|
[Jenayah]
Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur
[Copy link]
|
|
namirulmukminin posted on 5-12-2013 02:33 PM
Balok Maju memang kena la... tu kawasan rendah...
kampong balok..berat dok situ? |
|
|
|
|
|
|
|
kat johor pon bole tahan teruk gak banjir, tapi nampak cam tak de liputan oleh forummer.. SIni tak de orang mersing ke ? tak de ke bahan berita dari mersing , citer pasal warga mersing kebuluran ke. macam kt ganu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sakit hati aku tgok pasal pemimpin lembab ni..
adehhh.. nasib la mesia ni dpt pemimpin lahabau cam ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 5-12-2013 02:43 PM
ye, sg semantan belah ulu dari raub
Tu la dengar deme cite dl kalo nak ke sekolah naik bus pon makan ms dua ke tiga jam.. Ulu la kot... X penah lak pegi umah deme... Walaupun di ajak mkn durian atau rambutan.. Coz kat umah sendiri pon ada banyak.. |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 5-12-2013 02:03 PM
Najib ke Pekan, Rompin dan Kuantan tinjau banjir
KUALA LUMPUR: Prihatin dengan keadaan mangsa ban ...
Najis tinjau banjir....
|
|
|
|
|
|
|
|
SRJK Chung Ching, Tanah Putih terkini. Sukarelawan diperlukan disana
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 5-12-2013 02:48 PM
Najis tinjau banjir....
ngokkk
takut lemas ke??
kalo mcm ni x yah datang x pe...
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 5-12-2013 02:48 PM
Najis tinjau banjir....
xpayah tinjau la najibo! buang masa kau tinjauuu je kalau setakat duduk dlm kapal terbang tuh haaa. eeeyy meluat btol aku dgn najibo yg plastik niiii!!! sumpaahh meluaat! bila la kau ni nak jahanaaam!?????
|
|
|
|
|
|
|
|
betol ke dia naik heli tu?
ya allah sakit nya ati
bio ribut taufan ke heli dia tu,,,
x nk rasa susoh langsung..
mende nya pemimpin macam ni??
awok takut lemas ke?
tok nye lemas la weh...
bodi gad banyak buat apa
kalo x leh selamat
kot terjatuh dr bot |
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 4-12-2013 02:43 PM
air Sungai Golok semakin naik. Katanya sudah memasuki bandar Rantau Panjang.
....semoga hujan s ...
kat sg golok ni la abg ipar aku penah berenang ke seberang masa banjir air tgh naik,dpt tau kt mak mertua aku..kena perambat dgn parang,2 hari xblk umah..
|
|
|
|
|
|
|
|
perang_candu posted on 5-12-2013 02:44 PM
kat johor pon bole tahan teruk gak banjir, tapi nampak cam tak de liputan oleh forummer.. SIni tak d ...
Banjir semakin buruk
PONTIAN - Seramai 95 penduduk daripada 27 keluarga di Kampung Tampok Laut menjadi mangsa banjir pertama di daerah ini yang pindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Penyelaras Zon Pengurusan Bencana Dun Benut, Mohd Fairul Surian berkata, pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Surau Al-Bilal, Tampok Laut dibuka kira-kira jam 10 pagi, semalam.
“Penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung paling terjejas teruk sehingga perlu dipindahkan selepas rumah dimasuki air hingga mencecah hampir dua kaki,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan (12) Mukim Benut, Ismail Latis berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan bertambah dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Jelasnya, kemungkinan itu berdasarkan kepada keadaan cuaca dan faktor benteng yang masih dibaiki selepas dilaporkan pecah kelmarin.
“Banjir kali ini disifatkan paling teruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat berbanding hanya sembilan keluarga yang dipindahkan pada tahun lepas.
“Malah, banjir yang berpunca dari pertembungan air laut dan hujan berterusan menyebabkan air banjir lambat surut atau lebih dikenali sebagai 'banjir termenung',” katanya.
Tambahnya lagi, penduduk di kampung itu dianggarkan seramai 1,300 orang dengan bilangan rumah sebanyak 118 buah.
"Setakat ini, hanya penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan pintu kawalan air menerima kesan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Jailani Ali, 43 berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, anak dan ibunya berada di rumah tanpa menyedari air mula memasuki rumah kira-kira jam 10 pagi semalam.
Katanya, dia melihat air mula memasuki rumah sedikit demi sedikit, sebelum menderu masuk sehingga menyebabkan keseluruhan kawasan di dalam rumah dipenuhi air.
“Tidak sampai lima minit, air sudah memasuki rumah sehingga mencecah lebih satu kaki. Mujur tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
“Memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah dengan air pasang, saya dan keluarga berpindah segera ke pusat pemindahan sementara bagi mendapatkan perlindungan di sana,” katanya.
Bagi Rusnaini Salleh, 51, dia tidak dapat menahan perasaan sebak mengenangkan rumah yang baru diduduki sejak tujuh bulan lalu dinaiki air.
Katanya, dia mula rasa tidak sedap hati selepas solat Subuh apabila memikirkan keadaan rumahnya selepas kawasan parit di hadapan rumahnya dipenuhi air.
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 5-12-2013 02:43 PM
ye, sg semantan belah ulu dari raub
ada yer sg semantan belah ulu dari Raub...? aku baru tau fakta ni...
sbb klu sg semantan yg femes tu terbentuk dari sg kelau dan sg bentong, mengalir terus ke sg pahang melalui sebahagian daerah bentong dan temerloh, sungai ni mmg penyumbang besar kpd banjir kt kwsn terlibat tapi kali ni air dia tak besar mcm biasa. agak pelik laa sikit bg org2 kg aku...
|
|
|
|
|
|
|
|
gaya cam auuu je duk dlm keterbang; turun bwh la woi... |
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 5-12-2013 02:46 PM
Tu la dengar deme cite dl kalo nak ke sekolah naik bus pon makan ms dua ke tiga jam.. Ulu la kot.. ...
rasa-rasanya macam dekat ngan kg tersang lebih dari batu talam la kot
pernah datang ke sini beberapa kali makan gulai talapia asarong
sg semantan yg ada di temerloh tu, hulunya dari sinilah
tapi yg ni berdambung ngan sg lipis
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 5-12-2013 02:48 PM
Najis tinjau banjir....
itu gambar tahun 2011.
tak baik fitnah, mungkin fitnah adalah rukun iman ke 6 dalam ugama sunni?
http://archives.thestar.com.my/archives/2011/2/2/nation/n_pg02aerial.jpg
|
|
|
|
|
|
|
|
perang_candu posted on 5-12-2013 02:44 PM
kat johor pon bole tahan teruk gak banjir, tapi nampak cam tak de liputan oleh forummer.. SIni tak d ...
Banjir: Perkembangan terkini di Johor
SENAI – Sehingga jam 8 pagi tadi, mangsa banjir di negeri Johor meningkat kepada 9,233 mangsa daripada 1,532 keluarga berbanding 8,705 mangsa yang dilaporkan setakat jam 7 petang, semalam.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, Siti Zubaidah Abu Bakar berkata, walaupun bilangan mangsa meningkat keadaan banjir dilaporkan semakin pulih apabila 12 pusat pemindahan ditutup sejak awal pagi ini.
“Setakat jam 8 pagi tadi hanya tujuh daerah dilaporkan masih dalam keadaan banjir berbanding lapan daerah semalam.
“Daerah yang tidak terjejas termasuk Kulaijaya, Johor Bahru dan Ledang manakala Mersing mencatat bilangan mangsa tertinggi dengan jumlah 5,716 mangsa namun angka yang direkod mula berkurangan.
“Sehingga jam 12 tengahari ini kita jangkakan bilangan mangsa banjir akan mula berkurangan susulan keadaan banjir yang semakin pulih,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Khairi Yakub berkata, setakat ini tiada laporan wabak berkaitan banjir dilaporkan berlaku manakala bekalan ubat kepada pesakit mangsa banjir masih terkawal.
“Setakat ini tiada hodpital yang ditutup membabitkan kawasan-kawasan banjir di negeri ini, bekalan ubat kepada mangsa banjir juga dapat dibekalkan dengan terkawal,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
azzira posted on 5-12-2013 02:55 PM
ada yer sg semantan belah ulu dari Raub...? aku baru tau fakta ni...
sbb klu sg seman ...
aku ni geograpi ke laut sikit
nak kena balik tanya abah
|
|
|
|
|
|
|
|
peachRose posted on 5-12-2013 02:33 PM
uols try call no tu.
ni jumpa kan komen fb je..
iols sdri kat melaka terkial2 cari ngo mana yg n ...
peach...kalau dapat info sesiapa yang kat melaka nak bergerak bagi bantuan ke pantai timur tu roger k
|
|
|
|
|
|
|
| |
|