|
[Jenayah]
Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur
[Copy link]
|
|
Hezeri Samsuri
[quote]We have enough mineral water bottles to ferry to Kuantan folks. Thank you! Now diapers and biscuits and dry clean clothes.. Thank you for your response guys. This is a PERSONAL drive and it is organised by my family. The area where our mother stays is in Paya Besar, one of the worse place hit by the flood.
The people there were evacuated in a hurry and many were unable to pack their clothes. And there are many babies and children.
We are collecting towels, blankets, shirts, diapers, anything small that our pickup trucks and SUVs can ferry. We are going to distribute it to the folks in Pusat Banjir Paya Besar and in Sungai Isap area.
I will be at Petronas Solaris in Serdang (the Petronas station with Starbukcs and KFC) at 9pm tonight. I will be in my white Ford Ranger.
We will be driving back to Kuantan tomorrow, 5pm.
If you need to contact me, my number is 012-304 3634. Whatsapp is better, or SMS.
For those in Putrajaya area, you can PM my brother, Sazulhisyam Samsuri .
If you want to donate cash, which I don't really condone, you can wire it to my wife's Maybank acc.
KHALIDA OSEMAN 5121 4705 2112 (email address [email protected] ). I can't provide a receipt but I can give you a copy of the purchase receipt if we managed to buy the blankets and towels and mineral water.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banjir di Rompin beransur pulih
ROMPIN – Keadaan banjir di kawasan Kuala Rompin kini sudah beransur pulih disebabkan tiada berlaku hujan kadang kala lebat yang berterusan sebelum ini.
Tinjauan Sinar Harian di kawasan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Puteri mendapati sebahagian penduduk kawasan perumahan tersebut telah mula pulang ke rumah untuk melihat keadaan rumah di samping melakukan kerja pembersihan.
Keadaan mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara SK Sungai Puteri juga sudah berkurangan kerana ramai mangsa yang sudah pulang ke rumah masing-masing.
Pegawai Daerah Rompin, Syed Ahmad Fuad Syed Taha yang dihubungi Sinar Harian berkata, hampir semua kawasan yang dilanda banjir kini beransur pulih.
Katanya, ada juga mangsa banjir di sesetengah kawasan sudah pulang untuk mencuci rumah mereka yang sebelum ini dinaiki air.
“Keadaan banjir di kawasan Kuala Rompin semakin baik dan beransur pulih terutama di Sungai Puteri.
“Bagaimanapun, Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka sebelum ini masih lagi beroperasi kerana kita masih dalam situasi berjaga-jaga,” katanya.
Menurut Fuad, keadaan banjir yang disurut ini kemungkinan disebabkan tiada hujan lebat yang berlaku dan air juga dilihat sudah turun walaupun dalam kadar yang perlahan.
Banjir di Rompin bermula pada Isnin lalu selepas hujan kadang kala lebat turun berterusan dan menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Menurut sumber bilik gerakan banjir Rompin, jumlah mangsa yang dicatatkan setakat petang semalam adalah seramai 4144 orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 5-12-2013 01:49 PM
Jalan gambang tutup semalam rasanya.. maknanya naik air lah tu.... Adik ko kat Balok area mana?
...
taman maju kot..aku x penah sampai sejak dia beli rumah kat area gambang tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
asrisha posted on 5-12-2013 02:26 PM
kat sana kan ada banyak lata.... takut hujan lebat sangat ada plak kepala air....
kita tak tah ...
Wei kalo bergolek kayu balak abis la umah Mak aku.. Coz umah Mak aku kat bhgia lembah... Abis hancur la umah tp lps abis musim ni kn la tgk kubur bapak aku takut mendap pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir: 100 penghuni Pondok al-Imaniah dipindahkan
JERANTUT 5 Dis.-Lebih 100 Penghuni Pondok al-Imaniah di Kampung Jerantut Feri di sini tidak menyangka kediaman mereka ditenggelami air apabila banjir melanda daerah ini sejak dua hari lalu.
Seorang Penghuni, Zanab Jusoh,76, berkata, air mula naik kira-kira pukul 4 pagi kelmarin kerana pondok tersebut berada berhampiran sungai.
"Ketika itu, kami mula membuat persiapan untuk memindahkan barang-barang penting kerana kebanyakan penghuni di sini warga emas.
"Saya hanya sempat menyelamatkan pakaian dan periuk elektrik sahaja manakala barangan lain ditengelami air," ujarnya yang telah menetap di situ. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ahkan#ixzz2mZzeOCm5
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
rebecca_nur posted on 5-12-2013 02:28 PM
Tu sbb aku tak nak nanges, tahu dah buruk yang amats
sesuai dgn abatar tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah mangsa banjir menurun di Hulu Terengganu
KUALA TERENGGANU 5 Dis - Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun sedikit kepada 7,160 orang di 89 pusat pemindahan sementara tengah hari ini berbanding 7,854 di 102 pusat pemindahan pagi ini.
Kebanyakan mangsa yang pulang dari daerah Hulu Terengganu setelah banjir reda dalam keadaan cuaca agak baik.
Paras air di kebanyakan sungai utama kembali pada paras normal kecuali Sungai Dungun di jambatan Jerangau dan Sungai Kemaman di jabatan Air Putih masih pada paras bahaya manakala Sungai Setiu di jambatan Permaisuri dan Sungai Marang di Pengkalan Berangan masih pada paras amaran. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... gganu#ixzz2mZzoXlGm
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
ADUN Padang Tengku turut jadi mangsa banjir di Kuantan
KUALA LIPIS 5 Dis. - Banjir yang berlaku di negeri ini bukan sahaja melibatkan orang tempatan tetapi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Lipis, Datuk Mustapa Long apabila rumahya di Perumahan Inderapura di Kuantan dinaiki air.
Mustapa berkata, rumahnya ditenggelami air berikutan hujan berterusan selama tiga hari, memaksanya membawa keluar empat ahli keluarga ke dewan sekolah berdekatan kediamannya.
Tambahnya, dia bergegas pulang daripada menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur sebaik sahaja menerima berita tentang kediamannya dinaiki air.
"Inilah peristiwa pertama kali bagi keluarga saya kerana bencana kali ini amat teruk menimpa Kuantan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... antan#ixzz2mZzyCDYS
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 5-12-2013 02:31 PM
taman maju kot..aku x penah sampai sejak dia beli rumah kat area gambang tu....
Balok Maju memang kena la... tu kawasan rendah...
|
|
|
|
|
|
|
|
mudahan mangsa2 banjir semua selamat dan keadaan kembali pulih secepat mungkin...amin |
|
|
|
|
|
|
|
runie posted on 5-12-2013 02:25 PM
kalo g petg or mlm nih bole je kan..
uols try call no tu.
ni jumpa kan komen fb je..
iols sdri kat melaka terkial2 cari ngo mana yg nak gi sana dari melaka ni..
esok kut diorg gerak ke Pahang..
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 5-12-2013 02:04 PM
patut nya da sampai sana bru gtau
ni bru nk masuk kaki dalam keta da pukul kompang gtau 1 dunia...
...
dia bukan naik kete atau boat.. ntah2 naik kapal terbang je. tinjau dr atas.
|
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 5-12-2013 02:23 PM
Felda ko kat mn sg koyak ke? Atau tersang... Sana jauh sgt kan tp x tau la kalo air naik bah dr ...
sg semantan kt raub meh ? setahu aku sungai semantan daerah bentong & temerloh jer...btw, sg tu lalu kg aku....dan skrg ni semua org kg tgh pelik sbb sg semantan tak naik air...
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 5-12-2013 02:19 PM
yelah, takde ke yg nak volunteer ke sana (kuantan, kemaman, kb) sama-sama hujung minggu ni
kita b ...
salam..
iallah unit amal gombak akan turun operasi bantuan banjir ke pahang dan terengganu..ana nak mohon utk umum pada ahli qaryah bantuan kpd mangsa banjir yg iallah akan kami bw..keperluan penting :
Dana (RM)
air mineral
roti
biskut
susu kanak2
selimut
pampers
beras
sardin
minyak masak
gula
teh
dan lain2
iallah kami akan ambik pd ptg jumaat iallah..mudahan sumbangan kita di kira amal soleh di sisi Allah..
|
|
|
|
|
|
|
|
kelab putera umno ada bagi bantuan tak? atau masih sibuk di pwtc? |
|
|
|
|
|
|
|
azzira posted on 5-12-2013 02:35 PM
sg semantan kt raub meh ? setahu aku sungai semantan daerah bentong & temerloh jer...btw, sg tu la ...
Sg semantan kalo x silap aku dia lalu belakang belah raub coz dl kawan sekolah aku ckp jgn risau kalo tempat lain dlm pahang banjir pon selagi sungai dpn umah dia sungai semantan x naik di air x banjir raub keseluruhan... Aku pon x penah ke rumah dia.... Tp aku rs dia duk di ulu lar... Ada gak ustaz yg berubatkan org sakit2 hantu ni duk sana... Mungkin lagi ulu dari batu talam,batu malim tu.. Aku x tau kat mn cuma dengar kawan2 sekolah dl dr sg semantan... |
|
|
|
|
|
|
|
zeed posted on 5-12-2013 02:38 PM
kelab putera umno ada bagi bantuan tak? atau masih sibuk di pwtc?
biarlah deme...
kita yg tak bersidang ni pakat tolong serba sedikit...
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 5-12-2013 02:38 PM
salam..
iallah unit amal gombak akan turun operasi bantuan banjir ke pahang dan terengganu..ana n ...
saya rasa yg penting juga adalah tong gas memasak
|
|
|
|
|
|
|
|
Alumni UiTM lancar tabung bantuan banjir
SHAH ALAM - Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini melancarkan Tabung Bantuan Banjir Alumni UiTM bagi membantu mangsa banjir yang kini melanda negeri-negeri di pantai timur.
Presiden Persatuan Alumni UiTM Datuk Mohd Zaini Hassan berkata tabung itu akan digerakkan ke kampus UiTM di seluruh negara dengan harapan untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM10 daripada setiap 500,000 anggota alumni universiti.
"Kita juga melihat kemungkinan untuk menyalurkan hasil sumbangan yang diterima menerusi tabung ini kepada badan-badan kebajikan berkaitan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tabung itu bersama Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar di sini hari ini.
Tabung itu dilancarkan sempena Majlis Apresiasi Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) UiTM yang bertujuan memberikan penghargaan kepada alumni, kakitangan serta pelajar UiTM atas sokongan padu menjayakan aktiviti ICAN sepanjang tahun ini.
Sumbangan boleh dibuat terus ke Persatuan Alumni UiTM menerusi nombor akaun Maybank 562106-632129, dan orang ramai boleh menghubungi urus setia Alumni di talian 03-5510 0091 untuk pertanyaan lanjut. - Bernama
sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 5-12-2013 02:41 PM
Sg semantan kalo x silap aku dia lalu belakang belah raub coz dl kawan sekolah aku ckp jgn risau ...
ye, sg semantan belah ulu dari raub
|
|
|
|
|
|
|
| |
|