|
Skuad The Red Warriors telah berlepas ke Kuala Lumpur dari Singapura jam 7pg td sebelum meneruskan perjalanan ke Myanmar esok bagi menghadapi perlawanan kedua Piala AFC bertemu Ayeyawady United. Lek Kcira, Dickson Nwakaeme dan Dimitri Petratos akan menyertai pasukan di Kuala Lumpur nanti. ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 10-3-2013 07:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tukar kot...tp ada ker pengganti yg hebat... |
|
|
|
|
|
|
|
yennei ada peluang kasi gol la sama wa sudah 4 gol lu olang kasi sama kita ?![](static/image/smiley/default/titter.gif)
![](http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/c108.0.403.403/p403x403/426518_338116029633371_1791500261_n.jpg)
Last edited by cecurut on 10-3-2013 09:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasukan The Red Warriors sekarang berada di Kuala Lumpur setelah bertandang ke Singapura sejak hari Jumaat lalu untuk perlawanan Liga Super di Stadium Jalan Besar. Mereka akan berlepas ke Yangon esok. untuk meneruskan saingan peringkat kumpulan Piala … |
|
|
|
|
|
|
|
cecurut posted on 10-3-2013 07:01 PM ![](static/image/common/back.gif)
orang degil selalu rugi... maka jadilah pok lebai malang memanjang...
ni anak buah baru hang. ...
naper anak mat yo tu? x cukup bulan ker? ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Harap Bojan Hodak ambik nasihat Kelab Penyokong ni...![](static/image/smiley/default/innocent0001.gif)
Hodak, Red Warriors tertekan
Kota Bharu: Kelab penyokong Kelantan mendesak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) termasuk ketua jurulatih, Bojan Hodak ‘melakukan perubahan mendadak’ selepas juara tiga piala, musim lalu bergelut dengan prestasi tidak memuaskan.
Bagaimanapun, kelab penyokong masih tetap memberi kepercayaan kepada jurulatih berbangsa Croatia itu membimbing The Red Warriors (TRW) namun dengan syarat dia mencongak strategi baru untuk pasukan bangkit semula.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berkata, beliau meminta pihak pengurusan KAFA dan Bojan menggunakan peluang menukar pemain menjelang masa pendaftaran semula pemain dibuka April ini dengan sebaik mungkin.
Masalah taktikal TRW
“Pihak pengurusan dan Bojan perlu bertindak dan melakukan sesuatu sebelum kita terus ketinggalan. Sekarang ini TRW masih berpeluang mengejar pasukan di tangga teratas dan memburu kejuaraan. Kedua-dua pihak perlu memperkasakan peluang menukar pemain April nanti dengan sebaik mungkin.
“Bukan niat saya masuk campur urusan jurulatih, namun apa saya lihat masalah ketara TRW adalah aspek taktikal. Bojan perlu membuat ramuan terbaik membentuk pasukan yang mampu bangkit untuk perlawanan seterusnya,” katanya di Kota Bharu, semalam.
Selain itu, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali turut menyifatkan taktikal Bojan yang banyak bermain dengan hantaran jauh dan menjadikan Keita Mandjou sebagai target utama tidak menjadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pok Aji dah start marah tu...sblm tu, Pok Aji kena salahkan diri sendiri la..yg pergi beli player yg murah2 dan tak der skil pehal... ... tul tak beb @cecurut
Liga Super: Annuar Musa beri amaran keras
Noor Hafiza Che Abdullah
11 Mac 2013
Annuar Musa
SUSULAN kekalahan 0-1 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memberi amaran keras kepada pemainya yang dilihat gagal menyerlah dalam saingan Liga Super 2013.
Jelas Annuar, sekiranya sasaran yang diletakkkan oleh persatuan itu gagal dicapai, maka orang yang terlibat harus bertanggungjawab dengan apa yang terjadi.
"Cukupla alasan-alasan yang diberikan. Meskipun diberi segala-galanya dari musim lalu, tapi hasil amat menyedihkan.
"Jadi, jika KPI tidak dapat dicapai oleh orang yang dipertanggungjawabkan, maka pihak yang terlibat harus bertanggungjawab," kata Annuar di laman Facebooknya sejurus selepas perlawanan kelmarin.
Beliau berkata demikian kerana prestasi anak buah Bojan Hodak yang terus gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila pasukan itu hanya meraih dua kemenangan dalam 10 perlawanan setakat ini.
Kelantan mencatat kekalahan ketiga apabila tewas 0-1 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Keputusan itu meletakkan Kelantan di kedudukan kelapan dengan mengutip 11 mata hasil 10 perlawanan setakat ini.
Mengulas lanjut, Annuar berkata,"sangat mengecewakan melihat The Red Warriors (TRW) beraksi malam tadi (kelmarin). Tak tahu apa lagi yang perlu dikata."
Annuar turut menjelaskan pergerakan yang lembik dilihat paling ketara dalam barisan pemain Kelantan.
"Tiada variasi dalam serangan dan pertukaran pemain yang dibuat sangat membinggungkan.
"Beberapa pemain baru juga tidak bermain mengikut tempo dan rentak TRW. Ia jelas pergerakan yang lembik," kata Annuar yang semakin resah dengan prestasi pasukan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fakri Saarani melapur diri Jumaat ini di KOTA BHARU..dan bersedia menjalani latihan dan penyesuaian corak permainan trw...rasanya utk APRIL kita telah temui gandingan dan line up yg mantap..ENJIN UTAMA PASUKAN AKAN DI KENDALI OLEH 4 PEMAIN KEBANGSAAN ..manakala PENYERANG DI UBAHSUAI DGN GANDINGAN YG LEBIH MANTAP DAN BERBISA..PERTAHANAN TETAP DI BERI KEUTAMAAN..insyaallah TRW TAMPIL LEBIH KEMAS DAN LEBIH BERTENAGA...
Jawapnyer: Tak ada pun perubahan BESAR. Si keita tetap menjadi tonggak penyerang diberikan keutamaan cuma dibantu si petratos. Dan yang lain-lain cuma tepek muka2 baru.. keputusan akan seri dan menang pun kadang-kadang... ramalanku tetap benar belaka ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|