CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: foundation

Merged: Melbourne, Australia

   Close [Copy link]
Post time 10-6-2012 06:11 PM | Show all posts
Reply 1819# snakeyes
Ni gambar2 dalam apartment tu:-
Bilik tidur sebelah kiri.... yg kanan living area.

Ni satu lagi shot untuk living area:

Pintu masuk:





Alamat penuh : 104/12 Waterview Walk, Watergate Apartments, Docklands, Victoria 3004. Memang "perfect" untuk keperluan u tu. Untuk maklumat yg lengkap & tepat untuk booking etc pergi link ni:
http://www.rent-a-home.com.au/19308
Saya booking melalui website nilah. Rate $190/nite. Fully self contained apartment. Owner dia org Filipino - Flora Basilio. Nice lady, siap minta advise hotel yg bagus untuk dia nak pergi KL Julai depan! Ada dua bedrooms dan dua toilet. Jadi taklah  berebut nak mandi! Satu bedroom tu ada attached toilet, jadi ada privacy untuk my sister in law & anak dia. Kat ruang tamu ada satu sofa bed warna hitam yg boleh muat dua org tidur. Sebenarnya boleh sumbat 1-2 org lagi kat apartment ni - ada satu sofa panjang warna merah utk sorang lagi tidur dan ada space dlm bilik tidur yg private tadi untuk seorang tidur atas lantai. Jadi semua boleh muat 8 orang!
Sebenarnya kalau saya buat research & planning untuk family trip memang cukup2 teliti; kalau pergi sendiri pakai lebih kurang je. Apartment ni cuma terletak 130m dari bus stand free Tourist Shuttle Bus dan 150m dari Tram stop D3 utk free City Circle Tram plus 500m dari Southern Cross Station. Semua ni dah di ambil kira waktu planning dulu. Kami nak easy access to public transport & tempat makan. Tempat makan Halal paling dekat - Nando's, Docklands 150m away. Apartment ni tingkat satu, tapi tempat ni sangat tenang dan quite private walaupun dekat dgn CBD.

Free City Circle Tram Stop D3:




Owner dia quite flexible; saya mintak late check out tak dapat sebab ada org nak check in petang tu... jadi dia bagi kami letak beg2 kat kedai dia dulu di Queen St. Dia ygi! tolong angkut beg2 pakai kereta dia. Bila dah pukul 6:30pm saya pergi kedai dia; dia suruh staff dia hantar beg2 pakai van ke Southern Cross station. Staff dia orang Kristian Qibti/Coptic dari Mesir nama Ishak, tak berenti dok kutuk Ikhwan Muslimin, but thats another story....

Ada satu lagi apartment yg saya short listed betul2 depan Federation Square, dah lupa pulak nama dia......

Selamat mencari!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 10:25 PM | Show all posts
Reply 1821# Rushrush

Thanks share rush. awesome tmpt tu, nnt next week sy book la tempat tu sbb x larat nak pikir lg mane nak stay. hehehtiket flght pg ke melbourne dan balik guna countrylink pon tak settle2 lagi..
kes nak nek country link sbb si bapak saya la nak scenery, view, pokok2, kambing apa bagai sume..dia nak siang, tp kalau travel mlm dia tak mau..so, kenelah study siang malam bape jam pnjg..heheh.
nnt ade ape2 sy akn refer dgn u sifu ok =)
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 08:42 AM | Show all posts
Reply 1822# snakeyes
No problem, taklah awesome sangat apartment tu... saya pernah duduk kat apartment kat Perth yg lagi best - siap ada Xbox player utk budak2! Cuma location apartment ni memang spot on, lagipun rate kira reasonable berbanding apartment2 lain dan murah lagi dibandingkan kalau nak ambik 2-3 bilik hotel.

Ok ni pengalaman naik Countrylink XPT dari MEL ke SYD:
Step1 : Tiket dah booking online siap2 dari M'sia = total $276 untuk 6 org; purata $46/seorg. Email yg dihantar oleh Countrylink tulah jadi tiket! Saya ada pergi counter Countrylink sehari sebelum bertolak mintak tiket sebenar "...for souvenir's sake..." tapi dia tak bagi!
Step2 : Pergi Southern Cross Station 30 minit sebelum train bertolak untuk deposit luggage. Tempat deposit luggage kat sini:

Beg2 kita akan di "tag" dan dia akan bagi tag tu untuk ambik beg bila dah sampai nanti. kalau sesiap nak bawak beg ke dalam train pun boleh sebab memang ada rack di belakang setiap gerabak. Berat luggage tu cukup2 generous, jadi taklah panik takut excess luggage macam AirAsia pulak!

Ni dalam Southern Cross Station:

Untuk XPT memang Platform 1:


Step 3: naik ke dalam keretapi dan cari tempat duduk yg dah ditetapkan dalam tiket. Ni rupa kat dalam XPT train tu:-

  
Tempat duduk dia lagi lapang & selesa dari kapalterbang dan ada rak di atas untuk letak beg2 yg tak besar.

Waktu tunggu keretapi tu terjumpa satu grup 7 org dari Seremban (4 dewasa 3 budak2) 1st trip to OZ. Depa ni datang ikut KUL-SYD, stay di SYd 2 mlm, naik XPT ke MEL, stay di MEL 2 mlm, balik ke SYD naik XPT, dan 2 mlm lagi di SYD. Contract duduk kat M'sian Hall Di MEL & SYD - diorang mengaku kenal org dalam sebab tu family pun dapat stay kat MH. Diorang ni letak beg2 kat belakang gerabak - tak check in. Ada toilet & filtered water dispenser kat belakang setiap gerabak.
Train malam ni dalam satu jam gitu dia akan tutup lampu, sesiapa nak membaca boleh buka lampu kecik. Train ni berenti beberapa tempat - at every stop ada orang yg turun dan naik - train stewards siap datang wake up org2 yg nak turun (20 minit sebelum sampai stesen. KTMB bila boleh buat macam ni?) dan check ticket org2 bau naik. Jadi nak tidur agak terganggu sikit pasal heavy traffic org lalu-lalang. Kami beli airpanas kat Buffer Car $1/each dan buat air 3-1 Milo, Nescafe, Tongkat Ali etc.

Tiba2 bising sekejap grup dari Seremban tu - diorang sama gerabak dgn kami - ada satu beg dah hilang! Tak tau sapa ambik! Diorang report kat Steward train tu tapi memang very slim chancelah nak dapat balik beg tu, pasal beg tak di tag dan tak tau kat stesen mana beg tu hilang. Cuma yg nasib baik beg tu penuh dgn baju2 busuk shj! Silap2 bila bukak beg mau pengsan pencuri tu cium bau! Kami gelak sakan jugak terkenang kes ni, dan secara tak dirancang akan berjumpa lagi grup ni kat Cafe Kasturi, Sydney.

Tepat pukul 7:00 pagi train ni pun sampai di Central. Semua org macam rushing je keluar, kami pergi ambik beg yg dah di letak di luar gerabak paling depan. Tunjuk docket tag tu barulah dia akan bagi kita ambik beg - bagus security luggage ni!

Since hari kami sampai hari Ahad, jadi terus pergi beli tiket family Sunday Funday yg cuma $2.50/org untuk round puas2 Sydney hari tu!

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 09:37 AM | Show all posts
Mintak maaf banyak2 kepada semua forumers kalau nampak macam terhegeh2 nak buat posting2 ni... bukan ape, moderator kita bro bdk2 akan ke Oz very soon... jadi kena feed info cepat2 kat dia.

Tempat Makanan Halal Di Melbourne - Ni tempat2 yg saya pergi tengok sijil Halal dia sendiri: (by no means exhaustive - saya research kat zabihah.com, halasquare.com.au & various sites sebelum pergi, & tak mau masuk tempat2 yg dah dipos oleh forumers sebelum ni. )

Swanston Street:-

Nelayan:

Es Teler 77:

Untuk Nando's, please read the following (pic taken at Nando's Swanston St):-

Gaylord Indian restaurant pun dekat - terlupa ambik gambar!


Melbourne Central & QV area:-
Kat Foodcourt Melbourne central-


Oporto pun ada (cari gambar tak jumpa pulak!), plus Secret Recipe. Ni Lord of Fries:-

Papparich - kat QV square


Kamis Kebab pun ada kat QV foodcourt (gambar missing!)

Cluster kedai2 Halal kat Lygon St - 300m dari bus stop #5 Free Tourist Shuttle Bus. Kedai2 ni mainly catering for RMIT students.
Lazzat - owned by Melayu S'pore.
Boleh nampak Curry House lepas Ying Thai, Halal jugak tu.
Ni Killiney, sebelah Lazzat- owned by M'sian Chinese, also halal.


Ni pulak Namaste, Halal jugak:

Semua kedai di atas dekat2 je.

kat Australia on Collins Foodcourt:-


Salsa's & Burger Edge. Salsa's siap ada jadual untuk tunjuk menu yg mana Halal.

Pendek kata istilah "darurat" bab makanan Halal ni tak boleh pakai di Melbourne pasal cukup banyak dan senang outlet2 Halal ni. Ada banyak lagi Halal restaurant i.e. Mama Wong's Kitchen (dah diposted oleh forumer), Sawasdee, Curry Fusion, Briyani house, Dhaka House yg kami tak masuk pasal my wife & sister tak berapa suka indian food. Oporto & Nando's ada merata tempat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 10:06 AM | Show all posts
Reply 1824# Rushrush


   thank you so much bro for all your posts! really appreciate it. I bet all forummers would also feel the same.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 01:04 PM | Show all posts
Otai-otai melbourne sume,

penah tak ada sesiap buat cross dari area GOR ke Philips Island? Sebab macam terpikir dari GOR, macam takmau balik terus ke melben. overnite kat area GOR, then terus ke Philips Island. Bila bukak balik google maps, dia macam 1 timur, 1 barat yang dipisahkan dengan 1 selat 'spirit of tasmania'

bahaya tak kalo nak cross dari situ naik ferry?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2012 01:23 PM | Show all posts
Otai-otai melbourne sume,

penah tak ada sesiap buat cross dari area GOR ke Philips Island? Sebab ...
bdk2 Post at 11-6-2012 13:04


bukan nak jwb, tp nak menyelittt jerrr Itinerary asal, sy pun cdg nak cross dari GOR ke philips island. Tapi fikir punye fikir, rasanya dari GOR nak ke ballarat pulak. Cumanya, konpem sy akan overnite di port campbell, then esoknya terus ke ballarat-melben ataupun GOR-mornington/philips island. Philips island dlm pertimbangan lagi (rasa cam kena skip). Nih tgh study jarak n masa bg setiap destinasi. Hujung minggu baru ni study kat tenet, tetiba teruja pulak nak ke Moonlit Sanctuary (area mornington) ... hhuuu. Tapi jika sampai sanctuary tu, alang2 kena la jejak philips island.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 02:17 PM | Show all posts
Reply 1827# safiku


   safi, sy ade buat skit research psl ferry from Queenscliff to Sorrento.
http://www.searoad.com.au/bookings-results/?departing=Queenscliff&type_of_travel=Vehicle&travelDay=25&travelMonth=June+2012&form_posted.x=30&form_posted.y=15

http://www.searoad.com.au/

ada tak sape2 penah try ni? mcm menarik je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2012 03:31 PM | Show all posts
Reply 1801# jawa-ian


  
booking kereta paling murah. hyundai i20. kitorang top up aud10/day. dia upgrade to lancer. sepatutnya top up aud20/day, tapi since bawa baby, dia suru topup aud10/day. so total aud161, including GPS and baby seat.

hi jawa, boleh saya tau awak amek kereta sewa dari company mana? sy ade buat survey gak...paling murah ialah dari thrifty.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 03:36 PM | Show all posts
Reply 1828# bdk2

mmg menarik dan membikin hati ini makin tdk keruan dgn itinerary
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 03:39 PM | Show all posts
Reply 1830# safiku


   awak pegi bila? sy ni next week..tp akan terjah GC dulu. utk itinerary saya tak berani nak plan atau book pape kat sana for example mcm kereta, ataupn accom kat tgh jalan. kene tgk weather forecast dlu. kalo plan awal2, takut bencana menanti. insyaALLAH, mintak jauh sgt2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 04:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by safiku at 11-6-2012 16:07

Reply 1831# bdk2


insyaAllah fly sehari selps raye haji ... 27 okt-2 nov (baru terperasan mgu lps, 26 okt jgka tarikh rye haji). Masa tu mode raye haji ... so legaa sgt² sbb sebnrnya seblm ni risau kot masa tu berlaku pembubaran n berlaku "peristiwa besar" dlm ngr Ni tgh ulang alik bertunggu dpn kaunter AA kot  dapat tiket harga terjunam sbb klu blh nak fly awal sehari (hari jumaat tu) ... kira klu dpt harga yg berbaloi2, mmg sanggup burn je tiket sedia ada ... hhuu. So far dah booking utk MH dan motel di port campbell. Motel tu no problemo sbb still blh cancel 24 hrs before n blm bayar apa² pun (bookg kat booking.com).
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 02:27 PM | Show all posts
baru tengok weather forecast untuk melbourne tadi. stress betol! sebabnya sepanjang kat sana nant dijangka hujan sepanjang hari. matilaaaaa!!! huhuhu

hrp2 time pegi nanti forecast tu akan berubah. amin..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 02:41 PM | Show all posts
Reply 1833# bdk2


    hambui bdk. jalan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 02:49 PM | Show all posts
Reply 1834# nenektua


   kekek...mana ada. mcm org lain jugak ler. nenek baru balik ke? dari mana? lama tak nampak... bukan ke aritu nmpk mcm nak pegi melben and sydney kan? xde report pn
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 02:51 PM | Show all posts
Reply 1835# bdk2


    mana ada pi mana2 bdk.
last trip pi india bulan 2 haritu la.
pehtu dok bertapa je kat mesia ni.
patotnya pi nz bulan julai nanti, tapi AA kanselkan flait plak
tu yang terus mogok dengan AA

melben dah pi dah tahun lepas. sydney belom. tunggu mogok abis dengan AA dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 11:13 PM | Show all posts
askum all,
kitaorg satu family baru balik dr melbourne arini selepas 6 hari stay kat malaysia hall. enjoyable but tiring..:
8/6 - melbourne CBD
9/6 - mornington peninsula
10/6 - mount buller
11/6 - great ocean road
12/6 - shopping

just nk bgtau sesuatu.... ILUKA di apollo bay tu serve bacon dlm menu dia. so bila i tanya  balik kat dia, dia admit dia punya chicken and beef semuanya halal tp ade juga serve pork. maknenye.... TAK HALAL. unless kalau korang rasa ok pakai perkakas dapur n pinggan mangkuk yg di share dgn daging pork tu.

just nk pesan je, kalau kita x brp pasti kt tpt org, better tanya dlu sblm just refer pd website yg maybe dh tak diupdate utk few years. ni pendapat i sj
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 08:47 AM | Show all posts
Reply 1837# komandermaut
Saya ada tanya kat Iluka hari tu.... dia tunjuk sijil Halal dan kata for pork/bacon/ham dia pakai separate fryer & cooking facilities. Saya ada tengok untuk fish & chips memang separate fryer specific for these items. Even untuk pizza separate tray slots for pork.

Sama kes dengan semua outlet2 Oporto - separate cooking for pork-related i.e. bacon. Tapi untuk non-halal beef/lamb etc memang masak satu cooker/oven sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 05:03 PM | Show all posts

Merged: Melbourne, Australia

Kalau itu explaination dia, ikut hati kita la nk terima atau tak. I ni x de la particular sgt bab mkn, tp klau dh taukedai tu ade serve pork, mmg x tertelan la mknan kt situ, trbyg mcm mn dia nk asingkn sudu garpu, basuh pinggan dlm besen yg sama... Mcm i kata, ikut hati masing2.
Masa kitaorg g aritu, i satu family mkn bekal apa yg ade je, pas tu trus blk melb n singgah dinner kt nelayan swanston


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 08:15 PM | Show all posts
Reply 1839# komandermaut
Need to clear the air a bit....
Saya ni cukup2 particular bab makanan Halal, terutama sekali selepas pernah tinggal di Australia (I was a student here). Dulu waktu di M'sia kita take things for granted. Bila mula2 sampai Oz (lama dah) kami diberi booklet makanan halal/haram kat Oz, baru tahu betapa banyaknya ingredients macam emulsifiers, stabilisers, thickeners etc yg tak boleh makan - yg boleh makan ada tapi cukup terhad - of all the sudden banyak biskut, roti dan makanan yg biasa2 jadi x boleh makan. Ramai jugak kawan2 yg lax observance... jenis Muslim "liberal" kot - tak berapa kisah bab ni... tapi jauh lebih ramai yg jadi lebih particular termasuk saya sendiri sebab kita tahu jelas akibat makan makanan tak halal.
Satu lagi yg perlu di "highlight" ialah traits/sifat2 Mat2 Salleh ni yg sincere or "betul bendul"; diorang ni tak cut corners menipu macam Asians (you know who). Kalau dia kata halal dah hampir pasti halal; sebab dia tak tipu dan dia takut kena sue kalau cakap tak betul! Saya rasa ramai org yg pernah tinggal di Anglo-Saxon dominated country e.g. Australia, UK, NZ, Canada, US akan setuju dgn kenyataan saya tu.
My two cents worth

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.217027 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list