Reply Syik_Gojet
BMR tu apa?sy rs sy kena start bersauna lah..sekali wat sauna leh kurgka ...
farah82 Post at 21-6-2012 11:06 
sori farah tak perasan pulak farah ada tanya sy...
BMR = Basal Metabolic Rate... bermaksud kalori y digunakan organ badan kita semasa kita tdo/pengasan/koma sepanjang hari tuk memastikan organ badan kita berfungsi.. kiranya nie kalori basic bagi setiap org.. Kita tak boleh makan kalori kurang dari BMR kita sebab nanti akan menyebabkan badan masuk "mood survival", automatik metabolisme akan rendah menyebabkan badan hold lemak2 atas dasar keselamatan..
Bagi pendapat sy sauna tuk weight loss adalah NON-SENSE sama sekali.. sauna mungkin sesuai tuk membantu org y ada penyakit tertentu.. tapi bukan dari segi tuk mengurangkan LEMAK.. tau tak 500kcal tu ibarat jog 1 jam.. hehe.. memang lepas bersauna kita akan kurang berat tapi percayalah y kurang tu AIR memandangkan 60% dalam badan kita air.. ia cepat naik n cepat turun.. Lemak takkan mudah2 dibakar.. bukan macam kita bakar atas dapur tu..yer la kalau kita tgk sauna ibarat mcm kita bakar diri kita kan..
Lebih baik bersenam kerana ia meningkatkan metabolisme sekaligus membakar lebih kalori sepanjang hari walaupun kita sedang tdo..
ni sy tempek sikit artikel tentang sauna.. http://sususejat.com/sauna-oh-sauna/
“Seseorang yang ‘normal’ boleh menghasilkan 500 gram peluh menerusi sauna, dan ini memerlukan kira-kira 300 kcal – tenaga yang diperlukan untuk berlari sejauh 2-3 batu. Individu yang mampu menahan haba boleh membakar sehingga 600 hingga 800 kcal tanpa kesan sampingan. Kehilangan air tersebut boleh diganti semula menerusi proses rehidrasi, namun kalori yang telah digunakan tidak akan diganti (telah digunakan kesemuanya)”
Sesungguhnya, hal ini masih dalam perdebatan memandangkan pihak JAMA mengeluarkan dakwaan ini berdasarkan fakta “penghasilan 1 gram peluh memerlukan 0.586kcal”, dan bukannya berdasarkan kajian klinikal yang intensif.
Terdapat sesetengah pihak yang menyangkal ‘teori’ ini dengan mendakwa 300kcal yang dimaksudkan merupakan jumlah tenaga yang diperlukan oleh 500 gram peluh untuk menyejat dari permukaan kulit ke persekitaran, dan bukannya tenaga yang dibakar menerusi proses metabolisma tubuh. Ini adalah bersamaan dengan nilai haba pendam pengewapan untuk air (latent heat of vaporizaton of water) yang bernilai 539 kcal/kg (2260 kJ/kg). Kalau begitu, mana datangnya 300 kcal ini jika bukan dari metabolisma tubuh badan? Sudah pasti tenaga tersebut datang daripada suhu sekeliling yang panas – 300 kcal itu adalah ‘tenaga haba’ di sekeliling anda, dan bukan dari pembakaran lemak dalam badan anda!
Selain pihak JAMA, belum ada lagi pihak lain yang menyokong dakwaan seumpama ini, tambahan pula kajian ini dilakukan hampir 30 tahun yang lalu dan barangkali sudah lapuk dan boleh dipatahkan teorinya dengan mudah berdasarkan penemuaan sains terkini.
~Saya yakin kajian nie y byk digunapakai oleh penjual sauna kan... Kalau masih lagi tak percaya sila buat kajian sendiri seperti di bawah... Berbalik kepada persolan, “Benarkah bersauna selama 15-30 minit mampu membakar kalori sebanyak 600kcal?” Tahukah anda betapa besarnya nilai 600kcal itu? Tahukah anda bahawasanya sepinggan Nasi Beriani berserta seketul lauk ayam masak kurma dan acar timun nilainya adalah sekitar 600kcal (tidak termasuk air manis yang mungkin hadir bersama hidangan ini)? Jika benar sauna boleh membakar 600kcal selama 15-30 minit, aku mencabar anda semua yang menyokong dakwaan ini supaya menjalankan eksperimen yang sangat mudah ini. Tak susah, mudah sahaja.
Hipotesis Kajian: Sauna membakar kesemua kalori daripada Nasi Beriani yang aku makan
Keputusan Kajian yang dijangka: Tiada peningkatan berat badan, kerana kesemua kalori daripada Nasi Beriani sudah dibakar menerusi Sauna
1.Untuk makan tengahari, makan sepinggan nasi beriani (245g) berserta seketul ayam masak kurma dan acar timun.
2.Biarkan makanan tersebut hadam terlebih dahulu untuk tempoh 1-2 jam.
3.Mulakan bersauna selama 15-30 minit.
4.Ulangi langkah 1-3 untuk makan malam juga.
5.Lakukan eksperimen ini secara berterusan selama sekurang-kurangnya 2 minggu, dan dalam masa yang sama, anda tidak perlu bersenam. Bukan apa, bukankah hipotesis anda di sini “bersauna sahaja mampu membakar sehingga 600kcal”?
Selepas 2 minggu, lihat hasilnya menerusi penimbang berat badan. Adakah berat badan anda meningkat, atau kekal slim kah?
~Bagi pendapat peribadi sy lebih baik duit tu digunakan utk beli stok makanan y lebih sihat.. or invest beli alat senaman, kasut sukan, g gym, or kelas erobik.... ia lebih berbaloi.. Jangan terlalu percaya dgn benda y menjanjikan anda "kurus" tanpa buat kajian dahulu.. |