CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: doubleA

All about ZAMANI & SLAM. Suara hati peminat.

 Close [Copy link]
Post time 9-1-2016 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
eely_shana replied at 5-1-2016 04:51 PM
Harus kalau indo once no 1 di hati iols. klu msia opkos la banghadek.

Aah.. ari lasso pnah ter ...

Hehhe abam yusry nyanyi ok2 aje cuma yelah dia encem semua org tergila2 kat tv...tapi tak lawan aura abg adek lerrr lainn kalau dia kat tv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2016 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sakti_kirana89 replied at 9-1-2016 12:42 AM
Aduhai...bila ajaq divorce...? Sedihnye dgr..

Btw korg nie masih majok dgn abg adek ker...jgn l ...

Lama tak lamalah.... Kalau ada post-posting rindu tu,untuk anak letteww

Bukan majok,malas nak ambil tahu hal-hal heols lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sakti_kirana89 replied at 9-1-2016 12:45 AM
Hehhe abam yusry nyanyi ok2 aje cuma yelah dia encem semua org tergila2 kat tv...tapi tak lawan au ...

Menurut kajian tak rasmi iols masa zaman kanak2/sekolah rendah dulu, gambar/poster yg budak2 pompuan selalu gunting dari majalah/surat khabar n tampal kat fail/buku diorang ialah gambar abgadek zamani n abgchik yusry.

tapi...iols tak pernah buat hokkayy
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 9-1-2016 01:11 AM
Lama tak lamalah.... Kalau ada post-posting rindu tu,untuk anak letteww

Bukan majok,malas nak a ...

Ooh begitu...sedih oulak...ajaq kirekan cam barubjugak kahwin... dalam 2011 kan....masa kat concert di singapore 2012 tuh dorg sume happy announce ajaq da kahwin...tapi jodoh pertemuan di tangan tuhan...sedih pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 07:28 AM | Show all posts
Edited by mybarbie at 9-1-2016 07:29 AM
MyNameIsIris replied at 8-1-2016 10:54 PM
Wife ajaaq mana pulak uols . Future wife ajaq belum ready lagi nak tamatkan zaman solo kot :lol ...

haha tulah.. dah bercampur aduk dah... xtau mana citer pasal sapa.. dahlah kat thread org plak tu .. hehe...
patutlah dia da jarang2 update fb & gambar anak dia... bila dia divorce? sbb rasanya anak dia mcm kecik lg kot... sedihnya...
Future wife ajaq belum ready lagi nak tamatkan zaman solo kot
Abg ajaaq dah ada calon ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mybarbie replied at 9-1-2016 07:28 AM
haha tulah.. dah bercampur aduk dah... xtau mana citer pasal sapa.. dahlah kat thread org plak tu  ...

Tak tahu ada calon ke... Iols loyar buruk jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2016 09:59 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 9-1-2016 09:17 AM
Kahwin nov 2012
Ryan lahir oct 2013
Konsert kembali merindu tak kahwin lagi tapi konsert unplugged ...

oo.. kesiannya baby dia.. kecik lagi..  iols baru jek tengok konsert kembali merindu yg dvd version bulan 11 hr tu.. konsert unplugged tu pun nasib ada org upload kt youtube tp xbyk pon...
haha.. iols baru nak tya u ni die hard fan ajaq ke? hehe.. btw tq la klu x fans mcm I ni xtau...

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MyNameIsIris at 13-1-2016 05:57 PM

Reply @mybarbie

Iols tak tahu apa masalah chrome atau line atau hp iols,iols tak boleh reply

Iols suka nengok konsert kembali merindu dan tak berapa minat tengok unplugged sebab orang rakam. Iols memang kureng sikit unplugged ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 07:29 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 9-1-2016 11:31 AM
Reply @mybarbie

Iols tak tahu apa masalah chrome atau line atau hp iols,iols tak boleh reply

Patutlah xada any notification u reply... mcm masa @doubleA mention I kat 1st page thread ni la... xdpt notification, bila u bgtahu dah 76 pages dah.. lebam mata nak khatam...


@doubleA kenapa abg shah mcm da xnampak je dkt any prog kat tv? GV pon 2 episod jek... mentor pon xder... dia xder update apa2 aktiviti ke kat FB dia? kak ina pon mcm jarang2 dah update, klu update pon mcm nasihat/luahan perasaan dia jek...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam melodi tadi zamzam mention yang slam akan adakan road tour... Tazabar
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 10-1-2016 10:32 PM
Dalam melodi tadi zamzam mention yang slam akan adakan road tour... Tazabar

Zamzam ada kuar melodi lagik tadi?? Ade2 sape2 rakam? Nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
sakti_kirana89 replied at 10-1-2016 11:17 PM
Zamzam ada kuar melodi lagik tadi?? Ade2 sape2 rakam? Nak tgk

Se-saat dua jah.. So tak rakam
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 01:22 AM | Show all posts
Dedah ciri bakal isteri
Jelas penyanyi ini, penerimaan tidak hanya perlu datang daripada wanita itu sahaja, tetapi juga keluarganya
Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin  |  12 Januari 2016 4:05 PM

HAMPIR empat bulan meninggalkan Rumah Pengasih, dia tidak segan untuk memberitahu bahawa dirinya kini sudah bebas daripada cengkaman dadah. Baginya selepas hampir 10 tahun bergelumang dengan benda terlarang itu, saat ini apa yang diperlukan adalah untuk membina kekuatan diri.

Tidak mahu memberi tekanan kepada diri dalam mencapai misi yang ditetapkan, jelasnya keutamaan saat ini adalah untuk mengembalikan kehidupan yang sebelum ini.

Walaupun tidak banyak yang mampu dilakukannya pada satu-satu masa, namun dia yakin untuk mencapai apa yang dihajati suatu hari nanti.

Bercerita mengenai kehidupannya kini, kata Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 44, jadualnya semakin sibuk dengan urusan kerjaya.

“Sebenarnya kehidupan saya sama sahaja. Cuma tempoh tiga bulan berada di luar Rumah Pengasih ini adalah dalam tempoh percubaan.

“Ikutkan, saya juga masih takut sebenarnya. Bukan tidak percaya dengan kemampuan diri, tetapi lebih elok rasanya saya berhati-hati,” katanya yang kelihatan semakin sihat.

Senang memberi tumpuan kepada kerjaya, kongsi Zamani, kesibukan sedikit sebanyak membuatkan dia tidak terlalu runsing memikirkan keadaan diri.

Jelasnya, kala ini juga dia sangat bersyukur kerana terus diberikan peluang untuk menyanyi.

Dalam kata lain, sepanjang tempoh berada bersama masyarakat kini, dia tidak pernah rasa terpinggir.

“Alhamdulillah, tawaran untuk menyanyi terus ada. Saya anggap ini merupakan satu bentuk sokongan buat saya. Sebenarnya, menyibukkan diri dengan kerja juga adalah cara rawatan buat saya.

“Pada masa yang sama, saya elak untuk pergi ke mana-mana seorang diri. Jangan salah anggap. Bukan saya tidak yakin, tetapi rasanya saat ini saya lebih selesa ditemani oleh orang yang rapat sahaja,” katanya.

Tidak mencuba mencari alternatif lain dalam merawat diri kerana Zamani cuba mempraktikkan apa yang sudah dipelajari di Pengasih.

Walaupun tidak sepatuh mana, namun dia cukup bangga memberitahu keinginan untuk berubah itu tidak pernah berkurang.

“Di Pengasih saya diajar bermacam-macam perkara. Jadi apabila sudah berada di dunia luar kini saya hanya buat apa yang sudah diajar. Tentunya perkara utama adalah sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Namun saya manusia biasa, yang saat ini masih bertatih, tentunya ada juga yang terlepas.

“Soal mendapatkan rawatan kampung dan sebagainya, saat ini saya tidak buat keputusan lagi. Rasanya lebih elok untuk saya teruskan dengan apa yang saya selesa. Tambahan pula, pengurus saya, Johan sentiasa memantau keadaan saya sejak keluar dari Pengasih ini,” jelasnya. - Gambar Jeffri Iran

“Ini salah saya”

Selama beberapa minit bercerita tentang kisah diri, tidak ada sekalipun yang keluar daripada mulut bekas penyanyi kumpulan Slam ini yang menyalahkan mana-mana pihak. Katanya, apa yang dilalui adalah pilihan diri dan dia yakin untuk berubah juga demi kehidupan yang lebih baik.

“Saya letak segala yang berlaku atas kesalahan diri saya sendiri. Malah saya tidak pernah menyalahkan orang lain.

“Buat apa sebenarnya mencari salah orang. Sebabnya, kalau kita terus begitu, memang kita tidak akan mengkaji kesalahan diri kita sendiri,” katanya lembut.

Bagaimanapun dalam mengelakkan diri tertekan dengan permintaan kumpulan tertentu, pesan Zamani kepada mereka yang mempunyai nasib sepertinya supaya tidak terpengaruh dengan kata-kata sekeliling.

Katanya, dia tidak membaca sebarang komen di laman sosial mengenai dirinya. Bukan kerana takut, tetapi lebih untuk menjaga emosi diri.

“Saya memang mahu berubah, namun mereka di luar sana perlu faham, semuanya ini perlu melalui proses.

“Sebab itu dalam mengelakkan tekanan, saya tidak mahu buat sesuatu demi orang lain. Saya hanya mahu berubah demi diri saya sendiri. Pada masa yang sama, saya elak baca komen-komen yang menyakitkan, sebab saya tahu dalam keadaan ini juga saya sebenarnya masih lagi rapuh dan tidak berbaloi untuk menyakitkan diri,” katanya.

Mahu kahwin, tapi nanti dulu

Tidak mahu menipu diri kerana jauh di sudut hatinya pernah terbit rasa cinta kepada seorang wanita, bagaimanapun mengimbau kembali ke waktu itu, Zamani pasrah memberitahu jodohnya tidak sampai kerana kesalahan diri.

“Tipulah kalau saya tidak pernah bercinta. Dengan umur sekarang pasti saya pernah melalui waktu bahagia.

“Tetapi melihat keadaan diri pada waktu itu, tidak pernah terlintas saya mampu mengemudi sebuah perhubungan. Jadi, saya lebih rela menguburkan hubungan tersebut kerana tidak mahu membebankan sesiapa,” katanya.

Tidak menolak mahu bergelar suami suatu hari nanti. Pinta Zamani jangan dia terus digasak dengan soalan yang sama.

Jelasnya, jika sudah sampai waktu untuk dirinya bertemu dengan seseorang, dia yakin dengan jodoh yang sudah ditetapkan.

“Biar saya lakukan satu perkara dalam satu masa. Masa ini lebih baik saya tumpukan kepada diri dan kerjaya saya dahulu. Niat untuk berkahwin itu memang ada, bila itu saya tidak tahu.

“Dalam fasa ini bukan mudah sebenarnya, tetapi jika ada jodoh siapa yang boleh menghalang,” katanya.

Berkongsi mengenai ciri-ciri wanita yang mampu mencuri hatinya, dilihat Zamani sedikit kelu untuk menyatakan. Namun mengimbangi dengan keperluan diri, kata Zamani, tidak banyak yang perlu ada pada seseorang wanita itu kecuali penerimaan dia dan keluarganya, itu adalah sesuatu yang penting.

“Mungkin dahulu banyak ciri-ciri wanita yang saya mahukan, tetapi melewati usia dan masa, saya fikir adalah penting untuk dia menerima saya seadanya.

“Malah bukan itu sahaja, perlu juga keluarga dia menerima saya dalam mendapatkan restu,” katanya ringkas.

Pernah timbul kisah kononnya, keadaan diri penyanyi itu semakin teruk disebabkan seorang penyanyi wanita terkenal. Tidak mahu memanjangkan kisah ini, kata Zamani, dia tidak pernah mahu bertanggungjawab dengan sesuatu yang tidak pernah keluar daripada mulutnya sendiri. Jelas penyanyi itu, sungguhpun kenyataan itu ada kaitan dengan dirinya namun itu tidak bermakna dia perlu menjelaskannya.

“Saya tidak mengiya mahupun menafikan kerana apa-apa yang bukan dikeluarkan daripada mulut saya itu bukan tanggungjawab saya. Bagi saya sebagai rakan (kenyataan seorang komposer) itu mungkin sekadar pandangan dia sahaja.

“Bagaimanapun saya harap pihak yang dikaitkan itu faham, saya ambil langkah berada di tengah-tengah untuk tidak terus mengeruhkan keadaan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/dedah-ciri-bakal-isteri-
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
l1a replied at 13-1-2016 01:22 AM
Dedah ciri bakal isteri
Jelas penyanyi ini, penerimaan tidak hanya perlu datang daripada wanita itu ...

Iols ada paper utusan ni
Ceritanya lebih detail dari online
3 page penuh cerita pasal abgadek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2016 01:06 PM | Show all posts
Edited by doubleA at 13-1-2016 01:07 PM
mybarbie replied at 10-1-2016 07:29 AM
Patutlah xada any notification u reply... mcm masa @doubleA mention I kat 1st page thr ...

iols pun tak dapat noti walau chuols tag iols, biasalah sistem punya kesilapan la tu.
shah? entah, iols rasa busy kerja jugak kot, cuma tak nampak di kaca tv jah, idok la iols nak speku takda job dan sebagainya
update kt fb? pun takda, heols jarang update kat fb dah beberapa tahun belakangan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2016 01:08 PM | Show all posts
eely_shana replied at 13-1-2016 10:59 AM
Iols ada paper utusan ni
Ceritanya lebih detail dari online
3 page penuh cerita pasal abgadek

khelas, story abgadek melakukan surat khabar gamaknya, cite pasal apa noks? iols tak beli paper
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 13-1-2016 01:08 PM
khelas, story abgadek melakukan surat khabar gamaknya, cite pasal apa noks? iols tak beli paper

Cerita tambahan:
abgadek kata nk buat bisnes tp xpasti bisnes apa sbb xmau harap menyanyi je. takut 1 hari nnti heols dah x mampu nk nyanyi. pastu dia kata sejak kuar pengasih dia dok ngan abg johan tp tetap hubungi adik beradik dia. kalau uols nk nnti iols email kat uols. tp malam sikit lah. iols cuba snap dgn jelas supaya uols senang nk baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2016 01:29 PM | Show all posts
eely_shana replied at 13-1-2016 01:25 PM
Cerita tambahan:
abgadek kata nk buat bisnes tp xpasti bisnes apa sbb xmau harap menyanyi je. tak ...

oh takpe uols, tu uols dah buat summary, tq yah, iols belanja kopi secawan!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 13-1-2016 01:29 PM
oh takpe uols, tu uols dah buat summary, tq yah, iols belanja kopi secawan!

Xyah ek. ok tq darling!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2016 01:49 PM | Show all posts

yup, takpe, its sokey!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 1.029132 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list