CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: slippergombak

[Jenayah] Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur

 Close [Copy link]
Post time 5-12-2013 01:56 PM | Show all posts
Bell posted on 5-12-2013 01:49 PM
Pahang dah 30,000!!! bila nak istihar darurat nie!??

najib is the PM... prime mada-faka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 01:57 PM | Show all posts
truly posted on 5-12-2013 01:56 PM
Malaysia pun kalau tak spend million kat rumah terbuka Najib, atau private jet Rosmah atau lembu kon ...


sama2lah kita berdoa uk warga2 pantai timur... Amin
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:57 PM | Show all posts
Banjir di Kemaman.

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:58 PM | Show all posts
mana gmbo pm naik bot atau tolong masak nasi?
x sampai lg ke??
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:58 PM | Show all posts
chit_ana posted on 5-12-2013 01:45 PM
jln pcb ke kb kelantan

sini mmg sejak azali banjir..org lain blom apa2 sini dah banjir...
by right aku rasa banjir kat sini dah jadi tradisi..rumah2 biasa2 je takde bombastik perabut mahal bagai sbb depa tahu ujung2 tahun air mesti naik..
kl yg buat umah besar area ni akn buat umah 2 atau 3 tingkat...bawah tpt parking..so time air naik depa rilek duk umah tinggi
kes kat kuantan byk taman perumahan baru naik 4-5 thn ni...rumah teres setingkat..kawasan plak bekas paya bekas sawah..tambah dgn hujan melampau..ramai yg takde pengalaman utk hadapi bjr ni..

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:00 PM | Show all posts
Keadaan terkini banjir setakat jam 12:00. sumber: http://publicinfobanjir.water.gov.my/

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2013 02:01 PM | Show all posts
dr fb jerantut

Lokasi: Kg Paya Gunung awal pagi tadi


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:02 PM | Show all posts
Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 986 orang

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Keadaan banjir di Kelantan juga semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan sehingga pagi ini ialah sebanyak 986 orang berbanding 538 orang malam tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah adalah antara jajahan terbaharu yang dilanda banjir.

Di Kuala Krai, seramai 646 orang daripada 149 buah keluarga ditempatkan di enam buah pusat pemindahan, manakala di Machang, seramai 71 orang dari 19 keluarga dipindahkan ke empat buah pusat pemindahan.

Di Pasir Mas, hanya 24 orang dari sebuah keluarga dipindahkan berikutan air Sungai Golok di Rantau Panjang yang dilaporkan melimpah.

Manakala di Pasir Puteh, seramai 109 orang dari 29 keluarga dipindahkan di tiga tempat pemindahan sementara di Tanah Merah, seramai 136 orang dari 38 keluarga berpindah ke tujuh pusat pemindahan.

Ketika ini bacaan paras air di Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok di Rantau Panjang telah melepasi paras bahaya manakala paras air di sungai-sungai lain dilapor terus meningkat.

Sehingga pukul 10 pagi, bacaan di Tualang, Sungai Lebir ialah pada paras 36.19 meter (bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai 25.35 meter (bahaya 25 meter) dan Jambatan Guillemard 17.15 meter (bahaya 16 meter).

Sungai Golok di Rantau Panjang pula kini mencatat bacaan 10.21 meter melepasi tahap bahaya sembilan meter dan dijangkakan jika paras air terus meningkat, lebih ramai mangsa di Pasir Mas akan berpindah.

Keadaan cuaca pagi ini terus mendung dengan sesekali hujan lebat di kawasan pedalaman. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 02:02 PM | Show all posts
asrisha posted on 5-12-2013 01:44 PM
bukan la fb  KUANTAN yg ini.... taip hurup besor

TQ so much!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:02 PM | Show all posts
Bell posted on 5-12-2013 01:49 PM
Pahang dah 30,000!!! bila nak istihar darurat nie!??

tunggu 40,000 noks...
pastu notis 2 hari....
nasib le noks jadi rakyat marhaen....
ni bahana pilih pemimpin yg buta mata hati...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:03 PM | Show all posts
Najib ke Pekan, Rompin dan Kuantan tinjau banjir

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan keadaan mangsa banjir yang semakin buruk di Pahang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bergegas meninggalkan persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2013 untuk meninjau keadaan di sana.

Presiden UMNO di dalam tweet terbarunya berkata beliau akan ke Pekan, Rompin dan Kuantan untuk menjenguk keadaan banjir di sana.

MUTAKHIR
Najib ke Pekan, Rompin dan Kuantan tinjau banjir
2013/12/05 - 13:42:54 PM Cetak Emel Kawan

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan keadaan mangsa banjir yang semakin buruk di Pahang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bergegas meninggalkan persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2013 untuk meninjau keadaan di sana.

Presiden UMNO di dalam tweet terbarunya berkata beliau akan ke Pekan, Rompin dan Kuantan untuk menjenguk keadaan banjir di sana.


"Doakan semuanya selamat," katanya.

Sementara itu, setiausaha akhbar Najib, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata perdana menteri terpaksa bergegas ke negeri itu sebaik selesai menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

"Beliau berlepas dari Subang pada jam 12 tengah hari dan dijangka akan turut menziarahi keluarga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan Jamali Jani yang dipercayai hilang dalam banjir di Kuantan malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Jamali, 45, dan anaknya Megat Mohd Nazli Jamali, 17, dipercayai jatuh ketika menaiki bot fiber pukul 7.30 malam di Kampung Sungai Isap, Kuantan.

Banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Pahang sehingga pagi tadi mencecah 38,323 orang daripada 9,153 keluarga.

Banjir semakin buruk di Pahang dan negeri-negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan semakin meningkat. - BERNAMA


berita harian
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:04 PM | Show all posts
patut nya da sampai sana bru gtau
ni bru nk masuk kaki dalam keta da pukul kompang gtau 1 dunia...
sampai nya ntah pukul brapa
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:04 PM | Show all posts
chit_ana posted on 5-12-2013 01:57 PM
Banjir di Kemaman.

Subhanallah ... Allahuakbar ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:04 PM | Show all posts
Zack Rahim

Usaha selamatkan warga emas yg sakit kronik. Dari 6 org warga emas dan OKU, hanya seorang shj yg mahu dibawa keluar. Yg lain berkeras mahu tinggal di pusat mangsa banjir di SK Tanah Puteh, Kuantan. Namun, dpt uruskan penghantaran ubat2an dan doktor dari ABIM dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan dgn kerjasama pihak polis dan ambulan. Terpaksa kidnap bot polis dan ambulan yg melintas. Terima kasih semua yg membantu






Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:06 PM | Show all posts
Najib, Muhyiddin bergilir tinjau keadaan banjir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bergilir-gilir meninjau keadaan banjir yang kini melanda beberapa negeri.

Muhyiddin berkata beliau akan ke Mersing, Johor esok, sementara Najib bergegas ke Pahang sebaik sahaja merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

"Oleh kerana kita sedang mengadakan perhimpunan agung dan mesyuarat ini tidak boleh kita tangguhkan, maka kami bergilirlah, saya akan hadir di sini dalam mesyuarat pada hari ini dan esok saya akan turun (ke Johor).

"Yang penting ialah untuk menentukan segala persiapan yang telah kita buat sebelum ini telahpun beroperasi dan digerakkan di bawah panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Muhyiddin berkata beliau yakin segala aspek termasuk keselamatan, logistik dan bantuan makanan kepada mangsa banjir sudah diuruskan sebaik-baiknya oleh Jawatankuasa Bencana Alam.

"Apa saja bentuk peralatan yang telah kita susun dapat kita gunakan sepenuhnya, untuk menentukan kesan daripada banjir ini tidaklah begitu teruk sekali terutama dari segi menjaga keselamatan dan nyawa penduduk.

"Di samping itu aspek logistik yang perlu kita siapkan baik dari segi makanan dan bantuan lain serta tempat pemindahan itu juga berada dalam keadaan baik," katanya.
Muhyiddin berkata parti Barisan Nasional (BN) juga sudah menggerakkan semua sukarelawan parti itu untuk membantu dari segi pemindahan, bantuan bahan makanan serta peralatan kepada mangsa banjir.

"Ini adalah satu malapetaka bencana alam dan kita perlu hadapi serta tangani dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak membawa bencana dan juga maut terutamanya kepada penduduk-penduduk kita," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:06 PM | Show all posts
chit_ana posted on 5-12-2013 01:49 PM
ya Allah

Gambar ni amat meruntun jiwa aku tgk la wajah  kanak kanak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis posted on 5-12-2013 12:24 PM
kau ingat kalau pm datang..banjir tu hilang ke??come on lah..apa guna ada jabatan perdana menteri, ...

Kalo dtg sana buat la mcm tengku puan sultan pahang... Tolong memasak... Belikan bahan2 mentah... Sekurang2nye membantu bukan menyalak kat pau kata tlg rakyat tp hamper jer...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:07 PM | Show all posts
Air tangan Tengku Puan Pahang di SUKPA. Junjung kasih Tuanku.


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:07 PM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 02:04 PM
patut nya da sampai sana bru gtau
ni bru nk masuk kaki dalam keta da pukul kompang gtau 1 dunia...
...

belum campur waktu nak rehat, mandi, solat, makan lagi huhuhuhu
tak kan nak g sana dalam keadaan kelaparan... makan durian pun pakai sudu

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:08 PM | Show all posts
Rose Ghafar Bagi anda yang ingin menderma pakaian/makanan/ubat-ubatan buat mangsa banjir di Pahang, anda boleh menghantar pakaian yang telah diasingkan mengikut gender/size kanak-kanak/bayi/dewasa ke PEJABAT IKRAM Gombak, 567A&B, Jalan Samudra Utara 1, Taman Samudra, Batu Caves. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 0192862800 (Encik Shahrin).
Jika anda di kawasan Bangi, anda boleh menghantar ke Sekolah Kebangsaan Seri Putra, Bandar Seri Putra sehingga jam 11pagi esok:info from email jabatan

kaka @MelahJanda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.147880 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list