1) Tudung_bawal : Kenangan anda semasa tahun baru cina tahun lepas..
Jawapan TB: Kenangan yang tak dapat dilupakan tahun lepas ialah, masa on the way balik dari KL ke Kota Bharu, jalan jammed sangat-sangat. Bertolak sebelah pagi, sampai malam lebih kurang pukul 10. Lenguh satu badan. Yang kelakar tu, masa kami berhenti di satu stesen minyak, terserempak dengan satu keluarga berbangsa cina, dorang sangat terkejut sebab jalan jammed dah la semuanya orang melayu dalam kereta. Dah confius raya melayu ke raya cina . Lagi satu dalam perjalanan yang sama, selain dari jammed sebab kereta banyak, ada juga berlaku kemalangan di antara bas ekspress dengan sebuah kereta. Lagi - lagi la bertambah jammed. Mudah-mudahan trafik esok tak seteruk tahun lepas{:4_189:}. rafflesia76 Post at 20-1-2012 16:40
Balik kampung...oooo balik kampung.....esok pagi{:4_190:}
oklah....selamat bercuti kepada semua forumer dan mod yg baik hati.......kalau balik ke kampung halaman tu memandu la dgn berhati-hati.....jumpa lg minggu depan...
UJIAN KEMAHIRAN HIDUP AWAL TAHUN
TEMA : TAHUN BARU CINA
SILA JAWAB SEMUA SOALAN
1. Pada tahun apakah anda dilahirkan menurut kalender Cina? tahun ayam jantan..........
2. Pernahkah anda pergi beraya di rumah kawan2 kaum cina? pernah dulu masa zaman sekolah dulu..... sekarang ni takde pulak....
3. Limau jenis apakah yang paling anda sukai pada musinm raya cina ini? limau mandarin... perasan kalau yang plastik jernih tu sedap dan manis... tapi plastik oren tu masam skit....
4. Apakah makanan tradisi orang cina yang anda sukai? takde la pulak yang disukai... setakat merasa je ada la.... tu pon merasa makan yee sang sekali....
5. Bagaimanakah anda selalu menghabiskan cuti di hari raya cina? selalunya tak pergi mana2 pon.... setakat jalan2 pusing kl jek... ain bukannya ada kampung... pernah sekali dulu gatal nak pergi genting masa raya cina... ramai gile2 orang kat atas tuh... fuhh nyesal sungguh pegi masa tu...
6. Pernahkah anda jatuh cinta/crush atau suka kepada seseorang dari kaum cina? pernah jatuh cinta dengan pelakon Aaron Kwok... hensemm ooo.... tu dulu punye cerita laa...
7. Sila buat 10 soalan untuk ditujukan kepada rakan-rakan porumer ATW ini ( sila sebut nama penerima soalan).
1. tudung_bawal - Apakah sebenarnya maksud 'makan besar' pada tahun baru cina?
2. ungu_merah - Makanan kaum cina 'Yee Sang' sebenarnya dibuat daripada apa?
3. rafflesia - Senaraikan haiwan2 yang terdapat dalam kalendar cina?
4. ciksurie - Kenapakah merah menjadi warna untuk tahun baru cina?
5. adalia - Apakah tujuan tarian singa diadakan menurut kepercayaan kaum cina?
6. cmf_aniss - Apakah perkara-perkara yang dilakukan oleh kaum cina pada tahun baru yang dipercayai untuk mendapat tuah yang baik?
7. mertua - Pernahkan anda memakai pakaian tradisional kaum cina seperti ceongsam?
8. zadzamusa - Macam mana kaum cina merayakan 'Chap Goh Mei'?
9. fantagiro - Apakah tajuk cerita cina kesukaan anda dan siapakah pelakonnya?
10. bulanpurple - Apakah erti tahun naga ini menurut kepercayaan kaum cina?
Selamat menjawab kengkawan.....
Hantar jawapan sebelum 12 tengahari 25/1/2012. Jawab soalan yang ditujukan porumer sebelum 5 petang 25/1/12.
Mertua: Ada tak ahli keluarga anda yang mengahwini mualaf berbangsa cina, jika ada sila kongsikan pengalaman anda.
Tiada - tapi pakcik bercinta sakan dan sememangnya berhasrat hendak berkahwin tetapi tidak dibenarkan oleh ahli keluarga kerana kita mesti seorang yang kuat berugama bagi mendidik seorang mualaf
mertua : Kenapa sukan taekwondo dimonopoli oleh majoriti kaum tionghua?
Taekwondo berasal dari negara Korea dan Semananjung Korea sendiri berdekatan dengan Tanah Besar Cina dan pengasasnya sendiri ialah seorang yang berbangsa Korea iaitu mereka semua berkulit putih dan mata sepet sebab kita orang Melayu sendiri ada seni mempertahankan diri iaitu SILAT.
4.Cleef: Pernah tak berangan untuk mempunyai pasangan berbangsa cina?
Pernah la time2 sekolah menegah rendah dedulu penangan mengadap drama hong kong petang2... kalo boleh nak yg muka ala2 leon lai meng
13. Moyas: Siapakah penyanyi berbangsa cina yang anda minati dan mengapa?
Daniel Lee Chee Hun (Malaysian Idol)
Saya minatinya kerana dia mempunyai suara yang lain daripada lain, gaya penampilanya yang tersendiri, raut muka yang comel dan dapat menarik perhatian ramai. Selain itu dia juga lulusan universiti dan juga berkebolehan bermain piano.