|
bersih
bagus
ingin membersih
dari tumbuk rusuk
dari kronisme
dari salah guna kuasa.
malang
mulut tak bersih
makin hamun
carut mencarut
dalam kalangan yang katanya bersih.
nak mengemop lantai
biarlah kaki sendiri bersih.
CNM, 26/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
Malu
i
boleh merugikan
bagaimana mahu maju ke depan
kalau malu tak mampu disingkirkan
ia jadi penghalang
ia jadi penghadang.
ii
katanya separuh dari iman
bisa jadi medium kawalan
dari terjerumus ke jurang kehinaan
dimurkai Tuhan
hilang keberkatan.
iii
malu mana yang kamu ada
pilihlah malu yang bermakna
jangan malu-malu membinasa
gunakan malu untuk membina
dalam mencari sebuah redha.
CNM, 26/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila Datang
bila datang kepadamu
kepayahan yang mengeliru
bertenang tarik nafas yang sebu
mohon kepada Yang Satu
berikan petunjuk jalan terbaik buatmu
bila datang kepadamu
kesenangan yang menggebu
senyumlah tanpa menyiku
bersyukur kepada Yang Satu
nikmat dan rahmat-Nya terbaik buatmu
CNM, 27/5/13, THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Tanpa Sedar
andai
air mata bergenangan
menitis tanpa sedar
hatimu sebenarnya
sedang dicuit peri kemanusiaan...
andai
senyuman menguntum mekar
seraut wajah meronakan pelangi tanpa sedar
hatimu sebenarnya
sedang dibelai jari kedamaian...
andai
jemari menarikan irama puisi
melenggokkan bahasa jiwa tanpa sedar
hatimu sebenarnya
sedang berkongsi gelora rasa...
CNM, 27/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
Punya Hati
puisi
juga punya hati
hidup ikhlas memberi
hayati siratan teranyam rapi
mudahan mengenali diri.
puisi
ada cara sendiri
mengingatkan kebesaran Ilahi
walau bisu menyepi
di dadanya penuh motivasi.
puisi
yang aku kenali
mendidik merentas kreativiti
menjalin realiti dan fantasi
menyebar ilmu diyakini.
CNM, 27/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bukan
aku bukan bahang
yang sering membakar mulus kulitmu
aku ingin jadi dingin angin
yang membelai elus seraut tampanmu
sungguh aku ingin begitu.
aku bukan racun
yang menyelinap membarahkan hatimu
aku ingin jadi udara segar
yang bisa engkau hela
sungguh aku ingin selalu ada untukmu.
CNM, 27/5/13, THMK Last edited by Goldkey on 27-5-2013 08:39 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Monolog Sebuah Rasa
Aku sering terbit dari dalam jiwa. Manusia pelbagai rupa. Ada yang mampu mengawal ketat aku. Ada yang tewas kerana kekuatanku. Aku hanyalah jadian anugerah tuhan. Telah insan diberi kebolehan. Menggunakan akal bijaksana melayari kehidupan. Aku nasihatkan perteguhkan keimanan. Tingkatkan kesabaran. Dari terhumban ke lembah kebinasaan kerana seorang aku.
CNM, 27/5/13, THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Dua Era
dulu
di ceruk desa
sepat puyu biak tak terkira
sawah padi menguning tenang jiwa
dingin pagi menusuk ke dala dada...
kini
di ceruk desa
sepat puyu tak nampak muka
sawah padi sendat racun baja kimia
kabus pagi hilang sebelum mentari tiba...
itu harga
perlu dibayar warga
dek urbanisasi yang menggila
dalam mengajar arus globalisasi dunia
semua sempadan diperkosa yang berkuasa....
CNM, 27/5/13, THMK. Last edited by Goldkey on 27-5-2013 10:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima Kasih Streamyx
...hari ini tamat khidmatnya
selama ini membawa aku ke alam maya
berkhidmat penuh jaya
namun sejak akhir ini goyang taliannya
lalu aku tukar kepada Uni Fi pula
terima kasih streamyx atas segala jasa.
CNM, 27/5/13 |
|
|
|
|
|
|
|
Pesanan
jika kamu membontoti
kenderan dengan kelajuan tinggi
pastikan jarak selamat
kiraan 3 saat
agar kamu memberek dengan selamat
elak kemalangan dahsyat
insuran kenderaan boleh jimat
tiba ke destinasi seperti dihajat.
CNM, 27/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua Era II
dulu
satu kampung macam satu keluarga
saling jaga menjaga
anak engkau anak aku juga
pendek kata masalah minima saja.
kini
satu taman macam satu negara
tak kenal sesama
anak aku, aku jaga
anak engkau, engkau jaga.
tetak menetak
tembak menembak
hari-hari dilapor media cetak
masyarakat naik takut nak bergerak
natijah bangsa kian sakit otak.
CNM, 27/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
Wayang Penerangan
terkenang satu zaman
berkumpul di padang
menonton wayang penerangan
agenda kerajaan
menyebar luas program
kini tinggal kenangan
era internet ke pedalaman
masyarakat tak lagi ketingalan zaman
maklumat dah di depan
tekan saja mana-mana butang.
CNM, 27/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 268
kasih
bila mendengar irama hindi
bagai kita yang berlari
menari-nari mengejar pelangi
berpelukan dalam limpahan kasih mewangi...
kasih
taman hati ini
berseri dengan alunan melodi
menyusup membelai sanubari
indahnya saling menyayangi...
moga laut kasihmu seluas lautan hindi.
CNM, 27/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh! Ibu, Oh! Ayah
Usah berbalah
adik kakak abang resah
sekarang cuti sekolah
mari kita semua berkelah
rapatkan ruang yang terbelah.
Sayang kami kerana Allah
bela kami sebagai amanah
anggap kami harta ibu dan ayah
suatu masa kami membela dengan tabah
keluarga kita moga tak berpecah.
Kami anak-anak mengharap ibu ayah.
CNM, 28/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
Monolog Kelainan Upaya
Mahu kamu tahu! Aku juga makhluk Tuhan. Sebaik-baik kejadian. Dalam urat kita sama mengalir darah merah. Aku tak pinta begini. Tapi aku redha dengan ketentuan-Nya. Kamu? Berapa kerap mengucapkan rasa syukur atas nikmat dan rahmat kesempurnaan yang Tuhan kurniakan atau hanya keluh kesah yang tak pernah sudah. Belajar menerima duhai yang sempurna! Jangan sesekali memandang hina pada yang kurang upaya kerana bagi-Nya bukan rupa tapi takwamu.
Ya Rabbi sempurnakan diriku dengan kekuatan.
CNM, 28/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
debek (loght Klate)
debek
enam gol merobek
bukan ukuran molek
elok atasi lembek
kalau tak nak sebek.
CNM, 28/5/13 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak Jadi
tiket dah beli
main tak jadi
siapa nak bayar ganti rugi?
lain kali tengok dalam 'TV'
tak sakit hati.
silap-silap esok kena cuti.
CNM, 28/5/13, THMK |
|
|
|
|
|
|
|
dinding maya
pada dinding maya
terpampang hemburan nista
menyesak dada
aku cuci segera
melenyapkan dari pandangan mata...
pada dinding maya
terukir juga kata-kata bermakna
menginsafkan sesama
aku kutip simpan ke minda
buat petunjuk mencari redha...
dinding mayamu bagaimana?
berselirat dengan apa?
nista atau doa?
tak perlu kata apa-apa
pilih yang mana membahagia...
CNM, 29/5/13, THMK. |
|
|
|
|
|
|
|
Senja dan Cinta
rona senja
indah merah jingga
hangat membara
namun hadir hanya seketika
sebelum ditelan gelita...
cinta dua jiwa
indah berputik berbunga
biarlah tidak seperti senja
hadir untuk kekal menyala
menjadi obor sepanjang masa...
CNM, 29/5/13, THMK |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|