CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainiz81

Arwah yg balik ke rumah & himpunan kisah seram Borneo

    [Copy link]
Post time 3-12-2013 12:34 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 3-12-2013 12:19 PM
yg kat mcd tu dear..mcd yg besar tepi jalan tu

oooooooo....yg at pkns tu kan???huh da la sllu lepak citu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2013 12:36 PM | Show all posts
HAnaNAjima posted on 3-12-2013 12:34 PM
oooooooo....yg at pkns tu kan???huh da la sllu lepak citu..

yup situ dear
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 06:37 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 3-12-2013 12:20 PM
welkam back

iols busy lately ni tak sempat nak update story.. nnti kalau ada iols bro ...

kan....good good..cepat cepat hupdate cerita tau!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 11:59 AM | Show all posts
tt, nk tumpang share pasal kes arwah balik rumah ni bole? hehe
dlm tahun 2010 mcm tu, nenek besfren aku kat kampung meninggal dunia.. nenek ni baik la.. aku slu lepak umah member aku ni.. slu la nampak dia solat n mengaji.. umah kitorang dekat ngn masjid besar.. tapi satu hal yang aku heran sbb nenek and atok dia jarang pegi jemaah skali kat masjid.. aku just pk dorang malas kot..
mak besfren aku ni pn, pas nenek n atok dia meninggal baru rajin p jemaah sesama kat masjid.. tatau la kenapa kan..
balik pada cerita yg nenek besfren aku meninggal ni.. dalam masa seminggu lepas nenek ni meninggal, kecoh kampung aku sbb ramai org2 kampung nampak penampakan makhluk yg menangis2.. dgr suara2 hilaian yg menyeramkan..
salah seorang nya kakak aku.. time ni aku kat asrama.. dlm pukui 2 pagi camtu, dia tido sorang2 la dlm bilik.. pastu dia dgr ade bunyi org dok seret2 something sambil nangis2 mengongoi.. mula2 dia igt mimpi.. tapi makin kuat bunyi tu.. pastu dia g kejut adik aku yg tido kat ruang tamu luar bilik.. adik aku time tu penakut lagi.. baru tingkatan 3 camtu.. dia pn dgr jugak.. betul2 bunyi tu dari luar bilik tu.. umah kampung, takde pagar pn.. sebelah umah aku tu umah kosong.. owner dia wakafkan kat masjid.. umah tu besar amat.. tu pn angker gak sbb takde org guna.. skg baru org masjid buat umah tu jadi tmpt mengaji Quran.. nk kurangkan angker~
bunyi2 ngongoian and seret2 tu lama jugak la.. dlm 10 minit.. tapi dorang takut nk bukak tingkap nk tgk haha.. so dok keras je dua org sampai suara tu hilang sendiri.. sebaik takde kekacauan yg lagi kronik..
kawan2 adik aku yg kaki2 lepak sume insaf seminggu tu.. sbb dorang pn kene kacau!
ade yang nampak nenek tu duduk atas buaian kat taman permainan dekat2 umah aku sambil nangis2.. dorang kata mmg muka nenek tu! sepanjang seminggu tu, mmg kecoh la sbb ramai sgt yg nampak.. aku kesian kat besfren aku tu sbb org2 kampung dok mula mengata2 kan.. sampai skg, aku tak penah tanya dia pasal mende ni tau.. kesian kot kat dia.. aku doakan roh nenek tu ditempatkan di kalangan org2 beriman~ amin~~
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
zennaya posted on 12-9-2013 01:56 PM
lepas tu pulak tgk Keretapi Sabah, nostalgia sungguh. sayang, dah xde kesempatan dah nk pegi area  ...

hello dari orang Kiulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 12:56 PM | Show all posts
naq_j posted on 23-12-2013 07:25 PM
hello dari orang Kiulu

hii dari orang Kuantan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2013 12:59 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 3-12-2013 12:36 PM
yup situ dear

hii ainiz,lama x bergebang kat umah sini. rindu jugak lama x baca citer seram dari Borneo..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 12:51 AM | Show all posts
ni kesah pasal misteri borneo ehhh..lama dah xmasuk MPS...nak tanye skit pada org2 borneo,terutama saudara/saudari dari sarawak..dlu masa bertugas sbg timbalan pakar forensik spital kuching dlu,pernah kwn org iban cerita tentang 1 tempat,nama tempat tu batang mandai,sesbuah daerah kecil sempadan sarawak-pontianak...kat sana mcm2 benda pelik yg ade,contoh byk buluh perindu,telaga puteri,7 pokok besar,mcm2 lg..ikut kepercayaan org sana,klu kita nak menjenguk org yg dah meninggal dunia,bolehla ke sana (lurah bukit antara sarawak-pontianak) kesahihan cerita xtau la..tp ramai yg tau...ade sape2 sini leh cerita atau yg pernah dgr cerita ttg batang mandai ni?meh la share..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2014 10:34 AM | Show all posts
KimoraHakim posted on 3-12-2013 06:37 PM
kan....good good..cepat cepat hupdate cerita tau!

salam...sorry lama tak hapdet...iols busy sgt2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2014 10:35 AM | Show all posts
emeralda posted on 4-12-2013 11:59 AM
tt, nk tumpang share pasal kes arwah balik rumah ni bole? hehe
dlm tahun 2010 mcm tu, nenek besfren ...

thanks sbb meriahkan benang iols... moh le kita share citer secara berjemaah kat sinik.. iols busy gile lately
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2014 10:36 AM | Show all posts
zennaya posted on 24-12-2013 12:59 PM
hii ainiz,lama x bergebang kat umah sini. rindu jugak lama x baca citer seram dari Borneo..

hye sayam...sorry yer kebusyan menghalang ku dari sharing citer...insyaallah coming soon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2014 10:37 AM | Show all posts
mrJOKERfromHELL posted on 25-12-2013 12:51 AM
ni kesah pasal misteri borneo ehhh..lama dah xmasuk MPS...nak tanye skit pada org2 borneo,terutama s ...

hai mr joker...tengs masuk benang ainiz...suke nyer kita...ainiz suke baca citer mr joker...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
emeralda posted on 4-12-2013 11:59 AM
tt, nk tumpang share pasal kes arwah balik rumah ni bole? hehe
dlm tahun 2010 mcm tu, nenek besfren ...

adakah itu belaan nenek?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:19 PM | Show all posts
naq_j posted on 26-5-2014 06:08 AM
adakah itu belaan nenek?

wallahhualam.. tp nenek tu mmg rajin solat and baca al Quran tau..
saya tak berani nak tanya member tu.. takut dia terasa plak..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 11:56 AM | Show all posts
Pengalaman Sendiri 15 Nov 2014

Salam semua...

Lama dah Ainiz tak update cerita di sini.. Bukan apa.. tak dan nak jengah sebab life dah banyak berubah dan semakin busy... Sepanjang Ainiz tak share cerita di sini.. Ainiz sebenarnya tak berapa sihat dan melalui liku2 hidup yg agak chaostic seketika.. But now dah pun ok sikit.. Beransur tenang.. alhamdulillah... Bagi yg add fb Ainiz mesti dapat agak keadaan yg Ainiz maksudkan itu.. Hari ni Ainiz nak share sesuatu kisah mistik yang Ainiz alami sendiri Sabtu 15 Nov yang lepas..

Sepanjang tempoh Ainiz berdiam diri dari share cerita di forum.. Ainiz tak berapa nak sihat dan badan pun kurus mendadak.. Ada seorang kawan Ainiz cadangkan untuk pergi berubat. Lama dia dh ajak tapi ainiz takde mood nak pergi sbb merasakan diri ini bukanlah sakit berbentuk mistik yg perlukan Ainiz utk pergi berjumpa dengan perawat tradisional. Tak disangka tetiba Ainiz setuju untuk ikut kawan ni pergi pada sabtu lepas.

Kawan Ainiz jemput di rumah tepat jam 7.30 pagi.. Entah kenapa sgt berat utk Ainiz pergi tapi dipaksa2 juga diri ni.. Perjalan ke Kuala Selangor tu mengambil masa 1 jam 10 minit.. Rumah perawat terletak di kawasan kampung berdekatan Ijok. Menurut kawan Ainiz, dia mengenali perawat setelah dicadangkan seorang kenalan beliau yg bergelaran seorang ustaz di Mesir. So Ainiz pun bertambah yakin pada perawat yg bakal Ainiz jumpa ni..

Sampai depan rumah perawat ternyata kami org pertama yg datang. Perawat yg merupakan seorang wanita berbangsa indonesia menyambut kami dengan senyuman.. Bila Ainiz dan kawan tadi masuk je dalam bilik rawatan kedengaran beberapa buah kereta mula sampai di depan rumah perawat itu.. Nasib la kami awal hehe..

Bilik rawatan tu kosong tanpa apa2 yg mencurigakan.. cuma ada susunan kain batik atas meja dan naskah Al-quran serta yasin di satu sudut lain..

Ainiz diberikan kain batik dan disuruh untuk berkemban untuk proses rawatan. Perawat meminta Ainiz  menulis nama penuh di atas sehelai kertas.. Dia mengambil kertas itu dan menggelengkan kepalanya.. Alamak! saspen la pulak! Perawat ni tak banyak cakap.. Dia terus meminta Ainiz duduk membelakangkannya dan mula mengurut belakang Ainiz..

Urutannya tu takde la kuat tapi Ainiz rasa sgt berbisa.. Sampai kuar suara Ainiz menahan sakit Tak lama selepas dia mula mengurut belakang Ainiz.. Dengan tiba2 keluarlah seketul benda yg agak pelik dari badan Ainiz.. Benda tu terpelanting tak jauh dari tempat duduk kawan Ainiz yg memang memerhati proses rawatan dalam bilik itu. Mulanya Ainiz ingatkan benda tu datangnya dari atas bumbung bilik ataupun perawat yang baling untuk halau apa2 anasir negatif yg ada dlm badan Ainiz ni.. tapi apabila kawan Ainiz mula berzikir kuat Ainiz pun tanya dia:

"Benda tu dari mana sis?"

"Dari badan U la.."  

Kawan Ainiz menjawab dan terus menyambung zikirnya...

Perawat pun mengutip benda tu dan letak disebelah Ainiz.. Punyalah Ainiz tak sabar nak tgk, waktu perawat menyambung urutan Ainiz sampai senget2 badan nak tengok benda pelik tu.. Kenapa benda sebegitu pelik boleh keluar dari badan Ainiz! Mistik sungguh

Perawat mula mengurut kepala.. Tak lama dia berbuat demikian, keluar seketul lagi dan terpelanting ke arah kaki kawan Ainiz.. Kawan Ainiz yg sedang berzikir tadi terus bangun dan mengalih posisi duduknya ke tempat lain.. Dia nampak takut dan semakin kuat berzikir.. Ainiz pula tak rasa apa2.. mahupun naik bulu roma.. tidak sama sekali. Perawat pun mengambil ketulan kedua tadi dan meletakkannya di sebelah ketulan pertama.. Sejurus selepas itu perawat berkata:

"Besar ni.. dah lama dia dalam badan"

mak ai...betul ke????? Hadoilah.... seram la pulak..

Perawat tu tau Ainiz teruja untuk nak tengok benda tu.. dia pun dekatkan betul di sebelah peha Ainiz.. Ainiz pun apa lagi terus tengok sepuas2nya benda tu tapi tak dapat nak sentuh sebab perawat sedang urut lengan Ainiz. Benda tu kelihatan seperti kepala bayi tapi strukturnya yg satu tu tak sekata.. Berambut seperti rambut manusia.. Dengan anak2 rambut yg menutupi sesetengah bahagian.

Sedang Ainiz leka tengok benda tu.. Tiba dari lengan kiri Ainiz terpelanting keluar sesuatu.. Benda tu jatuh di atas peha Ainiz.. Berbentuk seperti bungkusan gula2 yg diikat 2 hujungnya.. dibaluti dengan kain warna kuning berikat tali hitam.. Perawat cepat2 amik dan letak disebelah 2 benda seperti kepala budak tadi.. Perawat menyebut 1 perkataan:

"ocong"
What??????

Perawat ambil sekeping note pad dan letak 3 benda tadi.. Dia pun menyambung urutan.. Tak lama berhenti dan memberitahu Ainiz dah bersih dan tiada lagi "kiriman org" atau mahkluk pelik dalam badan Ainiz.

Ainiz disuruh memakai semula baju dan perawat tadi mengambil ketiga-tiga benda alah tu,  membaca sesuatu di hadapan semangkuk air yg direndam kertas yg tertulis nama Ainiz..

Ainiz terus terdiam sebab masih terperanjat.. Perawat meletakkan semula 3 benda tu di depan Ainiz.. Ainiz tanya perawat:

"Siapa hantar?"

Dia pun mula memberi penerangan:

"Benda ni kalau seketul dari keturunan (saka) tapi kalau 2 mcm ni ada yg menghantar"

Ainiz tanya lagi:

"Boleh tengok tak siapa hantar?"

Perawat pun menilik semula air kosong dalam mangkuk yg ada nama Ainiz td..

"Yg 2 ketul ni dari saudara rapat (perawat memberitahu Ainiz siapa orgnya), dah ada dalam badan bertahun2 lamanya. Masa dihantar benda ni sekecil ibu jari saja (Yg ada 2 ketul depan Ainiz adalah sebesar penumbuk). Yg pocong berikat ni pula baru dihantar oleh org lain kira2 7 bulan yg lalu.."
2 ketul benda alah berbulu tu makan apa yg Ainiz makan.. dan bertambah kuat makan bila dah sebesar itu.. Patut lah Ainiz bertambah kurus
Benda tu kalau tak dikeluarkan boleh menyebabkan Ainiz GOL akibat penyakit katanya..  Perawat ada menjelaskan benda tu boleh dipelihara dan dijadikan khadam, dia cuma perlu disusukan setiap malam aja. Tapi perawat tak galakkan jika tak pandai mengurus boleh makan diri sendiri katanya. Ainiz bgtau perawat tak mahu bela cuma minta dia pulangkan semula pada yg mengirim.. Ainiz terpikir..sampai hati sungguh pengirim tu.. memang sampai hati nak bg Ainiz mati  

Ainiz minta izin untuk pegang benda alah 2 ketul tu dari perawat dan dia membenarkan.. Ainiz pun membelek dan sempat ambil beberapa keping gambar setelah dibenarkan.. Yg Ainiz musykil ialah.. Kulit kepala benda tu sebijik seperti keadaan kulit kepala Ainiz waktu kena sakit scalp problem sejak few years back..Sakit tu masih ada tapi tak teruk sbb Ainiz dapat rawatan pakar di hospital Serdang dan benda tu under control dengan medication yg diberikan. Ainiz gosok2 dengan jari pada scalp benda alah tu.. kan ke berambut.. so mmg sebijik macam kepala budak.. Ainiz gosok dan hidu bau jari Ainiz tadi.. Sah! macam bau kulit kepala Ainiz masa tengah kronik sakit tu sebelum dpt rawatan pakar dulu... Terkejut uolssss!

Perawat juga menjelaskan kain kuning berikat seperti pocong itu bukanlah bg memudaratkan Ainiz tetapi untuk menghalang lelaki dari menyukai Ainiz. Dan perawat juga ada memberitahu siapa yg menghantar. Ainiz speechless masa tu... tau kenapa? Beberapa minggu yg lepas memang Ainiz ada bermimpi kan mayat lengkap berkain kapan melintang depan mata Ainiz, menghalang laluan Ainiz keluar dari sebuah rumah.. Bila Ainiz tanya kepada seseorang (Penghantar yg dirahsiakan..nak tau PM) dia buat bodoh jek..

Balik dari rawatan Ainiz berasa sangat letih dan sakit badan part yg perawat urut.. Sampai rumah kul 1 tgh hari dan Ainiz terus baring dan tertidur sampai ke jam 6 ptg.. Bangun dari lena tu Ainiz share la gambar benda tu dengan bibik.. Bila Ainiz bercerita dengan bibik akan keadaan kulit kepala benda tu dan baunya sekali.. bibik tersentak! Dia mengingatkan Ainiz yg anak no 1 juga mengalami masalah yg sama.. Dia mempersoalkan apakah anak Ainiz juga jadi mangsa hasad dengki org tu???

Dengan segera Ainiz sms perawat berkenaan.. Dengan menyertakan sekali nama penuh anak untuk dia scan.. Jam 8 mlm baru perawat balas, mungkin setelah proses scan:

"SALAM PUAN, YG ANAK TU BILA2 PUAN LAPANG KENA BAWA KE SINI SBB ANAK PUAN JUGA ADA BENDA YG PUAN MMG ADA."

Mak aiiii!!!! Anak pun dia nak usik... ini tak boleh jadi!

Ainiz pun contact kawan Ainiz utk pergi semula ke sana.. Maybe Sabtu ni bawa anak Ainiz sekali.. Katanya dengan rawat anak ainiz yg sorang ni boleh scan semua adik bradik dia sekali.. So itulah plan Ainiz.. nak tgk semua anak just to make sure manusia haram jadah berhasad dengki tu tak ganggu anak2 Ainiz..  Nanti Ainiz update kat sini k...

Tengs baca uolss...














Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:46 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 18-11-2014 11:56 AM
Pengalaman Sendiri 15 Nov 2014

Salam semua...

nak tengok gambarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 01:57 PM | Show all posts
@ainiz81  sila check PM terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 02:16 PM | Show all posts
aerolz posted on 18-11-2014 12:46 PM
nak tengok gambarnya.

Alamak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 02:18 PM | Show all posts
jepunman posted on 18-11-2014 01:57 PM
@ainiz81  sila check PM terima kasih

ok dah balas pun..TQ

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 03:30 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 18-11-2014 02:16 PM
Alamak..

PM pun takpe. hehhee. nak tengok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.071232 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list