CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

THREAD LUAHAN (V-7) - |STRICT REMINDER| No QUOTE/REPLY (PLS REFER 1179# PG 48)

 Close [Copy link]
Post time 19-1-2016 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau nak cakap camne...tapi..stressnyaaaa bila terpaksa memendam rasa.. nak luah tak tahu nak mula kat mana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah luah..dah jelas..alhmdllh dia suami plg memahami..sikit pun tak marah malah dia pujuk dan beri semangat pada aku untuk meneruskan perjuangan yang tertangguh ini...

Walau masalah masih belum selesai, namun aku lega. Yang diperam selama bertahun akhirnya terbebas jua dari cengkaman jiwa. Sekurang2nya i have a shoulder to cry..yang selama kini aku pikul sendiri dan menangis pun sendiri2...geram dia bila aku cakap aku pendam sendiri semua ini kerana tak nak dia risau dan sedih kerana aku.

Apa guna suami jika tak boleh bantu isteri, masalah isteri juga masalah suami. Bahagia isteri, bahagialah suami...derita isteri, derita suami...- kata kata dia yang makin buat aku rasa hiba....
Tuhan, peliharalah dia sebaiknya...untuk ku. Dia sumber kekuatan aku....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 09:15 AM | Show all posts
tekaan tu mengena langsung
tak yah tunggu lama pun...3 minggu je dah sebut semula
aritu aku rasa mcm ok je...
tp arini aku rasa xde mood nak ikut
sbb mood menyampah tu dah datang
sape suh datang weiiiii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 05:03 PM | Show all posts
haihh..sakit hati aku hari nie..kita kawan dah bertahun-tahun...walau pun ada isu-isu yang aku kecik hati..aku pendam je..sebab aku pikirkan kita kawan baik..biasalah..kita semua ada pendapat masing2 kan...tak payah la serius sangat kot..aku cuma bagi pandangan..pendapat aku..yang ko serius sangat pehalll...eee hampel betul lah..aku nak diam2 je lepas ni..bagi hati sejuk..wawawa
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindunya kt dia..rindu nk chat ...nk borak..hp dia hilang kena curi ms main bola semlm..
Alahai..rindu dgn telatah dia..tgk gmbr je la mampu.huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila memikirkan soal kematian, rasa macam dekat sangat2 dengan ajal. Cuma tak tahu bila dan di mana. Sedang amalan ntah mana-mana. Leka dengan dunia yang memang dah sampai ke hujung usia. Kadang aku terfikir orang yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati lagi bertuah (instead of his commited sin)..sebab terang lagi nyata mereka dah tahu bila saatnya mati. Lagi bertuah pada mereka yang dijatuhi hukuman mati akibat kesalahan yang hanya menjadi kesalahan pada undang-undang sekular tapi tidak pada agama/ mereka yang teraniaya. Saki baki hayat yang ada boleh mereka manfaat semaksimanya untuk bertaubat dan bertaubat. Tak perlu fikir lagi urusan dunia yang melekakan  hanya nampak hal akhirat sahaja. Sedangkan kita, tahu sangat pengakhirannya suatu kematian tapi masih sibuk dan disibukkan dengan hal ehwal dunia,dunia dan dunia, seolah dunia yang kekal, akhirat pula yang fana sedihnya aku kalau kenangkan soal ni..banyak dosa dari pahala..ya allah..ampunkanlah kami..sesungguhnya kami hambaMu yang lalai. Tanpa bantuanMu jadilah kami manusia yang rugi..nauzubillahi min zaalik!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindunya ku kt arwah mak serta rindunya jugak pada arwah mak mentua..tergt segalanya...sedihhh ;(
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 09:35 AM | Show all posts
hari ni hujan
hujan sangat lebat
tapi kilat atau petir tak ada pula....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 09:51 AM | Show all posts
ckp pasal rindu arwah mak ni kan..aku mimpi mak malam tadi..seoalh arwah tengah baring dan aku datang mencium dahinya dgn sepenuh hati..pastu abis gitu je mimpi tu.

hmmm...aku nk ckp psal sapa tah..oo mcmni, umah aku tu, tah jak akhir2 ni byk perkara pelik terjadi, aku tknak amik kesah sgt..byk kali dh jadi..tapi rasnya tak boleh dibiarkan..semada aku harus keluar cepat2 dari umah tu atau lakukan sesuatu. memang dari dulu mula2 pindah umah tu budak yg menyewa bilik tengah tu byk kali kena kacau..skrg bilik tu anak2 dlm tu..mcm2 dh kena, 2-3 hari lepas dlm kul 1 lebih dia tkle tido tiba2 cermin dinding tu terangkat sendiri dan bunyi hentakan tu dia bole dengar..terus anak aku lari ke bilik aku kejutkan aku..so aku suh dia  tido je dlm bilik mak..tapi yg no. 2 tu tknak dia terus je tido dlm bilik tu..esok paginya dia cerita dlm kul 11 lebih time tu dia dh ralek nk tido trtiba tangan dia kena rentap dgn kuat..membuatkan dia terjaga..tapi yg ni jenis tk penakut sgt mcm kakak dia..dia bolayan terus tido..si kakak tu dh byk kli kena kacau..

tapi mushkil aku tk abis lagi..hari sabtu tu aku kemas2 bilik..siap semua bersih kipas semua..si kecik tu baring atas katil yg dh bersih dan bertukar cadar..sejuk dan nyaman dia baring..pastu dia pi on kipas aku ckp kuat sgt tu tukar no. 2..so dia baring aku kemas2 lemari plak..tup aku keluar..aku pun tutup suiz kipas..dlm lewat tghri skit aku santai2 kt depan tv ngan anak2..aku dengar dua tiga kali bunyi tup tap dlm bilik..aku tetngok muka anak aku mcm pelik tapi ignore assume tu bunyi cicak melompat sakan ke apa..until anak no. 3 tiga aku nk tido..dia jerit mak!! nape kipas ni tkle bukak..aku ke bilik..laaa..rupa2nya suiz kena off..sapa yg off kan? seigt aku tadi masa keluar dh on cuma off kipas je..baru aku terigt kat bunyi siang tadi..aku cerita kt anak..anak sulong tu ckp..memang dia tunggu masa je mak nak possses kita smua..isshhh ko ni byk sgt tengok citer seram omputeh tu pasal selalu takut..yg sejujurnya aku cuma mau mengalihkan pikiran aku dari terus tenggelam dalam ilusi yg kesurupan..night before masa anak aku masuk bilik tido ngan aku..aku rasa sesuatu mengekori dia kedlm bilik aku jugak..tapi aku terlalu ngatok utk merasa takut..tapi instinct aku rasa sesuatu..hinggala aku terlelap..lalu aku bemimpi..aku seolah ditanya sesorg ko tau baca surah An-Nas tak? ya aku tau..cu baca..dlm mimpi tu aku baca surah an-nas smpi abis..tpi aku tk kenal sapa dlm mimpi aku tu..dia ckp haaa ko baca surah An-Nas..igtlagi aku part ayat Minajjiin-natiwannas..dia ckp suh kuatkan/panjangkan bhgian minajjin tu..mebi mimpi tu pesanan dari Allah utk dibaca bgi mengelakan benda pelik2 ni..

aku tknak pos kt bos mps tu..nti panjang pulak nk kena reply itu ini..ckupla disini..nk caya ke tidak no issue at all. malam ni aku dh plan nk bawak anak2 aku baca yassin kt umah dan mintak dijauhkan dari gangguan jin dan syaitan.


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindunya budak comel tu!huhuhu
Td nampak dia..sedih je muka.kesian..hp hilang mcm nyawa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 08:15 AM | Show all posts
Deria rasa aku dh hilang ka...??
Musykil sgt ni...apa aku nk buat?? Cemana leh jdi gini..??
Kena carik solution cpt2 ni...kang rugi ja nikmat dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 12:32 PM | Show all posts
CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.

12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.

14. Buat candle light dinner secara mengejut


(Copypaste from kakinovel)


Ok..yang lain2 sume pass..cuma yang no 1 tidak. Sebab dah masuk agreement, time kat opis, masing2 hanya perlu text shj. Unless ada emergency baru call...

No 14 pun tak buat.  Dinner mengejut tu adala..tpi candle2 takde...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 01:15 PM | Show all posts
kepada mummy2 sekalian... fuzzy,cemp, loh.... tahniah di atas kelahiran!!!!!!!!

uikkkk panas hati lak kat tok laki 2-3 hari ni. boleh lak aritu dia pi habaq kat pak mertua soh depa doakan kitorg dpt keje oberc
aku dah habaq kat tok laki... senyap2 jer. bukan dia tak tau mertua aku TAK SUKA kitorg keluar negara lagi dah. Taun lepas bila tau aku mintak keje luar negara.... dan2 tu terus terang ckp TAK PAYAH... DOK SINI AJER...
tok laki soh berpikiran positip... harapnya mak pak dia akan buat semayang hajat utk kami dpt keje sana
Eh ntah2 mak pak mertua dok semayang hajat supaya kitorg tak dpt hokehhhhh
Marah betul aku


CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu. - kenkadang

2. Peluk isteri secara tiba-tiba. - Ya

3. Puji isteri cantik. - Tak... bahkan dia kata aku pohon krismas

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje. - Ya

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur. Kemas rumah sahaja. masak takde

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV - suka rela takde... kene bersuruh

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri. tolak troli beli belah ajer

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak. -Takde

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri. Huh????? aku mmg tak izi laki masak. kedai adalah lebih baik

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira. - dedulu ada la. laa ni tak berduit sangat.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday. Ya

12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat. Ya

13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah. Ya

14. Buat candle light dinner secara mengejut - Takde... makan kedai mamak adalah candle lite dinner to him

ehhhh tak cukup romantis rupanya tok laki aku
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 02:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 04:13 PM | Show all posts
yeaaaaaa ... esok cuti 3 hari ... nak bawak family pi Ice Dome Hadyai ... weeeeeeee .... sonok sonok nyer ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 04:13 PM | Show all posts
Hari ni aku lupa bawa spek utk baca, so aku tak boleh nak tengok screen pc ni lama-lama.
Buka-buka email ada komen ke arahan yg aku malas nak baca dari client, main client so apa nak buat ?? Toya ajalah
Ada ka patut dia arahkan aku perlambatkan process hantar shipping docs, aku terlampau cepat kaedahnya sampaikan dia tak sempat nak go through. Last year masa aku mula kerja, bos aku nak semuanya secepat cepatnya..Cergas hidup aku..
Late last year client masuk campur pasal kerja aku sbb bos balik Swiss 7 bulan
Semua order boleh process only after 48 hours, kira lambat dah tu..tahulah Langkawi kalau pakai UPS ke FeDex tetap ambil masa dua hari juga scan di Sepang sana.

Tadi bg rule baru, process after 3 working days sbb depa kat Swiss sana buat kerja longlai...apa ke jadahnya mat saleh zaman sekarang, makin malas, makin slow, makin tak mau kerja. Bila masuk puak Poland, puak Estonia, puak Slovakia, Ladvia, Turki ke Morocco depa complain hilang kerja. Dok rumah terkangkang makan duit wefare bulan-bulan. Malas le tu.. Org yg hanya tunggu duit welfare melainkan org tua atau cacat anggota bagi aku tak ubah macam pengemis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2016 04:47 PM | Show all posts
awww...so sweetttt

jeles i taw
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu.sumpah rindu sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Br je td rindu gila dia..ptg td dia mesej.dia dh beli hp baru..Alhamdulillah....kalau x nampak dia sedih je.haha..dia kata dia pun rindu aku..mesti la..mak angkat kesayangan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam rindu tok laki la pula. Huhu.

Hubungan weolz seperti bertambah bagus gitu. Heol pun makin nice dan gigih cari kesempatan balik tanah tumpah darah banding dulu. Tahun lepas macam gempa bumi skala 7.0 ritcher jah. Baru kawen tapi balik2 rasa nak bererai. Eh, bukan tahap rasa lagi, memang dah siap bagitau family dedua belah pihak.

Perlahan2, aku dah mula hepi kembali walau tak dinafikan hati masih berlobang sana sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.248701 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list