miawpink posted on 10-12-2013 09:48 AM
Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu - APMT
aku rasa status ni worth reading...so aku translate sbb ramai x paham bhs trg...
pengalaman org banjir..penceritaan dr org yg kne banjir..
kita kt sni, kne banjir atau tak..sama-sama la muhasabah diri..sama-sama kembali pd Yang Maha Berkuasa...
Dulu aku rasa aku ni dah hebat..ada kereta besar, rumah punbesar.. tapi bila hujan non-stop tak sampai pun 3 hari, kereta ygaku rasa besar skarang dah tak nampak bumbung..rumah yg aku rasa besar, airsikit lagi nak cecah bumbung..kecik jer kereta dgn rumah aku rupanya.. air lagibesar..
dulu aku ingat kereta yg aku pakai tu enjin dah besar,kompom bleh bwk laju! tapi skarang air baru naik paras lutut, kereta aku 70km/j pun dah tak brapa nk jalan..rupanya ada yg lagi hebat dari kereta aku..
dulu ingatkan aku ni dah cukup hebat, bwk motor mesti nakwheelie..130km/j pun still buat aksi superman..bila dtg banjir, motor pun takboleh start..hebat ke aku?? ada yg lagi hebat rupanya!
dulu aku ni kuat kerja, takde masa langsung nak pegisurau..bukan takat surau..smayang sendiri yg lima minit tu pun tak sempat.. naktolong wife kt rumah pun takde masa, anak2 mmg tak sempat nak ambik tahu, makayah bukan stakat aku tak sempat tolong, aku nak tanya khabar pun taksempat..nak tgk rakyat, nak tanya khabar kawan2? nak jenguk jiran2?? kompom taksempat!
tapi bila banjir datang, mana aku nak lari..masa yg dulusmayang 5 minit tak sempat, skarang kalau 24 jam pun aku boleh.. sembahyangjemaah pun boleh! semua doa kalau boleh akunak baca..tengok air banjir pun buat aku istigfar..
dulu tak sempat tolong wife kemas, skarang semua barang akutolong kemas..sampai ke almari dalam bilik anak aku pun aku kemas.. mak ayah ygdulu aku tak ambik tahu, skarang masalah yg 10 tahun lepas pun aku ada tanya..punya banyak masa ada sekarang..jiran yg sebelah rumah tak tau nama..skarangsmpai nama ayah dia pun aku tau..usahkan wakil rakyat, pengerusi kelab mancingpun sibuk tolong orang musim banjir ni..banyak nya masa DIA bagi kat aku musimbanjir ni..
dulu..aku ni kedekut..nak tolong orang? memang tak la..buatapa nak tolong orang? aku pun tak pernah mintak tolong org..buat apa aku naksusahkan org..tapi bila banjir datang, terpaksa aku tolong org..kalau taktolong, macam mana org nak bagi makanan kt balai raya..org tak hiraukan aku..
dulu aku berat keluarkan zakat..sedekah toksah cakapla..lagi berat..dah kenapa aku kena berbagi bagi kat org? susah susah aku cariduit..letih2 aku kerja..kenapa aku kne bagi2 kat org? aku kerja, duit aku, akupunya la! kalau korg nak senang, korg cari la duit sendiri..aku turunla ke laut jadi nelayan..6 bulan tak balik rumah jenguk anak bini demi nakkumpul duit..korg senang2 nak mintak..
tapi bila datang banjir, habis semua duit yang aku kumpul..duityang simpan dekat bank semua kne keluarkan, nak ganti barang2 ygrosak..hmmm..kejap sangat duit yang aku simpan berpuluh tahun tu nak habis..skali datang banjir jer..tak kekal rupanya duit/harta aku..kalau DIA nak ambikbalik..kejap je..baru aku sedar..kalau nak cerita..panjang dia takkanhabis..tapi yang aku nak bagi tau kt sini..ada sebab datangnya banjir ni..Alhamdulillah..sempat jugak aku nak beringat..sempat jugak aku nak sedar..sebelumaku terus hanyut dan tak sedar-sedar..
|