|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: THE SOUL THAT SEES BEAUTY MAY SOMETIMES WALK ALONE
[Copy link]
|
|
Hari ini 14 tahun yang lalu, Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir selepas hampir 30 tahun.
Sebelum menyertai politik, Muhammad Hosni El Sayed Mubarak (lahir 4 Mei 1928) merupakan pegawai tinggi Tentera Udara Mesir. Beliau bertugas sebagai komander dari 1972 hingga 1975 & dinaikkan pangkat menjadi Ketua Marshal Udara pada 1973.
Pada 1975, Mubarak dilantik sebagai Naib Presiden oleh Presiden Anwar Sadat. 2 minggu selepas Sadat dibunuh, Mubarak mengambil alih kerusi Presiden 1981 & memperbaharui penggalnya menerusi referendum calon tunggal pada 1987, 1993 & 1999.
Beliau berjaya kembalikan keahlian Mesir dalam Liga Arab pada 1989, selepas dibekukan sejak Perjanjian Camp David 1978. Dek tekanan antarabangsa, pilihan raya pelbagai parti diadakan buat pertama kali di Mesir pada 2005 yang dimenangi Mubarak.
Walaupun membawa kestabilan & perkembangan ekonomi, pemerintahannya menindas. Darurat yang tidak dimansuhkan sejak perang 1967 menyekat lawan politiknya, cara kekerasan menjadi amalan pihak berkuasa & korupsi bermaharaja lela.
Rentetan ‘Arab Spring’ yang tercetus pada 2010, rakyat Mesir bangkit memprotes rejim Mubarak pada Januari 2011. Beliau umum takkan bertanding pada pilihan raya & menjanjikan reformasi perlembagaan, namun rakyat mendesak beliau segera berundur.
Mubarak menegaskan beliau takkan berundur hingga habis penggalnya pada September itu. Namun akhirnya pada 11 Februari 2011, selepas 18 hari demonstrasi, Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan bahawa Mubarak rasmi meletakkan jawatan.
Pada April 2011, Mubarak ditahan atas dakwaan korupsi & salah guna kuasa. Beliau dibicarakan bermula Ogos 2011 & dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Jun 2012 & dibicarakan semula sebelum kemudian dibebaskan pada Mac 2017.
Mubarak meninggal dunia pada 25 Februari 2020 di Kaherah pada usia 91 tahun. Beliau diberi pengebumian negara, sebagai pemerintah Mesir paling lama selepas Muhammad Ali Pasha (43 tahun, 1805-1848).
Sumber: Britannica, Politico
![](https://scontent.fkul10-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/476908363_1082604387245544_6596524903158717723_n.jpg?stp=dst-jpg_p526x296_tt6&_nc_cat=111&ccb=1-7&_nc_sid=127cfc&_nc_eui2=AeEb0CC5In33ACfkhlBqg32F2m1H6XW3_lbabUfpdbf-Vtke-TqZDtSsfY-cTIZYbd00m9NOg1nPLK5ltttM1-ds&_nc_ohc=HY42csxkFB0Q7kNvgGPKndT&_nc_zt=23&_nc_ht=scontent.fkul10-1.fna&_nc_gid=AQKbSUfk0Fv_H6i7JFp8Mt3&oh=00_AYACRpP99BIh1ajmH2_l04vsxtnP7xv0XpAvfVuZRJsdgQ&oe=67B08B0F) |
|
|
|
|
|
|
|
RESIPI MEE REBUS
Resepi...
1. Mee kuning (rebus seketika & tos jgn lama² nt kembang sgt)
2. Tahu putih (goreng & potong)
3.daun sup,cili besar hijau@merah,bwg goreng,limau kasturi (hiasan)
4. Telor (direbus)
5. Ayam dada (goreng kemudian tarik² isinya)
Utk kuah..
1. Cili kering,bwg putih & bwg merah,halia (blend hancur)
2. Keledek oren & ubi kentang ( rebus dh empuk toskn blend )
3. Udang kering (blend hancur)
4. Serbuk kari daging & secubit belacan..
5. tepung jagung ( 1 sudu besar)
6.penumis
Panaskn myk,masukkn penumis tumis bhn² cili,masukkn serbuk kari & belacan,dh naik aroma masukkn air,(jika ada daging guna air rebusan daging) masukkn keledek&kentang yg tlh diblend,masukkn udg kering, biarkn mendidih masukkn tepung jagung,pastikn garam gula betol² terasa.. siap,selamat mencuba????????
Kredit : SuiSan Aliezsha |
|
|
|
|
|
|
|
perjuangan kita diteruskan |
|
|
|
|
|
|
|
Aahahhahaah…kekadang bila bava balik |
|
|
|
|
|
|
|
Bikin hati rasa ting tong |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|