2010/06/05
PUTRAJAYA: Pemilik kenderaan yang didapati tidak menghiraukan arahan notis polis POL 170A atau lebih dikenali sebagai ‘saman ekor’ turut disenarai hitam sama seperti mereka yang tidak membayar kompaun kesalahan lalu lintas biasa, POL 257, yang ditandatangani ketika disaman, berkuat kuasa April lalu.
Kenderaan yang disenaraihitamkan itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui cukai jalan atau urusan lain dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata polis mula menguatkuasakan sepenuhnya peraturan itu sejak April lalu selepas ia berlembut dalam isu ‘saman ekor’ sebelum ini.