|
[Pelbagai]
ANYTHINK 6 : LUAHAN DALAM PLASTIK
[Copy link]
|
|
seribulan replied at 11-8-2021 03:29 PM
Kematian around 200++...huhu...
Itula......mau 100k |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 11-8-2021 06:28 PM
200++...huhu...
Tiap hari 200++....innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 10 Ogos 2021 – Situasi Terkini Pengesanan Jangkitan Kes COVID-19 dan Penilaian Risiko Penularan Jangkitan di Parlimen
BY DG OF HEALTH ON AUGUST 10, 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini pengesanan kes COVID-19 yang berkait dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang telah diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021, bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur. Seperti yang dilaporkan dalam Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 7 Ogos 2021, sejumlah 88 kes COVID-19 dikesan di mana 56 kes adalah hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dengan empat (4) kes kontak rapat; 17 kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat dengan tiga (3) kontak rapat dan lapan (8) kes saringan Pra-Dewan Negara.
Terkini terdapat penambahan sembilan (9) lagi kes yang berkaitan dengan sidang Parlimen tersebut. Ini menjadikan keseluruhan kes dikesan berkaitan persidangan Parlimen adalah 97 kes. Sembilan (9) kes tersebut adalah:
empat (4) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 hasil saringan semasa Pra-Dewan Rakyat. Empat (4) kes ini baharu dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan dikesan positif COVID-19 menggunakan RTK Ag pada 23 Julai 2021. Kesemua kes didapati begejala ringan dan telah diberi Perintah Pengawasan dan Kawalan (HSO) di rumah. Kesemua mereka juga telah pulih dan mulai bekerja setelah tamat HSO;
satu (1) kes baharu dilaporkan pada 10 Ogos 2021 di mana kes ini juga merupakan kes kematian pertama yang baharu dikesan positif COVID-19 dengan ujian RT PCR pada 31 Julai 2021. Kes ini telah hadir semasa persidangan Dewan Rakyat; dan
empat (4) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang telah hadir semasa persidangan Dewan Rakyat. Satu (1) kes mempunyai nilai kitaran ambang atau CT value RT PCR 19.62 (kebolehjangkitan yang tinggi), manakala yang lainnya adalah di antara 32.76 sehingga 36.07;
Enam (6) kes telah lengkap mendapat dua (2) dos vaksin, dan dua (2) lagi kes adalah kanak-kanak (kontak rapat kes) yang belum layak mendapat vaksin.
Kes kematian yang telah dinyatakan di atas adalah melibatkan pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai sejarah hadir ke Parlimen 26 – 29 Julai 2021. Ujian saringan pra Dewan Rakyat (23 Julai 2021) dan ujian RTK-Ag Self-Test Kit Saliva (29 Julai 2021) adalah negatif. Beliau kemudiannya menunjukkan gejala pada 31 Julai 2021 dan positif ujian PCR dengan nilai kitaran ambang atau CT value 14.88. Keadaan beliau bertambah teruk dan telah dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos 2021 untuk rawatan lanjut. Namun keadaan beliau amat kritikal dan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021.
Hasil siasatan KKM setakat ini mendapati walaupun kes-kes positif ini tidak mempunyai hubungkait antara satu sama lain kecuali kontak rapat, namun perkongsian bilik dan kemudahan asas seperti tandas, surau dan ruang makan oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan COVID-19 di Parlimen.
Adalah dimaklumkan bahawa lapan (8) sampel kes Parlimen yang mempunyai CT value rendah telah dihantar ke IMR untuk ujian genomik. Didapati sebanyak lima (5) daripadanya adalah varian VOC Delta manakala dua (2) sampel tidak berjaya diproses dan satu (1) sampel lagi masih menunggu keputusan.
Rujuk jadual berikut untuk ringkasan status terkini.
RINGKASAN KESELURUHAN KES POSITIF COVID-19 BERKAITAN SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN
(SEHINGGA 10 OGOS 2021)
PERKARA KES POSITIF KONTAK RAPAT POSITIF JUMLAH KESELURUHAN*
Saringan Pra Dewan Rakyat 56 8 (4)* 64 (4 RTK-Ag)*
Semasa Dewan Rakyat Bersidang 18 (1) 7 (4) 25 (5 PCR)*
Saringan Pra Dewan Negara 8 – 8
JUMLAH 82 (1)* 15 (8)* 97 (9)
* ( ) merujuk kepada kes baharu
Justeru, adalah dinasihatkan supaya individu yang hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya bergejala, mereka dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dan mendapatkan rawatan segera.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
10 Ogos 2021 @ 7:00 petang |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu esok lak...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 17,973 kes (1,075,816 kes kumulatif, 81.5%);
Kes baharu : 20,780 kes (1,320,547 kes kumulatif);
Kes import : 15 kes (5 warganegara, 10 bukan warganegara)
Kes tempatan : 20,765 kes [17,383 warganegara (83.7%); 3,382 bukan warganegara (16.3%)];
Kes aktif : 233,358 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,053 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 546 kes;
Kes kematian : 211 kes [11,373 kes kumulatif, 0.86%; 184 warganegara, 27 bukan warganegara; 16 kes BID (10 warganegara; 6 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 4,034 kluster;
Jumlah kluster baharu : 31 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,776 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,258 kluster.
Daripada 20,780 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 400 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,380 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhan, hanya 5,138 kes (24.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.
Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Sebanyak 211 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 79 kes di Selangor, 41 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 21 kes di Kedah, 16 kes di Johor, 13 kes di Sabah, masing-masing lapan (8) kes di Negeri Sembilan dan Terengganu, masing-masing tujuh (7) kes di Pulau Pinang dan Perak, enam (6) kes di Melaka, serta lima (5) kes di Pahang.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 10 OGOS 2021)
Berdasarkan data terkini pada 10 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.37) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.16). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
PENINGKATAN KES JANGKITAN COVID-19 YANG TERUK (SEVERE COVID-19 INFECTION) DALAM KALANGAN IBU HAMIL DI MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan ibu hamil, mengambilkira golongan ini adalah kumpulan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk, selain individu yang mempunyai komorbid dan warga emas. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ibu hamil lebih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk dan memerlukan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta bantuan pernafasan (invasive ventilation) berbanding wanita yang tidak hamil. Jangkitan COVID-19 tahap yang lebih teruk kerap berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
Sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021, sejumlah 3,396 kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia. Dianggarkan hampir 1% ibu hamil di Malaysia dijangkiti COVID-19. Jumlah kes yang dilaporkan semakin meningkat bermula Oktober 2020, dengan purata 200 kes jangkitan sebulan di mana lonjakan kes dapat dilihat pada Mei 2021 (sebanyak 850 kes) dan Jun 2021 (sebanyak 899 kes). Tren peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan ibu hamil adalah sejajar dengan peningkatan jumlah kes COVID-19 di Malaysia secara keseluruhan (Rujuk Graf 1).
Peratus ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 yang menerima penjagaan rawatan rapi telah meningkat dari 3% pada 10 Julai 2021 kepada 5.3% pada 7 Ogos 2021. Analisa terperinci menunjukkan nisbah kes ibu hamil dijangkiti COVID-19 yang menerima rawatan rapi berbanding jumlah pesakit COVID-19 kritikal ialah 1 dalam 20. Nisbah ini jauh lebih tinggi berbanding nisbah jangkitan ibu hamil dalam populasi umum iaitu 1 dalam 220.
Sehingga 9 Ogos 2021, sebanyak 70 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan COVID-19 telah dilaporkan berbanding tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 dilaporkan pada tahun 2020. Bagi tahun 2021, purata kes COVID-19 bagi bulan Januari 2021 sehingga bulan Mei 2021 adalah sebanyak 2 kes pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, berlaku peningkatan kes kematian mendadak dilaporkan sejak bulan Jun 2021 iaitu sebanyak 17 kes kematian. Data menunjukkan 2 kes daripada jumlah tersebut telah menerima dos pertama vaksin, manakala sebanyak 15 kes yang lain tidak menerima vaksin COVID-19. Berdasarkan maklumat sediada, sebanyak 47% dari kes kematian yang dilaporkan mempunyai komorbid.
Sehingga 8 Ogos 2021, seramai 146,759 ibu hamil telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin COVID-19, sejak kempen ibunisasi dimulakan pada akhir Jun 2021. Daripada jumlah tersebut, seramai 83,251 (57 peratus) ibu hamil telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sebanyak 20 peratus ibu hamil telah lengkap menerima 2 dos vaksin. Berdasarkan anggaran ibu hamil setahun, peratus ibu hamil yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin di aplikasi MySejahtera masih rendah iaitu sebanyak 40 peratus.
Graf 1 : Bilangan Dan Kematian COVID-19 Dalam Kalangan Ibu Hamil/Postnatal Daripada Mac 2020 Sehingga Jun 2021
Sumber: CPRC Perkhidmatan Hospital
Memandangkan ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. KKM menyeru semua ibu hamil untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti COVID-19. Para suami mestilah memberi sokongan kepada pasangan bagi memastikan mereka mendapat suntikan vaksin COVID-19. Pengambilan vaksin perlu dilengkapkan sebelum memasuki fasa akhir kehamilan iaitu trimester ketiga. Ibu hamil yang masih belum menerima janji temu untuk vaksinasi boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat bagi mempercepatkan proses janji temu.
Selain itu, langkah-langkah pencegahan seperti berikut mesti diambil oleh ibu hamil dan ahli keluarga;
Kekal berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja;
Amalkan norma baharu serta mematuhi standard operating procedure (SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19;
Ahli keluarga perlu diingatkan untuk tidak menjadi punca jangkitan kepada ibu hamil dengan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah;
Jika terdapat ahli keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh sepenuhnya kepada prosedur kuarantin;
Sekiranya telah disahkan positif COVID-19, semua ibu hamil, termasuklah yang tidak bergejala, mesti hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) untuk menjalani penilaian oleh doktor. Ikut nasihat doktor jika perlu dipantau di fasiliti kesihatan;
Sekiranya ibu hamil berada di rumah dan gejala bertambah teruk, ibu perlu segera ke klinik atau CAC berdekatan; dan
Jika berlaku kecemasan, boleh hubungi talian 999 atau segera ke hospital berdekatan. Ibu hamil atau ahli keluarga boleh juga menekan butang SOS di aplikasi MySejahtera jika bantuan segera diperlukan.
Akhir sekali, KKM menyeru sekali lagi agar semua ibu hamil untuk berdaftar dalam MySejahtera dan mengambil vaksin COVID-19 kerana pengambilan vaksin adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dan selamat untuk mencegah ibu hamil dari mendapat jangkitan yang teruk.
Perincian bilangan ibu hamil/postnatal yang dijangkiti COVID-19, bilangan kematian ibu hamil disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19, serta liputan vaksin COVID-19 dalam kalangan ibu hamil adalah seperti di Lampiran 7 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
11 Ogos 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 11 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI PURATA KES 7 HARI KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,897 102.7 6,921 (11) 485,014
WP KUALA LUMPUR 2,019 105.7 2,065 (3) 146,410
KEDAH 1,325 58.4 1,534 61,290
JOHOR 1,196 30.5 1,693 104,721
SABAH 1,165 28.8 1,514 97,979
NEGERI SEMBILAN 916 78.8 1,015 81,571
KELANTAN 845 43.1 1,284 52,661
PULAU PINANG 840 46.5 1,385 55,404
PERAK 715 27.4 828 46,640
SARAWAK 606 20.8 634 (1) 83,387
PAHANG 516 29.5 585 30,853
MELAKA 488 50.2 636 37,158
TERENGGANU 439 33.9 613 22,188
WP PUTRAJAYA 65 69.1 41 4,661
PERLIS 15 5.7 29 887
WP LABUAN 12 11.4 3 9,723
MALAYSIA 18,063 52.8 20,780 1,299,767
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 3
Perincian 20,780 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 6,921 193 3,298 11 3,419
WP KUALA LUMPUR 2,065 121 1,043 3 898
JOHOR 1,693 448 929 – 316
KEDAH 1,534 71 854 – 609
SABAH 1,514 118 925 – 471
PULAU PINANG 1,385 65 424 – 896
KELANTAN 1,284 317 652 – 315
NEGERI SEMBILAN 1,015 7 613 – 395
PERAK 828 83 380 – 365
MELAKA 636 234 259 – 143
SARAWAK 634 77 426 1 130
TERENGGANU 613 176 342 – 95
PAHANG 585 127 317 – 141
WP PUTRAJAYA 41 – 33 – 8
PERLIS 29 6 12 – 11
WP LABUAN 3 – 1 – 2
JUMLAH KESELURUHAN 20,780 2,043 10,508 15 8,214
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 11 OGOS 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Tapak Bina Jalan Anggun Tempat Kerja Johor Johor Bahru 218 325
2 Jalan Rami Empat Tempat Kerja Johor Muar 37 184
3 Jalan Tembaga Empat Tempat Kerja Johor Johor Bahru 15 201
4 Jalan Ekoperniagaan Satu Tempat Kerja Johor Johor Bahru 7 35
5 Jalan Kebun Sultan Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 10 20
6 Industri Kampung Telekong Tempat Kerja Kelantan Kuala Krai 17 121
7 Seksyen Lapan Jalan Pintu Pong Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu dan Tumpat 14 20
8 Industri Solar Valley Tempat Kerja Melaka Alor Gajah, Melaka Tengah, dan Jasin 138 1,056
9 Industri Jalan PBR Satu Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 124 132
10 Industri Muadzam Shah Tempat Kerja Pahang Rompin 24 242
11 Lorong Mak Mandin Tiga Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara 22 381
12 Batu 27 Sook Tempat Kerja Sabah Keningau 55 136
13 511 Sentosa Tempat Kerja Sarawak Kuching 14 112
14 Industri Lorong Petai Tempat Kerja Selangor Klang 88 296
15 Industri Bukit Naga Tempat Kerja Selangor Klang 50 151
16 Industri Batu Sembilan Kapar Tempat Kerja Selangor Klang 22 297
17 Jalan Gangsa Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Cheras 23 51
18 Jalan Helang Belalang Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 20 42
19 Taman Puteri Kluang Komuniti Johor Kluang 85 1,204
20 Kampung Lela Jasa Komuniti Kelantan Kuala Krai 35 109
21 Kampung Kual Gunong Komuniti Kelantan Bachok 28 45
22 Kampung Batu Lapan Kadok Komuniti Kelantan Kota Bharu 25 32
23 Lorong Taman Nik Komuniti Kelantan Kota Bharu 14 24
24 Kampung Kuchelong Komuniti Kelantan Bachok 13 23
25 Taman Ihsan Komuniti Kelantan Pasir Mas 6 9
26 Kampung Tanjong Bako Komuniti Sarawak Kuching 24 61
27 Braang Payang Komuniti Sarawak Kuching 27 36
28 Air Manis Komuniti Selangor Sabak Bernam 16 52
29 Kampung Gelam Mas Komuniti Terengganu Besut 38 384
30 Dah Persiaran SP Kumpulan Berisiko Tinggi Kedah Kuala Muda 47 122
31 Jalan Dikon Tiga Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Kluang 18 130
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 10 OGOS 2021
NEGERI NILAI RT
PERLIS 1.37
KELANTAN 1.21
SABAH 1.16
PERAK 1.15
SARAWAK 1.14
TERENGGANU 1.14
KEDAH 1.13
PULAU PINANG 1.12
PAHANG 1.10
JOHOR 1.09
NEGERI SEMBILAN 1.06
WP KUALA LUMPUR 1.04
SELANGOR 1.02
MELAKA 1.01
WP PUTRAJAYA 0.98
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.07
LAMPIRAN 7
Jadual 1: Data Bilangan Ibu Hamil/Posnatal Yang Dijangkiti COVID-19 Berbanding Kes Keseluruhan; Malaysia Mac 2020- Julai 2021
Bulan Bilangan Ibu Hamil/Postnatal yang Dijangkiti COVID-19 Bilangan Kes Keseluruhan Jangkitan COVID-19 Peratus (%)
Mac 2020 23 2,737 0.84
April 2020 24 3,236 0.74
Mei 2020 8 1,817 0.44
Jun 2020 3 820 0.37
Julai 2020 2 1,157 0.17
Ogos 2020 4 364 1.10
September 2020 9 1,884 0.48
Oktober 2020 162 20,324 0.80
November 2020 190 34,149 0.56
Disember 2020 213 47,313 0.45
Januari 2021 404 101,949 0.40
Februari 2021 264 85,793 0.31
Mac 2021 143 44,748 0.32
April 2021 198 63,213 0.31
Mei 2021 850 163,644 0.52
Jun 2021 899 179,622 0.50
JUMLAH 3,396 752,770 0.45
Sumber :
Data Bilangan Kes COVID-19 Dalam Kalangan Ibu Hamil/Postnatal adalah dari reten bulanan oleh JKN
Data Bilangan Kes COVID yang dilaporkan – CPRC Kebangsaan, KKM
Jadual 2 : Data Bilangan Kematian Ibu Hamil Disebabkan Komplikasi Jangkitan COVID-19; Malaysia Januari 2021 – 9 Ogos 2021
Bulan Bilangan kematian ibu hamil disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19
Januari 2021 2
Februari 2021 1
Mac 2021 0
April 2021 2
Mei 2021 2
Jun 2021 17
Julai 2021 29
Sehingga 9 Ogos 2021 17
JUMLAH 70
Sumber : Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga , KKM
Jadual 3 : Data Liputan Vaksin COVID-19 Dalam Kalangan Ibu Hamil, Sehingga 8 Ogos 2021
Negeri Bil. Mendaftar Dalam Mysejahtera Bil. Terima Sekurang-Kurangnya 1 Dos Bil. Janji Temu Diberi % Menerima Vaksin (Sekurang-Kurangnya 1 Dos) % Menerima Vaksin & Janji Temu
WP K.Lumpur 13,525 9,263 2,264 68 85
Selangor 40,859 27,659 2,768 68 74
N.Sembilan 6,017 3,763 653 63 73
WP Labuan 392 252 31 64 72
Sarawak 8,064 5,397 378 67 72
WP Putrajaya 1,145 723 63 63 69
Melaka 5,309 3,258 309 61 67
Johor 19,493 9,177 3,570 47 65
Kedah 9,221 5,251 179 57 59
Pahang 6,685 3,663 66 55 56
Pulau Pinang 7,658 4,005 250 52 56
Perlis 1,102 552 60 50 56
Sabah 6,996 2,383 1,216 34 51
Terengganu 6,085 2,695 118 44 46
Perak 8,651 3,292 290 38 41
Kelantan 5,557 1,918 133 35 37
Malaysia 146,759 83,251 12,348 57% 65%
Sumber : MySejahtera, CPRC Kebangsaan KKM |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 11-8-2021 05:30 PM
Tiap hari 200++....innalillah
Masak kari kepala ikan Salmon |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 12-8-2021 02:07 PM
Masak kari kepala ikan Salmon
Lemak bnyk sangat...buat kari..tapi ramai suka buat kari kepala salmon..slurppp |
|
|
|
|
|
|
|
Habis dah ngap masa beli tak perasan kepala ikan salmon
|
|
|
|
|
|
|
|
21000++
Sehingga 12 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,668 kes (1,342,215 kes).Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 6,278 (491,292)
WPKL - 2,436 (148,846)
Johor - 1,706 (106,427)
Sabah - 2,052 (100,031)
Sarawak - 1,216 (84,603)
Negeri Sembilan - 899 (82,470)
Kedah - 2,143 (63,433)
Pulau Pinang - 1,229 (56,633)
Kelantan - 972 (53,633)
Perak - 930 (47,570)
Melaka - 494 (37,652)
Pahang - 629 (31,482)
Terengganu - 594 (22,782)
WP Labuan - 11 (9,734)
WP Putrajaya - 56 (4,717)
Perlis - 23 (910)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|