Edited by YoonArang at 1-3-2016 10:46 PM
kuiz #6
agk segan nk publish cite karang sndri sbb xdo bakat nk mengarang tp disebabkn naluri gile kredit tu ada dlm diri..
maka, here it goes
Tajuk –The untold story – di sebalik setiap cerita.. pasti wujudnya cerita di sebaliknya yang tidak selalu diceritakan
genre - Family / Melodrama
Cast –
Lee ill hwa - emak
Cerita ini membawa kita kepada kisah kehidupan dua orang adik beradik perempuan yang hidup dalam keadaan agak susah. Almaklumla, dua beradik ni cuma tinggal dengan ibu mereka yang sudah tua sahaja.. kerja pun tiada.. Cuma ambil upah basuh pinggan di restoran mewah milik jiran mereka dan part time malam-malam cuci bathhouse. Memperkenalkan si kakak – berusiadalam umur 15 tahun dan si adik berusia dalam umur 5 tahun. Si kakak yang lebih tua ni diusia remaja, macam biasa agak rebel dan suka menyusahkan dan menyakitkan hatimak nya… bayangkan macam cite korea yang biasaaaa kita tgk tu. Si adik pula, lebih reserve..baik..periang.. walaupun susah dan x mampu tp hidup ceria… banyak tolong emak danrajin ikut emak pergi ke restoran mewah jiran mereka tempat emaknya bekerja.
Watak si adik di tampilkansebagai sumber kecerian kepada emak.. walaupun penat bekerja, tapi emak nisering tersnyum dengan gelagat adik.. walaupun kakak suka buli adik.. marah2…pukul2.. tp adik tetap sayang dekat kakak.. malam-malam tolong selimutkan dan macam-macam lagi.
Nak dijadikan cerita, jiran owner restoran mewah yang kaya raya ni pun ada anak sama umur dengan si adik.. umur 5tahun… sama-sama budak perempuan.. dan tiap kali si adik datang ke restoran..dorang akan bermain bersama-sama. dan owner restoran mewah ni boleh nampak perasaan sayang dan kasih dia jugak pada anak si adik yang miskin ni...
Episode 1-2 tunjuk pasalkesedihan/ kemelaratan hidup keluarga ni.
Masuk episode 3 cmtu…
Tiba-tiba anak owner restoran mewah ni tengah bermain-main dengan si adik lari-lari dekat tepi dapur panas…mak si adik sedang nak alihkan periuk panas… dan tertolak lalu terjatuh kena pada ank owner restoran mewah. Anak owner tersebut melecur teruk dan x dapat di selamatkan… makanya, owner tersebut marah2 emak si adik dan mohon ganti rugi dengan menyuruh emak beri si adik pada owner restoran mewah itu. Kebetulan, si adik dan ank si owner adalah rapat dan owner restoran mmg suka pada si adik tu.. cantik..comel.. baik dan menawan.
Jika tidak dapat bagi si adik.. si emak perlu membayar nilai harga duit yang amat tinggi yang sememangnya tidak mampu di bayar oleh si emak.
Mungkin ada rahsia kenapa si owner restoran mewah beria-ria mahukan si adik menjadi anak angkatnya… jeng jeng….
Syarat yang diletakkan oleh si emak adalah owner restoran mestilah memberi si adik untuk pulang ke rumahseminggu sekali untuk tidur dan makan bersama keluarga. Dan akhirnya setelah kedua-dua pihak setuju.. si emak terpaksa dengan berat hati merelakan si adik di adopt oleh owner restoran mewah tersebut.
Apabila si kakak dapat tahu mengenai perjanjian tu, dia berasa marah dan menyatakan emaknya sengaja bagi peluang pada adik untuk hidup mewah.. tapi dia disisihkan supaya masih hidup merempat dengan si emak. Lain pula kisahnya dengan si adik, setiap malam si adik asyik menangis sambal memandang rumah buruk merekadi bawah basement dari dalam biliknya.
Risau dengan sebarang kemungkinan, owner restoran nekad untuk bawak si adik lari dan membuka restoran mewah di luar negara.
Bangun keesokkan paginya, si emak merasa tidak sedap hati dan pergi menjenguk ke rumah owner dan restoran dan alangkah terkejut nya si emak melihat semuanya telah kosong.. maka menangis meraung2 la si emak… dan si emak terlalu kecewa.. tidak mahu makan.. murung..tidak tidur..
Dan akhirnya si emak pun mati…
Tinggallah si kakak keseorangan dan dalam pada masa yang sama si kakak menaruh dendam pada si adik kerana pada anggapannya, si adik penyebab emaknya mati dan si emak sanggup mati dan meninggalkan si kakak keseorangan. Dan si kakak bersumpah untuk memastikan siadik xkan hidup bahagia walau di mana si adik berada.
Episod seterusnya menunjukkan si kakak duduk di rumah anak yatim, jadi seorang yang pemarah dan berusaha untuk belajar rajin-rajin supaya dapat scholar dan dapat belajar luar negara demi dendam pada si adik... niat nya untuk mencari si adik di oversea...
adakah si kakak dapat mencari si adik? adakah dendam nya akan terlerai dan adakah cerita di sebalik cerita2 ini akan dapat dirungkaikan.......
Sekian……
Part dewasa dan ending akan disambung di kemudian hari.. kekekekeke…
|