliau ke arah lebih positif dan optimistik.
"Selain itu, ia menjadi cara saya untuk meraikan usia 10 tahun dalam industri fesyen. Tambahan pula, saya mencari 'muse' yang bertudung, jadi Neelofa dilihat bertepatan sekali," katanya.
Menurut Rico, beliau mendekati selebriti berkenaan menerusi mesej secara langsung di Instagram dan mengaku senang bekerjasama dengan pelakon Red Velvet itu.
"Beliau juga ada mengikuti perkembangan saya sebelum ini dan mungkin ia antara alasannya bersetuju untuk projek kerjasama ini," katanya.
Rico memperkenalkan 46 rekaan menerusi koleksi sempena perayaan Aidilfitri tahun ini. Ia juga koleksi hari raya ketujuh beliau sejak pembabitannya dalam bidang fesyen.


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 03:19 PM | Show all posts
semalam gi butik Neelofa dekat TTDI..

terserempak dgn Datin Tini... soft spoken sangat2...
baik je dia dgn staff & guard dia...



Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 02:39 AM | Show all posts

Errr...

washere2 replied at 7-4-2018 07:02 PM
Maybe tak relevant nak sebut dah now. Perasan tak sekian lama tiada news lofa kt kosmo. Sampai art ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Termimpi mimpi...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:23 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2018 12:36 AM | Show all posts

Oooo...

washere2 replied at 9-4-2018 11:43 PM
#Showbiz: Neelofa and Khai Bahar took top spots at Anugerah MeleTOP ERA 2018

By TAHIR ALHAMZA ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Ini ropanya KHAI BAHAR...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2018 03:54 PM | Show all posts
Neelofa Jadi Watak Animasi, Omar & Hana Ditonton 9 Juta Penonton Unik  26 April 2018. 5.53 PM

Selebriti popular, Neelofa mencatat satu lagi pencapaian dalam karier seninya apabila wajahnya kini dijadikan watak dalam kartun animasi popular, Omar & Hana.

Pengacara program Meletop itu memberitahu dalam watak kartun animasinya itu, dia turut mempromosikan produk tudungnya, Naelofar Hijab dalam program bersiri itu.

Menariknya, buat pertama kali dia memperkenalkan produk pakaian kanak-kanak jenamanya sendiri.

"Ini merupakan satu peluang yang bagus untuk mewujudkan pakaian kanak-kanak dan saya juga berkolaborasi menerusi dua lagu dan dua video dalam program kartun animasi ini," katanya ketika majlis Pelancaran Barangan Omar & Hana di Putrajaya, hari ini.


Omar & Hana merupakan animasi Islamik Prasekolah Nombor 1 di Malaysia terbitan Digital Durian bersama Astro kali ini menjalinkan kerjasama dengan beberapa produk termasuk Siti Khadijah, Ana Edar, Karangkraf, Inteam Records, My Baby Can Read, Toyworld dan Pearl Sport.

Menerusi kerjasama tersebut, satu Fiesta Omar & Hana diadakan di Alamanda, Putrajaya bermula hari ini sehingga 29 April ini dari 10 pagi sehingga 10 malam.

Siri Kartun tersebut juga mencatatkan 395,000 pelayar dan 197 juta tontonan di platform, YouTube serta 9 juta penonton unik menerusi saluran Astro Ceria, Astro Oasis, Astro Prima dan Astro Maya HD.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

http://www.gempak.com/artikel/93 ... -juta-penonton-unik


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2018 03:59 PM | Show all posts
Omar & Hana bakal masuki siaran Indonesia, Timur Tengah                                                      Siti Azielah Wahi
                                                    26 April 2018


            

Model kanak-kanak menggayakan pakaian dan barangan Omar & Hana bersama wakil dari syarikat Siti Khadijah, selebriti popular, Neelofa serta maskot Omar & Hana semasa majlis pelancaran, hari ini

        PUTRAJAYA - Animasi kartun Islamik terkenal, Omar & Hana bakal memasuki pasaran luar negara termasuk Indonesia dan Timur Tengah selepas lebih setahun memonopoli penerbitan siri kanak-kanak Islamik.
        Penerbit Digital Durian iaitu syarikat produksi yang menghasilkan Omar & Hana, Fadilah Abd Rahman berkata, siri kartun tersebut akan memasuki siaran Indonesia pada bulan Ramadan ini diikuti di negara Arab susulan mendapat permintaan tinggi di kedua-dua negara berkenaan.
        “Berdasarkan kajian yang pihak kami lalukan di seantero dunia, negara-negara Islam sememangnya ketandusan rancangan kanak-kanak Islamik yang mempamerkan nilai Islam dalam penceritaan.
        "Justeru kami telah bersedia untuk membawakan Omar & Hana untuk ditonton menerusi televisyen satelit bukan sahaja di negara sejagat, bahkan di Timur Tengah dalam tahun ini dan juga Eropah tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Barangan Omar & Hana di Alamanda, hari ini.
        Sementara itu, Omar & Hana berkolaborasi dengan beberapa jenama popular seperti Siti Khadijah dan Naelofar Hijab dalam menghasilkan produk kanak-kanak termasuk tudung dan telekung.
        Kolaborasi strategik itu sejajar dengan hala tuju animasi berkenaan untuk mendidik kanak-kanak tentang nilai-nilai Islam menerusi kandungannya.
        “Seiring dengan peningkatan populariti Omar & Hana, kami berpeluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak menghasilkan produk kanak-kanak yang berkualiti dan sesuai dengan imej Omar dan Hana yang Islamik,” katanya.
        Selain Naelofar Hijab dan Siti Khadijah, turut sama berkolaborasi ialah Kumpulan Media Karangkraf yang menerbitkan buku dan poster animasi comel kegemaran kanak-kanak serta minuman berkhasiat Qaseh Gold Junior oleh Ana Edar.
        Selain itu, DVD Omar & Hana diterbitkan oleh Inteam Records, kad imbas bacaan untuk kanak-kanak oleh My Baby Can Read, baju renang kanak-kanak oleh Pearl Sport dan alat permainan, alat tulis dan beg kanak-kanak oleh Toy World.
        Ustaz Don Daniyal pula dilantik sebagai penasihat agama siri kartun yang sarat dengan nilai agama dan menjadi fenomena besar ini, selain siri Didi & Friends yang juga diterbitan oleh syarikat produksi sama.


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2018 04:39 PM | Show all posts

Kosmo

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 12:09 AM | Show all posts

Errr...

washere2 replied at 9-4-2018 11:43 PM
#Showbiz: Neelofa and Khai Bahar took top spots at Anugerah MeleTOP ERA 2018

By TAHIR ALHAMZA ...

[AceHand SPECTaceLAR]

KHAI BAHAR ni pemes lagu hapa yer...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 01:22 PM | Show all posts

VINCENT TAN (kiri), artis dan usahawan jenama Naelofar, Neelofa (dua dari kanan) dan  Alice Lee melancarkan dua produk Cosway  iaitu tudung DignitexNaelofar Hijab dan produk kecantikan Diamond Royale di Kuala Lumpur, semalam


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 01:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 01:39 PM | Show all posts

ILOFAyou

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2018 01:36 AM | Show all posts

Hmmm...

washere2 replied at 23-5-2018 01:22 PM
VINCENT TAN (kiri), artis dan usahawan jenama Naelofar, Neelofa (dua dari kanan) dan  Alice Lee me ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Hapa fungsi VINCENT TAN kat situ...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 12:18 AM | Show all posts

ILofaYou too!!

Lama tak mai sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2018 01:20 PM | Show all posts
Inessa replied at 4-6-2018 12:18 AM
ILofaYou too!!

Lama tak mai sini

Hai @Inessa; been a long time

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 01:24 PM | Show all posts
Edited by washere2 at 5-6-2018 01:25 PM


Sabtu, 2 Jun 2018 | 12:36pm
Tudung 'instant' gaya Neelofa


Oleh Norhafzan Jaafar
[email protected]

KUALA LUMPUR: Sempena Syawal tidak lama lagi, jenama tudung Naelofar Hijab melancarkan koleksi tudung #naelofaraya2018 bertemakan #ShineOn.
Tema berkenaan dipilih sendiri pengasasnya, yang juga selebriti terkemuka, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan Neelofa.
#ShineOn memberi makna setiap individu perlu menghargai diri dan sentiasa bangkit daripada kegagalan dalam meniti kehidupan.
Masih mengekalkan rekaan 'instant', semi-instant, tudung empat segi dan selendang seperti tahun sebelumnya atas permintaan ramai juga, koleksi #naelofaraya2018 mengetengahkan rekaan turban yang diperbaharui, dikeluarkan dalam edisi Luxe.
Lapan koleksi #naelofaraya2018 bukan saja menampilkan variasi kelainan tetapi menggunakan fabrik berkualiti dan rekaan kemasan bermutu tinggi.
Koleksi yang sudah berada di pasaran ini dijual antara harga RM88 hingga RM 93 menampilkan tudung instant Alina, Lola dan Be Lofa Instant Raya.
Manakala bagi mereka yang mahukan selendang koleksi Layla, Ameera dan Zara mungkin sesuai dengan anda untuk digayakan bersama turban Be Lofa Luxe Raya.
#naelofaraya2018 turut menampilkan koleksi Elsa untuk mereka yang gemarkan penampilan tudung empat segi selain hiasan batu kristal Swarovski terbaru, 'teardrop pendant'.
Serentak dengan pelancaran tudung itu, video eksklusif bertemakan #ShineOn dilancarkan menerusi semua platform sosial media dan digital NH Prima, Naelofar Hijab dan Neelofa pada 21 Mei lalu.
Video berdurasi hampir lima minit menjalani penggambaran di The Ritz Carlton Koh Samui, Thailand dengan kerjasama YTL Hotels, pada pertengahan April lalu.


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2018 02:01 PM | Show all posts








Tenang tanpa kontroversi - Neelofa
                    Alif Fadli Mohd. Sori                    
                                                05 Jun 2018 11:22 AM         

                     
KUALA LUMPUR 5 Jun- Menolak sebarang tawaran pengacaraan dan undangan berbuka puasa memberi peluang kepada pengacara dan pelakon, Neelofa menjalani ibadah puasa dengan cukup tenang.

                       
Jelasnya, dia mahu lebih fokus kepada keluarga dan meningkatkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan yang mulia.


   
“Alhamdulillah, setakat ini saya dapat berbuka dengan keluarga hampir setiap hari. Kalau tidak, memang sangat susah kan. Sibuk sahaja. Jadi Ramadan ini saya berehat sebentar.
“Semua kerja sudah disiapkan dua bulan lebih awal dan memang saya sangat susah untuk menerima tawaran mengacara atau hadir ke majlis berbuka,” katanya kepada UTUSAN ONLINE baru-baru ini.
Dalam pada itu, Neelofa juga mengakui berdebar dan sedikit takut dengan respon peminat terhadap drama, Ti Amo Sweetheart 100 Hari yang bakal ditayangkan Aidilfitri ini.
“Gugup juga. Tak tahu macam mana respon peminat. Tapi insya-Allah, saya harap peminat suka,” katanya. - UTUSAN ONLINE
        
              



Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2018 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Morning !! Lama tak menjengah kat sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.571999 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list