CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Larasati

suami jijik utk bersama - Aku kembali! - Thread closed! Mohon mod lock thread...

 Close [Copy link]
 Author| Post time 8-6-2015 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Larasati at 8-6-2015 03:33 PM
beldandy replied at 8-6-2015 12:23 PM
tu la kan....skang ni dah jd gini
xpe la teruskan je
byk betulnya nasihat kawan2 kat sini tu


Baiklah.. Pikir yg terbaik utk anak je.. Dan sbb aku nak yg terbaik utk anakla aku kena menang.. Dah smpi masanya utk aku let go semuanya..

Bab beetanggungjawab bab anak tu ye aku syuko jgkla.. Wpun bkn dia nk tanggung semuanya.. At least ringan la beban aku sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2015 03:43 PM | Show all posts
Larasati replied at 8-6-2015 03:32 PM
Baiklah.. Pikir yg terbaik utk anak je.. Dan sbb aku nak yg terbaik utk anakla aku kena menang.. ...

yup...fikir gitu jekalau mcm ikut made punya penjelasan elok la ko terusk je tuntutan hadanah tu
nnt majlis sulh tu ko bincang elok2...jgn mudah di provoke dek ex ko tu
bel tgk ko ni mudah sgt dia nk provoke...dia hangin pastu ko hangin langsung ko x mo kerjasama
ko berlembut mengalah tak semesti nya kalah ok
berlembut untuk tone him down...supaya dia x meroyan kat ko nnt



Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 04:17 PM | Show all posts
kalau i cakap i told u before right... isk.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Larasati replied at 8-6-2015 12:09 PM
Maksudnya sulh ni hanya boleh mendamaikan 2 pihak yg xpuas ati? Smpi ade kata sepakat? Sulh boleh  ...

Haiyohhh

Gini...sulh tu untuk korang diskusi dan capai kata sepakat. Dari sepakat tu laa akan dijadikan perintah mahkamah apa2 yg disepakati. Meaning dapat perintah mahkamah tanpa perlu masuk court bicara lawan bagai. Tak perlu lawyer bagai.

Kalau ada secoet pun tak puas hati, maka tak berjaya laa sulh tu dan akan dilanjutkan dengan perbicaraan yg lamai lawyer tu (kalau nak pakai lawyer la kann). Dapat kat sapa tu terpulang hakim la.

Kalau masa sulh pulak, dapat kat sapa atas persetujuan bersama la. Itu gunanya sulh. Perintah mahkamah sapat dengan cara baik dan hassle free dari segala proses bicara ulang alik mahkamah nih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lara, janganlah ikut sesetengah org cam contoh ada artis pasal rebut rebut pasal anak. Dua dua berhak jumpa. Mmg kita marah ngan bekas.

Set aside differences. Jaga anak bersama sama walau apa jua pun. Saya ada kenal bbrp org walaupun dah tak bersama tapi bila bab anak mereka ketepikan ego utk peetumbuhan mental and minda anak tu sendiri.

Banyak buruknya bergaduh pasal anak ni. Kalau lagi kita stop or halang, selagi tu manusia akan cuba cari jalan kalau dah nekad. Cuba kita bagi akses terbuka. Buat apa dia nak cuba cuba buat susah. Walau kita sakit tengok muka dia and walau dia sakit hati tengok muka kita, tak salah kalau jadi bigger better person kita mengalah utk kesenangan masa depan tak yah buang masa naik mahkamah.
Mcm cerita u anak sakit then dia tak tanya tak lawat tu semua, bila dia tanya kita jwb. Nak dtg tengok walau kita letih pun, jgn dihalang sebab walau dia tak baik ngan kita, kita tak tahu perasaan risau dia pasal anak. Saranan saya toksahlah baca or ikut contoh artis yang bagi contoh tak berapa nak elok berbalah balah tu. depa dapat publisiti job sana sini jual produk itu ini. Kita kat sini dapat apa? Jadi pendendam dok naik turun mahkamah buang masa sakit hati yg dapat. tengok je contoh2 manusia biasa harian yg berpisah tapi berbaik ngan anak. Itu lagi baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2015 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 9-6-2015 12:18 PM
Lara, janganlah ikut sesetengah org cam contoh ada artis pasal rebut rebut pasal anak. Dua dua berha ...

Komen ini buat aku tertunduk malu.., ye mmg ade benarnya kata2 ko nih.. Mmg ak bnci nk tgk muka dia, tp bile pikirkan anak.. Kesiankan anak yg nmpk sgt nak kan daddy dia,, walau dia xpenah kenal mana satu dedi dia.. Aku jd sebak..

Walau anak aku umo setahun, aku dpt tgk mcm ank aku tau ade satu yg missing dlm hidup dia.. Hari2 sebut papa papa.. (Wpun ayah sbnrnya patut pnggil daddy- tp mgkn ank aku dok tgk kawan2 kat nurseri ade papa.. Sebut papa .. Dia pon dok terikut sama) .. Lg satu aku perasan ank aku berminat sgt klu ade laki yg dokong dia.. Tah.. Dia rs tu ayah dia kot.. Sian aku tgk.. Penah sekali dinner kat manhattan (fish market) hehe.. Ank aku dok tarik baju org sblh smpi org tu main cak cak dgn dia.. Smpi laki tu lyn dia bru dia benti.. Ceh ank aku ni kepelikan semacaman,. Sian ko nak.. Ini yg buat aku terasa nk bg dia kenal je bpk sbnr dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2015 04:43 PM | Show all posts
Larasati replied at 9-6-2015 04:23 PM
Komen ini buat aku tertunduk malu.., ye mmg ade benarnya kata2 ko nih.. Mmg ak bnci nk tgk muka di ...

kawan saya punya bapak kawin 2. anak anak merungut komplen pasal bapak dia. mak dia orang kata tak baik kata gitu, itu bapak korang. function ibu juga untuk galakkan kasih sayang anak anak kepada bapa juga. jangan kerana ada differences, kita hasut or ajar anak kita untuk membenci bapak sendiri. dan function bapak sendiri adalah untuk galakkan kasih sayang pada ibu sendiri. dua dua kena galakkan anak2 supaya sayang pada kedua ibu bapa. jika ada salah satu hasut menghasut untuk membenci ayah/ibu, bagi saya itu tidak baik.

ada juga kawan saya yg ibu bapa bercerai. bapak dah tak leh tengok muka mak. mak tak leh tengok muka bapak. bapak dia orang kaya. masa di mahkamah, uncle tu takut juga wife dia nak tuntut macam macam dari dia. tapi wife dia kata tak mahu apa2 dari suami. takde nak tuntut nafkah, edah mutaah etc. auntie tu kerani kerajaan biasa. mungkin tak tertanggung kos dia. bila tengok wife dia tak tuntut apa apa, terus uncle tu bagi dia sebiji kereta kondo. pastu tak lama, rezeki uncle tu bertambah, upgrade bagi ex wife duduk semi d di ttdi upgrade lagi kereta. serba serbi uncle tu tanggung. mana gaji kerani nak hidup di rumah mewah. now upgrade lagi. anak anak duduk bapak. weekend balik rumah isteri. bila bila nak balik pun boleh. lagi mudah begitu. bila auntie ni mengalah tak tuntut apa2, lembut hati bekas suami nak bagi itu ini.

kalau nak ikut kisah rumahtangga selebriti, contohi chef wan tu. walau tiada apa ngan bekas isteri tapi dia tanggung serba serbi. respect dengan dia. erra ngan emran pun berbaik ngan suami. abby, norman, memey sama sama jaga anak2 tu.

yang retis lain tu kira nak menang or kalah mati. pung pang pung pang bergaduh di media social. rebut anak. tulis perlbagai cerita tak baik ttg bekas suami/isteri. toksahlah dijadikan contoh.

kat sini kita tak tahu siapa tu siapa. selebriti tu kita tahu siapa bekas suami/isteri. esok anak dah besar, kesian dok baca kisah bapak mak di internet.

mesej elok elok ngan bekas mertua tu. bawaklah anak tu berjumpa ngan atuk nenek belah sana. kalau bekas tu ada, minta maaflah pada dia sebab tak bagi alamat tadika. kemungkinan dia nak tengok and main ngan anak dia di tadika tanpa lihat muka you. mungkin lama lama bila sudah ada bibit kemaafan, mungkin kalian boleh bersemuka sebagai ibu dan bapa untuk lihat anak membesar bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 05:19 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 8-6-2015 10:33 AM
oh yer, terlupa, masa sebutan kes tu, hitam putihkan sekali

-giliran / waktu berjumpa, mention pe ...

psl jatuh hak jika kawin baru tu.
mmg betul tp bekas somi kene pastikan bahawa:
1) suami yg baru tu penjenayah
2) tiada keje tetap
3) tiada kemampuan utk mjaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2015 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
eileen80 replied at 9-6-2015 05:19 PM
psl jatuh hak jika kawin baru tu.
mmg betul tp bekas somi kene pastikan bahawa:
1) suami yg baru ...

Hoyeh.. Klu betulla fakta ni dptla aku strt carik jodoh baru.. Hehe.. Tingin aku weh nk hidup bahagia dgn suami hingga ke jannah katakoooo cam org lain.. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2015 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 9-6-2015 04:43 PM
kawan saya punya bapak kawin 2. anak anak merungut komplen pasal bapak dia. mak dia orang kata tak ...

Aku suka pendapat ko.. Tepat padat dan berisi. Betul ko ckp yg bab ex mertua tu.. Xguna nk dendam org nk menyombong.. Sume dah berlalu.. Mmg dah ttulis jodoh aku ngn anak dia x pnjng.. Tp yg aku nk elak.. Aku xmo dihapdet ape2 dr bekas mertua ttng kuarga belah sana.. Sbb akan menyukarkan proses aku membalut luka.. Kekdahnya hihi..

Exmertua mmg dr dlu klu kol aku mesti nk hapdet sal sume cucu ank menantu.. Pedih utk aku dgr.. Cane aku nk cite kat korang aku xtau.. Aku bkn nk putus silotolrohim ke apa.. Tp aku belum bsedia.. Mgkn.. Luka masih berdarah.. Bkn sikit bekas luka yg ank dia tngl utk Aku.. Aku belum bersedia..

Mak aku dok pesan.. Stop berhubung dgn pihak belah sana,, sbb tkut jd pnjng cerita.. Mama aku dok pesan; dgr pesan mama ni.. Jgn berhubung dgn belah sana. Klu x.. Hidup awak akn serabut dgn mcm2 bnda n mslh derang bg nti..

Yup.. Yg bab berbaik demi anak tu aku setuju.. Benci mmg dah sama2 benci.. Dan bab klu aku xtuntut apa2 dan kemungkinan bekas laki mgkn kesian dan murah hati bg mcm2 nti.. Aku rs org lain mgknla.. Tp klu jawa batak tu mmg aku berani kerat jari takla.. Tp xpe la aku pon xhrp apa2 dah dr dia.. Ms jd bini pon xpenh bg nafkah Zahir.. Dah cerai ni? Wht do u expect..

Xpela.. Aku mls nk sabut kepala. Semoga tuhan murahkan rezeki aku gntikan dgn rezeki yg lain.. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 11:59 PM | Show all posts
Larasati replied at 9-6-2015 11:43 PM
Aku suka pendapat ko.. Tepat padat dan berisi. Betul ko ckp yg bab ex mertua tu.. Xguna nk dendam  ...

aku paham lara. your story is such an inspiration.

i feel your pain. tapi nampak pihak sana cam dendam. tu yang dibimbangkan. dari your explanation anak tak mo jaga tetiba dia failkan hadhanah. ni semua i see sebab dendam.

tapi penceritaan contoh2 tu semua menunjukkan bila kita sabar sikit or berbaik ngan org yg dah tiada apa2 dengan kita, mungkin tuhan bagi kita something lagi better.

just berhubung ngan mak mertua secara kasual. memang kita sakit hati. mana tahu walau kita terpaksa berlakon baik walau sakit hati, dipujuk bekas you tak payah nak panjangkan cerita hadhanah semua tu. settle kat luar. sama sama dapat jaga and sama sama kongsi anak tu.

sepanjang hidup ni, i jumpa bermacam orang lara. story you tak sama story i. kadang i terpaksa berjumpa dengan family yang asyik bersangka kita ni tak baik. tapi i tetap pi kenduri and jumpa mereka as family. setakat 2-3 jam perjumpaan tu, i senyum je. balik my life cam biasa. memang mula mula kita akan ada mixed feelings. yelah bila jumpa tu ada muka senget, ada perli ada mendengus ada kita bercakap dia buat tak dengar. tapi lama kelamaan, kita akan belajar tekan "on" bila berjumpa. balik tekan "off" dan "reset". kita kena train diri kita macam tu. kalau tak kita terseksa and merana kerana kata kata or memek muka orang tu.

cerita you ni complicated kerana melibatkan anak. tapi i doa sangat you all semua boleh berbaik demi anak. i senantiasa doakan you agar you dimurahkan rezeki. nak minta dengan bekas lagi panjang cerita dengan history penceritaan you sebelum sebelum ni.

bila berdepan orang gini memang terpaksa berlakon. biarlah berlakon sekejap (2-3 jam) demi mereka tak ganggu hubungan you ngan anak kelak. duit hilang boleh cari. tak jumpa anak ni lain besar ceritanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 02:13 PM | Show all posts
Lara...

Tabahla hadapi dugaan hidup...sekurang2nya awk dh melepasi phasa pertama...

Ape yg awk lalui..sume sy dh lalui..bg la masa kt diri sendiri utk bina kekuatan...lebih baik kte bina kekuatan slow2 dr kte ckp kte kuat tp akhirnye kte rebah...cari la Allah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar...minta la pd Allah dimudahkan jalan kte...

Bergelar ibu tunggal tidak sukar tp x semudah yg disangka..percayalah pd diri..yakin la pd diri..jgn rse keseorangan..kerana Allah bersama kte..tabahlah hadapi masalah2 mendatang..kerana x semuanya indah dan mudah..

Klu rse down, carilah Allah..solat la..ngaji la..muhasabah diri kt atas sejadah..kurangkan mengadu pd org kerana org x selamanya ade di sisi kte..yg penting dlm hati kte...Allah ada. Jgn igt anak itu adalah segalanya..kerana itu adalah hak Allah..jd bila2 mse Allah blh ambik...anak itu adalah amanah n tanggungjwab kte shj...maksud sy di sini..kte hdp dan mati kerana Allah..bkn sbb anak..klu sbb anak..nnt Allah tarik anak tu..kte akan gila!

Belajarlah utk menghadapi situasi sukar dgn tenang..belajarlah utk melawan amarah tu dgn zikir..kurangkan la maki hamun n rse ketidakpuasan hati...sy sendiri pn ambik masa 1 thn utk recover sume ni...bohonglah dlm hati ni x rse nk gila..x rse sunyi..dgn ex-hsbd dok psycho msg dok ckp die la plg bhgia dgn wanita skrg (kami bercerai sbb die ade pmpuan lain..sy ni loser..bitch) tp sy blja utk tangani masalah dgn tenang..

org yg x tenang lg mudah diperkotak katik kan...kte blja handle situation.. lme2 ble kte dh temu kekuatan...org akan nmpk keyakinan kte...ex sy sendiri x percaya sy blh hdp sendirian ngn anak tanpa mntk tolong die..sedangkan dlu die pnye la ckp sy ni terlalu bergantung kt die..x blh berdikari...die plak offer nk tolong..pelik kan?

Hub sy ngn bekas suami kdg2 baik..kdg2 x..tp kami ambik keputusan demi anak..kami berbaik2..memandangkan die pn bz..sy benarkan die bermalam ngn anak sebulan sekali..setiap kali die nk ambik anak..die akan msg..ckp nk bermalam..sy mula2 x benarkan..tp lme2 sy doa pd Allah..moga Allah lembutkan hati sy...sbb sy tau sy xde hak utk halang hak anak...jd sy belajar benarkan bermalam..setakat ni sy bg 1 mlm sebulan..

bekas suami juga bg kerjasama dgn baik even sometimes still kami akan bergaduh..itu normal sbb mana mungkin blh ckp baik..sbb hakikat kami dh bercerai...anak msih kecil ketika itu..1 thn 3 bln...sy bela anak sorg2..

Psl mak mertua..hub kami sgt baik dan masih baik ngn adik beradik die..tp ade 1 ketika..sy mcm seolah2 x blh move on klu still contact ngn mil sy..jd sy ckp kt mil sy...sy minta maaf..sy bkn sombong atau ape..sy cuma nk teruskan hdp sy je..jd sy xkan lg msg ngn mil sy...klu nk tgk cucu..tgk la kt fb..sy ade upload...sy ckp..sy tetap anggap die sebg mak sy dan sy akn doakan die dr jauh..hrp die fhm sbb sy nk teruskan hdp je...

Mil fhm..die nangis..jd lps tu..sy x berhubung ngn mereka lg..dan sy sgt gembira kerana Allah telah temukan sy kebahagiaan baru...terima kasih Allah.

semoga awk dpt iktibar dr kisah sy..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 04:36 PM | Show all posts
laki ni kdg biler kita nampak sangat takut hilang anak, lagi dorang seronok buli kita buat kita stress........ kawan aku, lepas cerai ex laki ugut nak file hadanah... kawan aku bg tau, ambil je semua anak2, senang dia nak bermesra, deting dengan bf baru..... tu cakap je depan ex laki, kat belakang nangis2 ngadu kat aku takut ex dia betul2 file hadanah.... tengok2 nan hado pun ex laki dia file hadanah sbb tak nak bagi ex dia senang2 deting, jumpa lelaki baru........

ex TT ni, dia bengang sbb TT tak bg jumpa anak, mintak alamat nurseri tak dpt... dari situ dia tau TT mmg betul sangat desperate nak jaga anak sorang2, tu yg sesaja dia file hadanah bagi stress kat TT..... aku suggest TT slow talk je dengan ex kalu tak sanggup nak naik turun court.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2015 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Larasati at 19-6-2015 01:11 PM

19/6/2015

16/6/2015 hr tu aku dah hadir ke mahkamah utk Majlis Sulh yg ex failkan. Berikut keputusan perjanjian yg dipersetujui bersama;

Berikut tuntutan dan prrsetujuan yg dibuat:

EX MENUNTUT

1. Hak penjagaan bersetuju bg pada ibu

2. HaK lawatan
- minggu pertama dan minggu ketiga
- hak jumpa anak setiap hari isnin selasa rabu khamis jumaat 6-7pm
- hak bermlm pada minggu ketiga dan pertama

3. Hak berhari raya dengan anak
- nak hak raya puasa je dgn anak. raya korban xmo
- hak bergilir2 beraya dgn anak. tahun ni giliran aku so thn dpn giliran dia.

--------------------

KEPUTUSAN PERBINCNGAN

1. Hak penjagaan sepenuhnya dpt kat aku (sbg ibu)

2. Hak Lawatan pada bila2 dan DENGAN kehadiran aku (sbg ibu)

3. Hak Lawatan pada minggu Pertama dan Minggu Ketiga pada bila2 masa dan DENGAN kehadiran aku.

4. Hak Lawatan bila2 masa ke Taska anak. (aku bersetuju bagi alamat taska anak sekadar utk makluman dia sbg ayah). Dia dibenarkan lawat anak kat taska tetapi anaj TIDAK BOLEH dibawa keluar dari taska - cuma leh jumpa kat pagar je.

5. Nafkah Anak wajib dimasukkan setiap bulan Sblm 1hb ke akaun bank aku. Jumlah dipersetujui : $600 sebulan.

-----------------

aku bersetuju dgn hak lawatan dan bg address taska sbb aku dah dpt hak penjagaan sepenuhnya atas anak. aku berlembut sbb takmo pnjng2 kes dan dgn harapan kami leh bertolak ansur demi kebaikan anak lps ni. aku xberhrp kami leh berbaik pon, cukup klu dia boleh tolak ansur dan ckp baik2 dgn aku klu nk jumpa anak.

bila dgr ex tntut nak bermlm dan beraya tu terus ati aku mcm nak pecah. xdpt aku byng ank perempuan aku yg sedang nk membesar xtau apa3 lak tu bermlm dgn org mcm dia. aku sbg ibu wajib melindungi dan aku xkn sekali kali biar ank aku bersama dan bermlm dgn serng yg tdk berakhlak wlupun dia ayah anak aku sdri. mmg nangis2 aku tunjuk sbb knpa aku xboleh bg ank aku bermlm dgn org mcm ni.

abis aku bongkar. cuma yg dia tu berzina dan amal seks luar nikah je yg aku xbongkar sbb pikir maruah dia lg. mmg merah muka dia tahan malu
tp aku tau dia jns berkulit buaya.. dia mmg jnis tak tahu malu..

aku masukkan nafkah anak sekali dlm tuntutan ni sbb aku klu boleh dah mls nak naik court lg tuntut yg ni. mrmula ex refuse.. dia ckp mahal aku mntk $600. lgpon kata dia nafkah anak tu atas keikhlasan dia. aku sbg ibu yg dah kena cerai patutnya bersukur je dgn apa dia bg. lgpon skrg dia dah xbuat part time insuran lg. (ye ke) huh. dia ckp klu nk masukkn dlm perintah ni dia leh bg sebulan $500 je. aku bantah la nursery anak pon dah $400. yg lain2 sape toup? aku ke? sape dia nak arah aku kuar duit utk anak aku sdgkn tjawab bg nafkah tu pd ayah?

diam dia.

yg peg sulh tu pon sik menangkan ex. tah kawan dia ke ape. peg tu ckp cik mntk tu kenala dgn kemampuan suami. (gaji ex aku tgk kat situ $3326 kot) pergh berkira utk anak. aku bantah balik aku ckp nk tgk kemampuan suami? kemampuan sy sbg ibu ni tak tgk ke? tjawab bg nafkah tu kat bahu bapak smpi mati. xde ckp dlm islam ibu pon wajib bg nafkah. klu yg ikhlas kuar duit tu utk aku. bkn bapak dia yg nak ikhlas2 bagai tu.

terdiam 2-2.

aku berkeras klu ex xsetuju $600 tu anggp je majlis sulh tu xberjaya dan kite g court je. aku sbnrnya mntk $800 sbln tu pon aku masih kna toup..,tp mntk $600 tu berperang mcm ape je. peg sulh tu (pompuan) leh ckp tjawab kuar banje utk anak terletak d bahu penjaga dan cik sbg penjaga klu duit tu xcukup cik kenala tmbh dan jgn berkira sgt.

ambui nak je aku cili mulut budak ni!

last2 ex puaka setuju $600 sebulan. tu pon dok komplen ehh i struggle nk bg $600 sebulan tau x? struggle la sgt ade aku kesah. ko pandai buat anak ko pon kna pandaila tanggung jgn nk lps tgn je. smpi mati aku tak redha tau ke tdk. dia bkn kena byr keta byr ape pon keta pon pki ayah punya klu ikutkn xlyk dok atas jln dah keta tu. kesian.

ms tuntut nafkah ank mmg nangis3 aku sbb nmpk sgt dia xmo dipksa bg ank duit. aku xmntk ape pon hak aku sbg isteri.. aku xbising lgsung pon. aku cuma mntk hak anak yg tu pon dia pertikai kononnaku berkira sgt.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 02:51 PM | Show all posts
Larasati replied at 19-6-2015 01:04 PM
19/6/2015

16/6/2015 hr tu aku dah hadir ke mahkamah utk Majlis Sulh yg ex failkan. Berikut keputu ...

ya Allah kenapa lko tak cili jek mulut pegawai sulh tu? aku baca aku plak jadi hangin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2015 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
aciklola replied at 19-6-2015 02:51 PM
ya Allah kenapa lko tak cili jek mulut pegawai sulh tu? aku baca aku plak jadi hangin

mmg bengang abadi aku ngn peg sulh tu.. nk hujung2 tu der aku sound dia, smpi terlupa nk pngil puan.. awak ni mesti tak kawin lg kan? dia senyum jee tak ckp ape2 smbil angguk.. awak dah ade anak? adeee smbil senyum meleret. ohhhh.. klu dpt suami baik xpe.. klu dpt suami mcm ni baru tau rabu khamisnya! dia diam n terus tukar topik lain

peg sulh tu ckp bersyukur bekas suami nk bg byk ni $600 tu. klu puan fight kat mhkmh utk dptkan nafkh anak dgn gaji suami ni, sy yakin puan akn dpt kurang dr ni. as if x menggalakkn la aku menuntut. konsepnya redo dan terima. aku terus bantah ckp "tak perlu smpi sy tuntut. dia kan nak jd ayah bertanggungjawab sgt kan..ha jadilah.. klu tak takkanla g failkan hadhanah.. anak ni perlu hidup dia perlu meneruskan hidup nak besar kena mkn kena mnm. skrg ni klu dia sakit duit yg dia ni bg tak cukup pon utk sy byr bil medical dia. sy kena kuar duit sdri. thawab ayah tu smpi ke akhirat. ni utk darah daging dia kot.. nape berkira sgt!"

dua2 diam.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 05:12 PM | Show all posts
peg tu ckp cik mntk tu kenala dgn kemampuan suami.

peg sulh tu (pompuan) leh ckp tjawab kuar banje utk anak terletak d bahu penjaga dan cik sbg penjaga klu duit tu xcukup cik kenala tmbh dan jgn berkira sgt.


ayat kat atas yg aku quote ni, aku anggap sebagai bebodohan dan kejahilan pegawai sulh tu..

bagus lara ko jawab mcm gitu.. pegawai sulh tu sepatutnya kene jadik pendengar yang adil, bukan memenangi atau berpihak dengan salah seorang..

geram pulak aku dengar....

aku pernah dengar satu kes yang baru jugak berlaku, pegawai sulh tu lelaki, dalam kes ni, org ke3 yg tuntut hak hadhanah sebab
ibu tak layak (habis eddah dah berkahwin dengan seorg lelaki yang tidak berakhlak, ada bukti, report polis dsb disertakan, ayahnya pula tak mampu sebab tiada
tempat tinggal yang tetap selepas bercerai, siang kerja lain, malam kerja jaga).. neneknya (ibu kandung si ibu) pula tak mampu dari segi kesihatan..

dalam kes ni, soal nafkah ditekankan oleh pegawai sulh tu, beliau membacakan akta hukum syarak dan menekankan bahawa walaupun org ke3 (ibu saudara) yang jaga, tapi nafkah anak tetap jatuh atas tanggungjawab si ayah, atau bahasa kasarnya, tahu buat, tahu tanggung.. ini ayat yang keluar dari pegawai sulh tu sendiri tau.. bermakna, org ke3 tu la yg patut top up yang mana tak cukup, bukan ayahnya yang top up, org ke3 tanggung..

aku dapat cerita ni dari seorang peguam syarie.. jadi, kat sini, aku nak bgtau yang pegawai sulh perempuan tu bodoh atau jahil.. geram hokeyy..

pasal kemampuan, kalau rasa tak setuju, boleh mohon di mahkamah, tapi tak sepatutnya pegawai sulh tu menakutkan ko dengan mengatakan jika tuntut di mahkamah akan dapat lagi sikit.. dia tak patut cakap macam tu sebab dia siapa? dia bukan hakim.. hakim pun akan kaji semua faktor.. tapi aku fahamla, mmg satu keja laa nak naik mahkamah pulak kan, and alhamdulillah setuju jgk dan berekod semua ni.. nanti korg kene ke mahkamah untuk tandatangan perjanjian tu jer, dah dapat tarikh ke lara? if dia / ko langgar mana2 perjanjian tu, salah seorang kene terus ke mahkamah report dan batalkan perjanjian.. tu yang aku faham..




Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 05:21 PM | Show all posts
ni la masalah orang lelaki yang tak tahu hukum hakam atau tutup mata..
dia ingat bila dah bercerai, hak jagaan dapat kat ibu, dia tak payah keluar duit sesen dah..

boleh enjoy duit dia dengan betina baru..

dunia ni lepas laa.. akhirat esok, jawablaa..

kurus pulak puasa aku hari ni.. geram...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah kata laki ko je lara. Ada lelaki bergelar ustaz. Glamer sebagai penulis buku penyelesai masalah rumahtangga orang. Tak nak bayar nafkah anak sebab penulis buku kerja tak tetap duit tak banyak katanya. Hadhanah dapat kat bini dia melompat suka. Tak payah bela kan. Ada ke 3 anak dah sekolah dia nak bagi 250 je? Dalam tak de duit, tup2 dengar bertunang berpelamin, kawen siap berpelamin berkenduri kendara ala2 arab padahal melayu tulen...kahkah. Aku gelak pasal bini baru gaji berbelas ribu bangga kawen ustaz tilljannah katanya. Tak tahu ustaz kaki mengangkang makan duit bini bertahun2. Kesudahannya bekas bini dia hantar semua anak kat ustaz tu. tahu hantar macam mana? Suruh polis gi hantar. Sebab anak dok nak ayah ayah...haaa pi sana kat ayah kau. Hahahaha. Anak2 kecik lagi pompuan pulak tu. memang nampak ayah je kaa kan. Mak kerja bagai nak rak tak nampak dah. Aku salute pompuan tu. lawyer pun salute. Buat anak lain je laa puan kata lawyer. Bela anak pun dok salahkan mak apasal ayah tak datang tengok...ibu tak bagi ayah datang ehhh...tak bagi datang ibunya kata...ayah kau mana ingat kau lagi. Anak dia cebik uols. Umo 10. Haa tu gi hantar terus. Nafkah tak bagi, jenguk langsung tak, call jaub sekali. Duduklah kau dengan mak tiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 12:21 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 19-6-2015 05:12 PM
ayat kat atas yg aku quote ni, aku anggap sebagai bebodohan dan kejahilan pegawai sulh tu..

...

Kebarangkalian apa yang pegawai sulh cakap berkenaan "masuk court mungkin dapat kurang" ada benarnya. Pernah terbaca dalam satu FB, kisah makcik kerja guard sekolah asrama, mengadu kepada puan peguam (yang menulis dalam FB ini), nafkah yang diputuskan oleh mahkamah untuk 3-4 orang anaknya yang semua masih bersekolah adalah RM50 sebulan. Ini hakim yang putuskan mengikut kemampuan si suami (yang dikatakan menipu kata ada banyak hutang).



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.138180 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list