|
[Pelbagai]
ANYTHINK 6 : LUAHAN DALAM PLASTIK
[Copy link]
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 17,655 kes (1,128,183 kes kumulatif, 81.5%);
Kes baharu : 20,670 kes (1,384,353 kes kumulatif);
Kes import : 8 kes (6 warganegara, 2 bukan warganegara)
Kes tempatan : 20,662 kes [17,179 warganegara (83.1%); 3,483 bukan warganegara (16.9%)];
Kes aktif : 243,942 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,096 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 540 kes;
Kes kematian : 260 kes [12,228 kes kumulatif, 0.88%; 195 warganegara, 65 bukan warganegara; 68 kes BID (37 warganegara; 29 bukan warganegara)];
Jumlah kluster : 4,154 kluster;
Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,846 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,308 kluster.
Daripada 20,670 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 676 kes (3.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,994 kes (96.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhan, hanya 2,646 kes (12.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi (iaitu dua minggu selepas mendapat dos kedua). Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.
Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Sebanyak 260 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 77 kes di Selangor, 56 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50 kes di Johor, 18 kes di Perak, 16 kes di Negeri Sembilan, 14 kes di Kedah, 10 kes di Sabah, lapan (8) kes di Melaka, lima (5) kes di Terengganu, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak dan Pahang.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 13 OGOS 2021)
Berdasarkan data terkini pada 13 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.41) diikuti oleh Sabah, Kelantan, dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.18), serta Sarawak (nilai RT 1.15). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 Ogos 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 14 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU ( ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,404 95.4 6,606 (5) 505,347
WP KUALA LUMPUR 1,958 102.5 2,028 (1) 153,057
KEDAH 1,499 66.1 1,796 67,036
SABAH 1,401 34.6 1,752 103,437
JOHOR 1,320 33.6 1,425 109,337
PULAU PINANG 969 53.7 1,251 59,200
KELANTAN 947 48.3 1,370 56,091
NEGERI SEMBILAN 884 76.0 727 84,171
PERAK 793 30.4 1,003 (1) 49,513
SARAWAK 691 23.8 725 (1) 86,043
PAHANG 547 31.2 794 32,848
MELAKA 514 52.8 521 38,896
TERENGGANU 459 35.5 560 23,782
WP PUTRAJAYA 59 61.8 51 4,834
PERLIS 25 9.4 61 1,021
WP LABUAN 11 10.3 0 9,740
MALAYSIA 18,479 54.0 20,670 (8) 1,384,353
*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)
**Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk
***Kes import
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
Perincian 20,670 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 6,606 385 3,377 5 2,839
WP KUALA LUMPUR 2,028 134 949 1 944
KEDAH 1,796 97 976 – 723
SABAH 1,752 11 1,063 – 678
JOHOR 1,425 282 770 – 373
KELANTAN 1,370 136 906 – 328
PULAU PINANG 1,251 160 397 – 694
PERAK 1,003 84 331 1 587
PAHANG 794 203 466 – 125
NEGERI SEMBILAN 727 27 388 – 312
SARAWAK 725 165 357 1 202
TERENGGANU 560 79 385 – 96
MELAKA 521 80 190 – 251
PERLIS 61 3 30 – 28
WP PUTRAJAYA 51 – 31 – 20
WP LABUAN – – – – –
JUMLAH KESELURUHAN 20,670 1,846 10,616 8 8,200
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 14 OGOS 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Perindustrian Jalan Idaman Tempat Kerja Johor Kulai 59 89
2 Industri I-Park Lima Tempat Kerja Johor Kulai 7 29
3 Industri Cyber Empat Tempat Kerja Johor Kulai 13 219
4 Industri Sri Gading Tempat Kerja Johor Batu Pahat 66 345
5 Jalan Awang Daik Tempat Kerja Johor Mersing 15 171
6 Taman Permata Kluang Tempat Kerja Johor Kluang 21 98
7 Industri Batu 16 Setengah Rawang Tempat Kerja Selangor Gombak 67 125
8 Tapak Bina Bukit Semenyih 3 Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 69 151
9 Industri Persiaran Jaya Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 84 163
10 Tapak Bina Damai 2 Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Cheras 57 247
11 Jalan Ayer Jerneh Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa 8 12
12 Jalan Sibu Satu Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 9 36
13 Lintang Bayan Lepas Lapan Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan 37 1,936
14 Tapak Bina Persiaran Cassia Selatan Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 74 500
15 Industri Jalan Berkat Sembilan Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 34 89
16 Industri Tangga Batu Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 41 786
17 Industri Jalan Pengkalan Chepa Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu dan Tumpat 12 25
18 Kampung Cherang Panji Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu, Pasir Mas, dan Tanah Merah 17 30
19 Jalan Perusahaan Empat 2 Tempat Kerja Perak Larut, Matang, dan Selama 85 421
20 Jalan Lim Hoe Lek Tempat Kerja Pahang Kuantan 21 64
21 Chiku Renok Komuniti Kelantan Gua Musang 9 17
22 Renok Baru Komuniti Kelantan Gua Musang 13 26
23 Jalan Sawmill Gua Musang Komuniti Kelantan Gua Musang 16 57
24 Jeram Tekoh Komuniti Kelantan Gua Musang 8 14
25 Kampung Jelor Hilir Komuniti Kelantan Pasir Puteh 13 21
26 Batu Tujuh Kampung Salor Komuniti Kelantan Kota Bharu 18 26
27 Sungai Menok Komuniti Sarawak Beluru, Miri 21 72
28 Taman Indah Landeh Komuniti Sarawak Kuching 9 15
29 Kampung Busut Jin Komuniti Pahang Temerloh 22 56
30 Bukit Rangin Komuniti Pahang Kuantan 27 103
31 Kampung Terisu Komuniti Pahang Cameron Highlands 34 332
32 Raja Alias Tiga Komuniti Negeri Sembilan Jempol 25 80
33 Lorong Bunga Raya Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Klang 49 70
34 Penjara Seberang Perai 2 Pusat Tahanan Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 50 394
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 13 OGOS 2021
NEGERI NILAI RT
PERLIS 1.41
SABAH 1.18
KELANTAN 1.18
PULAU PINANG 1.18
SARAWAK 1.15
KEDAH 1.12
TERENGGANU 1.12
PERAK 1.11
JOHOR 1.11
PAHANG 1.06
MELAKA 1.04
NEGERI SEMBILAN 1.02
WP KUALA LUMPUR 1.02
SELANGOR 1.02
WP PUTRAJAYA 0.94
WP LABUAN 0.68
MALAYSIA 1.05 |
|
|
|
|
|
|
|
Cer cite...ule2 pe tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Status Terkini #COVID19, 15 Ogos 2021
Kes sembuh= 16,945
Jumlah kes sembuh= 1,145,128
Kes baharu positif= 20,546 (14 import)
Jumlah positif= 1,404,899
Kes kematian= 282
Jumlah kes kematian= 12,510
Kes dirawat di ICU= 1,059
Bantuan alat pernafasan= 526
|
|
|
|
|
|
|
|
Sehingga 16 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,740 kes (1,424,639 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 5,706 (518,360)
WPKL - 1,360 (155,859)
Johor - 1,510 (112,355)
Sabah - 1,728 (106,830)
Sarawak - 1,566 (88,572)
Negeri Sembilan - 343 (85,212)
Kedah - 1,592 (70,224)
Pulau Pinang - 1,251 (61,562)
Kelantan - 1,227 (58,343)
Perak - 938 (51,520)
Melaka - 1,120 (40,647)
Pahang - 646 (34,420)
Terengganu - 688 (25,004)
WP Labuan - 2 (9,745)
WP Putrajaya - 43 (4,924)
Perlis - 20 (1,062) |
|
|
|
|
|
|
|
Status Terkini #COVID19, 16 Ogos 2021
Kes sembuh= 17,450
Jumlah kes sembuh= 1,162,578
Kes baharu positif= 19,740 (19 import)
Jumlah positif= 1,424,639
Kes kematian= 274
Jumlah kes kematian= 12,784
Kes dirawat di ICU= 1,047
Bantuan alat pernafasan= 520 |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi impit...leh buat soto...dgn kuah kacang...sate...rojak..rendang...lontong/masalodeh...
goreng pun boleh
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sehingga 17 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,631 kes (1,444,270 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 5,753 (524,113)
WPKL - 1,765 (157,624)
Johor - 1,309 (113,664)
Sabah - 2,103 (108,933)
Sarawak - 835 (89,407)
Negeri Sembilan - 490 (85,702)
Kedah - 1,863 (72,087)
Pulau Pinang - 1,275 (62,837)
Kelantan - 1,268 (59,611)
Perak - 1,101 (52,621)
Melaka - 623 (41,270)
Pahang - 670 (35,090)
Terengganu - 498 (25,502)
WP Labuan - 0 (9,745)
WP Putrajaya - 41 (4,965)
Perlis - 37 (1,099) |
|
|
|
|
|
|
|
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 6,858 (530,971)
WPKL - 1,587 (159,211)
Johor - 1,477 (115,141)
Sabah - 2,413 (111,346)
Sarawak - 1,403 (90,810)
Negeri Sembilan - 577 (86,279)
Kedah - 1,852 (73,939)
Pulau Pinang - 1,867 (64,704)
Kelantan - 1,351 (60,962)
Perak - 1,036 (53,657)
Melaka - 579 (41,849)
Pahang - 675 (35,765)
Terengganu - 487 (25,989)
WP Labuan - 5 (9,750)
WP Putrajaya - 25 (4,990)
Perlis - 50 (1,149) |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
::Selamat Tahun Baru::
Tenang,diam dan tarik nafas panjang,senyum..
Yg indah hanya sementara,yg tak elok juga hanya sementara.Segala yg berlaku sekarang hanyalah satu fasa dlm hidup kita sahaja.Semua yg berlaku pada kita,semuanya sementara,ianya tk lama...so tenang2
Semoga tahun 2022 bnyak perkara menarik yg baik akan berlaku,InsyaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ameen...doa yang bagus ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols nak luahkan sikit boleh, i wonder why kerajaan dari dulu tak cuba nak kawal harga rumah..makin lama makin naik, projek rumah kos rendah pun mcm dah kurang...I umo 30an ni tak beli lagi rumah tapi hari2 kena pressure dengan cousin2 bila nak beli rumah...diorg takpela sebab time zaman diorg rumah 50K, 100K, 40K...nowadays rumah koman2 200K-250K paling murah...Mohon yang membaca luahan hati iols ni utk doakan i dapat beli rumah nnti.. |
|
|
|
|
|
|
|
syazwan92 replied at 28-9-2023 01:18 PM
Iols nak luahkan sikit boleh, i wonder why kerajaan dari dulu tak cuba nak kawal harga rumah..makin ...
ternampak post u ni dalam usaha mencari tacang merata meriti hehe (wlupun in 2023 dan takde plak yang reply lagi) ..i nak Aamiinkan doa you untuk dapat beli rumah..dah setahun lebih..moga u dah berjaya dapat beli sebuah atas nama you sendiri di geran tu..Aamiin3 InshaaAllah.. |
|
|
|
|
|
|
|
syazwan92 replied at 28-9-2023 01:18 PM
Iols nak luahkan sikit boleh, i wonder why kerajaan dari dulu tak cuba nak kawal harga rumah..makin ...
Iols doakan semoga uols dapat beli rumah. Iols pun lagi tua dari chuols br dpt beli rumah. Itu pun rumah besar lobang hidung sajah. Yg syukur ada tanah tepi sket. Boleh la bnapas tak de la kiri kanan dinding org.
Iols letak nama kat satu developer. Tapi projek dorg xde kosong. Manjang full. Tiba2 masa pkp dapat call kata ada around 6 unit tak btuan sbb ada yg tak lulus loan dll. Tu la yg jd rezeki iols dpt beli rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Aminnn..thanks uols doakan...semoga angkat doa2 kalian, amin2
|
|
|
|
|
|
|
|
Aminnn...thanks uolssss atas doa
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|