SEREMBAN: Prosiding inkues kes kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, bermula apabila Koroner, Maimoonah Aid, melawat tempat penginapan dan lokasi penemuan mayat remaja Ireland itu, pagi ini. Beliau tiba di lokasi pada jam 9.15 pagi bersama pasukan keselamatan terdiri daripada Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman.
|